Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN NURI

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


NBA 1020 NO TEL/FAX: 06-4369569/ 06-4367467

MINIT CURAI
(MESYUARAT/SEMINAR/BENGKEL DAN LAIN-LAIN)
A. BUTIRAN LAPORAN
1.
2.

Tajuk
Mesyuarat/ Seminar/ Bengkel

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Pengerusi
Tarikh
Masa
Tempat
Anjuran
Nama Pegawai Pelapor
Pegawai Lain Yang Hadir

Laporan Program
Program Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerangan Dasar-dasar Utama KPM
Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka
25 Mac 2015
8.00 pagi 5.00 petang
Dewan Seri Negeri, Melaka
Kementerian Pelajaran Malaysia
Cik Nor Hazirah binti Ismail
-

B. Perkara yang Dibincangkan


Bil.

Perkara
1.

Perkongsian Amalan Terbaik


Sarana Moms
Pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa menjadi satu kejayaan di Sekolah Menengah Tunku Jaafar
di Seremban. Para ibu khususnya amat bersemnagat dalam menyokong perubahan system
sekolah kepada system pembelajaran yang melibatkan ibu bapa dan komuniti. Dengan
kegiatan aktif Sarana Mom;s SMTJ, mereka turut memenangi Anugerah PIBG Terbaik 2013.
Kebanyakan ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti ini ialah suri rumah dan mereka
mempunyai satu hubungan yang kukuh dan erat bersama pihak sekolah. Dengan kerjasama
dan kesefahaman yang terjalin, segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

2.

Transformasi Pendidikan Vokasional


Transformasi ini memberi keutamaan kepada amalan industry. Semua pelajar-pelajar ini akan
mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan
teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak di bangku sekolah, ia akan
membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Oleh itu,
Malaysia akan dapat melahirkan modal insan bukan sahaja yang berkecenderungan dalam
bidang akademik malah yang kompeten dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknikal dan
vokasional.

KBAT
3.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah satu kemampuan untuk mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran, nilai dan dapat memberi sebab atau justifikasi atas sesuatu kenyataan ataupun
persoalan. Aplikasi i-think adalah salah satu cara untuk mengasah KBAT dalam diri muridmurid.
PBS/PT3
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir
bidang akademik dan bukan akademik. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

C. Tindakan yang perlu diambil


D. Tarikh Mesyuarat Akan Datang
E. Tandatangan Pegawai Pelapor

F. Tarikh Laporan Disediakan : 6 APRIL 2015

Disediakan oleh ,

..
(Cik Nor Hazirah binti Ismail )

Cop Sekolah

Disahkan Oleh,

..
(PN HJH HAMIJAH BT HASSIM)
Guru Besar
SK Nuri, 73100 Johol

Anda mungkin juga menyukai