Anda di halaman 1dari 2

ZZZT 2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAJUK: LAPORAN 3
TARIKH: 29 APRIL 2015
TEMPAT: PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG, UKM
MASA: 10.00 PAGI 2.00 PETANG

Perjumpaan telah dibuat pada hari Rabu dan melibatkan semua ahli dalam kumpulan.
Ini merupakan perjumpaan kali ke-3 ahli kumpulan setelah pembahagian tugas telah
diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Setelah seminggu diberikan masa untuk
menyiapkan bahagian tugas masing-masing, perjumpaan kali ini adalah untuk
menghasilkan power point untuk perbentangan pada minggu hadapan. Ini adalah
bertujuan untuk memastikan slide perbentangan tersebut menepati isi yang ingin
disampaikan oleh setiap ahli kumpulan. Selain itu, perbincangan ini menggalakkan
ahli kumpulan bagi menambah info terbaru dalam slide dan menjadikannya lebih
menarik untuk bacaan rakan-rakan yang lain.
Seterusnya, perjumpaan kali ini juga adalah bertujuan untuk mengumpul semua
tugasan esei yang telah dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil. Pengumpulan esei
adalah untuk memastikan setiap ahli menyiapkan tugasan dalam tempoh yang
ditetapkan serta melakukan penambahbaikan dalam esei sekiranya terdapat isi-isi
penting yang tertinggal. Pengumpulan esei adalah dalam bentuk softcopy dan
digabungkan dengan tugasan ahli kumpulan yang lain agar proses penambahbaikan
dapat dilakukan dengan mudah dan cepat sebelum esei penuh dicetak untuk dihantar
kepada pensyarah.
Akhirnya, setelah pengumpulan esei penuh dan penghasilan power point siap, semua
ahli kumpulan harus membaca dan memahami slide perbentangan serta melakukan
perbentangan awal bagi tajuk masing-masing sebagai persedian awal untuk
perbentangan. Latihan atau persediaan ini adalah untuk memastikan ahli kumpulan
faham akan tajuk yang akan dibentangkan dan ahli kumpulan yang lain akan memberi
pendapat atau teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa perbentangan.

Cara ini juga adalah bertujuan untuk memastikan ahli kumpulan bersedia sebelum sesi
perbentangan sebenar berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai