Anda di halaman 1dari 41

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER


(PENGGUNAAN PERISIAN MS
POWER POINT) TERHADAP PENGUASAAN
KEMAHIRAN HIDUP
DALAM TAJUK JAHITAN TAHUN 5

MUHAMAD HAMADI BIN ITHNIN


NO. I/C : 811011016139
NO. MATRIK : 811011016139001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2013

ABSTRAK
Kita sedia maklum bahawa ramai diantara guru-guru lebih gemar melaksanakan
sesi

pengajaran

dengan

kaedah

chalk

and

talk.

Dalam

era

dunia

perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tidak dinafikan


lagi bahawa guru-guru seharusnya mampu meneroka setiap potensi yang
terdapat dalam bidang ini ke arah mewujudkan pembelajaran yang berkesan
dan bermakna. Walau bagaimanapun, kaedah moden seperti pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer dipercayai lebih membantu dan dapat
memberi kesan yang memberangsangkan. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh
mana

keberkesanan

kaedah

pengajaran

berbantukan

komputer

iaitu

penggunaan perisian MS Power Point dapat mempertingkatkan lagi pencapaian


dan penguasaan murid berhubung tajuk Jahitan untuk Tahun 5.

Seramai 28

orang responden dari Sekolah Kebangsaan Kampong Banting, Sabak Bernam,


Selangor dilibatkan sebagai sampel kajian. Kumpulan eksperimen akan melalui
proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah berbantukan
komputer manakala kumpulan kawalan akan melalui proses pengajaran
menggunakan kaedah tradisional.

i
SENARAI KANDUNGAN
BAB

MUKA SURAT

BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.0

Pendahuluan

1.1

Latar Belakang Kajian

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Tujuan Kajian

1.4

Objektif Kajian

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Batasan Kajian

1.8

Takrifan Istilah

1.9

Rumusan

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0

Pendahuluan

2.1

Pengajaran Dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPBK)

2.2

Kajian Berkaitan PPBK

10

2.3

Kelebihan Multimedia Dalam

11

Pengajaran Dan Pembelajaran


2.4

Kelebihan Ms Power Point

11

2.5

Rumusan

11
ii

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0

Pendahuluan

12

3.1

Reka Bentuk Kajian

12

3.2

Sampel Kajian

14

3.3

Instrumen Kajian

14

3.4

Prosedur Pengumpulan Data

15

3.5

Prosedur Analisis Data

17

3.6

Rumusan

17

RUJUKAN
LAMPIRAN

iii
BAB I
MASALAH KAJIAN
1.0

Pendahuluan

Merujuk kepada kemajuan media telah memberikan beberapa kelebihan bagi kegiatan produksi
audio visual.

Di tahun-tahun kebelakangan ini media menjadi perhatian besar kerana

kemampuannya yang boleh digunakan dalam bidang kegiatan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan penggunaan perisian persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan
peranan penting bagi menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dalam bidang pendidikan.
Mengikut kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (1997), menjurus kepada penggunaan
teknologi kini telah digabungkan kepada kurikulum di seluruh sekolah bagi satu daya usaha
dalam menyemai dan memupuk minta serta sikap yang positif diri murid terhadap
perkembangan teknologi.
Budaya persekolahan telah diubahsuai daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang
berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan teknologi terkini. Kebiasaannya,
para murid akan mudah tertarik, berminat, dan mudah memahami sesuatu pembelajaran dengan
menggunakan media ICT untuk sesuatu subjek.

Kajian yang dibuat oleh Hunt (1998)

menyatakan bahawa ramai pendidik berpendapat bahawa penggunaan perisian persembahan


menggalakkan suasana pembelajaran yang aktif.
pembelajaran

berkesan

sebagai

pembelajaran

Dick dan Reiser (1990) menakrifkan


yang

menyeronokkan.

Keseluruhan

pembelajaran murid akan lebih berkesan disamping meningkatkan minat murid untuk belajar
dan guru pula berperanan untuk merangka starategi pengajaran bagi membantu murid-murid
memberi tumupuan yang optimum serta menyertai startegi pembelajaran yang dirancang secara
keseluruhannya. Oleh yang sedemikian, amatlah perlu bagi seseorang guru itu menggunakan
kaedah serta strategi pengajaran dan pembalajaran yang sesuai dengan tahap murid-murid agar
dapat membina dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu konsep.

1
1.1
Melalui

Latar Belakang Kajian


pembelajaran

berbantukan

Komputer

(PBK)

telah

memberi

impak

yang

memberangsangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran seseorang murid terutamanya


kepada murid yang berada di tahap pencapaian akademik yang kurang memuaskan.

Ia

disebabkan murid-murid pada tahap pengguasaan akademik rendah kebiasaannya memerlukan


pelbagai gabungan kaedah dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi,
teks, muzik dan grafik, yang mana keseluruhan kaedah ini terdapat di dalam multimedia yang
boleh diperolehi secara pembelajaran berbantukan komputer.

Sehubungan dengan ini, ia

berkait rapat dengan dengan peribahasa Cina yang mengatakan, saya dengar, saya akan lupa,
saya lihat, saya akan ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham (Hizamnuddin Awang
1997 dalam Fazilah 1998).
Hari ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah digunakan
secara meluas di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan sebanyak
173,000 unit komputer riba, 18,000 komputer meja, 114,000 unit projector LCD dan 21,000
unit pencetak ke sekolah-sekolah (Utusan Malaysia 2007).
Sehubungan itu, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah mengemukakan kepada
Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor berkenaan satu portal
pendidikan yang bercirikan pembelajaran interaktif atau pembelajaran online iaitu Tuisyen
Rakyat 1 Malaysia (TR1M). Program ini telah bermula pada 18 Jun 2012 lalu yang telah
diperkenalkan kepada 29 buah sekolah menengah dan 76 buah sekolah rendah sebagai perintis.
Ini membuktikan bahawa PPBK merupakan suatu pendekatan baru yang mendapat tempat
dalam arena pendidikan negara pada masa kini.
Perkembangan media khususnya dalam pendidikan sejak kebelakangan ini amat tepat pada
masanya. Perubahan seumpama ini amat memberangsangkan terutamanya dengan kemunculan

teknologi

multimedia.

Diharapkan

agar

dengan

kehadiran

teknologi

ini

mampu

mengembangkan potensi anak-anak secara optimum dan berkesan.

2
1.2

Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah antara subjek yang perlu dipelajari oleh setiap murid
Tahap 2. Memandangkan Kemahiran Hidup ini adalah bukan subjek teras yang menyebabkan
hampir keseluruhan murid telah beranggapan bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah
satu mata pelajaran yang tidak penting untuk dipelajari dan membosankan serta tidak berfokus
kepada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Justeru itu, kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan berkesan adalah perlu bagi mempertingkatkan
pengetahuan, kefahaman dan penguasaan mereka terhadap sesuatu konsep dan kemahiran yang
seterusnya memupuk minat mereka untuk belajar Kemahiran Hidup.
Hal ini adalah disebabkan murid-murid mempunyai kebolehan dan pencapaian yang berbeza.
Murid yang cerdas akan belajar dan menyelesaikan latihan mereka dengan cepat mengikut
tahap pemahaman mereka. Manakala murid yang lemah pula menghadapi masalah untuk
belajar berikutan tidak atau kurang memahami topik yang diajar. Maka, guru perlu
melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid yang lemah
dan menarik minat mereka.
Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat
digunakan untuk mengatasi masalah murid yang mempunyai kebolehan dan potensi yang
berbeza. Membolehkan murid-murid cerdas belajar dan turut menyelesaikan segala tugasan
dengan pantas berdasarkan kemampuan dan tahap kefahaman mereka. Bagi murid lemah dapat
mempelajari topik sukar secara berulang-ulang sehingga kefahaman mereka pada tahap yang
maksimum serta dapat memberikan motivasi kepada murid lemah bagi peningkatan prestasi
pembelajarannya. Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat,
dengan itu segala tumpuan perlu diberikan bagi menghasilkan produk yang menggunakan
perisian yang berkualiti (Yuof Hashim, 1998).

Sehubungan dengan ini, maka kaedah

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer menggunakan perisian MS Power Point

wajar dilaksanakan untuk meninjau keberkesanannya di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran bagi matapelajaran Kemahiran Hidup khususnya bagi tajuk Jahitan Tahun 5.

3
1.3

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk memperlihatkan sejauh manakah keberkesanan penggunaan
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) menggunakan MS Power Point
dalam kelas bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya bagi tajuk Jahitan Tahun 5.
Diharapkan perisian MS Power Point yang dibina dapat digunakan sebagai bahan bantu
mengajar kepada guru.
1.4

Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian adalah untuk mengenalpasti:
1. PPBK (penggunaan perisian MS Power Point) boleh dijadikan sebagai media
pengajaran yang berkesan dan sesuai.
2. Perbezaan pencapaian di antara murid yang didedahkan dengan PPBK dan murid
yang didedahkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional.
3. PPBK (penggunaan perisian MS Power Point) dapat meningkatkan motivasi dan
minat murid kepada matapelajaran Kemahiran Hidup.

1.5

Persoalan Kajian
1. Adakah strategi PPBK (penggunaan perisian MS Power Point) membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran?
2. Adakah terdapat perbezaan penguasaan konsep Kemahiran Hidup oleh murid
yang belajar menggunakan kaedah PPBK dengan murid yang belajar
menggunakan kaedah konvensional?

3. Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid yang belajar menggunakan kaedah


PPBK dengan murid yang belajar menggunakan kaedah konvensional?
4
1.5

Kepentingan Kajian

Sehubungan dengan ini, kajian ini diharapkan dapat memperjelaskan keberkesanan


penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan
perisian MS Power Point) dan dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran dalam
tajuk Jahitan dengan lebih baik. Diharapkan dengan pembinaan perisian interaktif ini dapat
membantu murid bagi meneruskan pembelajaran mengiktu keupayaan masing-masing.
Kajian ini juga dilakukan untuk memenuhi keperluan di dalam bidang pendidikan yang mana
diperingkat Kementerian Pelajaran Malaysia sudah mengeluarkan peruntukan yang begitu
banyak dalam melaksanakan projek pembestarian di seluruh sekolah-sekolah yang terfapat di
Malaysia.

Kajian ini turut penting khasnya kepada guru-guru Kemahiran Hidup untuk

mengenalpasti dan menggunakan kaedah yang sesuai dalam pengajarannya. Hasil daripada
kajian ini juga dapat menyedarkan kepada murid-murid bahawa mata pelajaran Kemahiran
Hidup itu menyeronokkan dan amat penting dipelajari untuk diaplikasikan dalam kehidupan
sehari-hari.
1.6

Batasan Kajian

Tumpuan kajian hanya melibatkan murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Selangor sebagai
sampel kajian yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pencapaian. Kajian ini hanya
ditumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Jahitan dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Tahun 5 kepada 28 orang sampel murid.

Maklumat kajian hanya

diperolehi berdasarkan pemerhatian, soal selidik, dan soalan ujian. Maka, kebolehpercayaan
adalah bergantung sepenuhnya pada kejujuran responden terhadap pernyataan yang
dikemukakan. Memandangkan pembinaan bahan bantu mengajar dilakukan oleh pengkaji
melalui prosedur prinsip yang dibangunkan oleh para pendidik namun dari segi kualiti
perisian yang dihasilkan mungkin menjejaskan perolehan kajian dan kurang memuaskan.

5
1.7

Takrifan Istilah

1.7.1

Ujian Pra

Dilaksanakan bagi mengenalpasti sejauh mana penguasaan konsep Kemahiran Hidup dan
pemahaman murid dalam tajuk yang ingin diuji terhadap murid yang ingin diuji.
1.7.2

Ujian Pos

Dilaksanakan bagi mengesan keberkesanan penggunaan pengajaran dan pembelajaran


berbantukan komputer (penggunaan perisian MS Power Point) terhadap peningkatan
penguasaan Kemahiran Hidup.
1.7.3

Keberkesanan

Melibatkan sesuatu perkara kegiatan hasil atau pengaruh akibat daripada dorongan atau
pemerhatian sesuatu kejadian. Ia merujuk kepada sejauh manakah pengajran yang dijalankan
oleh guru-guru (Tengku Iskandar, 1970). Sehubungan dengan itu, keberkesanan di dalam
kajian ini merujuk kepada sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah PPBK
(penggunaan perisian MS Power Point) dalam Kemahiran Hidup melalui dapatan daripada
tahap penguasaan murid dengan membuat perbandingan dengan kaedah konvensional.
1.7.4

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk
disampaikan melalui komputer.

Perisian kursus

ini melibatkan perisian yang

menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk
menyampaikan pengetahuan serta untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan
berkesan.

6
1.7.5

MS Power Point

Microsoft Office Power Point merupakan salah satu komponen perisian persembahan
elektronik yang diintgerasikan bersama ke dalam Microsoft Office. Perisian ini mempunyai
fungsi utama iaitu:
a)
b)
c)
d)
1.7.6

Menghasilkan slaid 35 mm
Membina persembahan elektronik
Menghasilkan cetakan nota atau transparensi
Menghasilkan persembahan dalam bentuk halaman web

Perisian

Perisian adalah salah satu aturcara komputer yang disertai dengan dokumentasi yang
menjalankan rutin dan prosedur tertentu. Ia merupakan salah satu komponen penting dalam
komputer. Perisian boleh diertikan sebagai A set of electronic instructions.
1.7.7

Jahitan

Jahitan merupakan satu topik yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup
Tahun 5.
1.8

Rumusan

Bab ini adalah menentukan dan menilai penggunaan PPBK dalam perisian MS Power Point
agar dapat membantu murid memahami konsep Kemahiran Hidup dan menarik minat murid
terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup. Pengkaji cuba untuk mewujudkan keseronokkan
dalam pembelajaran supaya ilmu yang dipelajari akan bermakna. Kesan pencapaian prestasi
diharap dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid untuk terus meminati
matapelajaran Kemahiran Hidup.

7
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0

Pendahuluan

Bahagian ini dapat membincangkan mengenai tinjauan literature dan membincangkan


mengenai keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
Perbincangan adalah mengenai beberapa hasil kajian yang berkaitan dengan Pengajaran Dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan kesannya terhadap pencapaian murid
dalam menguasai konsep dan memahami Kemahiran Hidup dengan lebih baik. Selanjutnya
bagi menarik minat murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dan kelebihankelebihan dalam menggunakan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.1

Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Aplikasi multimedia dengan pelbagai kaedah, teknik dan aktiviti mesti mampu menyediakan
satu persekitaran pengajaran yang mantap, menyeronokkan serta mampu menyokong dua
aspek lain iaitu aspek pedagogi dan psikologi. Aplikasi teknologi khususnya multimedia
bukan sekadar penggunaan perkakasan dan perisian yang canggih tetapi mampu menyusun
satu strategi pengajaran yang lebih berstruktur dan bersepadu. Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) diasaskan kepada kaedah programmed instruction di mana
pengajaran dilakukan secara berperingkat. Murid akan didedahkan kepada suatu konsep atau
teknik dan diikuti dengan soalan-soalan berkaitan. Seterusnya, konsep atau teknik baru yang
dibina berasaskan kepada apa yang diajar sebelumnya didedahkan kepada murid dan diikuti
dengan soalan-soalan. Proses ini berterusan sehingga tamat suatu pengajaran. Programmed
instruction asalnya menggunakan bahan-bahan cetak. Melalui kemajuan teknologi komputer,
ia digantikan dengan komputer. Penggunaan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) ini bermula secara terancang apabila projek PLATO (Programmed Logic
for Automatic Teaching Operation) dilaksanakan di University of Illinois pada tahun 1960.

8
Di Malaysia, dalam usaha untuk membestarikan semua sekolah kerajaan, kementerian
berusaha menyediakan infrastruktur dan membekalkan perkakasan ICT serta mengadakan
akses internet jalur lebar untuk sekolah dan membangunkan rangkaian setempat. Pihak
kementerian juga berusaha membangun dan membekalkan sekolah dengan pelbagai apklikasi
pengurusan, perisian kursus, bahan multimedia dan program TV Pendidikan untuk
pengajaran dan pembelajaran (Utusan Malaysia 2007).
Penggunaan media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menjurus kepada beberapa
syarat dan peraturan. Media pembelajaran ialah alat yang berfungsi sebagai menyampaikan
maklumat pembelajaran.

Pembelajaran pula proses komunikasi antara murid, guru dan

bahan ajar. Komunikasi tidak akan terlaksana tanpa bantuan alat penyampai maklumat atau
media. Berikut adalah kelebihan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer iaitu :a.
b.
c.
d.
e.
f.

Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.


Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Membolehkan murid mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan.
Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat.
Merangka pembelajaran koperatif dan memberi peluang murid-murid belajar
secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat

dijimatkan.
g. Membolehkan murid menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang
deria-deria mereka.
h. Membolehkan murid memberi maklum balas serta merta terutama dalam PPBK
latih tubi atau penilaian.
i. Membolehkan murid mengawal pengaliran perisian kursus dan memilih
bahagian-bahagian jika difikirkan perlu.

2.2 Kajian Yang Berkaitan Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan


Komputer (PPBK)
Berdasarkan hasil kajian penyelidik Universiti Sains Malaysia, Fong & Ng (2000), terhadap
murid-murid sekolah dengan variasi penyampaian pengajaran berasaskan komputer terhadap
pembelajaran sekali lagi merujuk kelebihan gaya penyampaian yang ditambah baik. Dalam
semua kes, olahan yang lebih baik (dalam bentuk maklum balas huraian, paparan visual yang
lebih menarik, tambahan kepada segmen audio, atau laluan pembelajaran yang lebih
berstruktur) selalunya membawa kepada peningkatan skor. Asas pengurusan pembelajaran
bagi kajian ini adalah behavioris dan kognitivis. Ia adalah behavioris disebabkan kepatuhan
ketat kepada objektif pengajaran dan pengukuran dalam bentuk peningkatan skor ia juga
kognitivis dalam mana semua pengajaran dan media dirancang mengikut preskripsi reka
bentuk pengajaran. Hasil kajian Law Kuan Kheng (2003), kesan animasi terhadap prestasi
pelajar tahun ketiga UiTM (Kedah) dalam subjek Teknologi Maklumat Dalam Perniagaan
telah menunjukkan perbezaan pencapaian yang signifikan antara pembelajaran yang
menggunakan mod grafik animasi berbanding dengan mod grafik statik.
Hasil kajian Ngin Wei Haw (2012), keberkesanan penggunaan power point terhadap
penguasaan konsep sains bagi murid Tahun 5 mendapati bahawa tingkat laku murid ketika
guru mengajar tidak menggunakan MS Power Point kelihatan bosan dan sukar untuk
memahami tajuk yang dipelajari.

Tingkah laku murid menjadi positif setelah pengkaji

menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (MS Power Point)
iaitu murid membuat persediaan awal untuk belajar, membantu guru memasang peralatan
ICT, menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran, berasa sangat seronok, dan
menyiapkan tugasan yang diberikan.

Selain itu, berdasarkan kajian Kulik, Bergert dan

William (1983), mereka telah mengkaji keberkesanan penggunaan PPBK terhadap 48 orang
murid.

Hasil kajian mereka menunjukkan seramai 39 orang murid yang menggunakan

komputer memperoleh markah yang lebih tinggi berbanding dengan murid yang
menggunakan kaedah tradisional.

Kajian ini juga menyatakan bahawa PPBK memiliki

keupayaan 0.5 berbanding dengan pembelajaran dengan menggunakan kaedah tradisional.

10

2.3

Kelebihan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Furth (Internet 1996) dari Atlantic Universiti, Florida mendefinisikan multimedia sebagai
gabungan pelbagai media. Ini termasuklah teks, grafik, animasi, imej dan video. Antara
kelebihan multimedia ialah:
1. Membolehkan interaktif dan memberi kemudahan umpan balik.
2. Memberi kebebasan kepada murid dalam menentukan topik pembelajaran.
3. Menyediakan kemudahan kawalan yang bersistem dalam pembelajaran.
2.4

Kelebihan Microsoft Office Power Point Dalam PPBK

Menurut Saidah (2010) di dalam penulisannya bertajuk Belajar Power Point menyatakan
bahawa MS Power Point mempunyai aplikasi tersendiri iaitu untuk membuat persembahan
slaid, membuat ilustrasi, membuat penyuntingan slaid, membina animasi dan transisi.
MS Power Point juga mesra pengguna dan butang arahan mudah difahami serta tidak perlu
menggunakan kod pengaturcaraan. Selain itu, MS Power Point juga bersifat interaktif.
Justeru, perisian ini digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Persembahan MS Power Point ini juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik serta mengilustrasi idea-idea yang kompleks dan memotivasikan pengguna.
2.5

Rumusan

Penghayatan terhadap hasil kajian lalu telah jelas bahawa penggunaan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan tahap penguasaan konsep, motivasi
dan minat murid-murid terhadap pembelajarannya. Berdasarkan beberapa kajian yang
dijalankan menunjukkan bahawa PPBK ini banyak memberi manfaat dan kemudahan kepada
guru dan murid. Oleh itu, penggunaan PPBK ini haruslah dipergiatkan lagi untuk
mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mempertingkatkan
kualiti pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

11

BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1

Pendahuluan

Terdapat pelbagai kajian lalu yang telah menampakkan kesan positif melalui penggunaan MS
Power Point di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Metodologi di dalam kajian ini

digunakan bagi mengesan keberhasilan pengunaan paparan MS Power Point yang dapat
membantu meningkatkan penguasaan konsep Kemahiran Hidup. Di samping itu, kajian ini
juga melihat keberhasilan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) ini terhadap minat murid terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup dibandingkan
dengan pembelajaran yang diajar dengan cara tradisional.
3.2

Reka bentuk kajian

Di dalam perlaksanaan kaedah kajian eksperimen akan digunakan iaitu secara rekabentuk pra
dan pasca (pre-test-post-test-equivalent group design).

Murid-murid akan dibahagikan

kepada 2 sessi iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Murid yang berada di
dalam kumpulan eksperimen akan didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer. Manakala murid yang berada di dalam kumpulan kawalan akan
diajar menggunakan kaedah konvensional atau tradisional.
Pada mulanya kumpulan-kumpulan ini dibentuk daripada murid yang sedia ada di dalam
kelas. Tahap pencapaian dan latar belakang murid adalah lebih kurang sama antara mereka.
Kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan kaedah kovensional manakala
kumpulan eksperimen akan diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) iaitu penggunaan perisian MS Power Point.

12

Permulaannya pada sessi pertama, kumpulan ini diberikan dengan ujian pra bertujuan
menentukan tahap pencapaian mereka mengenai tajuk Jahitan. Murid-murid dimaklumkan
sebelumnya mengenai tajuk tersebut sebelum ujian pra dijalankan. Ia bertujuan memberi
persediaan awal kepada murid-murid. Setelah ujian pra selesai, guru mengumpul kesemua
jawapan dan dianalisis begi memperoleh markah bagi setiap murid. Seterusnya kepada
kumpulan eksperimen akan diajar tajuk Jahitan berlandaskan kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Sementara kumpulan kawalan pula diajar oleh
guru Kemahiran Hidup kelas tersebut menggunakan kaedah konvensional.
Kemudian setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran, kedua-dua kumpulan perlu
menjalani Ujian Pos. Ujian ini bertujuan bagi memperhatikan keberhasilan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer yang telah dilaksanakan kepada murid-murid. Selain
daripada itu, murid-murid di dalam kumpulan eksperimen sahaja dikehendaki mengisi
borang soal selidik berkaitan pandangan atau persepsi mereka terhadap kaedah pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer yang telah dilaksanakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mereka.

Ujian Pra

Kumpulan
Eksperimen

Kumpulan Kawalan
Kaedah

Ujian Pos

Adakah
berkesan?
Rajah 1 : Carta aliran prosedur menjalankan kajian
13

3.2

Sampel Kajian

Sampel kajian adalah merangkumi murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Selangor menjadi
sampel kajian yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pencapaian. Kajian ini hanya
ditumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Jahitan dalam matapelajaran
Kemahiran Hidup Tahun 5 kepada 28 orang sampel murid.

3.3

Instrumen Kajian

Telah menjadi kemestian di dalam setiap kajian yang dilaksanakan iaitu beberapa instrumen
untuk kajian ini digunakan bagi proses membuat kajian. Di dalam kajian ini beberapa
instrument akan digunakan iaitu :1. Ujian Pra, Ujian Pos
2. Borang soal selidik.
3. Borang maklumat murid
Ujian Pra digunakan untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam tajuk Jahitan dengan
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa atau tradisional. Manakala Ujian
Pos pula dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer menggunakan perisian MS Power Point dalam
menguasai tajuk Jahitan ini. Borang soal selidik pula diberi untuk mendapatkan persepsi atau
pendapat murid mengenai penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (perisian MS Power Point) dalam tajuk Jahitan.
3.3.1

Borang Maklumat Murid

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang murid. Maklumat yang
diperlukan termasuk nama, jantina dan markah ujian terkini. Murid juga akan menjawab soal
selidik ringkas yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian mereka.
14
3.3.2

Ujian Pra dan Ujian Pos

Item-item ujian adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5.
Soalan-soalan ujian adalah dirujuk daripada bahan-bahan rujukan untuk dijadikan instrumen.
Kedua-kedua ujian ini mengandungi 10 item soalan objektif dan 8 item soalan subjektif.
Ujian Pra akan diambil oleh kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam tempoh 30
minit. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran di kumpulan masing-masing
dilaksanakan, ujian pos pula akan diambil oleh kedua-dua kumpulan.
3.3.3

Borang Soal Selidik

Borang soal selidik hanya diberikan kepada kumpulan eksperimen yang telah melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Ini adalah untuk mendapatkan
maklum balas dan persepsi murid-murid kumpulan eksperimen terhadap penggunaan perisian
MS Power Point dalam pembelajaran mereka.
3.4

Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data kajian akan dijalankan dalam dua peringkat, dimana peringkat pertama
melibatkan ujian pra dan peringkat kedua melibatkan ujian pos. Kertas soalan ini
dikumpulkan oleh guru untuk diperiksa, skor diberikan dan direkodkan.
Kadar skor
Jika memberi jawapan betul
Jika memberi jawapan salah

Nilai skor
1
0

Pada kajian ini, perlaksanaan pengumpulan data oleh pengkaji adalah di dalam kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Pada permulaannya murid diberi masa 10 minit untuk
mengisi borang maklumat. Borang yang lengkap diisi oleh murid akan dikutip oleh guru.
Selepas itu, semua murid di dalam setiap kumpulan diberi ujian pra bagi menentukan tahap
pencapaian mereka mengenai tajuk Jahitan dalam tempoh 30 minit.
15

Murid diingatkan agar tidak meniru rakan kerana perbuatan mereka akan mengakibatkan
kebenaran kajian diragui.Apabila ujian pra selesai, jawapan-jawapan daripada ujian tersebut
akan dikumpul dan dianalisis untuk diberi. Kemudian kumpulan eksperimen akan diajar
tajuk Jahitan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer,
manakala kumpulan kawalan pula diajar menggunakan kaedah konvensional mengikut waktu
pengajaran biasa.
Setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran, kedua-dua kumpulan perlu menjalani
Ujian Pos selama 30 minit juga. Ujian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer yang telah dilaksanakan kepada murid-murid.
Selain itu, murid-murid di dalam kumpulan eksperimen dikehendaki mengisi borang soal
selidik untuk mengkaji sikap dan persepsi mereka terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer yang telah dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Akhir sekali, segala data yang telah dikumpul akan dianalisis untuk
mendapatkan kesahihan kajian yang dijalankan.

1.Borang maklumat
murid
2.Ujian Pra

3.Kaedah pengajaran
dijalankan
4. Ujian Pos

5. Borang soal selidik


6. Analisis data

Rajah 2 : Carta aliran prosedur pengumpulan data

16

3.5

Prosedur Analisis Data

Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif.


Statistik dilakukan dengan menggunakan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan serta
membanding tahap pencapaian murid-murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos. Pengkaji akan
mentafsir data dalam bentuk peratus dan min skor setiap item dalam soal selidik. Selain itu
ujian t juga akan dilaksanakan untuk mengenalpasti sekiranya terdapat signifikan yang ketara
antara dua nilai min yang diperoleh.

3.6

Rumusan

Melalui bab ini lebih menjurus kepada penerangan mengenai metodologi kajian.

Ia

meleibatkan rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan dan
pemprosesan data yang akan digunakan dalam kajian. Bab ini juga menghuraikan bagaimana
kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dilaksanakan di dalam kelas.
Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen iaitu melibatkan kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen. Kedua-kedua kumpulan akan menjalani Ujian Pra dan Ujian Pos.
Adalah diharapkan data yang diperoleh melalui kajian ini dapat menunjukkan sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup dapat mempertingkatkan pencapaian murid-murid.

17

RUJUKAN
Abdullah, A. J. (2005). Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.
Awang, H. (1997). Sekolah Bestari Dalam Era Maklumat. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Abdul Rahim Othman. (1995). HBEF3103 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).
Johor Baharu: Universiti Teknologi Malaysia.
Dr David Lim Chong Lim, Dr Nor Azizah Salleh, Prof Madya Dr Saat Md Yassin, Prof
Madya Dr Mohd Kidin Shahran, Prof Madya Dr Alias Mohd Yatim, Prof Dr Abdul
Razak Habib. (Oktober 2011). HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.
Fong, S. F. & Ng, W. K.(2000). Effect of feedback in a multimedia computer-based learning
on the achievement of students with different cognitive styles.

Kertas kerja

dibentangkan di South East Asian Regional Symposium on Science and Technology


Education (IOSTE) bersama Association for Science and Mathemathics Education
Penang di the Copthorne Orchid Hotel, Pulau Pinang, 30 Mac 2 April, 2000.
Hussein, D. S. (2007). Lebih Banyak Sekolah Pendalaman Terlibat. Utusan Malaysia. 16
April.
Iskandar, T. (1970). Bahasa, Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kheng, L. K. (2003). UiTM. Kesan Animasi Terhadap Prestasi Pelajar Tahun Ketiga UiTM
(Kedah) Dalam Subjek TEknologi Maklumat.
Haw, N. W. (2012). Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun2012. Keberkesanan
Penggunaan Power Point Terhadap Penguasaan Konsep Sains Bagi Murid Tahun 5.
Shahid, S. b. (2010). Siri Komputer Bestari Belajar Power Point. Subang Jaya: Penerbitan
Prestasi Sdn.Bhd.
Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Ahmad, Azman Abdullah. (Mac 2011).
HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.

LAMPIRAN

Lampiran 1

BORANG MAKLUMAT MURID


Maklumat Murid
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Nama
:________________________________________________
Sekolah
:________________________________________________
Tahun
:________________________________________________
Jantina
:________________________________________________
Pekerjaan penjaga:____________________________________________
Alamat rumah : _____________________________________________
_____________________________________________
7. Terdapat komputer di rumah:
Ada / Tiada
8. Pengalaman menggunakan komputer (MS Power Point) : _____________
9. Markah Kemahiran Hidup dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun :______

Lampiran 2

SOAL SELIDIK

Maklumat Murid
1.
2.
3.
4.

Nama
Sekolah
Tahun
Jantina

:_____________________________________________________
:_____________________________________________________
:_____________________________________________________
:_____________________________________________________

Maklumbalas Murid
Arahan
1) Jawab semua soalan
2) Sila berikan jawapan secara jujur dan ikhlas
3) Bagi setiap penyataan , sila bulatkan angka yang difikirkan sesuai berdasar
skala yang diberikan .

SANGAT
SETUJU
5

1.

SETUJU

KURANG

TIDAK

SETUJU

SETUJU

Isi kandungan pengajaran dipersembahkan


dengan baik

SANGAT
TIDAK
SETUJU
1

2.

Susunatur pengajaran mudah diikuti

3.

Aktiviti, isi kandungan dan langkah-langkah


dalam pengajaran menggalakkan saya
untuk lebih rajin belajar
4. Penggunaan MS PowerPoint menggalakkan
pembelajaran saya
5. Aktiviti dalam pengajaran memberi latihan
dan maklumbalas yang mencukupi
6. Pembelajaran menggunakan MS PowerPoint
menjadikan pelajaran kemahiran hidup lebih
menarik.
7. Kaedah pembelajaran menggunakan MS
PowerPoint dapat membantu kefahaman
dalam pengajaran kemahiran hidup.
8. Minat saya terhadap kemahiran hidup
semakin meningkat setelah menjalankan
aktiviti pembelajaran menggunakan MS
PowerPoint.
9. Saya lebih mudah untuk mengingati isi
pelajaran apabila belajar menggunakan MS
PowerPoint berbanding kaedah kelas.
10. Kaedah pembelajaran Persembahan MS
PowerPoint sesuai digunakan dalam
pengajaran kemahiran hidup.
11. Penggunaan grafik memberi gambaran
yang jelas konsep yang hendak
disampaikan.
12. Penggunaan animasi menjelaskan konsepkonsep abstrak bagi tajuk yang saya
pelajari
13. Perkaitan antara konsep sebelumnya dan
konsep baru dapat diperjelaskan dengan
penggunaan elemen-elemen multimedia
(teks, grafik, audio) dalam MS PowerPoint.

Lampiran 3

KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH

UJIAN PRA
JAHITAN
TAHUN 5

NAMA MURID

KELAS

SEKOLAH

A. Bulatkan jawapan yang betul


1. Berikut merupakan alat jahitan, kecuali
A gunting

B benang
C jarum peniti
D butang
2. Antara berikut, alat yang manakah digunakan untuk menetas jahitan?
A

3.

Apakah fungsi alatan jahitan yang ditunjukkan di atas?


A
B
C
D

Merapatkan jahitan
Mengambil ukuran fabrik
Melaraskan kedudukan fabrik
Menetapkan kedudukan fabrik

4. Antara berikut, yang manakah bukan kerosakan pada pakaian yang boleh dibaiki?
A Kelim meretas
B Kelepet meretas
C Butang tertanggal

D Warna baju luntur atau pudar


5.

Apakah jenis jahitan di atas?


A
B
C
D

Jahitan silang pangkah


Jahitan jelujur halus
Jahitan insang pari
Jahitan sembat

6.

Rajah di atas menunjukkan permulaan untuk menjahit jahitan tangan. Apakah nama jahitan di
atas?
A
B
C
D

Jahitan jelujur halus


Jahitan sembat
Jahitan lilit ubi
Jahitan kia

7. Apakah jahitan yang digunakan untuk membaiki pakaian dalam rajah di atas?
A Jahitan jelujur
B Jahitan sembat
C Jahitan lilit kemas

D Jahitan sembat susup


8. Antara berikut, yang manakah dapat menggantikan jahitan mesin?
A
B
C
D

Jahitan kia
Jahitan sembat
Jahitan insang pari
Jahitan lubang butang

9. Apakah yang dimaksudkan dengan kelepet?


A
B
C
D

Lipatan untuk mencantikkan pakaian


Lipatan untuk menyingkatkan pakaian
Lipatan pada bahagian hadapan pakaian
Lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.

10. Mengapakah kelepet yang meretas harus dijahit?


A
B
C
D

Supaya pakaian menjadi baharu


Supaya pakaian lebih cantik
Supaya pakaian tidak rosak
Supaya pakaian lebih bersih

B. Isi tempat kosong dengan jenis mata jahitan asas mengikut pernyataan yang diberi.
1.

2.

Memulakan dan mematikan jahitan tangan.


Melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik.
Menjahit kelim yang meretas.
Boleh menggantikan jahitan mesin

Membaiki kelepet meretas


Boleh menggantikan mata jahitan mesin.
Menjadi jahitan perhiasan pada artikel.

Menetapkan dan mengemaskan kelepet.


Mata jahitan ini boleh dilihat sebelah luar fabrik.

Mengemaskan guntingan tepi fabrik.


Mencantumkan dua keping fabrik.
Menjahit butang katup, cangkuk dan palang.

Jahitannya kukuh dan kemas.


Menjahit lubang butang, butang katup, cangkuk dan palang.

Menjahit kelepet dan lapik.


Mengemaskan guntingan fabrik.
Mencantum dua keeping fabrik.

Mengemaskan tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjadi motif.
Mutu jahitannya boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik.

Menjahit dan mengemaskan kelepet.


Digunakan pada lipatan lengan baju, kelepet skirt serta blaus.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Skema jawapan.
Bahagian A.
1.
2.
3.
4.

D
C
D
D

5. A
6. B
7. C
8. A
9. D
10. C
Bahgaian B.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Jahitan kia
Jahitan jelujur halus
Jahitan sembat
Jahitan lilit kemas
Jahitan lubang butang
Jahitan silang pangkah
Jahitan insang pari
Jahitan sembat susup

Lampiran 4

KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH

UJIAN Pos
JAHITAN
TAHUN 5

NAMA MURID

KELAS

SEKOLAH

A. Bulatkan jawapan yang betul


11. Berikut merupakan alat jahitan, kecuali
A

12. Antara berikut, alat yang manakah digunakan untuk menetas jahitan?
A
B
C
D

Gunting
Butang
Pita ukur
Penetas jahitan

13.

Digunakan untuk menyemat fabrik.


Digunakan untuk menetapkan kedudukan fabrik.
Diperbuat dari keluli berkilat yang halus dan tajam.

Apakah fungsi alatan jahitan yang ditunjukkan di atas?


A
B
C
D

Gunting fabrik
Jarum peniti
Pita ukur
Penetas jahitan

14. Antara berikut, yang manakah bukan kerosakan pada pakaian yang boleh dibaiki?
A
B
C
D
15.

Kelim meretas
Kelepet meretas
Butang tertanggal
Lubang akibat terbakar

Apakah jenis jahitan di atas?


A
B
C
D

Jahitan silang pangkah


Jahitan sembat
Jahitan insang pari
Jahitan jelujur halus

16.

Rajah di atas menunjukkan permulaan untuk menjahit jahitan tangan. Apakah nama jahitan di
atas?
A
B
C
D

Jahitan silang pangkah


Jahitan sembat
Jahitan lilit ubi
Jahitan kia

17. Apakah jahitan yang digunakan untuk membaiki pakaian dalam rajah di atas?
A
B
C
D

Jahitan jelujur
Jahitan sembat
Jahitan lilit kemas
Jahitan sembat susup

18. Antara berikut, yang manakah dapat menggantikan jahitan mesin?


A
B
C
D

Jahitan sembat
Jahitan insang pari
Jahitan jelujur halus
Jahitan lubang butang

19. Apakah yang dimaksudkan dengan kelepet?


A
B
C
D

Lipatan untuk mencantikkan pakaian


Lipatan untuk menyingkatkan pakaian
Lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi
Lipatan pada bahagian hadapan pakaian

20. Mengapakah kelepet yang meretas harus dijahit?


A
B
C
D

Supaya pakaian tidak rosak


Supaya pakaian lebih cantik
Supaya pakaian lebih bersih
Supaya pakaian menjadi baharu

B. Isi tempat kosong dengan jenis mata jahitan asas mengikut pernyataan dan gambar rajah
yang diberi.
9.

Membaiki kelepet meretas


Boleh menggantikan mata jahitan mesin.
Menjadi jahitan perhiasan pada artikel.

10.

Memulakan dan mematikan jahitan tangan.


Melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik.
Menjahit kelim yang meretas.
Boleh menggantikan jahitan mesin

Mengemaskan guntingan tepi fabrik.


Mencantumkan dua keping fabrik.
Menjahit butang katup, cangkuk dan palang.

Menetapkan dan mengemaskan kelepet.


Mata jahitan ini boleh dilihat sebelah luar fabrik.

11.

12.

13.

Menjahit kelepet dan lapik.


Mengemaskan guntingan fabrik.
Mencantum dua keeping fabrik.

Jahitannya kukuh dan kemas.


Menjahit lubang butang, butang katup, cangkuk dan palang.

Menjahit dan mengemaskan kelepet.


Digunakan pada lipatan lengan baju, kelepet skirt serta blaus.

14.

15.

16.

Mengemaskan tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjadi motif.
Mutu jahitannya boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik.

Skema jawapan.
Bahagian A.
11. C
12. D
13. B
14. D
15. B
16. A
17. C
18. C

19. C
20. A
Bahgaian B.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Jahitan jelujur halus


Jahitan kia
Jahitan lilit kemas
Jahitan sembat
Jahitan silang pangkah
Jahitan lubang butang
Jahitan sembat susup
Jahitan insang pari

Anda mungkin juga menyukai