Anda di halaman 1dari 15

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA

1
20

AJ31503
SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA
SOLAN 8:

BINCANGKAN ISU-ISU SEMASA MARITIM DI NUSANTARA MASA

KINI YANG BERKAIT DENGAN SEJARAH PERADABAN MARITIM MASA LALU.


PENSYARAH:
LT.KOL.(PA) PROF.MADYA DR. ISMAIL ALI
TUTOR:
CIK SHARJETTA DEWI BINTI INJIKSIN
SALEHA BINTI SAPRI
HARI

/MASA

TUTORIAL:

SELASA

(JAM

04.00

-05.00

PM)

TEMPAT: BTG 2

NAMA PELAJAR:
YAZLAN BIN HASSAN

BA 12110521

ROSLINA MAJUMBA

BA12160572

NICHOLAOS BIN KORNELIS OLA

BA 12110272

1.1

PENGENALAN

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


Seperti yang kita sedia maklum, isu adalah sesuatu peristiwa atau sesuatu kejadian
yang dapat kita perkirakan sebagai satu yang telah terjadi atau tidak terjadi pada
14 dari aspek politik, sosial serta ekonomi. Menurut
masa yang akan datang tidak20kira

kamus dewan bahasa dan pustaka, isu ini juga dapat di difinisikan sebagai satu
persoalan mengenai perkara, pokok, masalah, dan lain-lain lagi. 1
Tambahan lagi, isu yang ingin dibahaskan adalah isu sejarah maritim
Nusantara. Kawasan Nusantara sejak dulu lagi sebenarnya sudah menguasai ilmu
kelautan, pelayaran, pelabuhan dan perdagangan. Oleh itu, tepat sekali apabila
kawasan Nusantara menjadi wilayah maritim yang terkenal dalam perbahasan di
peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, Kerajaan yang terkenal adalah Srivijaya,
Majapahit, Demak, Cirebon, serta Banten yang mana ianya dapat disebut sebagai
kawasan Maritim yang sangat terkenal. Interaksi antara bangsa dilakukan dalam
beberapa rangka bagi melancarkan sesuatu kehidupan serta kehormatan.
Justeru itu, dalam esei ini akan membincangkan isu-isu semasa maritim di
Nusantara masa kini yang berkait rapat dengan sejarah peradababn maritim masa
lalu.
2. 1ISU PERSEMPADANAN
Sempadan juga dikenali sebagai wilayah. Tambahan lagi, sempadan dalam konteks
ini merangkumi sempadan tanah daratan, air dan udara. 2 Setiap negara mempunyai
sempadan, kawasan, wilayah yang tersendiri yang dihuni oleh penduduk atau
rakyat negara itu. Dalam hal ini, keluasan sesebuah negara atau jumlah
penduduknya tidaklah menjadi persoalan penting dalam mewujudkan sebuah
identiti politik yang dinamakan negara itu. Contohnya, Singapura dan Brunei
Darussalam tetap dianggap sebagai negara walaupun kedua-dua negara tersebut
memiliki keluasan wilayah dan jumlah penduduk yang kecil.
Kesempadanan

atau

kewilayahan

sesebuah

negara

bukan

sahaja

merangkumi kawasan tetapi juga melibatkan persekitaran sekeliling seperti sumber


1 "Makna: Isu". Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), 2007. Hlm. 02-23.
2 Catherine H. & Robins, Osteology and Relationships of the Eel Family Macrocephenchelyidae, Journal
Proceedings of the Academy of Natural Sciences of Philadelphia, Vol. 123, 1971. Hlm. 127-150.

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


alam yang mencakupi wilayah geografi, udara dan laut. Selain itu, Malaysia juga
mempunyai sempadan tanah, daratan dan laut antarabangsa seperti Thailand,
Singapura

dan

juga

14
Indonesia.
20

Sempadan-sempadan

yang

wujud

ini

akan

membatasi kuasa dan hak sesebuah negara untuk melakukan sebarang perkara di
luar sempadan wilayahnya. Sekiranya batasan ini dilanggar oleh sesebuah negara,
maka negara tersebut dianggap telah menceroboh wilayah negara yang lain.
Sebagai contoh isu persempadanan ialah, isu hak pemilikan keatas pulau
sipadan.3 Persoalan tentang status Pulau Sipadan dan Ligitan berbangkit pada
tahun 1969 apabila Indonesia membantah cadangan wilayah pelantar laut Malaysia
yang memasukkan Pulau Sipadan dan Ligitan. 4 Indonesia mendakwa bahawa keduadua buah pulau tersebut adalah milik Indonesia. Tambahan pula, Malaysia menolak
dakwaan itu kerana kedua-dua buah pulau itu telah ditadbir oleh Malaysia sendiri
semenjak berpuluh tahun dan telah disahkan sebagai wilayah perairannya oleh
Konvensyen Amerika Syarikat-Britain pada tahun 1930. Justeru itu, sebagai pilihan
terakhir kedua-dua pihak bersetuju untuk mengemukakan kes itu ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa pada 2 November 1998. 5 Oleh itu, isu Pulau Sipadan dan
Linggitan ini telah berakhir dengan berpihak kepada Malaysia itu sendiri kerana
pihak Indonesia tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh bahawa isu Pulau tersebut
adalah milik Indonesia.6

2. 2ISU PENGEBOMAN IKAN

3
4David A. Colson, Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia/Malaysia), Journal The
American Journal of International Law, 2003, Vol. 97, No. 2. Hlm. 398-406.

5 Ibid.
6

J. G. Merrills, Sovereignty over Pulau Ligatan and Pulau Sipadan (Indonesia v Malaysia): The
Philippines' Intervention, Journal The International and Comparative Law Quarterly, 2002, Vol.
51, No. 3. Hlm. 718-722.

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


Bombing atau pengeboman ikan adalah isu utama maritime khususnya di Malaysia
amnya sejak masa lalu dan masih sukar ditangani pada masa kini. Bom ikan adalah
14digunakan oleh segelintir nelayan yang tidak
sejenis bahan letupan yang
20

bertangungjawab. Bom ikan ini dibuat dengan mudah iaitu hanya mengunakan
bahan kimia yang dikenali sebagai serbuk Amonia Nitrat, bahan peledak, botol kaca
dan span. Disebabkan penghasilan bahan letupan tersebut senang dipraktikkan,
maka ramai nelayan yang menggunakannya untuk memperolehi sumber laut.
Penggunaan bom ikan adalah satu cara mudah dan cepat kerana untuk
mendapatkan ikan.
Akibat daripada pemgeboman ikan tersebut, ia turut memberi kesan keatas
isu kemasukan nelayan asing. Hal ini kerana, pada peringkat awal, kegiatan ini
dilakukan oleh masyarakat asing lazimnya yang berasal dari Selatan Filipina.
Mereka yang datang membawa teknik mengebom ikan seperti mana mereka
lakukan di tempat asal mereka sekitar era 80-an dan 90-an. Setelah itu ia telah
dipelajari oleh segelintir nelayan tempatan yang mendiami sekitar pulau-pulau.
Misalnya, negeri sabah yang terdedah dengan kemasukan nelayan asing. Oleh
sebab itu,kegiatan bom ikan di Sabah dilakukan oleh segelintir penduduk tempatan
yang telah mahir mengunakan Bom Ikan dan ianya menjadi isu sejak masa lalu dan
hingga kini yang masih belum selesai. Walaupun isu ini telah dibincangkan, namun
ianya masih diamalkan kerana isu ini mendapatkan hasil yang lumayan tanpa ada
memikirkan baik buruk pengeboman tersebut.
2. 3

ISU PERLANUNAN

Sebelum kita melihat isu ini dengan lebih dalam, adalah lebih baik kita melihat
apakah definisi yang diberikan oleh lanun itu. Jika kita merujuk dalam United
Nations Convention on the High Seas pada tahun 1958 dalam Perkara 101, mereka
mentakrif lanun sebagai sebarang tindakan keganansan ataupun penahanan yang
menyalahi undang- undang atau mana- mana tindakan ataupun perampasan yang
dilakukan untuk kepetingan sendiri terhadap awak- awak atau penumpang dalam
kapal laut atau persendirian dan dilakukan di laut lepas. 7 Sementara itu, A. P Robin
7 Ramli Dollah, Lanun atau Mundu di Sabah, Jati, Bil 9, Disember 2004. Hlm 171-172..

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


dalam bukunya Piracy, Paramountcy and Protectorates ada mengatakan bahawa
perlanunan merupakan sebuah perompakan di laut oleh sesebuah perahu ke atas
14 kuasa negeri dan bertujuan untuk kepentingan
sebuah perahu yang lain tanpa
20

peribadi. Kenyataan James Warren pula secara terang- terangan mengatakan


perlanunan sebagai pencuri. Jika kita

lihat kesemua pandangan ataupun definisi

yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa aktiviti perlanunan ini adalah satu
tindakan yang berada di

luar undang- undang (menyalahi undang- undang) dan

dilakukan untuk kepetingan sendiri. Biasanya kepentingan ini adalah dalam aspek
ekonomi.
Persoalan yang timbul sekarang adalah siapa lanun itu sebenarnya. Jika kita
melihat dalam aspek nusantara, lanun- lanun tersebut dikatakan terdiri daripada
orang- orang Balingingi, Dayak Laut dan juga Mundu. Selain itu, mereka juga terdiri
daripada bangsa Sulu dan juga Bugis 8. Ini merupakan bangsa- bangsa yang tinggal
dan hidup bergantung dengan maritim. Hal ini membolehkan mereka mempunyai
kepakaran yang tinggi dalam bidang kelautan dan juga aspek maritim yang lain.
Walau bagaimanapun, gelaran lanun ini masih boleh dipersoalkan. Ini kerana istilah
lanun boleh dilihat dalam dua aspek yang berbeza. Aspek yang pertama ialah,
lanun menurut pandangan penjajah. Mereka mengatakan semua pemberontak
yang melakukan serangan dengan menggunakan jalan air terutamanya laun
sebagai lanun. Lihat sahaja pahlawan Iban yang terkenal iaitu Rentap. Dalam
hampir kesemua laporan dan dokumen Barat, beliau dikatakan sebagai lanun 9
walhal bagi masyarakat Iban pula, Rentap disifatkan sebagai seorang pahlawan
yang berusaha sedaya upaya untuk menghalau penjajah. Aspek yang kedua ialah,
lanun yang benar- benar lanun. Mereka ini tidak mengira bangsa apa dan
merompak kapal- kapal untuk mendapatkan keuntungan terutamanya dari segi
ekonomi.

Tujuan

mereka

melakukan

perlanunan

bukanlah

didorong

untuk

kepentingan bersama seperti menghalau penjajah namun kerana adanya prospek


yang mereka ingini dalam sesebuah kapal tersebut.
8 Alfred Russel Wallace, The Malay Archipelago, Singapore: Eric Oey, 2000. Hlm. 334.
9 Henry Ling Roth, The Native of Sarawak and British North Borneo, Volume ii, Kuala Lumpur:
University of Malaya Press,1968. Hlm. 215.

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


Jika kita selidiki isu perlanunan yang berlaku pada masa lampau, kita akan
mendapati bahawa aktiviti ini sudah berlaku begitu lama, malah sebelum era
14 Golongan yang melakukan aktiviti ini biasanya
Kesultanan Melayu Melaka lagi.
20
terdiri daripada orang laut. Hal ini adalah disebabkan mereka mempunyai

kepakaran

dalam

aspek

maritim.

Malah,

dikatakan

bahawa

kepakaran

ini

membolehkan mereka untuk menguasai aspek kelautan dengan kekurangan


teknologi navigasi pada ketika itu.
Mereka seringkali merampas kapal- kapal dagang asing dan juga tempatan.
Disebabkan kepakaran yang tinggi dalam bidang kelautan, kegiatan mereka ini
adalah amat sukar untuk dibendung 10. Tumpuan kegiatan mereka pula adalah di
tempat yang strategik11 iaitu di laluan perdagangan. Sebagai contoh, Selat Melaka
merupakan tempat berlakunya paling banyak aktiviti perlanunan semasa Melaka
mencapai era kegemilangannya.
Untuk mengatasi hal ini, undang- undang telah dibentuk untuk menghukum
mereka yang melakukan gangguan di laut. Sebagai contoh, Undang- Undang Laut
Melaka yang telah digubal untuk menjaga keselamatan perairan Selat Melaka.
Selain daripada itu, kekuataan tentera yang bertugas untuk mengawal perairan
negeri juga telah diwujudkan. Pada hakikatnya, ini adalah untuk memberikan
jaminan keselamatan kepada pedagang. Melalui kenyataan ini, jelas bahawa ia
adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi sesebuah kerajaan itu. Ini secara
tidak lansung telah membawa kepada kurang risiko perlanunan di sesebuah
perairan yang terbabit.
Sebenarnya, aspek perlanunan pada masa lampau juga signifikasi dengan isu
perlanunan yang berlaku pada masa sekarang. Jika kita lihat dalam aspek siapakah
lanun itu, jawapannya adalah sama seperti siapa lanun pada masa lampau. Mereka
yang mahir dalam selok belok kelautan dan juga keadaan geografi sekeliling. Ini
bermakna, lanun pada masa dahulu dan juga sekarang bukanlah orang asing yang
10 Alfred Russel Wallace, Ibid., Bahagian ini menceritakan bagaimana kepakaran para lanun dalam
melakukan aktiviti perlanunan.

11 Adam J. Young, Contemporary Maritime Piracy in Southeast Asia: History, Causes and Remedies,
Singapore: ISEAS Publishing, 2007. Hlm. 126.

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


baru sampai ke sesuatu tempat tersebut. Mereka adalah individu- individu yang
mahir dalam aspek kelautan setempat.
01

2
Selain daripada itu, aspek
geografi juga menunjukkan isu perlanunan pada

masa sekarang adalah signifikasi daripada kegiatan ini pada masa lampau. Seperti
yang telah dikatakan, lanun biasanya akan memilih tempat yang strategik seperti
laluan perdagangan untuk melakukan perlanunan. Ini adalah sama seperti pada
masa sekarang dimana lanun- lanun akan mensasarkan kawasan- kawasan yang
merupakan laluan perdagangan utama. Ini terbukti apabila berlakunya kes
perlanunan dan juga rompakan di Selat Melaka pada tahun 2003.
Secara keseluruhannya, jelas kita dapat melihat bagaimana isu perlanuan
yang berlaku pada masa sekarang merupakan hasil signifikasi dengan perlanunan
pada masa lampau. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, sesebuah
kerajaan itu telah mempertingkatkan armanda laut untuk mempertingkatkan
keselamatan di laut. Selain itu, undang- undang yang tegas juga akan diberikan
kepada sesiapa yang bersalah dalam melakukan aktiviti perlanunan 12. Kerjasama
antara negara juga boleh dilakukan untuk menangani masalah ini. Melalui cara ini,
perkongsian maklumat dan juga latihan tentera bersama boleh meningkatkan
keupayaan untuk mengawal aktiviti perlanunan di perairan masing- masing. Antara
kerjasama yang telah ditubuhkan adalah MALINDO dan juga MASLINDO.

2. 4

ISU KESELAMATAN

Isu keselamatan merupakan sebuah isu yang boleh ditafsirkan sejauh mana aspek
keselamatan yang ada di sesuatu tempat tersebut. Dalam aspek maritim,
keselamatan boleh dipengaruhi oleh dua aspek. Aspek yang pertama adalah aspek
semula jadi seperti berlakunya ribut kencang, tsunami ataupun bencana semula jadi
yang lain. Aspek yang kedua merupakan aspek yang penting dalam perbincangan
ini. Keselematan di sesuatu kawasan (laut) turut dipengaruhi oleh tindakan
manusia.
12 Robert C. Beckman, Carl Grundy- Warr and Vivian Louis Forbes, Act of Piracy in the Malacca and
Singapore Straits, Oman: IBRU, 1994. Hlm. 5.

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


Jika kita lihat kepada isu-isu semasa yang seringkali berlaku di kawasan Asia
Tenggara, isu- isu seperti penculikan, pembunuhan, perlanunan dan pengebomom
4
1disebabkan
sering kali berlaku. Ini adalah
oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah
20

kepentingan peribadi, kepentingan politik ataupun perasaan dendam terhadap


seseorang ataupun sekelompok masyarakat lain. Ini adalah amat berkait rapat
dengan isu keselamatan maritim nusantara yang berlaku pada masa lampau.
Bagi melihat perkaitan dengan sejarah maritim nusantara pada masa
lampau, kita boleh melihat contoh kes yang berlaku di Kepulauan Borneo dan juga
Kepulauan Sulu. Isu terbaru yang paling hangat diperkatakan ialah isu keselamatan
yang berlaku di Sabah akibat gangguan daripada tentera Sulu. Malah, terdapat juga
kes penculikan yang dilakukan oleh kumpulan Abu Sayaf 13. Tujuan mereka selain
untuk mendapatkan wang, juga adalah untuk melakukan kekacauan di perairan dan
juga negeri Sabah. Kekacauan yang dilakukan diharap dapat melemahkan politik
dan pentadbiran di Sabah seterusnya merampas negeri ini. mungkin terdapat
persoalan yang bermain mengapa mereka melakukan semua ini.
Jika kita lihat dalam sejarah awal kepulauan ini, Kesultanan Sulu merupakan
sebuah kawasan yang amat besar. Malah, mereka juga dapat menguasai separuh
negeri Sabah (pada ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara). Walau bagaimanapun,
kepulauan Sulu telah dimasukkan dalam pentadbiran Filipina yang diurus oleh
Manila. Oleh kerana perbezaan agama, maka kepulauan Sulu yang terdiri daripada
masyarakat yang beragama Islam cuba keluar dari Filipina namun tidak berjaya 14.
Oleh itu, mereka cuba untuk menuntut Sabah dan mengatakan bahawa negeri ini
adalah milik mereka jika mengikut sejarah.
Keyakinan mereka untuk menuntut negeri Sabah adalah berdasarkan kepada
sejarah era kegemilangan Kesultanan Sulu. Lagipula, separuh daripada negeri
Sabah adalah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu pada masa lampau 15.
Namun, tuntutan mereka ini tidak mendapat sokongan daripada mana- mana
13 John Kleinen and Manon Osseweiker (ed), Pirates , Ports, and Coast in Asia: Historical and
Contemporary Perspectives, Singapore: ISEAS Publishing, 2010. Hlm. 281.

14 John Kleinen and Manon Osseweiker (ed), Op Cit.


7

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


negara sekali pun. Malah, kerajaan Malaysia secara terang- terangan telah menolak
tuntutan tersebut dengan mengatakan bahawa ia tidak sah dari segi perundangan.
01

2 melakukan kekacauan dan gangguan di perairan


Hal ini menyebabkan mereka

sehingga menimbulkan isu keselamatan di kawasan yang

terbabit 16. Aspek

keselamatan yang serius boleh menjejaskan pelbagai aspek dalam negara seperti
aspek ekonomi melalui penurunan jumlah pelancong luar.
Melalui penerangan di atas, kita dapat meyimpulkan bahawa aspek
keselamatan yang sering kali berlaku dalam pelbagai bentuk ini sebenarnya
disebabkan oleh pelbagai faktor. Selain itu, kita juga dapat melihat perkaitan yang
jelas bagaimana sejarah maritim masa lampau telah menyebabkan berlakunya isu
keselamatan yang berlaku di Asia Tenggara pada zaman sekarang.

2.5 Isu Pendatang Tanpa Izin


Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) boleh dimaksudkan sebagai seseorang yang
berada di negara lain tanpa mempunyai dokumen sah. 17 Isu ini merupakan sebuah
isu yang hangat diperkatakan yang mana kredibiliti pihak berkuasa dipersoalkan
lantaran begitu banyak kes PATI di mana-mana negara di nusantara. Mereka
menggunakan jalan laut (maritim) sebagai laluan utama untuk memasuki manamana negara yang mereka kehendaki. Sebagai contoh yang jelas, kebanyakan PATI

15 Ricardo S. Lazo, Jr., Philippine Governance and 1987 Constitution, Philippine: Rex Book Store, Ins,
2006. Hlm. 60.

16 Patricio N. Abinales, Orthodoxy and History in the Muslim- Mindanao Narrative, Manila: Ateneo de
Manila University Press and Flipside Publishing. Bab 4.

17 Hj. Bukhory Hj. Ismail dan Hj. Ismail Sualman, Isu Pendatang Tanpa Izin: Peranan Media Terhadap
Kesedaran, Pengetahuan Dan Sikap Di Kalangan Masyarakat Di Malaysia, Selangor: Institut
Penyelidikan, Pembangunan
dan Pengkomersilan ( IRDC ). 2007. Hlm. 49.

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


yang berada di Borneo adalah berasal dari negara Filipina 18 dan Indonesia yang
menggunakan jalan laut sebagai laluan untuk memasuki negara ini.
01

2 bahawa kemasukan PATI ke sesuatu negara menjadi


Memang tidak dapat dinafikan

satu

ancaman

yang

menggugat

keselamatan

negara

penerima.

Malaysia

merupakan salah sebuah negara yang menghadapi masalah kemasukan kumpulan


ini. Hal ini kerana, negara kita terdedah kepada keadaan huru-hara politik yang
berlaku di beberapa negara Asia Tenggara seperti wujudnya perbezaan ekonomi di
antara negara kita dengan negara lain yang menimbulkan keinginan rakyat negara
lain itu untuk datang ke Malaysia dan keadaan sempadan maritim untuk memasuki
negara ini sangat mudah iaitu hanya dengan menggunakan bot golongan PATI
dapat memasuki negara ini. Selain itu, negara-negara asal tidak mengambil
sebarang tindakan positif untuk menghalang rakyat masing-masing lari ke negara
lain, malah ada negara asing yang menggalakkan rakyatnya untuk bermastautin di
negara lain.
Namun begitu, hal ini juga sebenarnya berkait rapat dengan isu maritim pada
masa yang lalu. Hal ini boleh diperhatikan melalui isu negeri Sabah yang mana
sebahagian daripada negeri Sabah merupakan kawasan Kesultanan Sulu. Keadaan
ini menyebabkan ramai di antara penduduk Filipina yang masih menganggap negeri
Sabah sebagai sebahagian daripada kawasan kerajaan mereka. Manakala, bagi PATI
daripada Indonesia yang datang ke Malaysia pula, mereka menganggap bahawa
Malaysia merupakan rumah kedua mereka kerana ramai saudara-mara yang sudah
lama menetap di negara ini malahan terdapat juga individu yang berstatus
penduduk tetap.
Oleh hal yang demikian, meskipun isu ini semakin meruncing dari semasa ke
semasa dan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan seperti
menghantar balik golongan PATI ke negara asal mereka, namun isu ini tetap
berterusan dan sukar dikawal. Penguatkuasaan undang-undang oleh sesebuah
kerajaan bagi mengekang masalah ini juga tidak dipedulikan oleh golongan ini.
Tambahan pula, sikap masyarakat Malaysia yang seakan-akan menerima baik

18 Ricardo S. Lazo, Jr., Philippine Governance and 1987 Constitution, Philippine: Rex Book Store, Ins,
2006. Hlm. 44.

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


kedatangan golongan PATI misalnya turut menyumbang kepada masalah ini
daripada terus berlarutan.
1
20

2.6 Isu Pemerdagangan dan Penyeludupan


Menurut Akta 670- Antipemerdagangan orang 2007, Pemerdagangan orang
didefinisikan

sebagai segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau

pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan


termasuklah

perbuatan

merekrut,

mengangkut,

memindahkan,

melindungi,

menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini. 19 Pemerdagangan


orang biasanya dilakukan untuk mendapatkan tenaga buruh yang lebih murah.
Biasanya, faktor utama masalah ini berlaku adalah kerana kemiskinan dan
kesempitan hidup yang menyebabkan segolongan manusia yang naif dan kurang
terpelajar ini di dieksploitasi oleh segelintir individu yang tidak berperikemanusiaan.
Golongan miskin, wanita dan kanak-kanak merupakan mangsa pemerdagangan
orang yang paling tinggi dicatatkan. 20 Hal ini kerana, golongan ini sangat mudah
untuk dieksploitasi oleh pihak yang berkepentingan bagi tujuan mendapatkan
keuntungan yang lebih tinggi.
Sebenarnya, isu ini merupakan rentetan daripada budaya perhambaan yang berlaku
di kawasa nusantara suatu ketika dulu. Budaya perhambaan yang wujud di rantau
ini pada suatu ketika dulu telah berkembang dan berubah berdasarkan keperluan
golongan tertentu. Sebelum era kolonial berlaku, perhambaan menunjukkan status
seseorang. Semakin ramai hamba yang dimiliki, semakin tinggilah status yang
dipegang. Biasanya, hamba diperoleh daripada tawanan perang, hamba hutang dan
hamba hulur. Setiap hamba mempunyai peranan mereka tertentu tetapi peranan
yang paling utama ialah menjadi tenaga kerja kepada tuan mereka. Ramai hamba

19 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 ( Akta 670 ) Seksyen 2.


20 Sulaiman et. el., Pemerdagangan Manusia Gugat Keselamatan, Pemikir, Utusan Karya, Sdn Bhd.
2011.

10

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


dari afrika telah dibawa masuk ke kawasan nusantara untuk dijadikan hamba
khususnya oleh golongan sultan dan pembesar.
01

Semasa era kolonial 2 pula, buruh diperlukan untuk berkerja di sektor


perlombongan, perladangan mahupun dalam sektor pembinaan. Bagi mendapatkan
tenaga buruh yang lebih ramai, hamba dari Afrika khususnya dibawa ke kawasan
nusantara. Namun, isu ini bukanlah sesuatu yang dianggap salah oleh para penjajah
biarpun buruh yang dibawa masuk ke negara asing tidak mempunyai dokumen
yang sah. Oleh itu, hal ini berlaku sehingga sekarang yang mana pemerdagangan
orang dilakukan untuk dijadikan sebagai tenaga buruh di sektor-sektor tertentu. 21
Selain pemerdagangan orang, penyeludupan barangan juga menjadi isu yang
sukar untuk ditangani di kawasan nusantara. Penyeludupan barangan membawa
maksud kepada perbuatan membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan
ke Malaysia atau keluar dari Malaysia secara tidak sah. Jenis-jenis komoditi utama
yang diseludup adalah seperti rokok, minuman keras, gula, minyak diesel dan
sebagainya. Meskipun isu ini sudah lama berlaku di rantau ini, namun masalah ini
masih tidak dapat diatasi sehingga ke akar umbi kerana beberapa halangan yang
terpaksa dihadapi. Punca penyeludupan ialah berkaitan dengan undang-undang
perairan antarabangsa. Bagi Malaysia pasukan keselamatan dan penguatkuasaan
negara seperti kastam dan polis tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang
yang

ada

dalam

sungai

kerana

terikat

dengan

undang-undang

perairan

antarabangsa.

3. 1 Analisis
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dianalisis bahawa isu maritim yang
berlaku pada hari ini merupakan rentetan daripada sejarah maritim masa lampau.
Terdapat beberapa isu yang menonjol serta menggugat keselamatan perairan
sesebuah negara di nusantara. Berdasarkan perbincangan di atas, isu perlanunan,
isu keselamatan perairan di Asia Tenggara, isu persempadanan, pengeboman ikan,
isu Pendatang Asing Tanpa Izin dan Isu pemerdagangan orang dan penyeludupan
21 Kassim & Azizah, Recruitment and employment of foreign Workers in Malaysia.
Petaling Jaya: Pelanduk publications. 2002. Hlm. 67.
11

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


merupakan antara isu yang boleh menggugat keamanan di rantau ini. Setiap isu ini
mempunyai peristiwa tersendiri yang menyebabkan isu ini berlarutan sehingga
14
sekarang. Isu perlanunan, misalnya
merupakan satu aktiviti rampasan barangan
20

dan anak kapal yang dilakukan oleh golongan tertentu di nusantara. Mereka terdiri
daripada orang Dayak, Balingingi dan Sulu yang mahir dalam ilmu pelayaran dan
tahu tentang selok-belok perairan di nusantara. Selain itu, gelaran orang laut juga
dikatakan menjadi lanun yang dianggap oleh para pelayar Barat sebagai perompak
yang berbahaya. Pengeboman ikan juga menjadi salah satu masalah yang timbul
ekoran daripada kedatangan nelayan asing yang memasuki perairan negara lain.
Masalah ini dianggap berbahaya kerang boleh menganggu hidupan marin di
perairan Asia Tenggara. Bukan itu sahaja,

isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

juga menjadi ancaman keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara. Kebanjiran


golongan ini disesebuah negara boleh menjadi penyakit kronik kepada negara
penerima sekiranya tidak ditangani dengan saksama oleh negara-negara di Asia
Tenggara. Di samping itu, isu pemerdagangan orang dan penyeludupan juga
menjadi isu yang mendapat liputan meluas oleh media massa di seluruh rantau Asia
Tenggara. Hal ini demikian kerana, isu ini ibarat penyakit kanser kepada sesebuah
negara, jika tidak ditangani sehingga ke akar umbi sudah pastinya masalah ini akan
melumpuhkan ekonomi dan mengancam kedaulatan negara tersebut. Isu ini
merupakan cabaran bagi negara-negara di rantau ini dalam menangani isu ini
daripada terus merebak. Hal ini demikian kerana, isu-isu yang dibincangkan ini
boleh mendatangkan pelbagai impak yang besar secara langsung mahupun tidak
langsung kepada negara yang terbabit. Tidak ada jalan penyelesaian lain yang
boleh dilakukan kecuali dengan mengadakan kerjasama serantau dengan negara
lain. Melalui adanya kerjasama ini, diharapkan agar isu-isu ini dapat dibendung.
4. 1 kesimpulan
Tuntasnya, isu-isu maritim yang seringkali menjadi polimik umum, tajuk perbualan
di peringkat global mahupun isu yang seringkali menjadi tajuk di dada-dada akhbar
masa kini merupakan rentetan daripada sejarah maritim masa lalu. Isu perlanunan,
isu keselamatan perairan di Asia Tenggara, isu persempadanan seperti dalam isu
hak pemilikan ke atas Pulau Sipadan dan persempadanan maritim membabitkan
perairan antara Limbang dan Brunei, isu pengeboman ikan, isu PATI, dan isu
pemerdagangan orang dan penyeludupan merupakan isu yang bersangkut-paut
12

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


dengan sejarah maritim nusantara masa lalu. Setiap isu ini boleh menggugat
keamanan serantau jika hanya dipandang enteng oleh setiap lapisan masyarakat
4
amnya dan pihak kerajaan di2sesebuah
negara khususnya. Oleh hal yang demikian,
01

dalam usaha menangani masalah ini, sejarah masa lampau juga perlu diambil kira
untuk memahami keadaan yang berlaku pada masa ini.

5. 1 Rujukan
Adam J. Young. 2007. Contemporary Maritime Piracy in Southeast Asia: History,
Causes and Remedies. Singapore: ISEAS Publishing.
Alfred Russel Wallace. 2000. The Malay Archipelago. Singapore: Eric Oey.
Catherine H. & Robins. 1971. Osteology and Relationships of the Eel Family
Macrocephenchelyidae. Journal Proceedings of the Academy of Natural
Sciences of Philadelphia, Vol. 123.
David A. Colson. 2003. Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan
(Indonesia/Malaysia).
Journal The American Journal of International Law. Vol. 97,
No. 2.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). 2007.
Henry Ling Roth. 1968. The Native of Sarawak and British North Borneo. Volume ii.
Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
J. G. Merrills. 2002. Sovereignty over Pulau Ligatan and Pulau Sipadan (Indonesia vs
Malaysia): The Philippines' Intervention. Journal The International and
Comparative Law Quarterly.
Vol. 51, No. 3.
John Kleinen and Manon Osseweiker (ed). 2010. Pirates , Ports, and Coast in Asia:
Historical
and Contemporary Perspectives. Singapore: ISEAS Publishing.
Kassim & Azizah. 2002. Recruitment and employment of foreign Workers in
Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk publications.
Patricio N. Abinales. Orthodoxy and History in the Muslim- Mindanao Narrative.
Manila: Ateneo
de Manila University Press and Flipside Publishing.

13

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA


Ramli Dollah et. al. 2003. Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian dari
Sudut Keselamatan , dalam Jurnal Jati, Jabatan Asia Tenggara. Universiti Malaya.
Bil. 8, dan
Bukit Aman. Dis. 2004.
4
1
20

Ricardo S. Lazo, Jr. 2006. Philippine Governance and 1987 Constitution, Philippine:
Rex Book
Store, Ins.
Robert C. Beckman et. al. 1994. Act of Piracy in the Malacca and Singapore Straits.
Oman:
IBRU.
Sulaiman et. el. 2011. Pemerdagangan Manusia Gugat Keselamatan. Pemikir Utusan
Karya, Sdn Bhd.

14

Anda mungkin juga menyukai