Anda di halaman 1dari 7

TEKNIK MELONTAR PELURU

Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:


(A) Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )
(B) Gaya melungsur selangkah
(C) Gaya Parry OBrien

Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )


Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama
ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru.
Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para
pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara
untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari
kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke arah
lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan hampir dengan
leher. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar. Setelah itu, peserta haruslah
rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat
bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang
Kilasan badan
Pergerakan badan mengilas ke hadapan dan ke atas. Dengan ini, peluru dapat dilontar dengan
lebih jauh. Jika pergerakan badan mengilas ke bawah, maka peluru yang dilontar tidak akan
ke jauh. Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan bahagian
pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini
tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran

Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru dilontar keluar dari tangan
menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar
dan jauh dari badan. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus dan
menunggu peluru itu mandarat.
Pulihan
Selepas lontaran, kedudukan kaki peserta berada dalam keadaan depan belakang seperti
semasa lontaran.
Keseluruhan Gaya Berdiri dan Melontar
Lakuan sedia

mengilas badan

melontar

Gaya melungsur selangkah


Pegangan peluru

Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama
ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru.
Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para
pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara
untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari
kelingking menyangga peluru.

Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran.
Selepas itu, letakkan peluru di bawah telinga dan bongkokkan badan dengan

membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan selesa dengan membengkok dan mencecah
bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi
kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan
sedikit. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat
lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin.
Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan
pula terus dibiarkan membongkok. Yang penting, jangan tegakkan badan semasa melungsur.
Hal ini kerana, peluru yang dilontar tidak akan ke jauh. Kaki kiri pelontar diletakkan di
hadapan bulatan.

Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan
dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan (yang
memegang peluru) masih menghala ke belakang
Lontaran
Selapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak
dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan
pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang
memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan
untuk menahan dengan kuat. Tangan kanan mengikut ke arah lontaran, siku sentiasa di luar
dan jauh dari badan. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar
ke luar.
Pulihan
Pulihan ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan
hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu.
Pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan iaitu di belakang
papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung
untuk membantu imbangan badan.

Keseluruhan Gaya Melungsur Selangkah


Gaya Parry OBrien
Gaya Parry OBrien ini adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry OBrien. Beliau
ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956,
dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi
pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya.
Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi
teknik melontar, Parry OBrien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang
betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.
Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama
ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru.
Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para
pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara
untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari
kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan
berdiri di bahagian belakang bulatan. Sebagai persediaan, peserta haruslah membongkokkan
badannya ke hadapan dan pada masa yang sama membengkokkan kaki kanannya yang berada
di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri) diletak di belakang untuk mengimbangkan badan. Kaki
bebas di bawa ke hadapan sebagai persediaan untuk lungsuran.
Lungsuran

Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke belakang dan ke arah lontaran. Selapas
itu, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan melungsur atas tapak kaki
yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan serta merta dekat papan penahan tanpa
mengubah kedudukan bahagian atas badannya. Badan pelontar ketika ini masih di dalam
keadaan condong.
Kilasan badan
Selepas kaki bebas ( kaki kiri ) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun
mengilas ke atas dan ke hadapan. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan dengan cepat dan badan di angkat dan
mengilas badan.
Lontaran
Selapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga badan
terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru
yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru. Siku kanan
diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang amat berkesan. Tangan mengikut peluru
sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua kaki
mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Untuk mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pelontar akan melompat untuk
memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan. Pelontar juga boleh membawa
kaki belakang ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke
belakang bagi mengelakkan diri daripada tidak seimbang.

LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH


Latihan I
Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolak yang kencang
( melontar dari kedudukan berdiri ). Latihan ini dapat membantu pelajar menolak peluru
dengan baik.
Latihan II
Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan dan putarkan
bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang
diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. Latihan ini bertujuan
untuk membolehkan para pelajar menguasai semua pergerakan penting sebelum mereka mula
melontar peluru.
Latihan III
Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis
pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan. Condongkan
badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Keetingting ke hadapan bulatan dengan
menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan
penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan
latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.
Latihan IV
Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga
betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontarmelungsur selangkah ke belakang
(tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini dibuat secara berulang-ulang.
Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.

Latihan V
Pelajar digalakkan untuk mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur
selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu, para pelajar dapat
menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang lebih sistematik.

Anda mungkin juga menyukai