Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS,
JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR PERLIS
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
PERTANDINGAN GASING

OBJEKTIF
Memenuhi syarat kandungan kurikulum PISMP Semester 5 Ambilan
Januari 2013.
Memberi peluang kepada guru pelatih menimba pengalaman baru dalam
menguruskan karnival sukan.
Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan
budaya.
Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung.
Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi.
Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi
JERIS.
Memperkenalkan kepada lapisan masyarakat muda masa kini berkenaan
permainan tradisional.

SEJARAH GASING
Gasing berasal daripada permainan memusing buah
berembang.
Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang.
Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan
iaitu gah berpusing. Gah dalam istilah permainan gasing
bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.

SUMBER DARI

SEJARAH GASING
Permainan gasing berasal daripada permainan laga telur
ayam.
Timbul idea untuk menghasilkan gasing mengikut rupa
bentuk telur.
Paksi ditambah agar gasing berputar dengan laju dan tegak.
Gasing yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar
dan pusingannya tidak tahan lama.
Tali digunakan supaya dapat memusingkan gasing dengan
lebih ligat dan lama.
SUMBER DARI KEDAH

PERALATAN
Gasing
Kapur
Wisel
Stopwatch

Manila Kad
Marker
Air mineral
Kerusi dan meja
Borang pencatat

TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM


Foyer Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

KAWASAN PERMAINAN

PERATURAN PERMAINAN
KATEGORI PEMAIN
Lelaki
Perempuan
SISTEM PERMAINAN
Satu pasukan mengandungi 4 orang pemain dan 1 orang pemain simpanan.
Satu regu mengandungi 4 orang pemain dan seorang pemain simpanan.
Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain hanya dalam regunya sahaja.
Pemain simpanan boleh bermain bagi menggantikan rakan-rakan sepasukan
dengannya pada bila-bila masa setelah mendapat kebenaran pengadil.
Pemain yang telah keluar boleh masuk semula menggantikan rakan sepasukannya.
MASA BERMAIN
Satu tempoh perlawanan selama 15 minit.

PERATURAN PERMAINAN
CARA BERMAIN
Pemusing diberi masa 10 saat untuk memusing ketiga-tiga biji gasing
dalam bulatan dan pemangkah diberi 12 saat untuk memangkah gasinggasing itu.
Setelah dipangkah ketiga-tiga gasing, permainan tamat dan akan dinilai
oleh pengadil.
Sekiranya terdapat sama banyak Uri Sah bagi kedua-dua regu dalam Petak
Bela Uri, Berlegai Uri diteruskan hingga tempoh 2 minit selepas wisel
memangkah dibunyikan. Regu yang mempunyai uri yang lebih dikira
menang. Sama banyak uri sah bagi kedua-dua regu adalah dikira seri.
Keputusan Jika pemangkah menang, ia mendapat 3 mata dan memangkah
lagi. Jika pemusing menang maka 'tukar pusing'. Jika 'seri' maka
pemangkah memangkah semula

PERATURAN PERMAINAN
PEMBERIAN MATA KEPADA PEMANGKAH
Pemangkah diberi 3 mata jika menang uri, 2 mata jika pemusing 'batal'
dan dalam kedua-dua hal pemangkah memangkah lagi.
Mata tidak diberi jika gasing pemangkah dan gasing pemusing 'seri uri'.

KEMENANGAN
Pasukan yang mendapat jumlah mata yang lebih dikira 'menang' dalam
permainan itu.
'Seri' pasukan dan cara menang.
a. Jika berlaku 'seri pasukan' dalam perlawanan, maka kemenangan
diberikan kepada
pasukan yang mendapat jumlah 'mata
bersih' (3 mata) yang terbanyak.
b. Jika masih seri, maka salah seorang pemain dari kedua-dua

PERATURAN PERMAINAN
UNDIAN
Undian dijalankan sebelum permainan bermula untuk menentukan
pemusing dan pemangkah.
Salah seorang pemain dari kedua-dua pasukan akan memusing gasing di
dalam gelanggang, untuk berlegai uri. Gasing pasukan yang akhir sekali
mati urinya sebagai pemangkah.
MEMUSING
Memusing gasing setelah pengadil membunyikan wisel.
Memusing gasing dari luar bulatan.
MEMANGKAH
Pemangkah dikehendaki memangkah dari dalam lorang pemangkah.
Boleh memangkah mana-mana gasing dalam bulatan yang belum

PERATURAN PERMAINAN
URI SAH JIKA
Gasing pemusing berada dalam bulatan sebelum dipangkah
Gasing pemusing berada di dalam gelanggang permainan sete1ah
dipangkah.
Gasing yang dipusing itu tercecah di luar bulatan dan serta merta
tertarik ke dalam bulatan dengan pusingan itu juga, maka gasing itu
dikira. uri sah.
Gasing pemangkah berada di dalam gelanggang permainan setelah
memangkah.
Gasing 'Uri Sah' bergerak dan dengan tidak sengaja kena pada anggota
permain pasukan lawan.

PERATURAN PERMAINAN
URI BATAL URI BATAL ATAU TIDAK SAH IALAH JIKA :
Gasing pemusing berada di luar bulatan sebelum dipangkah.
Gasing pemusing atau gasing pemangkah keluar dari gelanggang permainan.
Uri gasing yang kena pada anggota pemain pasukan sendiri.
Uri gasing tidak dialih setelah diarahkan oleh Pengadil.
Gangguan
Jika pengadil terusik, terlanggar atau terpijak gasing, maka permainan dijalankan
terus.
Apabila berlaku gangguan luar jangka samada binatang, manusia atau alat- alat
maka tindakan bagi situasi itu adalah seperti berikut
Dalam jangka masa memusing maka pusing semula
Dalam jangka masa memangkah maka pangkah semula

PERATURAN PERMAINAN
Tamat Permainan
Pengadil akan membunyikan wisel untuk menamatkan permainan
Mata tidak diberi kepada pemangkah sekiranya masa telah tamat

Pengadil
Di dalam sesuatu perlawanan mesti diadili oleh dua (2) orang pengadil
dan seorang pengadil garisan selaku pencatat papan tanda
Penggunaan Gasing dan Tali Gasing Pemain hendaklah menggunakan
gasing dan tali gasing yang telah sah

Anda mungkin juga menyukai