Anda di halaman 1dari 2

1.

Permainan Kemahiran Menulis

1.1

Nama Permainan : AYUH TERBANG BERSAMA SAYA!

1.2

Rasional:
1.2.1 Murid tidak dapat membuat perkaitan dengan baik di antara koordinasi

mata dan tangan


1.2.2 Murid mempunyai kesukaran dalam menulis perkataan mengikut turuan
langkah yang betul serta sukar menulis bentuk tulisan yang betul
1.3

Objektif
Di akhir aktiviti ini, kanak-kanak dapat :
1.3.1 Melakukan koordinasi mata dan tangan dengan baik.
1.3.2 Menulis perkataan dengan langkah yang betul berdasarkan rangsangan
yang diberikan.

1.4

Langkah-langkah Penggunaan
1.4.1 Pengenalan
Aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya ini direka bagi membantu
murid yang bermasalah dalam pembelajaran khususnya murid pemulihan
yang bermasalah dari segi koordinasi mata dan tangan serta kesukaran
dalam menulis dengan langkah yang betul. Aktiviti permainan ini juga
sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam melakukan pergerakan
motor halus dan kasar serta melakukan koordinasi yang betul.Ianya juga
menjadi satu persediaan bagi murid sebelum mereka belajar menulis
perkataan dengan betul. Penggunaan set bahan bantu belajar yang
berkonsepkan

papan

kawalan

kapal

terbang

ini

juga

sebenarnya

meningkatkan daya pengamatan penglihatan murid itu sendiri kerana mereka


perlu fokus dengan turutan arahan yang diberikan. Selepas murid berjaya
melaksanakan arahan yang dinyatakan tersebut, murid akan beranjak kepada
aktiviti tambahan iaitu menulis perkataan mengikut contoh yang diberikan.

1.4.2 Langkah pelaksanaan


1. Guru akan menyediakan satu kotak berbentuk papan kawalan kapal terbang
dan papan manila kad yang akan digunakan oleh murid.
2. Murid dikehendaki untuk mendengar terlebih dahulu arahan permainan yang
diberi oleh guru.
3. Berpandukan arahan yang dilekatkan pada papan kawalan papan terbang
tersebut, murid akan melaksanakan misi pertama iaitu bermain-main dengan
tombol yang terdapat pada papan kawalan kapal terbang tersebut.
4. Murid perlu melaksanakan kesemua arahan yang dilekatkan itu mengikut
turutannya.
5. Selepas berjaya melaksanakan misi pertama, murid dikehendaki untuk
melaksanakan misi kedua iaitu menulis contoh perkataan yang telah
diberikan.
6. Murid dikehendaki menggerak-gerakkan terlebih dahulu tombol yang
disediakan bagi mendapatkan langkah yang betul dalam menulis perkataan.
7. Kemudian, murid dikehendaki untuk menulis perkataan tersebut di atas
papan manila kad yang disediakan oleh guru.
8. Setelah selesai menulis perkataan tersebut, murid dikehendaki untuk
mengeja dan menyebut perkataan tersebut dengan kuat dan lancar.
9. Sekiranya murid melakukan kesilapan, guru akan membetulkan kesilapan
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai