Anda di halaman 1dari 15

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
TAJUK 9

BAHAN AUDIO

Sinopsis

Tajuk ini bertujuan memberi gambaran bagaimanakah bahan audio boleh dihasilkan dan
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara bahagian yang akan dijelaskan
termasuk konsep dan prinsip penghasilan bahan audio untuk tujuan pendidikan, jenis dan
penggunaan peralatan audio, proses perancangan dan penyediaan rakaman, proses rakaman
dan penyuntingan audio untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:
i.

Mengenalpasti jenis dan cara menggunakan peralatan audio yang sesuai untuk
membuat rakaman audio.

ii.

Merancang dan menghasilkan bahan audio untuk tujuan pendidikan.

iii.

Membuat rakaman audio dengan peralatan audio yang sesuai.

iv.

Melakukan penyuntingan audio menggunakan perisian yang sesuai.

KERANGKA TAJUK

9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran


9.2 Peralatan Audio
9.3 Perancangan Dan Persediaan Bahan Audio
9.3 Rakaman Dan Penyuntingan Audio

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran

Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia.

Bahan audio

dapat membantu murid yang kurang mahir membaca mendapat gambaran keseluruhan tanpa
melibatkan pembacaan petikan teks yang panjang lebar.

Elemen audio berbentuk naratif

seperti penceritaan, ulasan dan diaolog antara watak, dapat menghidupkan lagi gaya
penyampaian

maklumat.

Deria

pendengaran

murid

boleh

dirangsang

deria

melalui

pengintegrasian suara manusia, bunyi haiwan dan alam sekitar, muzik serta pelbagai jenis
kesan bunyi.

Penggunaan bunyi dapat menghidupkan lagi persembahan semasa menyampaikan idea dan
konsep di samping mewujudkan hubungkaitan antara elemen naratif dengan membangkitkan
mod, emosi dan imaginasi murid-murid terhadap setting cerita ataupun peristiwa yang terbabit.
Penggunaan kesan bunyi dan muzik latar dapat mewujudkan senario yang menggambarkan
persekitaran untuk sesuatu cerita atau pementasan bagi membangkitkan minat, mencetuskan
mood dan emosi tertentu serta merangsang imaginasi murid-murid.

Fikirkan
Apakah bunyi latar yang sesuai untuk senario yang digambarkan dalam rajah-rajah
berikut:

Penggunaan bahan audio jika digunakan dengan baik dapat memupuk kemahiran mendengar,
bertutur dan berkomunikasi yang baik dalam kalangan murid. Murid perlu dilatih mendengar
secara aktif (Active listening) supaya mereka dapat memahami mesej yang diterima dengan
baik serta mewujudkan persefahaman antara penyampai dan pendengar. Pemahaman ini akan
dapat membawa perubahan tingkah laku yang diingini dan menjayakan usaha pembentukan
kumpulan secara berkesan (Rogers & Farson, 1987).

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
Murid yang mendengar secara aktif mengamalkan tabiat mendengar yang berikut:
i.

Menumpukan perhatian kepada penceramah ataupun guru (termasuk aspek lisan dan
gerak badan bukan lisan)

ii.

Melibatkan diri secara aktif seperti memberikan respon yang bersesuaian mengikut
keperluan dan keadaan

iii.

Sanggup menundakan sikap menghakimi sehingga selesai menerima kesemua


maklumat

Kemahiran mendengar yang baik dalam kalangan murid dapat membawa kepada pembentukan
kemahiran komunikasi yang berkesan kerana murid telah dapat mentafsir dan memahami
mesej lisan dan emosi yang terlindung di sebalik pertuturan. Kemahiran mendengar yang baik
dapat membantu murid mewujudkan hubungan yang baik semasa berinteraksi dengan guru,
rakan sebaya dan ahli keluarga. Ia juga membantu murid-murid memperoleh maklumat yang
sesuai untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

9.2 Jenis peralatan audio

Peralatan audio boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan fungsi alat termasuk:
i.
ii.
iii.
iv.

Peralatan input untuk merakam bunyi


Peralatan output untuk mendengar hasil rakaman bunyi
Peralatan storan untuk menyimpan hasil rakaman bunyi
Peralatan/perisian mengedit untuk mengedit hasil rakaman bunyi

Terdapat dua jenis audio iaitu audio analog dan audio digital. Terdapat perbezaan dari segi
jenis peralatan dan perisian bagi merakam, menyunting dan storan antara audio analog dan
audio digital.

9.2.1

Peralatan merakam bunyi

Alat merakam bunyi termasuk alat perakam pita gelung dan perakam kaset untuk audio analog,
dan digital voice recorder seperti komputer, MP3 recorder, iPod serta sesetengah telefon
mudah alih dan kamera digital. Umumnya semua alat tersebut perlu mempunyai mikrofon
untuk membolehkan bunyi di input ke dalam alat perakam.

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
9.2.1.1 Alatan Merakam bunyi

Jenis Audio
Analog
Digital

Alat Perakam
Perakam pita gulung
Perakam kaset audio
Komputer
Digital voice recorder iPod
Perakam MP3
iPod
Telefon mudah alih
Kamera digital multi fungsi

Rajah 11.3.3 Contoh Alatan Perakam Audio

9.2.1.2 Mikrofon

Mikrofon boleh dikelas mengikut bentuk, mekanisme dan arah penerimaan bunyi.

Jenis Mikrofon

Ciri
Ia sesuai untuk bunyi dari jarak dekat dan bahana bunyi
outputnya pula tidak begitu kuat, namun ia tahan lasak dan
lebih murah harganya. Ia sesuai untuk merakam suara pada

Mikrofon jenis dinamik

pic bass dan mid-range, punca suara yang dekat dan


bahana bunyi outputnya rendah.
Ia sesuai digunakan untuk rakaman suara untuk untuk
konsert Pop ataupun rock n roll, instrumen muzik seperti
genderang, gitar, dan perakam bunyi untuk kamera.
Mikrofon jenis bermutu tinggi , lebih sensitif. Ia respons
kepada pic ataupun frekuensi bunyi yang lebih tinggi dan

Mikrofon jenis kondenser


(condenser )

liputan (range) bunyi yang lebih luas dan berupaya


mengeluarkan bunyi yang kuat.
Ia sesuai digunakan untuk merakam audio di dalam studio
dan persembahan Okestra.

Mikrofon satu hala

Menerima signal bunyi daripada SATU arah sahaja,

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
Jenis Mikrofon
(Unidirectional)

Ciri
biasanya dari dari arah hadapan, pola penerimaan signal
bunyi termasuk pola cardioid, dan Hypercardioid. Ia sesuai
digunakan sekiranya kita ingin meminimumkan gangguan
bunyi dari sekeliling subjek.

Mikrofon dua hala (bi-

Ia berkeupayaan menerima signal dari dua arah yang

directional)

bertentangan.
Ia dapat menerima signal a sesuai untuk digunakan dalam
senario bertemuramah.audio dari semua arah. Ia sesuai

Mikrofon semua hala


(Omnidirectional)

digunakan dalam situasi di mana terdapat ramai juru cakap


yang menggunakan mikrofon yang tunggal. Ia juga boleh
digantung di syiling untuk merakam suara penyanyi dan
kumpulan pemain alat muzik di bawahnya.

Jenis mikrofon mengikut bentuk dan penggunaan

Shotgun

dipasang pada kamera video

Lavaliere

dipakai pada tubuh badan ataupun pakaian


lebih sesuai untuk tujuan rakaman dalam studio dan

Headset

pementasan bagi membolehkan pengulas ataupun artis


yang berkenaan ditempatkan ke lokasi ataupun berupaya
bergerak dengan lebih bebas

Tanpa wayar

Mikrofon tanpa wayar membenarkan penggunanya


bergerak dalam kawasan yang lebih luas.

9.2.1.3 Alat Pembesar suara

Alat pembesar suara (speaker) membolehkan pendengar mendengar bunyi yang dikeluarkan
oleh alat perakam/pemain audio.

Biasanya terdapat 3 pemacu (driver) untuk speaker, iaitu,

Tweeter paling kecil tetapi dapat menghasilkan bunyi frekuensi (gelombang audio)
yang tertinggi
5

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________

midrange - menghasilkan bunyi frekuensi dalam ranj gelombang audio yang sederhana.

woofer menghasilkan bunyi frekuensi yang rendah.

Rajah 9.1 - Speaker terdiri daripada 3 pemacu yang dapat menghasilkan bunyi.
(sumber: http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm)

9.2.4 Pengadun (mixer) dan Editor bunyi

Pengadunan audio dapatmenggambarkan senario dan mood dalam sesuatu cerita, pementasan
drama, penerangan dll.

Bagi audio analog, pengadun merupakan alat yang dapat mengabung dan mengawal output
pelbagai saluran signal audio sehingga mencapai kesan audio yang diingini.

Bagi audio digital, pengadun dan editor merupakan aplikasi komputer yang boleh mengadun
dan mengedit bunyi digital bagi membentuk satu fail bunyi yang dapat memenuhi citarasa
pengguna.

9.2.5

Storan fail audio

Audio yang dirakam disimpan dalam storan agar audio dapat diedit mengikut keperluan atau
diguna dalam diguna berulang kali. Pita audio dan kaset audio merupakan storan utama audio
analog. Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh disimpan dalam storan komputer
seperti cakera keras, kad momori, cakera optik seperti CD dan DVD.
6

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
9.3 Perancangan Dan Persediaan Bahan Audio

Perancangan dan penyediaan bahan audio menjadi asas kejayaan penyampaian mesej
pendidikan melalui media audio. Guru yang mempunyai kemahiran mengolah dan
membentangkan maklumat menggunakan audio mengikut keupayaan muridnya, dapat
menyumbang kepada tercapainya objektif pembelajaran yang dirancang.

Perancangan dan persediaan sebelum rakaman melibatkan:


i.

Menentukan objektif dan hasil pembelajaran


a. Berpandukan kepada sukatan pelajaran dan subjek, kita dapat mengenalpasti
objektif dan aras kemahiran, ruang lingkup isi kandungan, bentuk aktiviti dan nilai
yang perlu diterapkan dalam persembahan audio nanti.

ii.

Analisis murid (kumpulan sasaran)


a. Dengan menganalisispengetahuan sedia ada, kebolehan dan kecenderungan
kumpulan sasaran, kita dapat menentukan pendekatan, laras bahasa, skop dan
liputan isi kandungan, contoh dan huraian yang bersesuaian supaya dapat
membangkit dan mengekalkan minat murid di samping menyampaikan mesej
pendidikan yang penting.

iii.

Mendapatkan maklumat (tajuk, kemahiran, isi kandungan pengajaran dan pembelajaran)


dan bahan (kesan bunyi, muzik latar, CD dll.)

iv.

Menyediakan skrip Menetapkan turutan penyampaian isi kandungan, kesan bunyi,


muzik latar, tempat untuk berhenti, memberikan penekanan dll.

Skrip merupakan panduan bagi penerbit, pelakun dan lain-lain lagi bagi mengetahui cara
penyampaian dan menandakan masa yang sesuai untuk menyelitkan muzik latar
dan/ataupun kesan bunyi.

Jadual 9.1 merupakan contoh skrip rakaman audio yang diadaptasi daripada IELTS
Listening Recording 1:

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
Pelakon /

Dialog / Teks

Muzik

Kesan Bunyi

Penyampai
Bunyi Beep
Penyampai

You will hear a telephone

(Narrator)

conversation between a
customer and an agent at a
company which ships large
boxes overseas.
Bunyi telefon
berdering dan
bunyi orang
mengangkat
ganggang
telefon.

Pelakon A

Good morning, Packhams


Shipping Agents. Can I help
you?

Pelakon B

Oh yes, Im ringing to make


enquiries about sending a
large box, a container, back
home to Kenya from the UK.

Pelakon A

Yes, of course. Would you


like me to try and find some
quotations for you?

Pelakon B

Yes, thatd be great.


Thank you.

Pelakon A

Well first of all, I need a few


details from you.

Pelakon B

Fine.

Pelakon A

Can I take your name?

Pelakon B

Its Jacob Mkere.

Pelakon A

Can you spell your surname,


please?

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
Pelakon /

Dialog / Teks

Muzik

Kesan Bunyi

Yes, its M-K-E-R-E.

Muzik Fade in

Bunyi menaip

Penyampai
Pelakon B

Jadual 9.1 - Contoh Skrip Untuk Rakaman Audio.

Penyampai dan para pelakon perlu mengkaji skrip dan membuat raptai sebelum
rakaman sebenar berlangsung.

v.

Mengenalpasti pembaca skrip ataupun pelakun yang sesuai bagi menghidupkan lagi
penceritaan yang disediakan.

vi.

Menyediakan peralatan dan menempah bilik rakaman jika perlu.

9.3 Rakaman Dan Penyuntingan Audio

Langkah-langkah merakam audio:


i.

Sebelum rakaman, pastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.

ii.

Dapatkan tempat rakaman yang sunyi.

iii.

Semasa menjalankan rakaman sebenar, pastikan tahap bahana input mikrofon dan
bahana output speaker adalahbersesuaian, iaitu tidak terlalu tinggi ataupun sebaliknya.

iv.

Anda boleh merakamkan penceritaan (narration) tanpa iringan kesan bunyi dan muzik
latar bagi memudahkan anda membuat pengadunan audio kemudian.

v.

Memainkan semula rakaman tersebut bagi mengenalpasti mutu rakaman itu


memuaskan. Rakam semula seksyen-seksyen tertentu jika perlu.

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
Penyuntingan audio

Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh dirakam dan disimpan dalam pelbagai
format dan boleh diedit dan dimain kembali menggunakan pelbagai aplikasi bunyi.
Penyuntingan audio digital dilakukan menggunakan aplikasi editor bunyi komputer . Antara
aplikasi editor bunyi termasuk Windows Sound Recorder, Soundforge, dan Audacity.

Format Audio Digital

File extension

Ciri
Format audio standard yang biasa digunakan
untuk komputer yang menggunakan sistem

Waveform Audio File Format

.wav

operasi Windows. Ia biasanya tidak


dikompres, dengan ini, saiz failnya agak
besar.
Format audio yang popular untuk memuat

MPEG Layer-3format)

.mp3

turun dan menyimpan fail audio


menggunakan internet
Merupakan satu set arahan yang
menyelaraskan komunikasi antara alat muzik

Musical Instrument Digital

.mid

Interface)

elektronik, pengawalan persembahan dan


komputer supaya dapat menerbitkan bunyi
dan kesan audio yang lain.

Audio Interchange File Format

.AIFF

Format fail audio yang biasanya digunakan


untuk komputer peribadi Apple Macintosh.

Jadual 9.2 Format file audio digital.

Bacaan Lanjutan
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai jenis format fail audio, anda boleh
layari laman web yang berikut:
http://www.fileinfo.com/filetypes/audio

10

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
Amali
Hasilkan satu rakaman audio digital yang dapat membantu anda mengajar satu
standard pembelajaran bagi mata pelajaran yang anda ajar.
Sediakan skrip audio yang mencatatkan teks ucapan, diiringi dengan muzik
latar serta penggunaan kesan bunyi yang bersesuaian bagi menghidupkan lagi
hasil kerja anda. Anda bebas menggunakan alat perakam dan aplikasi editor
bunyi mengikut pilihan anda.

Rumusan Sub-Tajuk

Penghasilan bahan audio untuk proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan perancangan
dan persediaan yang rapi supaya dapat menyediakan bahan sumber maklumat yang membawa
kepada pencapaian objektif pembelajaran. Pengetahuan tentang jenis peralatan dan prinsip
membuat rakaman dan suntingan audio akan membantu kita mencapai kesan optimum yang
memanafaatkan murid kita. Mudah-mudahan anda dapat menggunakan kemahiran ini untuk
menerbitkan bahan audio anda sendiri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran nanti.

11

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________

Penilaian Kendiri

Sila jawab soalan-soalan yang berikut bagi menguji kefahaman anda berhubung topik ini.

A. Soalan Aneka Pilihan


1. Pernyataan-pernyataan yang berikut menggambarkan kelebihan penggunaan bahan
audio dalam pengajaran dan pembelajaran kecuali
A. boleh mengulang seksyen-seksyen tertentu untuk meningkatkan pemahaman.
B. turutan untuk memainkan fail audio adalah tetap dan tidak berubah.
C. sesuai digunakan untuk murid yang menghadapi masalah membaca.
D. mudah diperbanyakkan dan kos penghasilannya adalah murah

2. Mikrofon yang sesuai untuk digunakan untuk senario temubaul ialah:


A. Satu hala (unidirectional)
B. Dua hala (bi-directional)
C. Semua hala (Omnidirectional)
D. Mikrofon lavalier (lavaliere microphone)

3. Kesan penyuntingan yang manakah menggambarkan muzik latar beransur lenyap


ataupun hilang?
A. Amplify
B. Fade in
C. Fade out
D. Silence

4. Bagaimanakah anda dapat memanjangkan capaian mikrofon anda kepada subjek


yang berdiri jauh daripada anda?
Kita boleh menggunakan:
A. Boom
B. Pop-filter
C. Stand
D. Windscreen

12

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
B. Soalan Esei

1. Penyampaian audio yang berkesan datang daripada perancangan dan persediaan


yang rapi.
Terangkan apakah perancangan dan persediaan yang perlu anda lakukan sekiranya
anda ingin membuat rakaman audio untuk persembahan slaid (PowerPoint)
berhubung menerangkan budaya Kaum Iban.

2. Anda merupakan penerbit rakaman sesi bercerita untuk murid Tahun 1 hingga 3
pada waktu rehat sekolah. Anda akan menyediakan rakaman audio untuk
menyampaikan cerita dogeng dan lagenda.
Bagaimanakah anda dapat mempelbagaikan rangsangan deria audio murid anda
dengan membekalkan pengalaman audio yang dapat membangkitkan minat dan
merangsang daya imaginasi murid-murid?

Bibliografi

Boyer, M. (2012). HowStuffWorks: 10 types of microphones. Akses pada September 10, 2012,
daripada
[http://electronics.howstuffworks.com/gadgets/audio-music/question3091.htm]

CDC Centers for disease control and prevention (2011). CDC audio script writing guide. Akses
pada September 12, 2012, daripada
[http://www2c.cdc.gov/podcasts/AudioScriptWritingGuide.pdf]

FileInfo.com (2012). Audio file types. Akses pada September 4, 2012, daripada
[http://www.fileinfo.com/filetypes/audio]

Harris, T. (1998-2012). HowStuffWorks: How speaker works. Akses pada September 10, 2012,
daripada
[http://electronics.howstuffworks.com/speaker.htm]
13

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________

Holman, T. (2005). Sound for digital video. Amsterdam: Focal Press.

Home Theater Network, LLC. (2005-2012). Speaker. Akses pada September 10, 2012,
daripada
[http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm]

IELTS 2012. IELTS Test takers: listening sample . ILETS listening samples - Recording 1.
Akses pada September 12, 2012, daripada
[http://www.ielts.org/pdf/Listening%20Sample%20Task%20-%20Form%20Completion.pdf]

Malamed, C. (2012). The Elearning Coach: Audio recording: prepare your script. Akses pada
September 12, 2012, daripada
[http://theelearningcoach.com/media/audio/audio-recording-scripting-conventions/]

Microphones. (n.d.). Akses pada September 10, 2012, daripada


[https://microphones.audiolinks.com/microphones.shtml]

Noraiti, A. R., Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah, S. A., & Wan Kamaruddin, W. H. (2012).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Edisi kemas kini. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Norasiah, A., Nor Risah Jamilah, M. L., & Rosnah, A. Z. (2009). Teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

OmniProductionMoriam. (2011, February 14). Radio equipment. Akses pada September 10,
2012, daripada [http://msproductionmoriam.blogspot.com/2011/02/radio-equipment.html]

Rogers, C. R., & Farson, R. E. (1987). Active listening. Retrieved september 4, 2012, daripada
[http://www.go-get.org/pdf/Rogers_Farson.pdf]

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2002). Instructional technologi and
media for learning. 8th ed. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.

14

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________
Types of dynamics microphones. (2012). Akses pada September 10, 2012, daripada
[http://www.recording-microphone.com/dynamic-microphones.php]

15

Anda mungkin juga menyukai