Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK

BANDAR SRI PERMAISURI


56000 KUALA LUMPUR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


TAMAN WARISAN PERTANIAN, WETLAND,
CRUISE TASIK PUTRAJAYA DAN SEKITAR
PUTRAJAYA.

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


TARIKH/HARI:
22 OKTOBER 2011 / SABTU
MASA:
7.30 PAGI 4.00 PETANG

DISEDIAKAN OLEH:
PN.RAJA ZANARIAH BT RAJA HUSAIN
PN SUHAILA BT SIDIK

PENGENALAN
Nama Projek

: Lawatan Sambil Belajar

Tarikh

: 22 Oktober 2011

Hari

: Sabtu

Tempat

:Taman

Warisan

Pertanian

Putrajaya,

Wetland,

Tasik

Putrajaya, dan sekitar Putrajaya (Kompleks Kerajaan, Masjid


Putra, Jambatan Putra).
Pendahuluan
Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah untuk memberi pendedahan
kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Ahli Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah
merancang mengadakan lawatan sambil belajar ke Putrajaya. Ini bertujuan memupuk semangat
kerjasama dikalangan ahli-ahli PRS dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Hasil
daripada lawatan, murid memperoleh ilmu pengetahuan dan boleh bertukar-tukar idea di kalangan
mereka.

Rasional
Rasionalnya lawatan sambil belajar ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum adalah untuk
melengkapkan aktiviti tahunan yang telah dirancang ini. Selain itu, lawatan ini juga secara tidak
langsung dapat memantapkan pengetahuan para pelajar tentang tempat-tempat pelancongan yang
menarik di Putrajaya. Program lawatan yang dirancang ini juga diharap dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan di luar daripada ruang lingkup persekitaran
sekolah. Adalah diharap murid dapat menjana minda dengan lebih efektif setelah mengikuti
lawatan ini.
Matlamat
Rombongan ini dijangka dapat melatih diri para pelajar menjadi murid-murid yang mampu
berdikari. Disamping itu juga, nilai-nilai kepimpinan dan percaya kepada diri dan kebolehan
masing-masing serta sifat berani juga dapat diterapkan dan disemaikan dalam diri mereka secara
amnya. Penglibatan murid-murid dalam lawatan sedikit sebanyak akan menjadi bekalan ilmu
kepada mereka untuk terus maju dan berjaya.

Objektif

Melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang menyeluruh iaitu


keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakat luas.

Membentuk personaliti murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

Merealisasikan pengetahuan dalam P&P dengan pengalaman yang sebenar.

Melahirkan sikap menghargai khazanah dan warisan negara serta bangga akan negara
sendiri.

Memupuk sikap bertanggungjawab, berdikari dan mematuhi peraturan.

Murid-murid dapat mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan persekitaran


tempat lawatan.

Murid-murid dapat meneroka, menyiasat, menyelesaikan masalah, membuat andaian,


memberi perhatian, mengembangkan sifat gigih, ingin tahu, tekun, yakin pada diri
sendiri dan banyak lagi penerapan unsur-unsur nilai murni.

Murid-murid berminat melibatkan diri dalam interaksi sosial dan berhubung dengan
orang lain..

Tarikh

: 22 Oktober 2011

Penyertaan:
Seramai 40 orang ahli PRS sekolah dan 4 orang guru SK Seri Tasik akan menyertai rombongan ini.

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN


Lawatan ini dikelolakan sepenuhnya oleh jawatankuasa yang terdiri daripada:
Penasihat

: Tuan Haji Misman bin Mostam

Pengerusi

: En Suhaimi B Abdul Halim

Setiausaha

: Pn.Raja Zanariah Bt Raja Husain

N.Setiausaha

: Pn. Suhaila Bt Sidik

Bendahari

: Pn. Salasiah Bt Zakaria

Ahli Jawatankuasa
Pengangkutan

: En. M.Husni B. Muhammad

Pendaftaran

: Pn.Norjan Bt Abd Muin

Makanan/Hadiah

: Pn. Nurul Husna

Dokumentasi

: Pn. Suhaila Bt Sidik


Pn. Raja Zanariah bt Raja Husain

Keselamatan

: Semua guru terlibat

Aktiviti

: Pn. Raja Zanariah Bt Raja Husain


Pn Suhaila Bt Sidik
Pn.Nurul Husna Bt Azmi

ATURCARA LAWATAN
(22 OKTOBER 2011)
07.30 am

: Berkumpul di sekolah

08.00 am

: Bertolak dari sekolah

09.00 am

: Taman Warisan Pertanian Putrajaya

11.30 am

: Cruise Tasik Putrajaya

12.30 pm

: Makan Tengahari dan Solat Zohor

01.45 pm

: Wetland dan Botanical

03.00 pm

: Melawat Sekitar Putrajaya

04.00 pm

: Dijangka tiba ke sekolah

Peserta rombongan juga akan menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang semasa
lawatan.

Pihak sekolah dan guru yang mengiringi lawatan sambil belajar akan berusaha untuk
memberi keselesaan kepada peserta rombongan namun sekiranya terdapat sebarang
kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab.

ANGGARAN PERBELANJAAN

PUNCA PENDAPATAN WANG :


Bayaran dari murid

: 40 murid x RM 30 = RM 1200

Sumbangan pihak sekolah : 1 bas x RM 400


Jumlah

= RM 400
= RM 1600

Bil

Perkara

Bayaran seorang

Peruntukan

Jumlah

Tambang pengangkutan

Sumbangan pihak

RM400 x 1bas

RM 400

RM 5.00

RM 5.00 x 40 murid

RM 200

RM18.00

RM18.00 x 40 murid

RM 720

RM7.00

RM7.00 x 40 murid

RM 280

sekolah
2

Aktiviti Agro Telematch &


Guarder Tour di
Taman Warisan Pertanian

Pelayaran Tasik
(Cruise & Learn)

Makanan dan minuman


-Pagi &Tengahari

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1600

Penutup
Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sihat untuk dipraktikkan. Oleh itu kerjasama
semua pihak dalam menjayakan program ini sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung amat dihargai.Semoga program ini mencapai objektif yang dirancang demi meningkatkan
lagi potensi jati diri pelajar yang terlibat.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(PN RAJA ZANARIAH BT R.HUSAIN)
Setiausaha Lawatan PRS,
SK Seri Tasik.

.
( EN SUHAIMI B ABD HALIM)
GPK Kokurikulum
SK Seri Tasik

Disahkan oleh,

(HJ MISMAN BIN MOSTAM)


Guru Besar,
SK Seri Tasik.

LAMPIRAN A
Jawab semua soalan berikut:

1. Namakan 2 tempat yang telah kamu lawati


a. ________________________________
b. ________________________________
2. Namakan empat (4) tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Wetland.
a._________________________________
b. ________________________________
c. ________________________________
d. ________________________________
3. Pilih satu tempat yang menarik perhatian kamu semasa lawatan dan ceritakan
mengenainya.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
SENARAI NAMA GURU YANG MENGIKUTI ROMBONGAN
22 OKTOBER 2011

BIL

NAMA

NO KAD PENGENALAN

PN SUHAILA BT SIDIK

780127-03-5914

PN RAJA ZANARIAH BT RAJA HUSAIN

750802-03-5540

PN NURUL HUSNA BT AZMI

PN NORJAN BT MUIN

Anda mungkin juga menyukai