Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pendahuluan
Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan dalam
Rancangan Malaysia ke Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi tumpuan
kepada empat agenda utama. Diantara empat agenda tersebut adalah memartabatkan
profesion perguruan agar profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan
amanah yang dipikulnya sebagai profesion yang berada di barisan paling hadapan
dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.
Sepanjang tempoh RMK 9, tumpuan diberikan kepada usaha untuk melahirkan
guru-guru yang berkualiti tinggi, iaitu mereka yang benar-benar memahami hasrat dan
matlamat negara,mempunyai semangat tinggi sebagai pejuang yang akan menentukan
keutuhan agama, bangsa dan negara, mempunyai berbagai kemahiran dari segi
pedagogi, psikologi mahupun interpersonal serta mempunyai keperibadian mulia dan
daya kepimpinan yang cemerlang. Oleh itu, dalam usaha untuk memartabatkan
profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah merangka empat strategi utama.
Pertama, memantapkan latihan perguruan. kedua, menambah baik kerjaya guru. ketiga,
memperbaiki persekitaran kerja, dan keempat, memperkasa kerjaya perguruan.
Namun begitu, kebelakangan ini Kita sering mendengar isu-isu dan masalah
keguruan yang hangat diperkatakan. Hal ini secara tidak langsung akan membawa
kesan buruk terhadap profesion keguruan. Kes-kes seperti guru menampar murid,
murid didera guru sehingga mati, guru mengambil rasuah, sikap guru yang kurang
ajar, sering dibincangkan melalui media massa. Oleh itu, guru sebagai insan terlatih
perlulah bijak dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi mereka sewaktu di
sekolah supaya kes-kes yang dapat menjejaskan nama baik guru tidak akan berulang
lagi .

2.0 analisis isu


profession perguruan dianggap mulia oleh masyarakat kerana guru adalah agen
perubahan yang membantu mencorak anak bangsa. Namun begitu, mutakhir ini, isu
etika guru semakin menjadi topik hangat yang kian menghiasi dada-dada akhbar dan
juga media massa lain. Profesion perguruan hari ini dilihat semakin goyah kerana ada
segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang telah sedia
termaktub. Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana
bukan hanya melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta
jenayah negara. Hal ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan
sebagai satu profesion yang mulia pada pandangan masyarakat.
Dalam akhbar Berita Harian pada 28 Oktober 2009, seorang guru telah menampar
muridnya kerana 10 minit lewat tiba ke sekolah sehingga menyebabkan pendengaran
telinga kanan pelajar tersebut terjejas. Pelajar yang berbangsa India itu disedari oleh
ibunya setelah mengadu sakit telinga sehingga mengalami kesukaran tidur dan demam.
Apabila ibu pelajar berkenaan ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan
kejadian ini, guru besar Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2 tersebut tidak
melayan kedatangan ibu pelajar tersebut, malah dihalang bertemu dengan guru disiplin
terbabit. Sehubungan dengan itu, guru tersebut telah disiasat mengenai kes berkenaan
mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Berikutan kes di atas, terdapat beberapa pertanyaan yang timbul berkenaan dengan
isu tersebut. Segala tindakan yang dilakukan oleh guru mempunyai alasan dan sebab
tertentu. Oleh itu, dalam kerja kursus pendek ini, saya akan mengupas kes ini secara
ilmiah berpandukan asas kepimpinan dan perkembangan professional seorang guru.

Soalan 1:sejauhmana kewajaran guru terhadap tindakan yang telah diambil


mengikut lunas-lunas kepemimpinan pendidikan yang dikehendaki.
melangga
r kod
etika
pergurua
n

gur
u

kesantun
an guru

kepedulia
n guru
terhadap
murid

penampil
an guru

1.0 melanggar kod etika perguruan

Melalui kes guru menampar murid sehingga menyebabkan kecederaan adalah salah
satu kesalahan disiplin yang dilakukan oleh seorang pendidik yang secara tidak
langsung telah mencemarkan imej profesion keguruan di mata masyarakat. Etika
perguruan adalah sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap guru yang mahu
mendidik anak-anak murid. Jika dilihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(1989), terdapat frasa yang menggariskan pendidikan sebagai usaha berterusan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari aspek intelek, rohani, jasmani dan
emosi. Jika diteliti tugas untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
amatlah berat. Adalah sukar untuk membentuk manusia yang pelbagai latar belakang
dan acuan rohaninya ke arah satu matlamat yang sama. Oleh yang demikian guru perlu
menjadi insan yang mempunyai wibawa dalam tugas, mampu menangani masalah

murid dan sentiasa berubah mengikut zaman (Fitri, 2006).Secara umumnya terdapat
beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk menjayakan Etika Perguruan. Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsipprinsip berikut:

Niat yang betul

Perlakuan yang baik

Penggerak kearah kebaikan

Memperkotakan apa yang dikatakan

Bedisiplin dan beradab

Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi.

Berpandukan kod etika profesion perguruan, guru akan dapat menjalankan tugas
yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga KPM
berdasarkan nilai-nilai dan akhlak yang mulia. Saya berpendapat bahawa guru disiplin
ini tidak mengamalkan kod etika yang telah digariskan. Hasilnya,murid yang tidak
bersalah menjadi mangsa kepada sikap guru yang tidak dapat dikawal.

2.0 kepedulian guru terhadap murid

Kes yang dihadapi ini termasuk dalam isu kepedulian guru di sekolah. Secara
ringkasnya, Pendekatan Kepedulian adalah salah satu pendekatan yang dapat
digunakan di sekolah. Pendekatan ini dipelopori oleh Noddings (1984). Kepedulian atau
dalam istilah lainnya ialah ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi. Mengikut
Hall, George dan Rutherford (1997), kepedulian didefinisikan sebagai perwakilan
komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi terhadap sesuatu tugas atau
isu. Apabila kita melihat kepada kes yang berlaku ini, boleh dikatakan bahawa guru ini

tidak mempunyai sifat peduli kepada anak muridnya. Guru seharusnya menyiasat
terlebih dahulu dan mengambil tahu sebab anak muridnya melakukan kesalahan
demikian. Mungkin juga murid tersebut mengalami masalah- masalah yang tidak dapat
dielakkan ataupun terdapat kecemasan secara tiba-tiba yang menyebabkan murid
tersebut lewat dating ke sekolah.. Namun, tindakan guru disiplin tersebut yang
menampar murid tersebut sehingga menyebabkan kecederaan membuatkan saya lebih
yakin bahawa guru tersebut tidak peka terhadap isu kepedulian yang perlu diamalkan
terhadap murid-murid.

3.0 penampilan guru

Stewart (2005) mendifinisikan penampilan sebagai tret- tret perwatakan dan


personaliti yang dianggap perlu untuk kejayaan seseorang guru. Adalah penting bagi
pendidik dan guru mengetahui dan memahami penampilan guru yang efektif supaya
mereka dapat mencipta pengalaman-pengalaman yang akan membantu pembentukan
ciri-ciri pelajar yang sempurna. guru juga seharusnya mengamalkan pendekatan
modeling dalam mendidik murid-murid.. Menurut Albert Bandura (1986), sebahagian
besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku
orang lain Perwatakan guru sangat berpengaruh kepada murid.Kompenen ini adalah
sangat penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap murid
kita. Oleh itu, guru perlulah menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mengambil
berat dan menyayangi mereka dengan cara yang betul dan bukanlah dengan
mengasari mereka. Sekalipun mereka melakukan kesalahan, kita perlulah mengambil
langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut seperti berbincang dan
mengadakan sesi kaunseling bersama murid tersebut. Oleh yang demikian, murid akan
berasa lebih disayangi kerana sikap guru yang prihatin.

4.0 kesantunan guru


Seharusnya guru tersebut boleh menunjukkan sikap profesional dengan
menggunakan cara yang berkesan. Tidak dinafikan bahawa berkemungkinan guru
tersebut menanggung beban dan tanggungjawab yang banyak sehingga kadangkadang tidak dapat mengawal kemarahan. Beban tugas yang terlalu besar akan
mengganggu emosi dan seterusnya memberi kesan kepada kualiti guru tersebut (Fitri,
2006).

Bebanan

tugas

dapat

didefinasikan

sebagai

amanah

yang

dipertanggungjawabkan kepada guru sama ada dilakukan di dalam bilik darjah atau di
luar bilik darjah dan bertujuan untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan dengan
sekolah (Shukri, 1998) Kesantunan guru boleh dilakukan dengan meningkatkan tahap
kesabaran ketika meghadapi tingkah laku murid yang bermasalah. Pada ketika
menghadapi situasi yang sedemikian, guru harus berupaya mendengar dengan
terbuka, dapat mengawal perasaan marah, belajar menghormati dan menghargai murid
mereka. Sikap guru yang memberikan hukuman yang berat kepada murid tersebut juga
bukanlah langkah yang bijak supaya murid tersebut berubah sikap menjadi seorang
murid yang berdisiplin. Laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan
itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka.
Laporan tersebut menyebut, hukuman dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberi
kesan positif kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak
langsung mula beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika
berhadapan dengan masalah.
Oleh itu, perhatian yang diberikan kepada setiap tingkah laku murid berkenaan, akan
menjadikan murid sedar bahawa guru sedang mengambil berat dan memberikan kasih
sayang supaya mereka tidak lagi mewujudkan masalah yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai