Anda di halaman 1dari 5

Kandungan Kursus

Model Proses Kreatif


Model diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif.
Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga
amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan,
langkah dan tindakan akan datang . Terdapat banyak model proses kreatif seperti model
penyelesaian masalah kreatif dan model yang umum dan boleh diaplikasikan oleh semua
disiplin ilmu di samping mengambil kira model pengajaran
dan pembelajaran yang
menekankan kreativiti seperti pembelajaran berteraskan masalah/projek, inkuiri-penemuan dan
konstruktivisme
Model Proses Kreatif Terarah
Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang
berikut:

Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini termasuk
model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif.
Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis
Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.
Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan metakognisi

Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan,
Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan
pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah situasi, objek dan karya, cara sesuatu
itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan
analisis disimpan oleh proses oleh minda.
Dalam Fasa imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin
dengan menggunakan teknik seperti sumbangansaran. Seterusnya dalam Fasa
Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian
terakhir.
Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak
dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan
membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan
semuala pemerhatian dan penganalisisan. Melalui fasa tidakan ini, kreativiti menjadi amalan
berterusan.
Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada
yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid.

Model Konstruktivisme
Konstruktivisme ialah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri.
Pengetahuan bukan dipindahkan dari orang atau sumber lain. Individu membina pengetahuan
baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage, explore,
explain, elaborate, evaluate) iaitu

Melibat guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid
melibatkan diri.
Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka.
Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan.
Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep.
Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep.

Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan
mewujudkan suasana pengajaran pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi
pengalaman pembelajaran yang dihajati.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme
Model P &P
Konstruktivism
e

Proses Kreatif Terarah


Persediaan
Imaginasi
Perkembangan
Orientasi idea Penstrukturan Penjelasan
berasaskan
idea
lanjut
pengetahuan
Meneroka
Aplikasi idea
sedia ada
Menjelas
Konstruk idea
baru

Tindakan
Penilaian
Kaji
semua
perubahan
Idea
Penyiasatan
lanjutan

Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah
bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Model Inkuiri Penemuan


Prinsip asas model ini ialah murid bekerja sendiri untuk menemu pengetahuan baru dalam
suasana pengajaran pembelajaran yang menekankan penyoalan. Model ini melibatkan
penaakulan induktif di mana murid mengkaji hubungan, saling kaitan serta pola dan seterusnya
membuat kesimpulan.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan
Model P &P
Inkuiri
Penemuan

Proses Kreatif Terarah


Persediaan
Imaginasi
Memerhati
Meneroka
Menciri
Merancang
Mengelas
Meramal
Menyoal
Membuat
hipotesis

Perkembangan
Menuji
hipotesis

Tindakan
Membuat
kesimpulan
Melapor
Dokumentasi
Mentaksir

Dalam persediaan mengajar, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan
tindakan.

Model Pembelajaran Berasaskan Masalah


Dalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan
sebenar kepada murid. Masalah yang dikemukakan bukan masalah rutin dan pelbagai jenis
penyelesaian mungkin.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran
berasaskan masalah
Model P &P
Pembelajaran
Berasaskan
Masalah

Persediaan
Mengenal
pasti
masalah
Menjelaskan
masalah

Proses Kreatif Terarah


Imaginasi
Perkembangan
Mencari
Melakukan
alternatif
operasi
penyelesaia Menilai
n
penyelesaia
Mencari
n masalah
penyelesaia
n

Tindakan
Membuat
refleksi
penyelesaia
n yang
dibuat

Peserta guru diingatkan lagi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu
diikuti langkah demi langkah, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan
dan tindakan.

Model Membuat Keputusan


Model ini melibatkan murid dalam sesuatu situasi berkaitan kehidupan seharian di mana dia
perlu membuat pilihan yang paling baik.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat
keputusan
Model P &P

Proses Kreatif Terarah


Persediaan
Imaginasi
Perkembangan
Tindakan
Membuat
Mengumpul
Meramal
Menilai
Membuat
Keputusan
maklumat
alternatif
keputusan
Menyusun
yang
dipilih
Mengenal

Membuat
alternatif
pasti
rumusan
Pemilihan
matlamat
alternatif
Mengenal
pasti
alternatif
Menganalisis
alternatif
Dalam proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, langkah demi langkah perlu
diikuti dengan terliti, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan
tindakan untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kreativiti.

Model Pembelajaran Berasaskan Projek


Model ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar yang kaya. Murid terlibat
dalam menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugas lain yang bermakna. Murid membina
pengetahuan sendiri. Murid menghasilkan produk yang realistik.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran
berasaskan projek
Model P &P
Pembelajaran
Berasaskan
Projek

Persediaan
Tinjauan
berfokus/
Berstruktur
Penyoalan

Proses Kreatif Terarah


Imaginasi
Perkembangan
Meneroka
Meneroka
Merancang
Mencari
maklumat
Meramal
Membuat
prototaip

Tindakan
Menganalisis
maklumat
Merumus
Mentaksir
Melapor
Dokumentasi
Menguji
prototaip

Tegasnya, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah
demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Anda mungkin juga menyukai