Anda di halaman 1dari 9

Syiah telah lama diisytiharkan sebagai aliran yang terkeluar daripada pegangan

aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan aqidah mereka yang
berasaskan kepada al-Wilayah atau lebih dikenali sebagai kepercayaan terhadap
12 Imam yang mana Imam-imam mereka terdiri daripada kumpulan ahlul bait.
Antara asas yang membawa kepada pegangan aqidah mereka yakni al-Wilayah
salah satunya adalah ayat al-Quran yang berkonsepkan at-Tahthir yang berasal
perkataan wa yuthah-hirukum tath-hiran dalam firman Allah swt;

Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu


wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
[al-Ahzab 33:33]
Ayat at-Tahthir antara hujah Syiah yang paling rajih lagi masyhur daripada alQuran. Bahkan ayat ini juga menjadi ijma yakni kesepakatan di sisi ulama Syiah
untuk digunakan sebagai hujah. Bagaiaman ayat at-tahthir ini memainkan peranan
penting di sisi Syiah? Jawapannya adalah seperti yang tertera di bawah;
1. Membataskan istilah Ahlul-bait kepada empat orang sahaja iaitu Ali,
Fatimah, Hassan dan Husain ra.hum.
2. Menetapkan sifat masum dan hujah kebenaran kepada keempat-empat
Ahlul-bait seperti yang telah dinyatakan di atas.
3. Menetapkan kebenaran hanya pada berasaskan keempat-empat ahlul Bait
terutamanya dalam konteks pentafsiran al-Quran, al-hadith, hukum dan hak
kekhalifahan

Muhammad Mari al-Amin dalam bukunya Mengapa Aku Memilih ahlul-Bait? telah
menulis;
al-Ismah yakni kemaksuman adalah syarat pada seorang imam menurut Syiah
kerana imam yang diikuti selepas Nabi saw apabila tidak maksum, maka tidak boleh
dipercayai kata-katanya. Oleh itu tsabitnya al-ismah imam adalah seperti
tsabitnya al-ismah Nabi saw. Ayat tersebut juga (al-Ahzab 33:33) menunjukkan
kemaksuman Amirul Mukminin (Ali) dan dua anaknya, Hasan dan Husain as. Justeru
terbukti bahawa jawatan khalifah adalah untuk mereka dan bukan selain mereka.
Oleh itu, berpegang kepada pendapat mereka adalah wajib kerana orang lain tidak
maksum. Hal ini kerana apabila tidak wujudnya al-Ismah maka akan berlakulah
kesalahan. Oleh itu tidak sah untuk sesiapa menjadi khalifah yang mengendalikan
syariat Rasulullah saw tanpa al-Ismah
( m/s 66, Limaza Akhtartu Mazhab al-Syiah, Muassasah al-Alami, Beirut )

Demikianlah betapa pentingnya ayat al-tahthir sehingga tidak berlebihan untuk


dikatakan bahawa ayat ini membentuk tulang belakang kepada aqidah alWilayah Syiah. Seandainya ia ditegakkan maka tertegaklah Syiah, seandainya ia
runtuh maka runtuhlah juga mazhab Syiah.

HUJAH SYIAH

Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu


wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
[al-Ahzab 33:33]
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, Syiah menggunakan hujah ayat attahthir bagi menetapkan al-Ismah yakni kemaksuman hanya kepada keempatempat ahlul-bait iaitu Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain ra.hum. Dalam waktu yang
sama, mereka mengecualikan isteri-isteri Rasulullah saw daripada sifat al-Ismah
ini. Dalam erti kata lain, isteri-isteri Rasulullah saw dikecualikan daripada
perbahasan ayat 33 Surah al-Ahzab.

Syiah menggunakan beberapa petunjuk daripada al-Quran dan al-Sunnah untuk


menjadikan Ayat al-Tath-hir sebagai hujah menetapkan sifat maksum kepada 'Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu anhum. Pada waktu yang sama Syiah
mengecualikan para isteri Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, radhiallahu
anhum daripada sifat maksum ini. Yakni mereka para isteri Rasulullah tidak
termasuk dalam perbahasan ayat 33 surah al-Ahzab. Berikut adalah petunjuk
daripada al-Quran berkenaan dengan pemahaman Syiah terhadap ayat at-tahthir
ini

a. Rasulullah saw mempunyai dua keluarga iaitu ikatan pernikahan yang


difahami mereka sebagai Bait Zawjiyyah dan ikatan nasab yang merujuk
kepada ahlul-Bait. Maka istilah ahlul Bait inilah yang mereka fahami
merujuk kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain ra.hum. Ini amat berbeza
dengan ayat-ayat sebelum dan selepas ayat 33 di mana ia merujuk kepada
isteri-isteri Rasulullah saw tanpa menggunakan istilah ahlul bait

b. Dalam konteks Bahasa Arab, Syiah memahami ayat 33 surah al-Ahzab


bersifat muzakkar di mana ia merujuk kepada Ali, Fatimah, Hassan dan
Husain ra.hum. Sekiranya ayat tersebut merujuk kepada isteri-isteri
Rasulullah saw sahaja, maka sifat ayat tersebut pasti akan menjadi
muannas. Oleh itu, kemaksuman yang ditetapkan dalam ayat 33 surah alAhzab hanya terbatas kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Husain ra.hum sahaja.
c. Isteri-isteri Rasulullah saw dianggap Syiah sebagai tidak maksum kerana
pernah menyakiti hati Rasulullah saw sehingga menyebabkan Allah swt
menurunkan ayat berikut menegur mereka:

Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka
itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah
cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua
saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka
yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah
Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang salih dari
kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi
penolongnya.
[ Surah at-Tahrim 66:04]
Penerangan tentang ketidakmaksuman isteri-isteri Rasulullah saw ini
dikuatkan lagi dengan hujah daripada hadith al-kisa yang diriwayatkan oleh
jumhur ulama ahlul hadis wa atsar di mana hadith tersebut disandarkan
kepada Umm Salamah ra.ha;
Telah diturunkan ayat ini kepada Rasulullah saw Sesungguhnya Allah
hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai ahlul-Bait dan
hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya di dalam rumah Umm
Salamah ra.ha.
Lalu Nabi saw memanggil Fatimah, Hasan dan Hussain dan menyelimuti
mereka dengan kisa iaitu kain manakala Ali berada di belakangnya, lalu
diselimuti juga dengan kain.
Kemudian Nabi berdoa: Ya Allah ! mereka adalah ahlul-Bait aku maka
hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersihbersihnya.
Berkata Umm Salamah: Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?

Rasulullah menjawab: Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau


selalu dalam kebaikan.
( HR al-Hakim )
Maka apabila melihat beberapa hujah Syiah seperti yang telah dinyatakan sebelum
ini, timbul persoalan yang mungkin akan terbenak dalam pemikiran masyarakat
awam terutamanya. Adakah ayat Surah al-Ahzab 33 merujuk kepada kemaksuman
ahlul bait yang merujuk kepada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain ra.hum?
Benarkah hadith berkenaan dengan al-Kisa merujuk kepada ayat surah al-Ahzab
33 seperti yang didakwa Syiah? Maka disinilah bermulanya untuk kita menjawab
segala kekeliruan yang ditimbulkan Syiah?
JAWAPAN AHLUS SUNAH

Pertama: Adakah ayat 33 surah al-Ahzab membicara subjek kemaksuman?


Jawapannya tidak. Para pembaca dijemput memerhatikan semula ayat 33 surah alAhzab:
Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa
kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersihbersihnya. [al-Ahzab 33:33][3]

Perhatikan bahawa Allah Azza wa Jalla menggunakan perkataan Yuridu ( )yang


bererti kehendak atau keinginan atau bermaksud. Kemudian diikuti dengan
perkataan Yuzhiba ( )yang didahului dengan huruf Lam ( )yang bererti
untuk atau supaya. Maka ini menunjukkan Allah swt dalam petikan ayat
hanyalah bertujuan untuk menerangkan kehendak Allah untuk
menghilangkan dosa ahlul-Bait.

Seandainya Allah swt ingin menetapkan sifat kemaksuman yakni bebas daripada
dosa dan suci, nescaya sudah tentu Allah swt akan berfirman dengan sesuatu yang
bersifat menetapkan:

Sesungguhnya Allah telah menghilangkan dosa kamu wahai ahlul-Bait dan telah
membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Oleh itu Syiah telah melakukan satu kesalahan dalam konteks istidlal yang amat
besar lagi fatal apabila mereka mendakwa ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada
kemaksuman. Yang benar di sisi Ahlus Sunah, ayat 33 surah al-Azhab tidak merujuk
kepada kemaksumam, bahkan ianya jauh sekali daripada berperanan menetapkan

sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada isteri Rasulullah saw atau kepada
Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain ra.hum. [4]

Timbul soalan seterusnya, apakah maksud sebenar firman Allah dalam ayat 33
surah al-Ahzab? Jawapannya akan diperolehi dalam perbahasan kedua seterus ini.

Sebelum itu untuk memantapkan fahaman para pembaca, berikut dikemukakan


contoh sebuah ayat yang juga menggunakan perkataan ( )dan (). Ia
adalah ayat berkenaan perintah wudhu, firman AllahSubhanahu wa Taala:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan


sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu
basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan
sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka
bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat
buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air
(untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan
tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah
tangan kamu dengan tanah - debu itu.
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan), tetapi berkehendak untuk membersihkan ( )kamu dan
hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur. [al-Maidah 5:06]
Perhatikan perenggan kedua ayat di atas. Seandainya Syiah menafsirkan ayat 33
surah al-Ahzab sebagai menetapkan sifat maksum kepada Ahl al-Bait,maka dengan
itu juga setiap orang beriman yang berwudhu akan memiliki sifat maksum juga. Ini
kerana kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah
mengunakan istilah Tahara ( )yang bermaksud bersih atau suci.
Di sisi Ahl al-Sunnah, kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah alMaidah tidak membicarakan sifat maksum mahupun menetapkan sifat maksum
kepada orang yang dirujuk olehnya. Perhatikan, sebagaimana ayat 33 surah alAhzab, ayat di atas juga menggunakan perkataan Yuridu dan tambahan huruf Lam:
tetapi (Allah) berkehendak ( )untuk membersihkan ( = +
)kamu dan
Berdasarkan penggunaan perkataan Yuridu ( )dan tambahan huruf Lam (),
maka ayat kelima surah al-Maidah ini tidak berperanan menetapkan sifat maksum
kepada setiap orang beriman yang berwudhu. Demikianlah juga bagi ayat 33 surah
al-Ahzab, ia tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepada Ahl al-Bait.

Jawapan

Kedua: Adakah istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk
kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?

Jawapannya akan diperolehi dengan mengkaji keseluruhan konteks perbincangan


ayat dari mula hingga akhir. Ia bermula dengan ayat 28 surah al-Ahzab:

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua


mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah),
maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu
hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. [al-Ahzab
33:28]

Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan Rasul-Nya


serta (nikmat kemewahan) di Negeri Akhirat maka sesungguhnya Allah
menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala
yang besar. [al-Ahzab 33:29]

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu


perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya
dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah melaksanakannya. [al-Ahzab 33:30]

Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya
serta mengerjakan amal yang salih, Kami akan beri kepadanya pahala
amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia
yang mulia. [al-Ahzab 33:31]

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana


perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu
berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada
penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [alAhzab 33:32]
Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan janganlah kamu berhias
dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu; dan
dirikanlah solat, tunaikanlah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan
RasulNya.

Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa


kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersihbersihnya. [al-Ahzab 33:33][5]

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari
ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis
Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus Tadbir-Nya, lagi Maha
Mendalam pengetahuanNya. [al-Ahzab 33:34]

Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa yang menjadi konteks perbincangan ialah
tunjuk ajar serta perintah dan larangan Allah Azza wa Jalla kepada para isteri
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, radhiallahu anhum. Firman Allah dalam ayat
33 Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan
dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersihbersihnya bukan suatu ayat yang terpisah daripada rangkaian ayat 28 hingga
34. Akan tetapi ia termasuk sebahagian daripada ayat-ayat tersebut. Ia berperanan
menerangkan tujuan atau hasil yang ingin dikurniakan oleh Allah kepada para
isteri Rasulullah dengan segala tunjuk ajar, perintah dan larangan tersebut.

Oleh itu perkataan Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab tetap merujuk kepada
para isteri Rasulullahshallallahu alaihi wasallam, radhiallahu anhum. Jika
ditafsirkan ayat 33 ini merujuk kepada Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, ia bererti
Ali, Hasan dan Husain diperintahkan untuk tetap berada di dalam rumah.
Seterusnya mereka dilarang berhias (tabarruj) apabila berada di luar rumah. Ini
adalah tafsiran yang menjauhi fakta yang benar dan pemikiran yang sihat kerana
sedia diketahui bahawa Ali, Hasan dan Husain sentiasa bergiat aktif di luar rumah
dalam ekspedisi dakwah dan jihad. Lebih dari itu mereka terdiri daripada kaum
lelaki yang tidak berhias sebagaimana kaum wanita. Justeru tidak mungkin
menafsirkan perkataan Ahl al-Bait dalam ayat di atas sebagai merujuk kepada 'Ali,
Fathimah, Hasan dan Husain.

Adapun beberapa petunjuk daripada al-Quran yang dikemukakan


oleh Syiah sebagai bukti bahawa ayat 33 surah al-Ahzab hanya merujuk kepada
'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu anhum, ia dapat dijawab dengan
mudah seperti berikut:

Jawapan Kepada Petunjuk Pertama:


Istilah Ahl al-Bait tidaklah mutlak merujuk kepada keluarga yang memiliki ikatan
nasab sahaja. Ia juga merujuk kepada keluarga yang memiliki ikatan pernikahan.
Berikut adalah satu contoh ayat al-Quran yang menggunakan istilah Ahl alBait ketika merujuk kepada isteri Nabi Ibrahim alaihi salam.

Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan
melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua?
Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.
Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang
perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan
berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait.
Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan
kemurahanNya. [Hud 11:72-73]

Jawapan Kepada Petunjuk Kedua:


Ayat 33 surah al-Ahzab yang bersifat maskulin (muzakkar) bukan kerana ia
mengecualikan para isteri Rasulullah tetapi kerana ia merujuk kepada
perkataan Ahl( )yang sememangnya bersifat maskulin. Dalam kaedah bahasa
Arab:

1. Apabila istilah Ahl bersifat maskulin, maka seluruh ayat akan bersifat maskulin
juga sekalipun yang dibicarakan ialah berkenaan kaum wanita.

2. Ayat yang bersifat maskulin tidak mengecualikan kaum wanita kerana lafaz
mazkulin boleh mewakili kedua-dua lelaki dan wanita. [6]

Kedua-dua poin di atas merupakan kaedah yang amat asas dalam ilmu bahasa
Arab. Hal ini mendapat perhatian Wan Zahidi Wan Teh di dalam tulisannya: Ahlul
Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syiah sehingga beliau mengulas:[7]

Hujah ini sebenarnya menunjukkan kejahilan mereka (Syiah) dalam bahasa Arab
kerana kebanyakan mereka daripada bangsa Parsi tidak memahami bahasa Arab
secara mendalam.

Jawapan Kepada Petunjuk Ketiga:


Syiah menggunakan teguran Allah kepada para isteri Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam, radhiallahu anhum dalam ayat 4 surah al-Tahrim sebagai hujah bahawa
mereka (para isteri) tidak termasuk dalam ciri-ciri kemaksuman yang ditetapkan
dalam ayat 33 surah al-Ahzab. Hujah ini tertolak dengan dua sebab:

1. Teguran Allah kepada para isteri Rasulullah bukanlah untuk merendahkan mereka
tetapi kerana ingin memelihara mereka daripada sifat-sifat yang tidak baik. Para
isteri Rasulullah radhiallahu anhumadalah ibu kepada umat Islam seluruhnya
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang
beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi
ibu mereka. [al-Ahzab 33:06]

Sebagai ibu umat Islam, para isteri Rasulullah menjadi teladan kepada para isteri
orang beriman seluruhnya. Justeru apabila Allah menegur dan memberi tunjuk ajar,
ia bukanlah kerana keburukan yang ada pada para isteri Rasulullah tetapi kerana
Allah ingin menjadikan mereka sumber teladan atau rujukan kepada para isteri
umat Islam seluruhnya.

2. Ayat 33 surah al-Ahzab tidak menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama
ada kepada para isteri Rasulullah mahupun 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Oleh
itu sia-sia sahaja penghujahan Syiahini.

Demikianlah jawapan Ahl al-Sunnah kepada petunjuk-petunjuk al-Quran yang


dikemukakan olehSyiah untuk mengecualikan para isteri Rasulullah daripada
istilah Ahl al-Bait. Kembali kita kepada persoalan asal yang sedang
dibahas: Adakah istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk
kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?
Jawapannya: Istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk
kepada para isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam sahajaradhiallahu anhum.

Anda mungkin juga menyukai