Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah teknologi berkaitan dengan


pemprosesan maklumat, dalam kata lainnya adalah berkenaan dengan penggunaan
komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk menukar, mengawasi,
memproses, menghubung dan menghasilkan maklumat. Dalam Kamus Rujukan
2006, perkataan colonialism atau kolonialisme di definisikan sebagai dasar atau
amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara
yang lain. Salah satu jenis

kolonialisme adalah elektronik kolonialisme atau e-

colonialisme. Kolonialisme juga adalah amalan perluasan kuasa dan penguasaan


negara, terutamanya dengan kawalan langsung ke atas wilayah politik atau
ekonomi negara lain. (Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C, 2006)
Pada masa kini, istilah imperialisme atau kolonialisme tidak lagi digunakan
untuk menggambarkan sebagai penaklukan secara langsung tetapi lebih dikenali
sebagai

agenda

Penjajahan

tersembunyi

bentuk

baru

atau

iaitu

The

New

Demension

Neo-kolonialismepada

hari

Of

Colonialisme.

ini

menggantikan

kolonialisme tradisional dan berlaku melalui teknologi maklumat dan komunikasi


yang berbeza dengan bentuk penjajahan pada abad lalu yang mana ia bersifat
kekerasan dan paksaan. Penjajahan bentuk baru ini lebih kepada perubahan sikap,
tanpa ada unsur paksaan dan kekerasan. Neo-kolonialisme ini adalah berbentuk tipu
daya, perjanjian berat sebelah, tekanan ekonomi, penyaluran pengaruh fikiran,
budaya dan ideologi. Dalam erti kata sebenar sebuah negara menjadi mangsa
kepada bukan hanya sebuah negara tetapi banyak negara yang lebih berkuasa,
kaya dan berpengaruh di dalam era globalisasi kini. Neo-kolonialisme begitu
berkesan daripada penjajahan bentuk lama.

2.0

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Merupakan Senjata Utama

Barat Dalam Agenda The New Demension Of Colonialisme


2.1

Politik

Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan
penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala
maklumat. Dalam menjalankan agenda The New Demension Of Colonialism, pihak
Barat menjadikan ICT sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala
maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan
maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan
menindas negara-negara yang tidak bersengkongkol dengan mereka khususnya
negara-negara islam.
Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah
negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan
dominasi dunia Barat. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan
Soviet Union, Amerika Syarikat telah muncul sebagai kuasa sebuah negara kuasa
besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia
Barat dalam menjalankan agenda The New Demension Of Colonialisme. Contohnya
di Iraq pada hari ini Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama
dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman
Iraq.

Boleh

dikatakan

dalam

hampir

semua

persengketaan

wilayah

dan

antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan


lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan
diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah
kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan
ketenteraan dan militarinya. Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya
kuasa besar dunia setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet
Union.

2.2

Ekonomi

Dalam konteks ekonomi, ICT dilihat kepada pembukaan pasaran dan pengaliran
modal secara meluas di dalam satu pasaran tunggal. Namun yang demikian, kajian
membuktikan tentang kewujudannya dalam era globalisasi sebagai satu peluang
yang membawa kepada kolonialisme era baru yang mampu memberi kesan kepada
ekonomi. Ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat
(knowledge-driven economy) bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan
kuat, dan dalam tata dunia yang baru New World Order di bawah pimpinan Amerika
Syarikat dan sekutu-sekutunya.
Fanomena globalisasi boleh memberi peluang kepada negara maju untuk
memperluaskan penguasaan mereka ke atas negara mundur atau sedang
membangun. Teori Modern World System yang diperkenalkan oleh Immanuel
Wallenstein pada abad ke-16 membuktikan bahawa penjajahan bentuk baru wujud
dalam

era

globalisasi.

Syarikat

multinasional

(MNC),

institusi

kewangan

antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Tabung Kewangan


Antarabangsa dan Bank Dunia dilihat sebagai alat oleh negara yang berkuasa untuk
mengawal negara membangun. Kolonialisme era baru melalui konteks ekonomi ini
dapat diambil contoh melalui kewujudan MNCs iaitu syarikat atau perbadanan yang
beroperasi sama ada di dua ataupun lebih daripada dua buah negara asing secara
serentak melalui usaha sama, subsidiari milik penuh dan cawangan yang dikawal
oleh satu perbadanan induk.
Kebanyakkan MNCs adalah dimiliki oleh negara maju seperti Amerika Syarikat
(US) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mana mempunyai dana yang banyak dan
kukuh

dan

sering

mencari

ruang

pelaburan

di

negara dunia ketiga

bagi

memperolehi sumber asli yang banyak dan sumber buruh yang murah bagi
meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. kebanyakkan modal dan
teknologi adalah datangnya dari MNCs telah meyebabkan negara membangun

bergantung kepada negara maju demi kemajuan ekonomi. Pergantungan ini


pastinya memberi impak negatif kepada negara dunia ketiga kerana segala
keputusan seperti pemilikan sepenuhnya aset, perjalanan syarikat serta keuntungan
dalam perniagaan terletak sepenuhnya kepada syarikat induk di negara maju.
Kesannya menyebabkan negara Dunia Ketiga mengikut sahaja halatuju dan
keputusan dari dari syarikat negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. (Nurul
Hasliza Mohd Razmin & et.al, 2010)
2.3

Sosial

Dari aspek sosial pula masyarakat kini terdedah kepada budaya Barat melalui ICT.
Globalisasi telah mempercepatkan hemegonisasi budaya secara global. Melalui
proses ini, masyarakat akan berpandangan bahawa budaya yang baik adalah yang
berasal dari Barat. Pelbagai program-program hiburan Barat telah menjadi ikutan
masyarakat yang menyebabkan minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan
budaya

hiburan.

Pihak

Barat

juga

menggunakan

ICT

sebagai

alat

untuk

menyebarkan elemen-elemen yang boleh meruntuhkan nilai keagmaan dalam diri


individu. Barat telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama
dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha
memperbaiki, merubah dan membawa kemajuan atau tamadun.
Masyarakat yang terdedah kepada budaya Barat melalui teknologi akan
menyebabkan keruntuhan moral. Justeru, muncul gerakan-gerakan sosial yang
memperjuangkan kebebasan seks, hak pengguguran anak, kebebasan pelacurpelacur, perkahwinan sejenis dan hari-hari perayaan golongan gay yang disambut
secara besar-besaran. Secara umumnya, pihak Barat telah berjaya menjalankan
agenda The New Demension Of Colonialisme

dalam

demensi sosial dengan

menggunakan ICT melalui penyerapan kepada budaya masyarakat.Contoh yang


boleh dilihat melalui budaya makan iaitu pelbagai jenis makanan Barat telah dapat
dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas
seperti Coca-Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh
dunia.
Dalam budaya fesyen pula,anak-anak muda semakin ghairah mengikuti
segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levis
4

menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya. Budaya Hidup juga telah
dipengaruhi dengan adanyamajlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala
barat serta dunia lakonan dan pembuatan filem mengikut cara barat. Masyarakat
dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok
yang menajakan budaya hidup barat. Budaya muzik dan hiburan juga berjaya
dipengaruhi oleh Barat. Contohnya muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik
'black metal' telah mula menguasai dunia.

3.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan


senjata utama Barat dalam agenda The New Demension Of Colonialisme dan
membawa implikasi kepada perkembangan kolonialisme dalam bentuk baru yang
kebanyakannya dikuasai oleh negara maju. Dalam keadaan sedemikian, organisasi
antarabangsa, MNCs dan pertubuhan perdagangan dunia adalah menjadi tunggak
kepada penjajahan dalam bentuk baru dengan menggunakan idea pembangunan
untuk menarik minat negara dunia ketiga supaya mengikut arus yang dirangka oleh
mereka. Dengan ini, negara dunia ketiga akan terus terikat dengan perjanjian yang
telah dilaksanakan dengan harapan dapat membangunkan negara mereka tetapi
hakikatnya adalah membawa kemunduran yang lebih keatas ekonomi mereka.
Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat
pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan
modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negaranegara tersebut terkenal sebagai developed (maju), advanced (terkehadapan)
atau fully industrialised countries (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan
perindustrian

sepenuhnya).

Tetapi

kemajuan

dan

modenisasi

yang

dicapai

khususnya oleh negara-negara Barat itu juga telah menghasilkan kelunturan nilainilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama.
Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai
elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan termasuklah
dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Justeru, masyarakat perlu menggunakan
5

kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi pada landasan yang betul untuk
mengelakkan berlakunya impak negatif kepada diri, masyarakat dan negara.

RUJUKAN DAN BIBILOGRAFI


Fathi Yakan. 2002. Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21. Kuala Lumpur:
Jasmin

Enterprise

Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C. 2006. International Relation (7th Ed). Landon:


Pearson

Longman

John L. Esposito. 2004. Ancaman Islam Mitos atau Realiti?. Kuala Lumpur: Institiut
Terjemahan Negara Malaysia Bhd.
Kamus Rujukan 2006
Nurul Hasliza Mohd Razmin & et.al. 2010. Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme
Bentuk Baru Dan

Kesan

Entrepreneurship and

Kepada

Ekonomi.

Kelantan:

Lecturer,

Faculty

of

Business Universiti Malaysia Kelantan

Pusat Pengajian Umum UKM. 2006. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor:
FULSON

TRADING CO.

YADIM Sabri Mohamad Sharif. 2009. Generasi Ulul Albab Segunung Harapan
Seteguh Gagasan. Kuala Lumpur: Karisma Publications
Internet

Hegemoni Barat Dan Globalisasi Realiti Dan Cabaran. http://All About History Htm.
Diakses

Pada 10/11/2014.

Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan. Mendaulatkan martabat bangsa.
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang
berdaulat/keutuhan-budaya-dan-moral/. Diakses Pada 3/11/2014.

Anda mungkin juga menyukai