Anda di halaman 1dari 4

SAYANGI ALAM SEKITAR

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi kepada juragan pembawa


acara yang berseri, kombinasi kehakiman yang berintegriti, semestinya
saudara penjaga masa yang setia dengan randiknya, rakan seperjuangan
yang saya segani, guru-guru dan seterusnya sidang hadirin yang saya
hormati sekalian. Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh dan salam
satu
Guru-guru

Malaysia,
dan

bumi

seterusnya

sidang

merdeka.

hadirin

yang

saya

hormati,

Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa kalian, tetapi bukan
juga untuk menyebarkan input tidak berguna akan tetapi sekadar ingin
berkongsi pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk pidato saya pada hari
ini

iaitu

Sayangi

Alam

Sekitar

Sebelum lidah mengalun bicara, terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan


tajuk pidato yang menjadi tunjang pidato saya pada petang ini.Sayangi
menurut Kamus Dewan bermaksud mengasihi atau mencintai. Manakala
alam sekitar pula bermaksud dunia atau bumi. Jadi , berdasarkan maksud
yang telah saya kemukakan sebentar tadi dapatlah disimpulkan bahawa
setiap
Warga

kita

perlu
dewan

menyayangi
aspirasi

alam

sekitar

kita.

negara,

Indikator saya yang pertama di bawah tajuk Sayangi Alam Sekitar.


Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara.
Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara
tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi

oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah
negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata pepatah
ditelan

mati

mak,

diluah

mati

bapa.

Kehidupan

manusia

banyak

bergantung kepada persekitaranya. Alam sekitar yang bersih dan tidak


tercemar akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan bahagia. Sebaliknya,
jika alam sekitar tempat kediaman kita kotor, maka kita akan menghadapi
pelbagai masalah yang tidak menyenangkan hidup ini. Alam sekitar yang
kotor akan menyebabkan hidup kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Alam sekitar yang tercemar pula akan menyebabkan udara yang kita hirup
dan air yang kita minum dipenuhi dengan pelbagai bahan yang boleh
membahayakan tubuh kita. Oleh itu,kita harus sentiasa menjaga supaya
alam

sekitar

kita

tidak

tercemar.

Sidang intelektual yang dihormati sekalian,

Indikator saya yang kedua,

Sekiranya kita membiarkan sampah-sarap tidak dibuang dengan teratur,


maka hidupan seperti tikus, lalat, lipas,dan sebagainya akan membiak.
Haiwan-haiwan ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit yang
membahayakan kesihatan kita. Lalat boleh mengkibatkan kita terkena
penyakit taun dan cirit-birit.Tikus pula boleh mengakibatkan demam kancing
gigi. Di samping itu, kawasan sekitar yang tidak dibersihkan akan menjadi
kawasan tersebut tempat pembiakan nyamuk . Nyamuk adalah punca utama
penyakit demam denggi yang telah mengorbankan banyak nyawa di negara
kita. Selain daripada itu, alam sekitar yang tercemar pula menyebabkan
kehidupan kita tidak selesa. Asap yang dihasilkan oleh asap kenderaan dan
kilang-kilang perindustrian menyebabkan udara yang kita sedut telah

tercemar. Contohnya,gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil


daripada asap kenderaan dan jerebu daripada kesan pembakaran secara
terbuka dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kita terdedah kepada
penyakit barah dan sesak nafas . Kesan yang amat dirasai sekarang akibat
pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari
hari ke hari. Pemanasan global ini telah mengubah cuaca dan sistem iklim
dunia.
Warga
Indikator

dewan
saya

yang
yang

dihormati,
ketiga,

Pencemaran air yang diakibatkan oleh pembuangan sisa-sisa kilang,


kegiatan penyemburan racun serangga dan rumpai di kawasan perladangan
dan tumpahan minyak juga menyebabkan air yang kita minum tercemar. In
imengakibatkan sungai-sungai tersebut menjadi busuk, hidupan akuatik dan
tumbuhan akuatik pupus serta menjadi punca pembiakan nyamuk yang
membahayakan kesihatan penduduk sekitarnya. Sungai-sungai ini juga
terkambus dan menjejaskan sumber ikan air tawar. Pencemaran air juga
mengakibatkan bekalan air yang kita gunakan boleh menjejaskan kesihatan.
Sebagai bukti, seperti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata,
Jepun.Pencemaran toksik terdapat dalam air menyebabkan simtom kebaskebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan pertuturan yang tidakbetul.
Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui
maut.Simptom ini disebabkan oleh keracunan raksa ini membabitkan
beratus-ratus keluarga nelayan. Penyakit ini seterusnya dinamakan penyakit
Minamata.
Hadirin

yang

saya

hormati,

Jika diteliti memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia

sendiri.Apabila keuntungan yang tergambar di depan mata, nilai-nilai murni


tidak lagi menjadi pegangan.Yang menyedihkan semua penduduk dunia akan
merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah
segelintir manusia. Tuntasnya,kita harus bekerjasama dan memainkan
peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak
seharusnya meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan semata-mata.
Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Sekian
sahaja pidato yang dapat saya sampaikan pada hari ini.Saya akhiri pidato ini
dengan serangkap pantun. Izinkan saya mengundur diri,Seraya menyusun
sepuluh jari,Sehingga kita berjumpa lagi,Salah dan silap harap dimaafi.

Anda mungkin juga menyukai