Anda di halaman 1dari 27

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

TAJUK 1

TERMOKIMIA

1.0 Sinopsis
Termokimia ialah suatu kajian tentang perubahan tenaga yang menyertai suatu
tindak balas kimia. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang jenis
tenaga dan perubahan tenaga. Anda juga akan mengkaji tentang Hukum
Pertama Termodinamik, pemuliharaan tenaga, tenaga dalam dan pemindahan
tenaga, tindak balas eksotermik dan endotermik.

1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti pelbagai jenis tenaga;


2. Menyatakan perubahan tenaga;
3. Mendefinisi konsep pemuliharaan tenaga/ Hukum Pertama Termodinamik;
4. Menerangkan konsep tenaga dalam dan pemindahan tenaga;
5. Menerangkan tindak balas eksotermik dan endotermik;
6. Melaksanakan aktiviti PCK untuk mengajar tajuk kurikulum yang sesuai.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

1.2 Kerangka Tajuk

Termokimia

Sifat Tenaga

Perubahan
Tenaga

Hukum Pertama
Termodinamik

Pemuliharaan
Tenaga

Tenaga Dalam
dan Pemindahan
Tenaga

Tindak balas
eksotermik dan
endotermik

Rajah 1.1 Kerangka Tajuk

1.3 ISI KANDUNGAN


1.3.1 Jenis Tenaga
Tenaga ialah sesuatu yang berkemampuan untuk membuat kerja atau memberi
haba. Ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Tenaga
digunakan dalam semua bidang seperti menggerakkan jentera, menyalakan
lampu elektik, memasak makanan, menggerakkan kenderaan dan sebagainya.
Tenaga wujud dalam berbagai bentuk seperti yang berikut:

Tenaga kimia

Tenaga kintetik

Tenaga keupayaan

Tenaga haba

Tenaga elektrik
2

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Tenaga cahaya

Tenaga bunyi

Tenaga nuklear

1.3.2 Sifat Tenaga


Tenaga wujud dalam dua bentuk asas iaitu tenaga keupayaan dan tenaga
kinetik. Sistem kimia mengandungi kedua-dua tenaga keupayaan dan tenaga
kinetik. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disebabkan oleh kedudukan
sesuatu objek. Tenaga keupayaan sesuatu bahan bergantung kepada
komposisinya, jenis atom dalam bahan, bilangan dan jenis ikatan yang
menggabungkan atom dan cara penyusunan atomnya. Sebagai contoh, air
tersimpan dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan graviti kerana
berada tinggi dari paras. Sekiranya pintu empangan dibuka, air akan turun
dipengaruhi oleh graviti dan membuat kerja memutarkan janakuasa bagi
menghasilkan tenaga elektrik. Setiap molekul air juga mempunyai tenaga
keupayaan kimia yang disebabkan oleh daya tarikan dan penolakan elektrostatik
dalam setiap atom dan di antara atom.
Tenaga kinetik adalah tenaga yang disebabkan oleh gerakan sesuatu objek.
Tenaga kinetik sesuatu bahan dikait rapat dengan gerak rawak dan tetap atom
atau molekulnya dan berkadar dengan suhunya. Sebagai contoh, apabila air
dari empangan dibiarkan terjun, tenaga keupayaannya bertukar kepada tenaga
kinetic akibat dari pergerakan air tersebut. Di samping itu, molekul air
mempunyai tenaga terma disebabkan oleh putaran, getaran dan gerak rawak
molekul.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Layari Internet (1 jam)

Layari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang pelbagai


sumber tenaga di Malaysia. Kategorikan sumber tenaga itu
sebagai tenaga yang boleh diperbaharui atau tenaga yang tidak
boleh diperbaharui

1.3.3 Perubahan tenaga


Semua bentuk tenaga adalah saling bertukaran antara satu sama lain. Rajah 1.2
berikut menunjukkan beberapa contoh perubahan bentuk tenaga.

Tenaga kimia

Perubahan tenaga
tenaga haba dan tenaga
cahaya

Tenaga kimia
Tenaga haba

Tenaga kimia
Tenaga cahaya
Tenaga elektrik

Tenaga elektrik
Tenaga kinetik
Tenaga
elektrik

Tenaga bunyi
Tenaga kimia
Tenaga cahaya

Contoh
Pembakaran bahan api
seperti kerosin dan
sebagainya
Bateri
Perubahan air kepada stim
yang menggerakkan dynamo
bagi menghasilkan tenaga
elektrik
Letupan mercun
Fotosintesis
Penyalaan mentol elektrik

Rajah 1.2 Perubahan bentuk tenaga

1.3.4 Hukum Pertama Termodinamik/Pemuliharaan Tenaga


Apabila tenaga berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, jumlah
tenaga adalah tetap. Tenaga dipulihara. Hukum Pemuliharaan Tenaga atau
Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta
atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk
yang lain.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Memikir (2 jam)

Lukiskan satu siratan tenaga yang menunjukkan pengubahan


pelbagai jenis bentuk tenaga dalam kehidupan anda.

1.3.5

Tenaga dalam dan permindahan tenaga

Dalam termokimia, sistem adalah bahagian dari semesta yang akan dikaji,
misalnya dalam suatu ujikaji, bahan dan hasil tindak balas adalah merupakan
sistem. Sekitar adalah bahagian luar system, misalnya kelalang, makmal dan
sebagainya. Sistem dan sekitar membentuk semesta. Sistem boleh dibahagikan
kepada 3 jenis; iaitu

(a) Sistem terbuka


Dalam sistem terbuka, kedua-dua tenaga dan jirim dapat dipindahkan daripada
suatu sistem kepada sekitarnya. Misalnya, air kopi panas dalam cawan. Haba
dihilangkan kepada sekitarnya manakala wap (sebagai jirim) juga turut meruap
ke sekitarnya.

(b) Sistem tertutup


Dalam sistem terbuka, hanya tenaga sahaja dapat dipindahkan kepada
sekitarnya. Misalnya, air kopi panas dalam cawan yang tertutup rapat, hanya
haba dihilangkan kepada sekitarnya.

(c) Sistem terpencil atau tersekat


Pada sistem ini, tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah. Misalnya, air
panas yang disimpan dalam termos.

Perpindahan tenaga berlaku dalam bentuk haba q atau kerja, w. Perpindahan


tenaga ini menjejaskan jumlah keseluruhan tenaga, iaitu tenaga dalam, E yang
5

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


terdapat dalam sistem tersebut. Jumlah tenaga dalam, E sesuatu sistem terdiri
daripada jumlah semua tenaga terma dan tenaga kimia untuk setiap molekul
atau ion dalam sistem itu. Bagi suatu sistem terpencil atau tersekat, jumlah
tenaga dalam adalah tetap kerana tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah.
Ini merupakan suatu pernyataan lain bagi Hukum Pertama Termodinamik yang
boleh dituliskan sebagai Jumlah tenaga dalam suatu sistem terpencil atau
tersekat adalah tetap.

Pada praktiknya, adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi kita memisahkan
suatu tindak balas kimia dengan sekitarnya kerana bahan kimia yang kita
gunakan sentiasa berada dalam keadaan bersentuhan dengan sekitarnya.
Namun begitu, kita masih boleh mengukur akan perubahannya sahaja, disebut
perubahan tenaga dalam, E, di mana
E = Efinal - Einitial
Efinal ialah tenaga dalam keadaan akhir sistem
Einitial ialah tenaga dalam keadaan awal sistem
Sebarang tenaga yang mengalir keluar daripada sistem kepada sekitarnya
mempunyai tanda negatif kerana sistem tersebut mengalami kehilangan haba.
Efinal < Einitial
Sebaliknya tenaga yang mengalir masuk kepada sistem daripada sekitarnya
mempunyai tanda positif kerana sistem tadi mengalami pertambahan haba.
Efinal > Einitial
1.3.6

Tindak balas eksotermik dan endotermik

Haba yang terlibat dalam sesuatu tindak balas kimia disebut secara umum
sebagai haba tindak balas. Haba tindak balas ini merupakan kuantiti haba yang
bertukar di antara sistem dengan sekitarnaya apabila suatu tindak balas kimia
berlaku di dalam sistem tersebut pada suhu tetap.

Dalam tindak balas

eksotermik, haba dipindahkan dari sistem ke sekitar manakala dalam tindak


balas endotermik, haba dipindahkan dari sekitar ke sistem. Rajah 1.3

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas eksotermik dan Rajah 1.4
menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas endotermik.

Kandungan
Haba , H

H2O (g) bahan


H = - 44 kJ mol-1
(haba dibebaskan)
H2O (l) hasil
haluan tindak balas

Rajah 1.3 Profil Tenaga Tindak Balas Eksotermik

Kandungan
Haba, H

H2O(g)
H = + 44 kJ mol-1
(haba diserap)
H2O (l)
haluan tindak balas

Rajah 1.4 Profil Tenaga Tindak Balas Endotermik

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Perbincangan ( 2 jam)

Aktiviti PCK 1 untuk mengkaji perubahan tenaga.


1. Laksanakan aktiviti yang berikut dan nyatakan perubahan tenaganya.
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

Pasangkan lampu meja;


Nyalakan sesuatu lilin;
Pasangkan kalkulator yang berkuasa solar;
Masukkan dua bateri ke dalam kereta mainan dan pasangnya;
Tarik satu belang getah;
Memerhati telefon yang berdering.

Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut:


Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti di atas?
Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang
mengajar topik ini?
Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam
pengajaran dan pembelajaran anda.
Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?
Apakah masalah pembelajaran/miskonsepsi pelajar dalam pembelajaran
topic perubahan tenaga?
Sebagai guru, bagaimanakah anda boleh membantu pelajar anda untuk
mengatasi masalah pembelajaran atau miskonsepsi mereka?

1.4 Rujukan
Ramli Ibrahim (2001). Asas Kimia. Puchong: Uni-Ed.
Brown, T.L., Lemay, H.E., & Bursten, B.E. (2000). Chemistry: The Central
Science. (8th ed.). New Jersey: Prentice Hall.
http://www.fi.edu/guide/hughes/energyconservation.html (Hukum Pemuliharaan
Tenaga)
http://dbhs.wvusd.k12.ca.us/webdocs/Thermochem/Law-Cons-Mass-Energy.html
(Hukum Pemuliharaan Tenaga)

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

TAJUK 15

KIMIA NUKLEAR

15.0 Sinopsis
Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan
memancarkan sinaran zarah alfa, beta dan gama. Sinaran ini bergerak
menembusi jisim dan mengion molekul, maka sinaran tadi boleh memberikan
kesan terhadap organism secara biologi. Namun ini, adalah penting sinaran ini
dapat dikesani. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang alat
pengesanan sinaran radioaktiviti, kesan biologi radiasi dan penggunaan kimia
nuklear.

15.1 Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan berbagai alat pengesan radioaktiviti;


2.

Menerangkan kesan biologi radiasi terhadap manusia;

3.

Menerangkan berbagai penggunaan kimia nuklear.

15.2 Kerangka Tajuk

Kimia Nuklear

Alat Pengesan Sinaran


Radioaktiviti

Kesan Biologi Radiasi

Figure 15.1 Kerangka Tajuk

Penggunaan kimia
nuklear

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

15.3 Isi Kandungan


15.3.1 Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti
Sinaran nukleus boleh dikesan menggunakan alat pengesan seperti berikut:
a) Lencana filem fotografi
b) Pengesan Sintilasi
c) Tiub Geiger-Muller
d) Elektroskop Kerajang Emas
e) Kebuk Awan
f) Pengira Spark
Lencana filem fotografi
Lencana filem fotografi biasanya digunakan oleh orang yang bekerja di sekitar
yang mendedahkan mereka kepada radiasi. Lencana ini ialah suatu bekas
plastik dengan sekeping filem fotografi di dalamnya yang terdedah apabila
terkena radiasi. Di depan filem fotografi terdapat berbagai tingkap seperti kertas,
aluminium dan plumbum dengan ketebalan yang berbeza untuk membolehkan
sinaran radiasi melaluinya.. Tingkap Aluminium membolehkan sinaran gama
melaluinya. Jika dos radiasi terlalu tinggi, filem fotografi bertukar warna kepada
hitam. Selepas seketika masa, filem itu diproses dan dari ini kadar pendedahan
akan menunjukkan dos radiasi yang diserap oleh seseorang pada masa itu.

10

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.2 Lencana Filem Fotografi


(Sumber: http://images.goggle.com)
Pengesan Sintilasi

Pengesan sintilasi adalah alat pengesan radiasi yang boleh menghitung zarah
dipancarkan daripada nukleus radioaktif. Prinsip asas alat ini ialah penggunaan
suatu bahan misalnya fosfor yang boleh memancarkan kilauan cahaya apabila
ianya disinari oleh radiasi. Bilangan kilauan atau sintilasi se unit masa adalah
berkadar dengan bilangan radiasi yang memukul permukaan suatu bahan.
Rajah 15.3 menunjukkan proses suatu pengesan sintilasi.
.

11

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.3 Pengesan Sintilasi


(Sumber: http://images.goggle.com)

Bahan yang biasa digunakan ialah kristal natrium iodida yang mengandungi
talium (II) iodida sebagai fosfor untuk mengesan zarah alfa. Kilauan yang
dihasilkan oleh proses sintilasi dipancarkan melalui tingkap optik ke dalam tiub
photomultiplier .

Bahagian pertama photomultiplier ialah foto katod

yang

menghasilkan elektron apabila cahaya memancar ke atasnya. Elektron ini akan


ditarik kepada suatu siri plat yang dipanggil dinod melalui aplikasi voltan tinggi
positif. Apabila suatu elekton daripada foto katod memukul dinod pertama,
beberapa elektron dihasilkan yang kemudian akan ditarik kepada dinod kedua di
mana penggandaan elektron berlaku. Urutan ini berterusan sehingga ke dinod
terakhir di mana denyut elektron sekarang sudah berjuta kali lebih besar
daripada di awal tiub. Pada takat ini, elektron dikumpulkan di anod pada hujung
tiub dan membentuk denyut elektronik. Denyut ini dikesan dan dipamerkan di
atas alat pengukur.

Tiub Geiger-Muller
Tiub Geiger-Muller adalah alat pengesan radiasi yang beroperasi atas prinsip
bahawa ion terbentuk apabila radiasi melalui tiub yang diisikan dengan gas pada
12

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


tekanan rendah. Zarah alfa dan beta boleh dikesan secara langsung
menggunakan tiub Geiger-Muller. Alat ini terdiri daripada suatu tiub logam yang
diisikan dengan gas pada tekanan seperti argon. Dalam tiub itu terdapat dua
elektrod pada voltan tinggi dengan tanda bertentangan. Pancaran radiasi masuk
ke dalam tiub melalui tingkap mika dan mengion gas argon dengan
mengeluarkan electron daripada molekulnya. Ion dan electron yang dihasilkan
oleh pengionan radiasi membolehkan pangaliran denyut arus elektrik ringkas di
antara elektrod. Arus ringkas ini dibesarkan dan dibilang menggunakan alat
pengira seperti meter kadar atau skala sebagai satu kiraan. Bilangan kiraan se
unit masa adalah berkadar dengan jumlah radiasi yang melalui tiub GeigerMuller. Apabila tiub Geiger-Muller digunakan untuk mengesan pancaran
radioaktif, kadar kiraan latarbelakang ditolak daripada kadar kiraan yang
didapati. Rajah 15.4 menunjukkan proses dalam tiub Geiger-Muller manakala
Rajah 15.5 adalah suatu tiub Geiger-Muller.

Rajah 15.4 Proses dalam Tiub Geiger-Muller


(Sumber: http://images.goggle.com)

13

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.5 Tiub Geiger-Muller


(Sumber: http://images.goggle.com)

Elektroskop kerajang-emas
Elektroskop kerajang emas terdiri daripada sebatang logam tegak biasanya
loyang dan pada hujungnya tergantung dua keping selari keranjang emas. Suatu
terminal logam diletakkan di atas di mana caj yang diuji digunakan. Untuk
melindungi kerajang emas daripada angin sejuk, ia diletakkan dalam suatu botol
gelas, biasanya terbuka di bawah dan dipasangkan kepada suatu tapak.
Elektroskop digunakan untuk mengesan kehadiran caj. Apabila terminal logam
disentuh dengan objek bercaj, kerajang emas akan mencapah dalam bentuk V.
Elektroskop juga boleh dicaj tanpa sentuhan dengan objek bercaj melalui induksi
elektrostatik. Jika suatu objek bercaj di bawa berdekatan dengan terminal
elektroskop, kerajang emas juga mencapah kerana medan elektrik objek
menyebabkan batang elektroskop untuk mencapah. Caj dengan polariti yang
bertentangan dengan objek bercaj akan tertarik kepada terminal, manakala caj
dengan polariti yang sama akan menolak kerajang emas dan menyebabkannya
mencapah. Rajah 15.6 menunjukkan proses dalam Elektroskop Kerajang Emas.

14

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.6 Proses dalam Elektroskop Kerajang Emas


(Sumber: http://images.goggle.com)

Kebuk Awan (Cloud Chamber)


Kebuk awan Wilson ialah alat untuk memerhati laluan pergerakan zarah
radioaktif. Rajah 15.7 menunjukkan suatu kebuk awan dan Rajah 15.8
menunjukkan keratan rentas suatu kebuk awan.

15

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.7 Kebuk Awan


(Sumber: http://images.goggle.com)

Rajah 15.8 Keratan Rentas Kebuk Awan


(Sumber: http://images.goggle.com)
16

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Bahagian atas dan bawah kebuk ditutup oleh gelas yang bergaris pusat
beberapa sentimeter. Pada bawah kebuk terletak suatu omboh. Udara dalam
kebuk ini ditepukan dengan wap air. Apabila omboh ditarik ke bawah dengan
cepat, isipadu kebuk akan mengembang dan suhu akan menurun, menjadikan
udara dalam kebuk tepu melampau dengan wap. Jika terdapat suatu zarah
bercaj dalam keadaan tepu melampau ini, wap air akan mengkondensasi atas
ion iaitu laluan caj. Maka, kita boleh lihat jejaknya. Cahaya dicerahkan dari tepi
untuk melihat jejak zarah dengan jelas.

Pengira Spark
Pengira Spark ialah suatu alat khas untuk mengesan zarah alfa. Ia mengandungi
kasa logam dengan suatu wayar di bawahnya dan disambungkan kepada
bekalan kuasa,. Sumber zarah alfa ialah plutonium-209 yang disimpan dalam
bekas plumbum tertutup. Zarah alfa akan menyebabkan pengionan udara dan
menghasilkan suatu discaj percikan api yang dikesan oleh pengira.

Rajah 15.9 Pengira Spark


(Sumber: http://images.goggle.com)

17

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.10 Penggunaan Pengira Spark


(Sumber: http://images.goggle.com)

Memikir (1 jam)

Banding bezakan berbagai alat pengesan sinaran


radioaktiviti dengan menggunakan penyusun grafik.

15.3.2 Kesan biologi radiasi


Kerosakan yang dihasilkan oleh radiasi begantung kepada tenaga radiasi,
tempoh pendedahan radiasi dan sama ada sumber radiasi di dalam atau di luar
badan. Di luar badan, sinaran gama adalah sangat merbahaya kerana ia dapat
menembusi tisu manusia dengan berkesan. Kesan biologi radiasi boleh
dikategorikan sebagai pendedahan masa panjang dan masa pendek.

18

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


(a) Pendedahan radiasi masa panjang menghasilkan pembinaan radikal
bebas yang menyebabkan mutasi genetik atau kanser. Radiasi tenaga
tinggi boleh membuangkan elektron daripada sebatian dan menghasilkan
radikal atau radikal bebas dalam tisu yang dilaluinya. Radikal ini yang
kekurangan elektron sangat reaktif dan boleh menyebabkan tindak balas
dalam bahan stabil sel organisma hidup. Jika tindak balas ini melibatkan
bahan genetik seperti gen dan kromosom, perubahan ini mengakibatkan
mutasi genetik atau kanser.

(b) Pendedahan

radiasi

yang

kuat

masa

pendek

bercenderung

memusnahkan tisu di tempat yang didedahkan dan mengakibatkan


sindrom radiasi merisik seperti rasa mual, keletihan, muntah, kehilangan
selera, sakit tekak, cirit birit dan kekurusan sederhana. Kemusnahan
cepat tisu menjadikan radiasi kuat sebagai suatu alat yang sesuai untuk
rawatan setengah-tengah kanser.

(c) Pendedahan radiasi juga boleh menyebabkan kemandulan, penuaan


awal, kekurangan sel darah putih, kemusnahan sistem badan, berdarah
dalam dan akhirnya maut.

Membuat Nota (2 jam)

Untuk mendapat kefahaman mendalam tentang kesan biologi


radiasi, baca artikel dalam laman web berikut:
http://hps.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts.ht
mll
Buat nota ringkas tentang bacaan anda dan kongsikan
pengetahuan ini dengan rakan sekerja anda.

19

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


15.3.4 Penggunaan kimia nuklear
Kimia nuklear digunakan dalam berbagai bidang.
(a) Rawatan Perubatan

Bahan radioaktif banyak digunakan dalam rawatan perubatan sebagai


penyurih radioaktif diagnostik untuk mengenal pasti sesuatu penyakit..
Misalnya, Iodin-123 digunakan sebagai penyurih radioaktif bagi rawatan
kanser tiroid. Sedikit iodin-123 ditadbirkan dalam badan pesakit. Iodin-123
radioaktif diserap oleh kelenjar tiroid dan digunakan untuk menghasilkan
hormon tiroksin. Laluan iodin-123 dalam badan atau penyetempatan
dalam tiroid diekori. Suatu skan tiroid yang dihasilkan selepas pentadbiran
iodin-123 radioaktif akan menunjukkan tempat kanser. Tiroid yang reaktif
menyerap lebih iodin dan membentuk suatu tompok panas manakala
kelenjar yang tidak aktif menyerap sedikit iodin dan membentuk tompok
sejuk.

Rajah 15.11 Rawatan Kanser Tiroid


(Sumber: http://images.goggle.com)

Juga, Cobalt-60 digunakan untuk rawatan kanser untuk memusnahkan sel


kanser yang membahagi dengan sangat cepat. Sinaran gama digunakan
untuk mensterilkan alat pembedahan

20

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


(b) Industri
Bahan radioaktif digunakan untuk mengenal pasti kebocoran paip bawah tanah.
Suatu bahan radioaktif yang betindak sebagai penyurih dimasukkan ke dalam air
paip. Bahan radioaktif haruslah bahan yang mengeluarkan sinaran gama kerana
sinaran gama boleh menembusi paip logam dan tanah untuk dikesani oleh
pengira Geiger-Muller, maka mengenal pasti di mana tempat kebocoran paip itu.
Sinaran

gama

juga

mempunyai

setengah

hayat

yang

pendek,

maka

mengurangkan bahaya kepada organisma berdekatan paip itu. Sinaran alfa dan
beta tidak sesuai digunakan untuk mengesan kebocoran paip kerana mempunyai
kuasa penembusan yang rendah.
Bahan radioaktif juga digunakan untuk mengawal ketebalan bahan seperti kertas
dengan menggunakan pengira Geiger-Muller.

Rajah 15.12 Pengesanan Kebocoran Paip Bawah Tanah


(Sumber: http://images.goggle.com)

(c) Kaji Purba/Arkeologi


Bahan radioaktif boleh digunakan untuk menetapkan tarikh bahan antik atau
fosil. Misalnya, Karbon-14 digunakan untuk menentukan umur barang purba
walaupun telah berumur beberapa ratus ribu tahun. Karbon-14 hadir di atmosfera
dalam bentuk karbon dioksida. Tumbuhan menggunakan karbon dioksida yang
mengandungi karbon-14 untuk proses fotosintesis. Selanjutnya, haiwan akan
21

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


memakan tumbuhan tadi, maka padanya terdapat karbon-14. Apabila hidupan
tadi mati, nisbah karbon-14 dengan karbon-12 mulai berkurangan kerana
pereputan karbon-14 yang berterusan dengan kadar yang kecil. Nisbah keduadua karbon inilah yang menjadi kunci penentu tentang tarikh mati hidupan.
Pentarikhan karbon-14 hanya boleh digunakan bagi bahan yang mempunyai
umur tidak melebihi 50 000 tahun sahaja, bagi yang lebih lama lagi daripada
tempoh ini, pentarikhan dilakukan dengan menggunakan isotop uranium-238.

(d) Pengawetan Makanan


Bahan radioaktif juga digunakan untuk mensterilkan makanan untuk pengawetan
supaya ia tahan lebih lama. Ia juga digunakan untuk menghalang percambahan
kentang dan sayur-sayuran supaya boleh disimpan lebih lama.

(e) Pertanian
Sinaran gama digunakan untuk mensterilkan haiwan peliharaan. Ia juga
digunakan untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baru. Fosfor-32
digunakan sebaagi pengesan untuk mengkaji penyerapan dan penggunaan
fosfat oleh tumbuh-tumbuhan. Karbon-14 digunakan untuk mengkaji laluan
karbon dalam fotosintesis tumbuh-tumbuhan.

(f) Senjata Nuklear


Proses transmutasi nukleus bahan radioaktif secara pembelahan dan pelakuran
digunakan untuk menyediakan bom atom dan bom hidrogen yang digunakan
sebagai senjata nuclear.
(g) Kuasa Nuklear
Pembelahan nukleus secara berantai dengan kawalan terkawal dalam reaktor
nuklear menghasilkan kuasa nuklear yang mampu memenuhi bekalan elektrik
setiap sektor masyarakat.
22

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Mengumpul Maklumat (2 jam)

Kumpulkan maklumat mengenai cara menguruskan bahan


radioaktif. Senaraikan langkah keselamatan yang boleh diambil
dalam pengurusan bahan radioaktif.

Latihan (2 jam)

Kumpulkan maklumat mengenai penggunaan tenaga nuklear


sebagai sumber tenaga alternatif yang bermanfaat bagi umat
manusia. Sediakan satu poster tentang kelebihan dan kelemahan
penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga
alternatif di Malaysia.
Sebarkan maklumat yang disediakan kepada orang lain
dengan mempamerkan poster ini di papan buletin sekolah anda.
Tuliskan satu refleksi sebanyak 200 perkataan tentang
pengalaman anda semasa menyediakan latihan ini.

15.4 Rujukan
Brown, T.L.; Lemay,H.E.; Bursten, B.E. (2000) Chemistry-The Central Science.
Eighth Edition, New Jersey:Prentice Hall.
McMurry,J.; Fay,R.C. (2001) Chemistry. Third Edition, New Jersey: Prentice Hall.
http://hps.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts.html (kesan biologi
radiasi)
http://en.wikipedia.org/wiki/Geiger-M%C3%BCller_tube (Tiub Geiger-Muller)
http://physics.kenyon.edu/EarlyApparatus/Static_Electricity/Electroscope/Electros
cope.html (Elektroskop Kerajang Emas)
http://www.answers.com/topic/nuclear-reactor (Tenaga nuklear)
http://en.wikipedia.org/wiki/Nuclear_reactor_technology (Tenaga nuklear)
23

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Latihan 1
1. Tenaga dalam sesuatu system ialah
(A) jumlah semua tenaga kinetik komponennya
(B) jumlah semua tenaga ikatan komponennya
(C) jumlah semua tenaga keupayaan komponenya
(D) jumlah semua kinetik dan keupayaan komponenya
2. Tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 250 ml air daripada 28 0C
kepada 58 0C ialah
(Haba kapasiti khusus air ialah 4.18 Jg-10C-1)
(A) 31.35 J
(B) 3135 J
(C) 31.35 kJ
(D) 3135 kJ
3. Manakah yang berikut akan berlaku apabila sesuatu logam X berkarat?
(A) Atom X diturunkan
(B) Atom X menambahkan elektron
(C) Logam X bertindak sebagai katod
(D) Nombor pengoksidaan X bertambah
4.
Tenaga dalam (E) sesuatu sistem bertambah

Keadaan manakah yang berikut akan menghasilkan keputusan tersebut di


atas?
(A)
(B)
(C)
(D)

Haba yang dihilangkan oleh sistem


Kerja dilakukan oleh sistem pada sekitar
Kerja dilakukan pada sistem oleh sekitar
Sistem menambahkan haba dan melakukan kerja pada sekitar

5. Rajah 1 menunjukkan tenaga profil sesuatu tindak balas:

24

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


P+Q

X + Y

Tenaga

P + Q
H

X + Y
haluan tindak balas
Manakah pernyataan berikut yang benar?
(A)
(B)
(C)
(D)

Tindak balas menyerap tenaga


Tenaga dihilangkan kepada sekitar
Kadar tindak balas adalah perlahan
Tindak balas memerlukan mangkin

Latihan 2
1. (a) Nyatakan dua kegunaan radioaktiviti.
(b) Bincangkan kesan biologi radiasi terhadap manusia.
2. (a) Bincangkan kegunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif
yang bermanfaat manusia.
(b) Bincangkan kepentingan pengurusan bahan radioaktif yang sesuai.

Semak jawapan anda.


Latihan 1
1.
2.
3.
4.
5.

D
C
D
C
B

Latihan 2
1. (a) penarikhan bahan radioaktif karbon, pengesan asap, pensterilan alatan
pembedahan, pensterilan bahan pengawetan, perubatan seperti rawatan
penyakit tiroid, mengenal pasti kebocoran paip bawah tanah, Scan CAT,
Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan lain-lain
25

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


(b) Terangkan bagaimana mutasi sel mengakibatkan kanser, kemandulan,
merosakan organ dalam, kemusnahan system badan, penuaan awal,
berdarah dalaman, melecur kulit badan dan maut.
2. (a) Senjata Nuklear
Proses transmutasi nukleus bahan radioaktif secara pembelahan dan
pelakuran digunakan untuk menyediakan bom atom dan bom hidrogen
yang digunakan sebagai senjata nuclear.

Kuasa Nuklear
Pembelahan nukleus secara berantai dengan kawalan terkawal dalam
reaktor nuklear menghasilkan kuasa nuklear yang mampu memenuhi
bekalan elektrik setiap sektor masyarakat.
(b) Pengurusan bahan radioaktif

Faktor yang perlu diambil kira:

(i) Masa pendedahan kepada radiasi perlu dikurangkan terutama apabila


menggunakan sumber bahan radioaktif..
(ii) Jarak Seseorang harus menjauhkan diri jika boleh daripada sumber
radioaktif. Oleh kerana kesan sinaran bahan radioaktif pada umumnya
membahayakan kesihatan, maka sesesorang mesti berada pada jarak
selamat apabila berurusan dengan bahan radioaktif.
(iii) Pengadang Bila sahaja, tembok plumbum, aluminium atau simen
digunakan untuk mengadang sumber radioaktif.
Bekas plumbum dengan dinding beberapa sentimetre tebal biasanya
digunakan untuk menyimpan sumber radioaktif. Bekas luar harus dilabel
dengan jelas sebagai Sumber Radioaktif.
Makmal radiasi harus mempamerkan simbol radiasi untuk memberi
amaran kepada orang awam tentang kehadiran sumber radioaktif.
Forsep digunakan untuk mengambil sumber radioaktif yang lemah
manakala sumber radioaktif yang kuat diuruskan dengan alat kawalan
remot melalui skrin gelas-plumbum.
Pengadang plumbum tebal mesti dipasang di antara sumber radioaktif
kuat dan pekerja radiasi.
Pekerja radiasi mesti memakai pakaian pelindungan khas dan sarung
tangan untuk melindingi badan mereka daripada radiasi.
Pekerja yang menguruskan sumber radioaktif mesti memakai lencana
filem untuk mengesan dos radiasi yang diterimanya. Ini adalah untuk
menentukan radiasi dalam had yang selamat.
Jagaan besar harus diambil dalam pembuangan sisa bahan radioaktif
nuklear. Sebagai contoh, semasa pembelahan nuclear dalam reactor
26

SCE3109 Tenaga dalam Kimia


nuklear, banyak sisa radioaktif nuklear dihasilkan. Penulenan berterusan
air dalam nadi reactor dijalankan untuk mengurangkan radioaktivitinya.

27

Anda mungkin juga menyukai