06) Penulisan Modul KBAT Dan Teknik Penyoalan T6-2014
06) Penulisan Modul KBAT Dan Teknik Penyoalan T6-2014
KANDUNGAN
Perkara
Muka Surat
Kandungan
Panel Penulis
isi Kandungan
Pengenalan
Objektif
Konsep KBAT
Faedah pelaksanaan
Penutup
Lampiran
Powerpoint
Lampiran
Soalan perbengkelan
PENYELARAS
En.Shaharizan bin Shamsuddin
Bahagian Pendidikan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
bertujuan untuk menarik perhatian pendengar dan mengajak mereka agar memberikan
respon atau maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan. Dengan cara ini idea
yang bernas dapat digunakan dalam menjawab soalan. Sekiranya para sahabat Beliau
tidak dapat menjawab, Beliau sendiri akan memberikan jawapan yang mudah untuk
difahami dan berkesan kepada orang yang mendengar. Soalan yang dikemukakan oleh
Rasulullah SAW adalah menguji minda dan membawa pengertian yang begitu jauh
serta mendalam, disamping mengandungi unsur-unsur analogi atau perumpamaan.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (menyoal):
Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah masingmasing, dan kalian mandi di dalamnya sebanyak lima kali setiap hari, apakah akan ada
kekotoran yang masih tinggal?
Jawapan daripada pengikut beliau:
Tidak akan ada kekotoran sedikit pun Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa
dengannya
Baginda juga sering menyoal para sahabat mengenai perkara yang sudah baginda
sendiri ketahui untuk mencungkil kebijaksanaan, mengasah kecerdikan dan
menyalurkan ilmu kepada mereka melalui teknik mengemukakan hujah agar dapat
menguji ilmu yang ada dalam minda masing-masing. Contohnya (menurut riwayat oleh
Sayyidina Abdullah bin Umar) semasa Baginda lalu di bawah sepohon kurma, Baginda
mengambil buah dan memakannya dan berkata:
Sesungguhnya ada sejenis pokok yang berwarna hijau, keberkatannya umpama
keberkatan seorang muslim, daunnya tidak gugur, dan tidak pula bertaburan, dan ia
mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah SWT, dan sesungguhnya ia
seumpama seorang muslim, maka khabarkan padaku apakah pohon tersebut?
Ramai para sahabat telah meneka pohon yang dimaksudkan oleh baginda, dan
akhirnya Rasulullah SAW telah memberikan jawapan:
Ia adalah pohon kurma
Walau pun Sayyidina Abdullah bin Umar yang mendengar soalan tersebut mengetahui
jawapannya, namun beliau merasa malu untuk menjawab kerana beliau adalah paling
muda dalam kalangan mereka sedangkan orang lain diam membisu.
Oleh itu, seseorang guru yang memiliki nilai-nilai profesionalisme yang tinggi
sewajarnya mengajukan persoalan kepada murid bagi menguji kefahaman,
menggalakkan agar mereka sentiasa berfikir serta menjelaskan jawapan yang sebenar
kepada mereka sekiranya mereka tidak mengetahuinya. Guru juga perlu menggunakan
perumpamaan, metafora, analogi yang bersesuaian untuk menambahkan kefahaman
dan menggambarkan maknanya agar ia kukuh menetap dalam fikiran atau minda
murid.
Teknik / strategi penyoalan (Tujuan penyoalan)
Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2. Taksonomi Anderson
Namun pada tahun 2001, Anderson pula telah menambah baik taksonomi di mana aras
paling rendah ialah mengingat diikuti memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan pada hirarki paling tinggi ialah mencipta.
Pemikiran kritis
Menginterpretasi, menguji, menilai, memberi justifikasi, mengkritik, merumus,
membuat spekulasi, mempertikaikan, membuat keputusan.
ii. Pemikiran kreatif
membuat hipotesis, mereka bentuk, membina semula, mencipta, membuat
modifikasi, memperkembangkan, mengimaginasi, bercambah fikirian, menyelesaikan
masalah
iii. Pemikiran Analitikal
membanding, membeza, mengaitkan, memilih, menentukan, menemu bual,
mengenal pasti, menggabung, mengkategorikan, enyelidik, membuat ujikaji, dan
membuat inferens.
Pemikiran aras tinggi adalah melibatkan pemikiran yang lebih tinggi daripada hafazan
atau menyatakan semula , malah melibatkan pemikiran kritis, kreatif dan analitikal.
8
Pemikiran aras tinggi memerlukan kita melakukan sesuatu dengan fakta yang ada. Kita
perlu:
o memahami fakta tersebut,
o membuat perkaitan antara fakta,
o mengkategorikan fakta ,
o memanipulasinya,
o menggabungkannya dalam cara baharu
o mengaplikasinya dalam menyelesaikan masalah
Faedah Pelaksanaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu diasimilasikan dengan kurikulum sedia
ada melalui pelbagai strategi pengajaran membolehkan;
o Pelajar yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding,
menganalisis dan membuat inferens berupaya meningkatkan kefahaman dan
mengukuhkan pembelajaran.
o Jika aspek KBAT dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna
untuk membantu pelajar belajar. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi
pencapaian dan memperbaiki kelemahan diri.
o menentukan apa yang perlu dilakukan, meramal, menghasilkan satu idea baru,
satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat keputusan dengan tepat,
membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin.
Penutup
Dengan berfikir secara tersusun, manusia dapat mengurus kehidupan dengan lebih
baik dan berani menghadapi cabaran yang mendatang kerana mampu membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah