01. Mengetahui asal-usul perkataan-perkataan Arab dan yang berkongsi makna dengan perkataanperkataan Arab yang lain.
02. Mengetahui makna-makna huruf-huruf al-Jar.
03. Mengetahui makna-makna huruf-huruf istifham dan nama-namnya serta huruf-huruf al-Syarat.
04. Hendaklah seorang yang alim dengan kitab Allah Taala dan sebab-sebab turunnya (asbab al-nuzul)
ayat-ayat, nasikh mansukh, al-muhkam dan al-mutasyabih yang umum, khas, mutlak, muqayyat, isi
kandungan kitab, kitab al-taklif (kewajipan), kitab berasaskan suasana, mafhum al-muwafaqah dan
mafhum al-mukhalafah.
05. Juga seorang yang alim mengenai Sunnah Nabi S.A.W. iaitu menguasai ilmu al-riwayat dan aldirayah, mampu melihat maslahah-maslahah am, istihsan, ististab al-asal, manarik maslahah-maslahah
dan menolak kerosakan.
06. Alim dalam ijmak dan qiyas.
Jika kita perhatikan dan meneliti syarat-syarat di atas maka ketahuilah oleh kita akan layakkah seseorang
itu digelar mujtahid ataupun tidak. Ketahuilah oleh kita bahawa ulama-ulama muktabar dahulu
(terutamanya imam-imam empat mazhab) mereka menguasai lebih dari ilmu-ilmu yang disebutkan di
atas. Namun saya bercenderung mengatakan bahawa adalah amatlah susah ataupun tidak berupaya lagi
masyarakat kini untuk mencapai tahap seorang mujtahid muktabar sepertimana imam-imam yang empat
ini walaupun pintu ijtihat masih dibuka sehingga kini. Oleh kerana itulah maka janganlah kita bersangka
salah kepada mana-mana ijtihat yang dikeluarkan oleh ulama-ulama muktabar kita. Sesungguhnya
amatlah besar sumbangan mereka sehingga terbentuknya mazhab-mazhab muktabar hingga ke waktu
ini.
Wallahualam.
Dimasukkan oleh IbnuNafis di 6:19 PTG