Anda di halaman 1dari 4

Aidil Adha dan Aidil Fitri

Benarkah Aidil Adha itu lebih mulia daripada Aidil Fitri?


Jawab:
Dari segi syara': Hari raya Idil fitri dan Idil Adha adalah dua hari
yang di syari'atkan. Tidak ada nas mahupun dari al Qur'an atau
Sunnah yang menunjukkan salah satu lebih afdhal dan mulia dari
yang lain. Ini menunjukkan kedua-duanya adalah special dan ia
menjadi rahsia ibadah yang tidak dituntut untuk kita mendalaminya
kerana dasar ibadah ialah ta'abbudi (kita hanya melaksanakan) dan
kita disuruh utk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan
kegembiraan.
Hari Raya Idil fitri ialah Hari kita keluar daripada bulan Ramadhan
dengan fitrah yang suci bersih; manakala Hari Raya Korban, juga
kita kembali kepada fitrah, fitrah Islam dan umat yang satu yang
bertuhankan hanya Allah. Serta mengikatkan diri kita dengan bapa
Umat manusia iaitu Ibrahim AS yang menjadi induk kepada tiga
agama samawi (Judaisma, Kristianiti dan Islam)
Dari kaca mata amalan masyarakat: Hari Raya Puasa lebih meriah
ini kerana kesemua lapisan masyarakat terlibat dengan ibadat
puasa selama sebulan dan hari Raya puasa adalah sesuatu yang
ditunggu-tunggu. Kemeriahan ini bukan bermakna mengurangkan
kemuliaan hari raya haji.
Hari raya Korban pula ialah kita merayakan satu muktamar sedunia
yang berlangsung di Kota Mekah. Kita hanya tumpang gembira dan
mera'ikan serta melakukan korban sunnat yaitu mengorbankan
udh'iyah dan mengembirakan fakir miskin. Maka kemeriahan dan
keseronokannya sudah pasti tidak sama dengan hari Raya Fitrah.
Rumusan:
Hari Raya Haji dan Hari Raya Fitrah adalah sama-sama mulia di sisi
Allah. Ia di syari'atkan dan tidak dijelaskan salah satu lebih mulia
daripada yang lain.
Hari Raya Haji dan Puasa membawa signifikan yang tersendiri dan
unik serta membawa pengajaran yang berbedza, walaupun
keduanya membawa kepada umat Islam kembali kepada fitrah.
Kemeriahannya agak berbedza: hari raya puasa lebih meriah kerana
ia adalah hari raya yang melibatkan semua lapisan umat Islam;
manakala Hari raya Haji, kita merayakan satu event yang sedang
berlangsung di Kiblat umat Islam. Kanak-kanak yang merupakan

komponen utama hari raya tidak dapat menyelami hakikat


kegembiraan hari raya Korban kerana mereka tidak menjalani apaapa ibadah sebelumnya sebagaimana hari raya puasa, di mana
kanak-kanak telah dilatih berpuasa, maka sudah tentu mereka
tertunggu-tunggu hari raya itu.
Kemeriahan hari Raya Fitrah tidak membawa tanggapan ia lebih
mulia daripada hari raya Korban. Kalimah meriah dan mulia tidak
sama. Tetapi bolehkah kita beranggapan bahawa raya adha lebih
besar maknanya bagi seorang muslim kerana kita bertakbir selama
4 hari (iaitu pada hari nahar dan juga 3 hari tasyrik yang berikutnya)
sedangkan takbir pada aidil fitri hanya dilakukan pada 1 hari syawal
sahaja. Takbir dan tahmid adalah amalan utama bagi seorang itu
mengucapkan rasa syukur dan gembira mereka pada hari raya (di
samping mengerjakan solat sunat hari raya, memakai pakaian yang
terbaik dan menziarahi sesama muslim).
Jadi berdasarkan ini bolehkah kita menganggap Raya adha lebih
besar maknanya bagi seorang muslim dari raya aidil fitri secara
relatifnya.
Jawab:
Sebenarnya perbahasan dalam masalah ini tiada penghujungnya,
maka al Imam al Banna mendatangkan satu usyul untuk
menyelesaikannya: Usyul ke lima (usyul 20); Rukun al Fahmu. Asal
pada ibadah ialah ta'abbud tanpa melihat kepada makna-maknanya
dan Asal pada Adat/Uruf ialah melihat kepada rahsia, hikmat
(makna) dan tujuan.
Dengan itu usyul ini sangat penting untuk membebaskan
kebingungan kita dalam memikirkan pelbagai ibadat yang
disyari'atkan dalam pelbagai bentuk, waktu, syarat, masa dan
tempatnya oleh Allah SWT. Akal kita tidak akan mampu memikirkan
rahsia, hikmat dan makna disebalik pengsyari'atan semua ibadatibadat tersebut keuali sedikit saja yang diberitahu oleh Allah dan
Rasul-Nya.
Misalnya untuk mengukur makna hari raya haji dan hari raya puasa
berdasarkan jumlah hari bertakbir. Sebenarnya jumlah hari bertakbir
pada hari raya Haji berterusan hingga hari-hari Tasyriq itu adalah
amalan para Khulafa' arRasyidin sahaja, Umar dan Ali KW serta
fatwa Imam-imam yang muktabar. Ia hanyalah sebahagian drpd
syi'ar Islam. (Sayyid Sabiq, Fiqhussunnah) Tidak satu Hadis pun
yang datang daripada RasuluLlah saw yang menyuruh umat Islam
bertakbir pada hari-hari Tasyriq.
Namun kalau kita hendak mengkajinya pun tidak salah; apabila kita
membaca perbahasan Ulamak dalam bab Haji, seperti kitab al

Maudoodi (Khutabat), Abul Hassan Ali Nadvi (Four Pillars of Islam),


Ali Syariati (Hajj), serta mana-mana kitab Feqah, kita dapati
perbahasan bab Haji jauh mengatasi perbahasan dalam bab puasa.
Haji memerlukan pesiapan mental, fizikal, ekonomi dan ruhi yang
jauh lebih besar daripada puasa. Puasa adalah ibadah yang bersifat
personal antara Allah dan si muslim, namun ibadah Haji membawa
impak yang besar terhadap kehidupan personal, masyarakat, politik
antarabangsa dan commonwealth umat Islam. Jika puasa dilakukan
saban tahun oleh si muslim, namun Haji adalah penutup rukun
Islam, kemuncak ibadah khusus yang disyari'atkan dan memadai
dilakukan sekali seumur hidup. Jika sesuatu ibadah itu hanya
diwajibkan sekali seumur hidup, maka ia adalah satu ibadah yang
amat hebat makna, hikmat dan impaknya ke atas kehidupan
seseorang; sedangkan puasa dapat dilakukan tahun demi tahun.
Berdasarkan perbahasan dan tarjih di atas, boleh kita katakan
makna dan hakikat Hari Raya Korban melebihi makna hari Raya
Fitrah.
Ia sama juga bila membahaskan yang mana lebih besar makna dan
hikmatnya antara ibadah hati dan ibadah zahir. Sudah tentulah
ibadah hati mengatasi ibadah zahir; misalnya tawakkal, taqwa, dan
yakin kepada Allah (ibadah hati) lebih afdhal daripada zikrullah atau
infaq fi sabilillah.
Namun saya rasa lebih selamat, jika kita beramal dengan usyul ke 5
al Banna, iaitu kita menyerahkan kepada Allah dalam hikmat dan
makna-makna ibadat-ibadat yang disyari'atkan. Inilah amalan para
salaf, manakala mentakwil dengan akal yang rasional dan tidak
bercanggah dengan ruh syara' juga dibenarkan dan inilah jalan
khalaf.
Adakah kita patut merayakan Aidil Adha itu dengan lebih meriah
daripada Aidil Fitri?
Jawab:
Apabila dikaitkan dengan kemeriahan, ia berhubungkait pula
dengan uruf masyarakat. Prof. Dr Abdul Karim Zaidan (al Wajiz fil
Usyul) menjelaskan uruf masyarakat ialah sesuatu yang menjadi
kesukaan masyarakat, kebiasaan mereka dalam kehidupan, baik
berbentuk perkataan atau perbuatan. Uruf dan adat adalah dua
istilah yang sinonim.
Uruf yang betul ialah yang tidak bercanggah dengan mana-mana
nas syarak, tidak menghilangkan maslahat dan tidak membawa
mufsadat (mudharat); manakala uruf yang batil atau fasid ialah

kebiasaan yang bertentangan dengan nas syarak, membawa


mudharat atau menghilangkan maslahat.
Kemudian apakah makna meriah mengikut uruf masyarakat? dan
meriah menurut syara'?
Uruf masyarakat Malaysia 'amnya Hari Raya Puasa lebih meriah
kerana banyaknya kuihmuih, kanak-kanak mendapat duit raya, cuti
lebih panjang dan seluruh lapisan masyarakat terdiri drpd kanakkanak dan orang dewasa terlibat secara fizikal dengan ibadah puasa
dan mereka merasa keseronokan kerana larangan sebulan Allah
terhadap kebiasaan makan-minum mereka telah berakhir. Ia
bertambah meriah apabila ia digembargembur oleh mass-media
dan sibuknya para artis dan insan seni hiburan yang melancarkan
pelbagai rancangan hiburan melalui rangkaian media elektronik.
Manakala hari Raya Korban (kecuali Pantai Timur; Kelantan dan
Terengganu); ia kelihatan sederhana sekali; tiada kuihmuih, kanak
tiada duit raya, dan cuti yang pendek serta gembargembur media
yang amat kecil.
Maka kemeriahan uruf telah menenggelamkan kemeriahan menurut
syara'; di mana syara' menyuruh kita menyambutnya dengan
kemeriahan yang sama. Ini terbukti dalam kehidupan generasi
pertama Islam bagaimana mereka menyambut kedua-dua hari raya
itu. Malah para sahabat dan Imam mujtahid menyuruh umat Islam
bertakbir sepanjang hari-hari tasyriq, malah Umar alKhattab
menyuruh umat Islam bertakbir di mana sahaja semasa hari tasyriq
temasuk di pasar. Namun setelah Islam sampai ke Nusantara, dan
berlalunya 1600 tahun daripada zaman keemasan Islam, maka ia
sudah pasti dipengaruhi oleh adat dan kebiasaan tempatan.
Namun Islam mengiktiraf uruf atau kebiasaan syara' selagi mereka
tidak
memudharatkan
apa
yang
disyari'atkan
misalnya
membatalkan cuti hari raya korban atau tidak membenarkan umat
Islam mengorbankan haiwan korban secara terbuka; kerana ini amat
mengurangkan kemeriahan hari raya korban dan peluang mereka
utk berukhuwwah semasa melapah binatang korban.
Terpulanglah kepada uruf masyarakat untuk menyambut satu hari
raya korban lebih sedikit meriahnya daripada hari raya puasa ATAU
melebihkan kemeriahan hari raya puasa ke atas hari raya korban. Ini
kerana mereka masih belum memahami tasawwur puasa dan Haji
dalam ertikata yang sebenarnya.

Anda mungkin juga menyukai