Anda di halaman 1dari 7

Nilai Murni

Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah :


1. Pak Ali memberikan buah-buahan yang dipungut di dusunnya kepada
anak-anak yatim.
Nilai murni : ___________________
2. Dia membersihkan kawasan dusun supaya pokok-pokok dapat hidup
subur.
Nilai murni : ___________________
3. Dia berfikir mengenai cara-cara untuk mengatasi masalahnya.
Nilai murni : ___________________
4. Sami menjaga anak jiran apabila ibubapanya keluar mencari rezeki.
Nilai murni : ___________________
5. Daniel memberitahu jirannya mengenai banjir di kawasan mereka.
Nilai murni : ___________________
6. Kami sekeluarga memakai taki pinggang keledar semasa duduk di dalam
kereta.
Nilai murni : ___________________
7. Cindy tidak bersikap sombong apabila memenangi pertandingan
menyanyi itu.
Nilai murni : ___________________
8. Pakcik Ling suka menderma kepada orang yang susah.
Nilai murni : ___________________
9. Kami menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di rumah nenek.
Nilai murni : ____________________
10. Kami menyimpan duit angpau kami di dalam bank untuk kegunaan masa
depan.
Nilai murni : _____________________

Semangat kejiranan
berjimat-cermat
Menghargai nyawa
Menjaga kebersihan dusun

mengeratkan hubungan persaudaraan


Murah hati
Membantu jiran
Bersikap rendah diri

bersikap murah hati

Berusaha mencari jalan penyelesaian

CONTOH PENGAJARAN DAN NILAI-NILAI MURNI


(BAHAGIAN C)
Penulisan Bahagian C (1)
Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Klinik 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh
itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan
kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah
bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke
sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian
lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu
mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran
dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke
rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.
Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.

Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi
ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng
sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap

jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah
amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik
keluarga.
KLINIK 2

TEMA : KELUARGA

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan
persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang
tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur.
Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut
menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.
Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini
merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adikadikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.
Baik-baik bermain bunga api itu! jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap.
Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang
adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun
kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakantaulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang
diletakkan di dalam pasu bunga.
Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami
sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan
keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.

Contoh jawapan
Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana
dengan bantu-membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya
menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga
baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga
api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan.
Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih
sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik.
.Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan
sanak-saudara yang jauh.

KLINIK 3
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah
agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah
terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adikadik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan
penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak
mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah.
Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan
tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa
yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.

KLINIK 4
Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga
tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam,
adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat
kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur
sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka
membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang
menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi
oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan
pemakanan yang seimbang.
JAWAPAN
1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan makanan
5. Menjaga kesihatan dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat

KLINIK 5

Tema : Murid yang bersikap negatif

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang
kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi.
Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guruguru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid
yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya
selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah
mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru.
Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam
kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

KLINIK 6
Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan
marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal
sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan
gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan
gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke
rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main
selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah
dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan.
Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang
lalu lari ke rumah jirannya semula.

JAWAPAN
1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar

Anda mungkin juga menyukai