Anda di halaman 1dari 9

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

LAPORAN
ISU KUALITI GURU

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

MAIZURA BT AB. RAHMAN

D20111047990

AT13

PENSYARAH

: DR MAZLINI BINTI ADNAN

KUMPULAN

:A

TARIKH

: 12 MEI 2015

Bincangkan isu yang berkaitan dengan kualiti guru.

1.0 Pengenalan
Pada zaman globalisasi ini, peranan dan tugas seorang guru semakin hari semakin mencabar.
Tugas sebagai guru pada waktu ini tidak semudah yang disangka. Dengan pelbagai tugas dan
bebanan yang perlu dipikul bukan sahaja sebagai seorang pengajar tetapi kerja-kerja
pekeranian juga perlu dilakukan oleh seorang guru. Tambahan pula, dengan arus kemodenan
yang semakin hari semakin canggih serta dengan gelagat dan kerenah pelajar yang semakin
mencabar. Namun bagitu, itu bukan halangan sebagai seorang guru untuk menghasilkan
kualiti dalam tugas yang dilaksanakannya.

Sejak akhir-akhir ini, isu berkaitan kualiti guru sering hangat diperkatakan melalui
media massa. Dipetik daripada akhbar Berita Harian yang memaparkan tajuk Tangani
Segera Isu Mutu Guru: TPM mengatakan kualiti guru adalah isu yang perlu ditangani segera
sebagai satu usaha untuk membantu negara mencapai kedudukan terbaik dalam sistem
pendidikan antarabangsa. Apa itu kualiti guru? Menurut Geo (2007) mengatakan kualiti
seorang guru berdasarkan empat asas utama iaitu kelayakan guru, sikap keperibadian guru,
amalan guru dalam bilik darjah dan keberkesanan guru mengajar.

Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti, profesionalisme seorang guru adalah
sangat penting. Profesionalisme guru adalah kemampuan guru untuk melakukan tugas
sebagai pendidik dan pengajar yang meliputi kemampuan merancang, melakukan dan
melaksanakan sesuatu tindakan. Bagi meningkatkan mutu sistem pendidikan di negara ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan pelbagai insentif untuk membantu
meningkatkan profesionalisme perguruan contohnya melalui pelaksanaan guru cemerlang.
Dengan adanya insentif ini, akan dapat meningkatkan semangat guru dalam mendidik anak
bangsa.

2.0 Ciri-ciri Guru Berkualiti


Guru yang berkualiti ialah pendidik yang baik dan dapat memberikan kesan yang positif
kepada pelajarnya dari segi personaliti dan mampu membawa kepada perubahan tingkah laku
kepada pelajarnya (Khairul Anuar A. Rahman, 2012). Sebagai seorang pendidik kualiti dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Ini bagi
merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai kedudukan yang
2

terbaik dalam sistem pendidikan antarabangsa. Generasi inilah yang akan memimpin negara
pada suatu masa nanti. Oleh yang demikian, untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti,
peranan guru adalah sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada mereka.

Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berkualiti untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu. Sebagai seorang
guru harus mendalami ilmu yang ingin disampaikan imu sebanyak yang mungkin supaya
dapat menyebarkan ilmu yang berguna kepada pelajar. Dalam era transformasi pendidikan
ini, guru perlu mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi
pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini bagi menghasilkan modal
insan yang berkualiti dan seimbang dalam semua aspek. Seterusnya, dengan adanya sifat
kreatif dan kritis secara tidak langsung akan mewujudkan pengajaran yang lebih
menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar. Ini secara langsung akan
memberikan kesan yang positif kepada pelajar untuk terus belajar.

Selain itu, guru perlu menunjukkan nilai yang baik. Ini kerana sikap dan tingkah laku
yang ditunjukkan oleh guru akan dijadikan role model dan selalu menjadi perhatian oleh
pelajar. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, aspek kecemerlangan peribadi dan
personaliti yang unggul adalah merupakan aspek yang penting dalam menjadi seorang guru
yang berkualiti. Antara contoh nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru adalah
bertimbang rasa, adil, amanah, sabar, berfikiran positif, kecindan (unsur jenaka) dan banyak
lagi. Sifat-sifat ini perlu dimilik oleh seorang guru bagi mendapat rasa hormat dan
menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan menyeronokkan. Sebagai contoh,
seorang guru lelaki selalu menegah pelajarnya supaya jangan merokok tetapi pada suatu hari
pelajarnya melihat akan perbuatan gurunya yang merokok. Perbuatan guru tersebut bagai
ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Ini seterusnya membuatkan pelajar akan berasa
hilang hormat dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Oleh yang demikian,
seorang guru perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak muridnya dan
juga masyarakat sekeliling.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak bosan, guru harus
mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran yang sesuai. Ini kerana pemilihan
kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh
3

dilaksanakan oleh seorang guru sebagai contoh kaedah pengajaran berpusatkan guru,
berpusatkan pelajar, dan berpusatkan bahan bantu mengajar. Kepelbagaian kaedah
pengajaran yang digunakan oleh seorang guru akan membuatkan pelajar tidak dapat
meramalkan corak pengajaran yang akan digunakan dan secara tidak langsung akan
meningkatkan semangat pelajar untuk belajar.

Di samping itu, sebagai seorang guru komunikasi juga memainkan peranan yang
penting. Guru adalah seorang individu yang tidak lari daripada berkomunikasi. Keberkesanan
komunikasi seorang guru adalah dengan pengunaan suara yang jelas, lantang, berintonasi
serta menunjukkan pergerakkan badan dan mimik muka yang bersesuaian semasa
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Khairul Anuar A. Rahman
(2012) mengatakan komukasi guru terbahagi kepada dua bahagian iaitu komunikasi lisan dan
komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan seperti penggunaan bahasa berkesan dan
penerapan unsur kecindan manakala komunkasi bukan lisan seperti penggunaan bahasa
badan, postur dan komunikasi mata.

3.0 Isu Kualiti Guru


Seorang guru yang berkualiti perlu memiliki sikap profesionalisme dalam menjalankan tugas
sebagai seorang pendidik anak bangsa. Profesionalisme guru adalah kemampuan guru dalam
melakukan tugas pokoknya sebagai seorang pendidik dan pengajar yang meliputi aspek
merencanakan, melakukan dan kesanggupan melaksanakan penambaikan dalam pengajaran
yang dilaksanakan. Umum sudah sedia maklum, peranan guru adalah sangat penting dalam
membentuk modal insan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara isu-isu
yang dibincangkan dalam laporan ini adalah berkaitan asas pengetahuan pedagogi, kaedah
pengajaran guru dan guru bekerja sambilan.

i) Asas pengetahuan pedagogi


Seorang guru yang berkualiti perlu mempunyai pengetahuan pedagogi yang baik. Aspek
kemahiran pedagogi adalah berkaitan komunikasi berkesan, kreativiti dan keupayaan
menyelesaikan masalah secara spontan. Komunikasi berkesan seorang guru bermaksud
bahasa yang mudah difahami dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai.
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) merupakan salah satu asas pengetahuan unik
yang perlu dimiliki oleh seseorang pendidik. Antara asas pengetahuan yang lain adalah
pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan
4

tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar, pengetahuan tentang konteks pendidikan dan
pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan. Apabila seorang guru lemah dalam
aspek pedadogi ia sebenarnya akan memberikan kesan yang negatif terhadap mutu
pendidikan. Antara kesannya adalah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan,
pelajar tidak menumpukan perhatian serta semangat pelajar untuk belajar menjadi luntur. Ini
berpunca daripada sikap guru yang ambil sikap sambil lewa dalam menguasai kandungan
pengajaran serta kurang pandai dalam menarik minat pelajar untuk belajar. Oleh yang
demikian, langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan
bengkel pemantapan pedagogi guru serta pemantau berkala daripada pihak berwajib perlu
dilakukan bagi memastikan guru menjalankan tugas yang sebaiknya.

ii) Pengajaran Guru


Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009) mengatakan guru
memainkan peranan utama dalam situasi pengajaran dan pembelajaran iaitu guru perlu
menguasai dan mengawal pengajaran. Guru seringkali digalakkan untuk mempelbagaikan
teknik pengajaran tetapi masih terdapat guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran
yang lama iaitu berpusatkan guru kerana takut untuk melakukan perubahan. Mereka sudah
berasa selesa dengan kaedah lama dengan merasakan dengan menggunakan kaedah yang
lama telah ramai pelajarnya yang telah berjaya. Namun, pada masa kini guru lebih digalakkan
untuk menjadi fasiliator iaitu sebagai pemantau dan pemudahcara semasa berlangsungnya
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan
pelajar yang mampu berfikir aras tinggi. Dengan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar akan
lebih menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menyeronokkan.

Seorang pendidik memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu


maklumat yang berkesan kepada pelajarnya. Pengajaran yang berkesan adalah pengajaran
yang dapat difahami yang seterusnya pengetahuan tersebut dapat disimpan dalam jangka
masa yang panjang. Justeru pembelajaran berbentuk pemahaman konsep iaitu yang
berhubung dengan kehidupan seharian dapat meningkat daya ingatan seseorang pelajar. Azizi
Yahaya dan Ellanggovan M. Savarimuthu (2010) mengatakan pengetahuan pelajar dapat
dibina sendiri oleh pelajar melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran.
Persekitaran pembelajaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan
idea matematik dengan pengalaman harian. Ini secara tidak langsung dapat memberi idea dan
5

pengertian yang lebih jelas kepada pelajar dalam memahami pembelajaran yang diajar oleh
guru.

iv) Guru Berkerja Sambilan


Pada zaman yang semakin mencabar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,
didapati ramai guru membuat kerja sambilan. Kerja sambilan ialah seseorang yang
mempunyai pekerjaan kedua di mana kebiasaannya dilakukan secara rahsia sebagai tambahan
daripada pekerjaan utamanya (Suhaimi Mohd Nizam, 2012). Isu yang ingin dibincangkan
adalah berkaitan guru yang membuat kerja sambilan. Kerja sambilan yang biasanya
dilakukan oleh guru adalah berniaga, mengajar kelas tuisyen, menjadi penceramah dan lainlain. Ini mungkin disebabkan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun
demi tahun. Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana apabila guru melakukan kerja sambilan
akan memberikan kesan yang kurang baik terhadap mutu pengajaran. Apabila guru membuat
kerja lain, guru akan mudah menjadi letih dan tidak bermaya. Kesannya mutu pengajaran
yang disampaikan hanya ala kadar seterusnya mengakibatkan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi tidak menyeronokkan.

4.0 Kajian Berkaitan Dengan Kualiti Guru

Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Guru Matematik


Kajian ini adalah kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh Norazman Arbin, Norain Mohd
Tajudin dan Nur Fazliana Rahim pada tahun 2012. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kualiti
pengajaran dan pembelajaran guru matematik sekolah menengah di kawasan Kangar, Perlis.
Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar tingkatan empat. Terdapat empat dimensi kualiti
pengajaran dan pembelajaran yang dikaji dalam kajian ini iaitu pengajaran, penilaian, subjek
dan bimbingan. Daripada Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan bahawa tahap persepsi pelajar
terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran guru matematik dari dimensi penilaian dan
bimbingan adalah cemerlang manakala dari dimensi pengajaran dan subjek adalah baik.
secara keseluruhan

persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran guru

matematik adalah baik.

Seterusnya, kajian ini mengkaji hubungan antara kualiti pengajaran dan pembelajaran
dengan pencapaian pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
perhubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran dengan pencapaian matematik mereka sama ada pelajar lelaki atau pelajar
perempuan seperti Jadual 3. Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan persepsi terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran antara pelajar
lelaki dengan pelajar perempuan seperti yang ditunjuk pada Jadual 4.

Keseruhannya,

walaupun nilai min bagi dimensi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru matematik
menunjukkan bahawa persepsi pelajar berada pada tahap sederhana dan sangat tinggi namun
ia tidak memberi jaminan bahawa pencapaian matematik pelajar juga bagus. Kesimpulan,
pencapaian seseorang pelajar adalah bergantung kepada keinginan pelajar itu sendiri untuk
berjaya. Ini kerana guru hanya agen pemudahcara dan penyampai maklumat kepada pelajar.

5.0 Kesimpulan
Berdasarkan laporan ini terdapat tiga isu kualiti guru yang telah dibincangkan antaranya ialah
asas pengetahuan pedagogi, pengajaran guru dan guru bekerja sambilan. Untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti, seorang guru perlu menunjukkan sikap yang mulia, mempunyai
pengetahuan yang luas serta bertanggunjawab dengan profession perguruan. Jika guru yang
dilahirkan itu tidak berkualiti, bagaimana hasil yang akan negara ini perolehi. Pihak
kementerian perlu memperketatkan pengambilan guru dengan membuat beberapa penapisan
seperti dengan melaksanakan temuduga. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah khususnya
pengetua membuat pemantauan dan memberi dorongan dan motivasi kepada guru-guru untuk
sentiasa bersemangat dalam mendidik anak bangsa. Guru juga perlu mempunyai kesedaran
yang tinggi tentang pentingnya menghasilkan tugas yang berkualiti. Secara tuntasnya, semua
pihak harus mempunyai kesedaran yang tinggi dan sama-sama berganding bahu
menyelesaikan masalah berkaitan kualiti guru ini. Seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan
untuk menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan sistem pendidikan antarabangsa.

Rujukan

Azizi Yahaya & Ellanggovan M. Savarimuthu (2012). Kepentingan Kefahaman Konsep


dalam Matematik.
Geo, Laura (2007). The Link Between Teacher Quality and Student Outcomes: A Research
Synthesis. Washington DC: National Comprehensive Center for Teacher Quality.
http://secc.sedl.org/orc/resources/LinkbetweenTQandStudentOutcomes.pdf.
Khairul Anuar A. Rahman (2012). Disposisi Guru Berkesan: Personaliti dan Kemahiran
Komunikasi. Akademika 82(2): 37-44.
Norazman Arbin, Norain Mohd Tajuddin, Nur Fazliana Rahim (2012). Kualiti Pengajaran
dan Pembelajaran Guru Matematik. Menemui Matematik 34(4): 105-112.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran
Berkesan. Selangor, Malaysia: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai