Anda di halaman 1dari 4

2.

Sejauh manakah permainan yang dilaksanakan dalam pengajaran kumpulan


pemulihan dapat membantu penguasaan kemahiran yang diajar. Berikan
justifikasi anda berdasarkan contoh yang menyokong hujah.
Menerusi aktiviti Ayuh Terbang Bersama Saya!, sememangnya permainan
yang dilaksanakan dalam pengajaran kumpulan pemulihan ini dapat membantu
penguasaan kemahiran yang diajar. Aktiviti

Ayuh Terbang Bersama Saya! ini

sememangnya sesuai dilaksanakan kerana ianya adalah untuk murid yang


mempunyai pelbagai tahap keupayaan. Aktiviti yang tidak berfokuskan kepada satu
keupayaan sahaja sememangnya mampu menjadikan objektif pembelajaran akan
lebih mudah tercapai. Hal ini bertepatan dengan kenyataan iaitu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran seharusnya melihat kepada tahap keupayaan murid terlebih
dahulu (Sufean Hussin, 2004).
Seperti mana yang kita sedia maklum, setiap murid tidak mempunyai tahap
keupayaan yang sama. Ada di antara murid itu mempunyai tahap keupayaan yang
tinggi, manakala ada juga murid yang mempunyai tahap keupayaan yang rendah.
Maka, sekiranya permainan yang dirancang tersebut tidak menepati tahap
keupayaan, objektif pengajaran tidak mampu dicapai dengan sempurna, murid akan
mudah berasa bosan. Hal ini bertepatan dengan kenyataan bahawa tahap
penerimaan murid memainkan peranan penting dalam penyampaian prose
pengajaran dan pembelajaran (Maimunah Hj Daud, 2006). Selain itu, sekiranya
aktiviti pemainan yang dirancang tidak menitikberatkan aspek tahap keupayaan
murid, maka aktiviti permainan tersebut akan menjadi semakin panjang. Hal ini akan
akan menggangu proses pembelajaran tersebut. Maka, sebelum melaksanakan
aktiviti permainan ini, guru akan mengenalpasti terlebih dahulu tahap keupayaan
murid tersebut.
Justikfikasi yang seterusnya adalah dari aspek kelebihan yang terdapat pada
aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya! ini. Terdapat banyak kelebihan
yang ada pada aktiviti permainan ini. Kelebihan yang pertama adalah dari aspek
reka bentuk bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan. Reka bentuk yang telah
dihasilkan ini sememangnya bersifat mudah dibawa dan mudah alih. Ianya juga tidak
terlampau berat dan mudah dibawa ke mana sahaja. Selain itu, bahan bantu
mengajar bagi aktiviti permainan ini juga menawarkan pelbagai tahap kemahiran

menulis kepada murid. Ianya tidak hanya berfokuskan kepada peringkat pra tulisan
semata-mata, tetapi ianya juga melibatkan peringkat mekanis. Maka, ianya
menguntungkan murid itu kerana mereka mampu melaksanakan dua peringkat
kemahiran menulis dalam satu masa. Kelebihan seterusnya ialah aktiviti permainan
ini juga dilaksanakan seperti sebuah permainan interaktif. Murid akan seolah-oleh
merasa seperti membawa kapal terbang. Dengan cara ini, minat murid untuk terus
kekal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan meningkat. Hal ini bertepatan
dengan kenyataan bahawa minat murid perlu dipupuk ketika proses pnp sedang
berjalan (Noraini idris, 1998).
Di samping itu, kos yang digunakan bagi membuat bahan bantu mengajar
bagi aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya! ini juga adalah tidak
membebankan dan setiap guru boleh menyediakannya dengan senang. Hal ini
kerana bahan yang digunakan untuk membuat bahan bantu mengajar bagi aktiviti
permainan Ayuh Terbang Bersama Saya! ini mudah didapati di pasaran.
Kemudian, antara kelebihan lain bagi aktiviti permainan ini adalah kerana
aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya! ini dijalankan secara berperingkat
mengikut turutannya. Sebagai contoh, aktiviti permainan ini dimulakan dengan
peringkat pra tulisan terlebih dahulu, kemudian barulah diteruskan dengan peringkat
mekanis. Dengan adanya perlaksanaan secara berperingkat, maka murid akan
dapat menghadam objektif permainan ini secara peringkat demi peringkat. Hal ini
akan sedikit sebanyak membantu murid tersebut. Obejktif pemngajaran dan
pembelajaran juga akan mampu dikecapi dengan baik dan lebih teratur. Hal ini
bertepatan dengan kenyataan bahawa perlaksanaan pnp secara berperingkat
membantu melicinkan lagi proses pnp (Mook Son Sang, 2005).
Seterusnya, antara sebab lain mengapa permainan yang dilaksanakan ini
adalah terbaik adalah kerana aktiviti yang dilaksanakan ini dilakukan mengikut
langkah-langkah yang teratur. Untuk aktiviti pertama iaitu bagi peringkat pra tulisan,
guru akan memainkan peranannya terlebih dahulu dengan memberikan penerangan
terlebih dahulu berkenaan dengan bahan bantu mengajar yang akan digunakan.
Maka di sini jelas kita dapat lihat bagaimana pembelajaran berpusatkan guru telah
dipraktikkan terlebih dahulu. Kemudian, berpandukan arahan yang dilekatkan pada
papan kawalan papan terbang tersebut, murid akan melaksanakan misi pertama

iaitu bermain-main dengan tombol yang terdapat pada papan kawalan kapal terbang
tersebut. Di sini jelas kita dapat lihat bagaimana murid memainkan peranannya
dalam sesi pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan murid berjaya diterapkan
dengan baik pada sesi ini. Seterusnya, murid akan melaksanakan kesemua arahan
yang diberikan mengikut turutannya. Kaedah main peranan juga berjaya diterapkan
bagi aktiviti untuk sesi ini. Murid-murid akan berinterpretasi dengan bahan bantu
mengajar yang telah disediakan oleh guru. Hal ini bertepatan dengan kenyataan
bahawa bahan bantu mengajar adalah bahan sokongan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran (Mook Soon Sang, 2003).
Manakala, untuk akviti kedua yang dijalankan di dalam set permainan Ayuh
Terbang Bersama Saya ini pula, murid dikehendaki untuk menulis contoh perkataan
yang telah diberikan. Hal ini adalah kesinambungan dengan aktiviti terdahulu. Guru
akan dapat mengenalpasti kemajuan yang telah dikecapi oleh murid tersebut. Murid
kemudiannya dikehendaki menggerak-gerakkan terlebih dahulu tombol yang
disediakan bagi mendapatkan langkah yang betul dalam menulis perkataan. Murid
secara tidak telah berjaya mengetahui teknik dan kaedah yang betul bagi menulis
sesuatu perkataan. Melalui langkah ini juga, guru secara tidak langsung dapat
mengenalpasti kelemahan murid terutamanya dalam aspek penulisan. Seterusnya,
murid dikehendaki oleh guru untuk menulis perkataan tersebut di atas papan manila
kad yang disediakan oleh guru.
Melalui langkah ini, guru dapat memupuk semangat berani dalam kalangan
murid. Hal ini dapat diterapkan ketika murid itu sendiri. Setelah selesai menulis
perkataan tersebut, murid dikehendaki untuk mengeja dan menyebut perkataan
tersebut dengan kuat dan lancar. Hal ini bersesuaian dengan kenyataan bahawa
guru perlu membuat kesimpulan dan teguran di akhir sesi pembelajaran (Husaini
Mahmud, 2004). Sekiranya murid melakukan kesilapan, guru akan membetulkan
kesilapan tersebut.

Kesimpulannya, permainan yang dilaksanakan dalam pengajaran kumpulan


pemulihan ini sememangnya dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan
kemahiran menulis yang diajar oleh guru. Pendekatan sebegini rupa seharusnya
dipraktikkan oleh guru bagi menarik minat murid untuk terus fokus dalam sesi
pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai