Anda di halaman 1dari 21

Prinsip Pengajaran MT

Mengajar dari mudah ke sukar


Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran perlu selari dengan perkembangan kognitif
pelajar. Jika tidak pengajaran dianggap membosankan dan sukar. Pelajar sekolah
rendah belum

bersedia menyelesaikan masalah yang abstrak atau dalam bentuk

hipotesis. Setiap tajuk perlu disusun dan diperingkatkan. Oleh itu penyampaian tajuk
pelajaran menjadi

lebih mudah. Secara tidak langsung motivasi instrinsik dan

motivasi ekstrinsik akan tercapai bahkan memupuk kesedaran murid untuk belajar
atas inisiatif sendiri.
Dari konkrit ke abstrak
Murid pemulihan amat perlu didedahkan dengan objek benda maujud ketika
mengajar konsep atau tajuk baru dalam matematik bagi memudahkan kefahaman
mereka. Oleh itu, semua konsep matematik yang baru bagi mereka haruslah
menggunakan contoh-contoh konkrit. Pada peringkat sekolah rendah mereka tidak
memahami hukum-hukum matematik seperti hukum sekutuan, hukum taburan dan
hukum tukar ganti. Ramai murid sekolah rendah yang hanya tahu menghafaz apa
yang diajar guru mereka tanpa memahami konsep matematik yang sebenarnya.
Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pengajaran matematik harus dikaitkan dengan
situasi kehidupan sebenar murid tersebut.
Dari spesifik ke umum
Dari umum ke spesifik
Konsep pengajaran MT
Kemahiran

pra-nombor

merupakan

kemahiran

yang

paling

awal

perlu

diperkenalkan sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran


pranombor ini

melibatkan pengkelasan, turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan

konservasi.

Pengkelasan

Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda


konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya seperti
mengkelaskan
mengikut saiz (besar/kecil, panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk dan
jenis.
i)

Warna
- mengenal warna
- menamakan warna
- mencantumkan kad warna
- mengasingkan warna
- mengasingkan warna dengan benda-benda
- mewarna mengikut arahan yang diberi

ii)

iii)

iv)

Saiz
-

membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan

mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek

menamakan saiz

mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz

memadankan saiz yang sama

mewarnakan saiz yang sama

Bentuk
-

mengasingkan benda mengikut bentuk

menamakan bentuk

memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit

mewarnakan bentuk-bentuk yang sama

Jenis
-

menamakan benda mengikut jenis

mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud)

mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar)

mewarna/melukis benda mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan


secara tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan
simbol-simbol matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran
selanjutnya.

Turutan/ seriasi
Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam

matematik. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek


mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut
bilangan. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara
satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang
lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih
bermakna.

Perbandingan kuantiti
Kemahiran ini akan membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui

perbandingan iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak,
lebih atau kurang. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
i)

ii)

mengasingkan kumpulan
-

yang banyak atau lebih

yang sedikit atau kurang

yang sama banyak

yang tidak sama banyak

mewarnakan kumpulan
-

yang banyak atau lebih

yang sedikit atau kurang

yang sama banyak

yang tidak sama banyak

iii)

menamakan kumpulan
-

yang banyak atau lebih

yang sedikit atau kurang

yang sama banyak

yang tidak sama banyak

Konservasi
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), konservasi bermaksud

pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi


kemusnahan/kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik khususnya
aspek pranombor, konservasi dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas
berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. Untuk memelihara atau
memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat
kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.

Punca Dan Jenis Masalah Matematik


Faktor-faktor

2.1

yang

menghalang

Penguasaan

Kemahiran

Matematik
2.1.1

Sekolah
a)

Pihak pentadbir

Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan

Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya

Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid


pemulihan sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR

b)

Kelas Pemulihan

Tempat tidak sesuai seperti di bawah tangga

2.1.2

Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian

Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan

Guru

Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak


berperingkat-peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia
ada murid, tiada aktiviti pengukuhan

Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai

Emosi guru garang, tidak sabar

Kurang prihatin

Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul

Guru kurang berminat

Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan


pengajaran dan pembelajaran secara individu

2.1.3

Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan

Ibu Bapa

Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku,


dan sebagainya

2.1.4

Tidak memberi dorongan

Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak

Sibuk dengan hal sosioekonomi

Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak

Murid
a. Masalah kurang kecerdasan @ mental

Warisan daripada genetik ibu bapa

Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran

Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan

Kekurangan makanan yang berzat

b. Faktor sikap

o Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai tidak berminat


c. Faktor Masalah pengamatan

Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor

d. Faktor fizikal
o Makanan yang tidak berzat
o Murid

cepat letih tak mampu menumpukan kepada proses

pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di


sekolah atau kerja rumah
o Keletihan
o Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik
o Berpenyakit - kerap tidak hadir ketinggalan dalam pelajaran
e. Tidak

boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa

Inggeris
f.

Penempatan murid yang tidak sesuai


Disleksia, slow learner dan sebagainya

2.1.5

2.2

FAKTOR LAIN

Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar

Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar

Sukatan Pelajaran yang terlalu umum

Persekitaran P & P yang tidak ceria

Jenis-jenis dan ciri-ciri masalah seperti Anxiety, Disleksia, Mathophopia,


Diskalkulia, Masalah ruang, dan lain-lain

2.2.1

Anxiety ( Kerisauan )

Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan


perasaan trauma mahupun risau disebabkan oleh pengalaman
masa lampau.
Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety
Kognitif

Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti

Somatik

Menjadi

terlalu

kemungkinan

berjaga-jaga

yang

dirasakan

terhadap
boleh

sebarang
mengancam

keselamatannya.

Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi,


berpeluh serta sistem pencernaan terganggu

Emosi

Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci

Tingkah Laku

2.2.2

Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca anxiety

Tidak dapat mengawal diri

Disleksia (Dyslexia)
Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan
menulis matematik
Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia
Pendengaran

Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan

Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf

Payah menyebut huruf m dengan n

Pertuturan / Penulisan

Kesalahan mengeja perkataan

Contohnya mengeja magic sebagai mjc

Susunan huruf terbalik


Contohnya mengeja does sebagai dose

Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama


Contohnya mengeja should sebagai shud

2.2.3

Kesalahan/ kurang tepat sebutan

Tidak lancar, tersekat atau gagap

Mathophopia
Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh
dibantu lagi dari segi keupayaannya dalam matematik.

Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia

2.2.4

Tidak suka matematik

Berasa tidak pasti / kurang yakin

Pencapaian lemah

Kekurangan minat

Sikap tidak ambil peduli

Diskalkulia
Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat
satu kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak berfungsi
secara normal
Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia
Pengiraan

Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor

Sukar memahami konsep nombor

Membaca dan Menulis nombor

Terkeliru nombor 12 dengan 21

Salah membaca nombor 5004 dibaca

lima ratus empat


Arah

2.3

Sukar memahami arah kiri atau kanan

Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta

Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.


2.3.1

Pra nombor
a) Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan
sama banyak seperti tidak sama banyak , kurang dan lebih.

2.3.2

Disleksia (Dyslexia)
a)
Tidak boleh menulis angka dengan tepat nombor seperti
6 ditulis

2.3.3

Mathophopia
a) Tidak dapat

7 ditulis

mengasingkan

kumpulan-kumpulan

mengikut

bentuk, saiz, warna dan jenis benda seperti empat segi sama
dan tepat, warna merah dan jingga
2.3.4

Diskalkulia
a) Tidak memahami dan keliru nilai tempat nombor

Lima ratus tujuh ditulis 57

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


1. Permudahkan masalah

wujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang


berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya

memperolehi jawapan.
2. Melukis gambarajah
- Melalui lukisan gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah
tersebut secara teratur.
3. Memodelkan / menjalankan simulasi / melakonkan
- Dengan menggunakan model konkrit penyelesaian masalah dapat dihayati
dengan jelas dan mudah.
4. Mengenalpasti pola
- Pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan
pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang
baru yang wujud dalam bentuk gambar atau nombor.
5. Menyenaraikan / menjadualkan secara sistematik
- Jadual yang dibina mestilah teratur dan tersusun supaya maklumat dapat
dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh digunakan.
6. Cuba jaya.
- Tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa
kepada jawapan atau penyelesaian
7. Pembalikan
- Pembalikan antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
pola, persamaan dan lain-lain
8. Menaakul secara mantik
- Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada
beberapa bahagian2 tertentu. Bahagian-bahagian kecil yang telah
diselesaikan akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian
masalah tersebut
9. Menggunakan kaedah algebra
- Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat
membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut

6.1 Kaedah-Kaedah Pengajaran Matematik

Kaedah Pembelajaran Koperatif


Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang

memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil


untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap

pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk
rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling
bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara
bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, pemprosesan
kumpulan.
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah
ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing
dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan
kumpulan

digalakkan.

Beberapa

cara

pembelajaran

koperatif

telah

diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teamsgames-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division),

Belajar

Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan


Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara
Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam
kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik
kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk

mempelajari satu topik kecil. Setelah

menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam
kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai
semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua
ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi.
Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan
baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan
semula idea.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif
dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri
dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Kaedah Pembelajaran Kontekstual


Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, seharusnya

mampu

membawa

pelajar ke matlamat

pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga
memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah
tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana
pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.
Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi
untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu
kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu
untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam
menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan
bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan
sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat
bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang
menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak
balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan
mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka
sendiri).pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda
akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan
yang diterima akal dan kelihatan bermakna.Dalam persekitaran sedemikian, pelajar
menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal
dalam konteks alam yang nyata

Kaedah Konstruktivisme
Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang

pendidikan. Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi

ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorism yang
mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji
tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan
perwakilan mental.
Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu
proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada
pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat,
membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental
(struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan
pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi
maklumat yang diberikan (Beyond the information given). Hasil daripada
pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery
Learning).
Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan
menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia
ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan
baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang
dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami
sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka
dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan
yang

tidak bermakna kepada mereka,

maka mereka akan sama ada

mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang
mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat
menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt
(1997), konstruktivism adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada
penyelidikan

tentang

bagaimana

manusia

belajar.

Kebanyakan

penyelidik

berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima


pengetahuan daripada orang lain.

Kaedah Pembelajaran Mastery


Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua

murid menguasai hasil

pembelajaran yang

dihasratkan

dalam suatu unit

pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini


memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti.
Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut hierarki
atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
perlulah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.
Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang
berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit
pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi
pemulihan dan yang berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan.
Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui
prinsip-prinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa yang
diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah
dikuasai. Di samping itu murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai
sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas bagi
setiap unit pembelajaran.
Proses penyelesaian masalah menurut Model Polya
1. Langkah 1 : Memahami dan mentafsir masalah
- Soalan untuk membantu memahami masalah:
i.
Adakah anda memahami semua perkataan?
ii.
Bolehkah anda menyatakan kembali masalah dalam ayat2 anda
iii.
iv.

sendiri?
Apa yang tidak ketahui?
Maklumat apa, jika ada, hilang @ tidak diperlukan?

2. Langkah 2 : Rancangan

Apa hubungan antara data dan unsur yang tidak diketahui?


Apakah masalah ini mirip dengan masalah lain yang telah anda
selesaikan?

3. Langkah 3: Melaksanakan Rancangan


- Guna strategi yang telah anda pilih dalam menyelesaikan masalah
- Semak setiap langkah dalam perancangan
- Pastikan bahawa langkah-langkah yang diambil betul
4. Langkah 4 : Mengimbas kembali
- Baca semula soalan
- Adakah anda menjawab soalan yang dinyatakan?
- Adakah jawapan anda benar?
- Apakah jawapan anda logik akal?

Langkah 1 - Fahami Masalah


Untuk menyelesaikan sesuatu masalah pelajar perlu memahami
apakah yang disoal (tugasan). Teknik-teknik dan strategi-strategi yang
boleh membantu pelajar untuk memahami masalah adalah membaca
masalah dengan teliti, jika perlu baca beberapa kali, menyenaraikan
maklumat atau fakta-fakta yang diberi, mengenal pasti frasa-frasa
penting, mengenal pasti maklumat atau fakta yang tersirat dan
mengenal pasti

syarat-syarat

tertentu atau kekangan-kekangan

terhadap masalah.

Langkah 2 Rancang
Apabila masalah telah difahami sepenuhnya langkah seterusnya ialah
menentukan pendekatan atau kaedah yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan

masalah.

Antara

strategi

yang

sesuai

ialah

menggunakan pengetahuan lampau untuk merangka sesuatu teknik,


mencari pola, menggunakan penaakulan induktif, melukis rajah,
membuat jadual atau carta, mencuba jaya, bekerja ke belakang dan
menyatakan semula masalah jika perlu.

Langkah 3 Laksana

Di peringkat ini teknik yang telah ditentukan pada peringkat merancang


(Langkah 2) dilaksanakan. Pelajar memerlukan dua kemahiran iaitu,
menterjemah dan memproses. Peringkat ini merupakan peringkat yang
paling sukar kerana pelajar perlu menterjemah dan melakukan proses
dengan mengabungkan maklumat, konsep dan fakta menggunakan
prosedur dan operasi pemikiran.

Langkah 4 - Semak

Pada langkah akhir ini pelajar perlu menyemak semula penyelesaian terhadap
masalah. Ini termasuklah menyemak ketepatan dan kemunasabahan keputusan dan
menentusahkan syarat-syarat telah dipenuhi. Selain itu strategi alternatif untuk
menyelesaikan masalah dilaksanakan. Masalah serta kaedah penyelesaian yang
telah ditemui ini boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah serupa
kemudiannya.

Pengesanan Masalah Menggunakan Kaedah Newman


Newman (1983), menyatakan masalah utama murid dalam menjawab soalan
berbentuk perkataan terletak kepada peringkat kefahaman dan transformasi,iaitu
menukarkan perkataan dalam soalan kepada ayat atau simbol matematik. Cramer &
Karnowski, 1995) mengungkapkan ;
Childrens informal language can indicate a readiness to translate to formal
abstract symbol.For example,when student can talks about their action with
manipulatives or describe how problems can be solved with manipulatives or
describes how story problems can be solved with manipulatives or pictures,they are
ready to record their ideas with written symbols.
Melalui kemahiran berbahasa dalam matematik murid atau pelajar akan
berkomunikasi dengan matematik terutamanya dengan kurikulum matematik yang
menjadi pilihan kepada abad ini dan abad yang mendatang.

5 soalan / arahan Newman


1.
2.
3.
4.

Tolong bacakan soalan kepada cikgu?


Beritahu cikgu, apa soalan itu mahu awak lakukan?
Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan?
Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu dan
bercakap kuat semasa membuatnya supaya cikgu faham bagaimana awak

berfikir?
5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar?
5 fasa Newmans Error Analysis:
1. Pembacaan/Reading:
Kebolehan membaca semula soalan kepada diri sendiri dengan senyap dan
meminta bantuan guru jika terdapat perkataan yang tidak difahami.
2. Pemahaman/Comphrehension:
Kebolehan memberitahu guru mengenai kehendak soalan
3. Transformasi/Transformation:
Kebolehan untuk mendapatkan jawapan
Kemahiran proses/Process Skill:
Keupayaan menyelesaikan masalah tersebut dan kemudiannya memberitahu
guru apa yang dia (murid) fikirkan
5. Pengenkodan/Encoding:
kebolehan menulis jawapan dengan betul

PEMBINAAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Tujuan pengunaan bahan-bahan bantu mengajar ialah:
i.

Memberikan rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian murid.

ii.

Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid.

iii.

Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran & pembelajaran.

iv.

Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti


pembelajaran.

v.

Memberi

keseronokan

belajar

keinginan

untuk

berjaya

dalam

pembelajaran kepada murid.


Semasa merancang dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
untuk murid pemulihan, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa aspek
seperti berikut:
i.

Umur murid

ii.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh murid.

iii.

Tahap keupayaan intelek murid.

iv.

Jangka masa bahan digunakan.

v.

Penggunaan secara individu, kumpulan kecil atau secara kelas.

Apabila anda menghasilkan bahan bantu mengajar, anda harus memastikan bahawa
bahan sumber tersebut menepati beberapa ciri-ciri seperti berikut:
i.

Menarik dari segi warna, saiz, bentuk dan bentuk 3D.

ii.

Berkesan dan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak di


sampaikan.

iii.

Kos penghasilan adalah tidak terlalu tinggi.

iv.

Tidak membahayakan pelajar dan selamat digunakan.

Kepentingan BBM
1.
2.
3.
4.

BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep


Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
Member pengalaman sebanar yang boleh meransangkan aktivii sendiri di

kalangan pelajar.
5. Dapat membina pemikiran yang berterusan
6. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata
pelajar
7. Boleh member pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih
mendalam dan beragam
Kamaruddin Hj. Husin..
1. Memberi rangsangan dan minat murid-murid
2. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada murid-murid.
3. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan mereka
lebih kekal.
4. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh
cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan
beragam
5. Dapat menguatkan

kefahaman

dan

mempercepatkan

perkembangan

perbendaharaan kata
6. Mendorong murid-murid menyiasat agar dapat menambahkan lagi bacaan
murid2.

Tujuan Kemahiran Metematik Berfungsi.


1. Mengembangkan kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya, pembelajaran
dan kehidupan.
2. Menangani masalah kemahiran yang terpisah.
3. Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan

4. Menjadikan kehidupan pelajar lebih bermakna semasa berhubung dengan


orang lain dalam kehidupan.
5. Melahirkan individu yang memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran
penyelesaian masalah bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih
baik dalam komuniti, kehidupan harian dan kerjaya.
Kemahiran matematik berfungsi dalam kehidupan:
1. Mengurus kewangan keluarga- menyediakan belanjawan
2. Mengurus rumahtangga mengira peebelanjaan rumah
3. Mempamerkan cara kerja dan sikap yang betul- memahami arahan secara
lisan dan tulisan
4. Membeli dan menyediakan makanan merancang bagi menyediakan
makanan berkhasiat
5. Membeli dan menjaga pakaian- merancang perbelanjaan untuk pakaian dan
menggunakan mesin basuh
6. Keyakinan diri menganalisis tahap kemahiran dan menganalisis diri
7. Bergaul dengan komuniti membuat perancangan perjalanan
8. Kemahiran menyelesaikan masalah meggunakan strategi dan penyelesaian
yang berkesan.
9. Kesihatan menggunakan jangka suhu

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK


Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen yang mengandungi perkaraperkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan. Sukatan
pelajaran disediakan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orangorang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika
gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.
Rajah 8.1 Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

OBJEKTIF
1. Pra Nombor

KANDUNGAN
Membolehkan murid:
1.1 menamakan objek
1.2 menentukan
kumpulan
objek

Klasifikasi objek melalui:


1.1.1 bentuk
1.1.2 saiz
1.1.3 warna
Perbandingan objek
1.2.1 panjang/ pendek
1.2.2 besar/kecil
1.2.3 tinggi/ rendah
1.2.4 tebal/ nipis
1.2.5 berat/ ringan
1.2.6 banyak/ sedikit
1.2.7 sama banyak/ tidak sama
banyak
1.2.8 kumpulan lebih/ kurang

2. Nombor Bulat

3. Operasi
tambah

Membolehkan murid:
2.1 menamakan nombor
2.2 membilang nombor
2.3 menentukan nilai
nombor
2.4 menulis nombor
2.5 menggunakan nombor

Membolehkan murid:
3.1 menyatakan situasi
tambah dalam bahasa
harian
3.2 menambah sebarang
dua nombor
3.3 menulis ayat
matematik bagi
operasi tambah
3.4 melengkapkan ayat
matematik bagi
operasi tambah
3.5 menyatakan secara
spontan fakta asas
tambah
3.6 menambah sebarang
tiga nombor
3.7 membina cerita

2.1.1 nombor
2.2.1 bilang tertib
menaik/menurun
2.2.2 rangkaian nombor
2.3.1 nombor mempunyai
kuantiti
2.3.2 Perbandingan nilai
nombor
2.4.1 Simbol nombor
2.4.2 Penulisan nombor dalam
perkataan
2.5.1 Nombor dalam kehidupan
harian

3.1.1 Penyatuan dua kumpulan


3.1.2 Penambahan dengan
membilang semua
3.2.1 Dalam lingkungan fakta
asas
3.2.2 Sebarang dua nombor
a. tanpa mengumpul
semula
b. dengan mengumpul
semula
3.3.1 Pengenalan simbol (+)
dan (=)
3.3.2 Ayat matematik bagi
operasi
tambah
a. Bentuk ayat matematik
b. Bentuk lazim
3.4.1 Penekanan kepada

Anda mungkin juga menyukai