Anda di halaman 1dari 2

AG21203 PENGURUSAN EKOSISTEM PERSEKITARAN Pensyarah:Dr Mohamad Tahir

Mapa Nama Pelajar: Ita Binti Ahris

No. Matrik: BA13110130

Tutorial Minggu 1: Bincangkan Konsep Ekologi dan Ekosistem


Buku: Ahmad Ismail & Ahmad Badri Mohammad. 1995. Ekologi Air
Tawar.

KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Tajuk penulisan yang saya ulas adalah melalui bab dalam buku yang bertajuk
"Ekologi Air Tawar" yang mana ianya lebih menekankan hal yang berkaitan
dengan habitat dan ekologi organisma air tawar. Namun begitu, isi kandungan
dalam bab 1 melalui penulisan ini juga berkait rapat dengan soalan dan tajuk
yang dikuliah dan dibincangkan pada minggu ini iaitu mengenai konsep ekologi
dan ekosistem.
Berdasarkan pembacaan saya dari buku ini, perkataan ekologi dari segi
bahasa secara ringkasnya bermaksud habitat. Secara umumnya, konsep ekologi
dapat didefinisikan sebagai hubungan di antara organisma hidup dengan alam
persekitarannya yang mana semua benda hidup adalah saling bergantungan
atau memerlukan antara sesama sendiri dan dengan alam persekitarannya
dalam komuniti tersendiri atau dengan komuniti lain. Hal yang perlu diberi
penekanan juga adalah bahawa organisma hidup iaitu tumbuhan dan haiwan
tidak wujud secara terasing, sama ada secara individu mahupun sebagai satu
kumpulan.
Semua organisma saling bertindak antara satu dengan lain sama ada di
kalangan spesies yang sama ataupun di kalangan spesies yang berlainan. Saling
tindak ini termasuklah persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-perumah.
Selain saling berhubungan antara organisma hidup dengan organisma hidup
yang lain, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan
kimia di sekeliling organisma-organisma ini. Sewaktu proses saling tindak ini
berlaku, kehadiran sesuatu organisma akan mempengaruhi organisma-organisma
lain. Persekitaran tempat organisma ini hidup turut mengalami perubahan hasil
daripada kewujudan biota ini. Sebaliknya, faktor-faktor persekitaran memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi tindak laku dan kewujudan organismaorganisma ini. Dengan itu, setiap hidupan ini mempunyai habitat semula jadi
yang tertentu dan bersesuaian untuk mengekalkan kewujudan serta untuk terus
meneruskan kelangsungan hidup di bumi.

Berbagai-bagai jenis organisma dan parameter persekitaran boleh diatur


kepada beberapa aras. Dalam organisasi ini, aras asas diwakili oleh spesies.
Spesies merupakan kumpulan semula jadi yang boleh atau berpotensi untuk
saling membiak antara satu dengan lain untuk menghasilkan zuriat yang subur
tetapi tidak boleh saling membiak dengan ahli-ahli spesies yang lain. Kesemua
individu daripada sesuatu spesies dalam sesuatu kawasan membentuk populasi.
Beberapa populasi spesies yang wujud di sesuatu kawasan pula membentuk
komuniti. Beberapa komuniti bersama-sama dengan persekitaran fizikal dan
kimia membentuk ekosistem.
Ekosistem merujuk kepada dua komponen iaitu biotik (komuniti-komuniti
tumbuhan dan haiwan) dan abiotik (faktor-faktor fizikal). Skala sesebuah
ekosistem adalah bersifat abritari. Sempadannya dapat ditetapkan melalui
pelbagai saiz dan sudut. Sebagai contoh, sesebuah kolam atau lautan dapat
dijadikan sebagai sesebuah ekosistem. Ini bermaksud sesebuah ekosistem boleh
berskala besar atau kecil. Umumnya, kita boleh juga melihat dunia ini terpisah
kepada dua jenis ekosistem yang besar, ekosistem daratan dan ekosistem
akuatik kerana kedua-dua sistem mempunyai komponen biotik dan abiotik yang
saling bertindak untuk membentuk satu sistem semula jadi yang stabil dan
seimbang.
Populasi dan komuniti merupakan dua aspek penting yang perlu dikaji
dalam sesebuah ekosistem. Daripada hasil penulisan ini, dapatlah disimpulkan
bahawa keperluan asas untuk sesuatu ekosistem ialah nutrien, punca tenaga,
penghasil dan pengurai. Tenaga dan nutrien merupakan faktor abiotik, manakala
penghasil dan pengurai mewakili faktor biotik. Hubungan antara organisma
dengan persekitarannya menyebabkan berlakunya aliran tenaga.
Kesimpulannya, ekosistem secara umumnya adalah lebih bersifat mikro
berbanding dengan ekologi yang lebih luas. Walau bagaimanapun ekologi dan
ekosistem adalah sama dari segi prinsip, ciri dan kaedahnya.

Anda mungkin juga menyukai