Anda di halaman 1dari 4

TEKS PERTANDINGAN BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN

Nama Peserta : HASIF BIN BAHARUDDIN


Nama Sekolah: SEK. KEB. SERI LANGKAP, 36700 LANGKAP, PERAK

Assalamualaikum wr wb.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan-rakan seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian.

Berdiri di sini dengan tujuan,


menyampaikan kisah dari al-quran;
kisah Nabi Hud menjadi pilihan,
hayatilah ia jadikan pengajaran.

Nabi Hud telah diutuskan oleh Allah kepada kaum Aad, kaum Aad ialah satu kaum
yang hidup di suatu tempat yang bernama al-Ahqaf yang teletak di antara Yaman dan Oman.
Mereka hidup di tanah yang subur, tanah yang luas dan hasil bumi yang berlipat ganda
banyaknya. Dengan hasil yang melimpah ruah itu mereka dapat membina rumah dan istana
sebagai tempat tinggal mereka.

Hadirin sekalian,

Kaum Aad ini tidak pernah beriman kepada Allah, sebaliknya mereka membuat
patung-patung untuk disembah sebagai tuhan. Menurut kepercayaan mereka, patung-patung
itu dapat memberi kebahagiaan, keuntungan dan kebaikan dan menolak segala musibah
dan kejahatan. Sikap sombong , dengki, dan benci-membenci bermaharajalela
menyebabkan berlakunya kerosakan di bumi yang penuh rahmat itu. Lalu, Allah
mengutuskan Nabi Hud untuk membimbing mereka ke jalan kebenaran.

Hadirin sekalian,

Allah berfirman dalam surah Hud ayat ke-50;

‫س ۡو َرةُ هُود‬
ُ

َ ‫إِ ۡن أَن ُتمۡ إِاَّل م ُۡف َتر‬


)٥٠( ‫ُون‬ ۖ‌ۤ‫ۥ‬ ُ‫ٱع ُب ُدو ْا ٱهَّلل َ َما َلڪُم م ِّۡن إِ َل ٰـ ٍه َغ ۡي ُره‬
ۡ ‫َقا َل َي ٰـ َق ۡو ِم‬ ‫َوإِ َل ٰى َعا ٍد أَ َخاهُمۡ هُو ۬ ًد ۚ‌ا‬

~1~
Maksudnya:
Dan kepada kaum Aad kami utuskan saudara mereka Hud, lalu berkata; Wahai
kaumku, sembahlah Allah kerana tidak ada bagi kamu tuhan selain daripada Dia.
Tidak lain lagi kamu melainkan orang yang suka mengada-adakan (perkara yang
dusta).

Maka bermulalah seruan dakwah Nabi Hud menarik perhatian kaumnya tentang
tanda-tanda kewujudan Allah. Nabi Hud a.s. menyeru kaumnya agar menyembah Allah
dan bukanlah menyembah patung-patung ciptaan mereka, tetapi seruan Nabi Hud tidak
diendahkan oleh kaumnya. Namun Nabi Hud tidak berputus asa, dia memperingatkan
kaumnya tentang adanya kehidupan selepas kematian. Dengan serta-merta ajaran
Nabi Hud ditolak oleh kaumnya dengan ejekan dan penghinaan. Walau bagaimanapun
Nabi Hud menerimanya dengan penuh kesabaran.

Hadirin sekalian,

Nabi Hud masih tidak berputus asa, dia yerus menyeru kaumnya ke jalan kebenaran
walaupun telah menerima banyak kutukan. Sikap inilah yang seharusnya ada pada setiap
orang pada hari ini untuk meyebarkan dakwah pada zaman yang penuh pelbagai cabaran.

Nabi Hud memperingatkan kaumnya tentang balasan yang telah diturunkan terhadap
Kaum Nabi Nuh akibat tidak menghiraukan seruan dan dakwahnya, Namun kaum Aad masih
berkeras kepala dan tidak menghiraukan seruan Nabi Hud. Tuhan telah jelas menyatakan
bahawa amal buruk jangan dikerjakan, sesiapa berbuat akan merasakan azab dan seksaan
sebagai balasan.

Nabi diutus membawa rahmat,


Supaya manusia hidup selamat,
Tapi kaumnya degil teramat,
Akhir ditimpa bala dan laknat.

Hadirin sekalian,

Allah telah menurunkan pembalasan dalam dua peringkat. Peringkat pertama berupa
kekeringan yang melanda ladang dan kebun mereka hingga menimbulkan rasa cemas di
kalangan mereka. Nabi Hud berusaha menyakinkan mereka, bahawa itu ialah permulaan
pembalasan daripada Allah, akan tetapi Kaum Aad masih dengan kedegilan dan
kesombongan bahkan menyembah patung berhala untuk memohon perlindungan.

~2~
Peringkat kedua dimulai dengan gumpalan awan yang hitam dan tebal. Melihat
keadaan itu, kaum Aad menerimanya dengan penuh sorakan dan kegembiraan kerana pada
anggapan mereka itulah satu rahnat dan tuhan telah mengabulkan permintaan mereka.
Melihat keadaan itu, Nabi Hud memperingtkan kaumnya bahawa itu bukanlah awan rahmat
tetapi akan mebawa kehancuran sebagai balasan daripada Allah. Seperti yang diramalkan
oleh Nabi Hud, awan itu telah membawa kepada angin taufan yang sangat dahsyat dan
disertai dengan bunyi guruh yang kuat. Masing-masing berasa cemas dan gelisah di
kalangan mereka . Taufan telah memusnahkan rumah dan istana sama rata dengan tanah.
Taufan yang berlangsung selama 8 hari 7 malam itu telah menamatkan riwayat kaum Aad
yang sombong dan bongkak itu. Akan tetapi, Allah telah menyelamatkan Nabi Hud dan
pengikut-penguikutnya yang taat. Taufan yang melanda kaum Aad itu telah mengingatkan
saya tentang kejadian tsunami di Acheh, yang telah memusnahkan bandar Acheh, akan
tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Baitulrahman dan telah menunjukkan kebesaran
Allah walaupun di sekeliling masjid itu telah hancur ranap. Subhanalllah......

Hadirin sekalian ,

Pengajaran daripada cerita tadi, jelas menunjukkan kepada kita, bahawa kekuasaan
Allah maha hebat dan Agung, tiada tandingannya. Oleh itu, kita sebagai makhluk
ciptaanNya tidak wajar bersikap angkuh dan sombong, sebaliknya perlu akur dan taat
sentiasa akan segala perintahNya.

Akhir sekali saya sudahi dengan serangkap pantun:

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah
Jangan di simpan di dalam hati

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wr wb.

..orang Melayu orang putih, ‘thank you’ dan terima kasih.

~3~
Allah berfirman dalam surah Hud ayat ke-50;

‫س ۡو َرةُ هُود‬
ُ

ۖ‌ۤ‫ۥ‬ ُ‫ٱع ُب ُدو ْا ٱهَّلل َ َما َلڪُم م ِّۡن إِ َل ٰـ ٍه َغ ۡي ُره‬


ۡ ‫َقا َل َي ٰـ َق ۡو ِم‬ ‫َوإِ َل ٰى َعا ٍد أَ َخاهُمۡ هُو ۬ ًد ۚ‌ا‬
)٥٠( ‫ُون‬ َ ‫إِ ۡن أَن ُتمۡ إِاَّل م ُۡف َتر‬

( wa ila ‘adin akhohum Huda’, qola yaqowmik budulloha


malakum min ilahin ghoiruh, in antum illa mukhtoruun...)
Maksudnya:
Dan kepada kaum Aad kami utuskan saudara mereka Hud, lalu berkata; Wahai
kaumku, sembahlah Allah kerana tidak ada bagi kamu tuhan selain daripada Dia.
Tidak lain lagi kamu melainkan orang yang suka mengada-adakan (perkara yang
dusta).

...... Tuhan telah jelas menyatakan bahawa amal buruk jangan dikerjakan, sesiapa berbuat
akan merasakan azab dan seksaan sebagai balasan.

( ## rentak Rap + syair ## )

Nabi diutus membawa rahmat,


Supaya manusia hidup selamat,
Tapi kaumnya degil teramat,
Akhir ditimpa bala dan laknat.

Hadirin sekalian,

Akhir sekali saya sudahi dengan serangkap pantun:

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah
Jangan di simpan di dalam hati

~4~

Anda mungkin juga menyukai