Anda di halaman 1dari 1

Abd. Hamid, Mohd.

Azhar and Othman, Muhammad Fauzi and Hassan, Zainudin


and A. Kassim, Othman (2003) Pendidikan Bukan Formal (Pbf) Di Malaysia:
Cabaran Dan Hala Tuju Wawasan 2020. In: Seminar Kebangsaan Memperkasakan
Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru.
(Unpublished)
PDF
409Kb

Abstract
Pendidikan Bukan Formal (Pbf) Di Malaysia: Cabaran Dan Hala
Tuju Wawasan 2020 Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada
pendidikan formal dan tidak formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna
kepada pembangunan manusia secara menyeluruh; selain membantu dalam proses
pembangunan sesebuah negara. Pendidikan Bukan Formal amat penting kepada
sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Oleh yang
demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak langsung mampu
membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi
maklumat, pengurusan, kemanusiaa dan kemasyarakatan, keusahawanan,
kenegaraan dan sebagainya. Pengayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan amat
penting dalam membina masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Tentu sekali,
dalam konteks Malaysia ia dapat dicapai menerusi minat dan ketekunan masyarakat
dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk belajar
terus menerus sepanjang hayat. Justeru itu, kertas kerja ini akan memerihalkan
bagaimana Pendidikan Bukan Formal boleh menjadi katalis kepada Pendidikan
Sepanjang Hayat di Malaysia. Secara konseptual, kertas kerja ini akan dimulai
dengan definisi konsep, jenis dan bentuk Pendidikan Bukan Formal. Selanjutnya,
kertas kerja ini akan menjelaskan tentang faktor penarik dan penolak yang secara
tidak langsung memberi kesan terhadap penglibatan masyarakat dan peranan yang
dimainkan oleh pihak kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan mahu pun swasta.
Paling penting, Pendidikan Bukan Formal ini akan disorot dalam pelbagai perspektif
seperti pelan perancangan dan pembangunan negara, modenisasi dan
pembangunan sosioekonomi.

Anda mungkin juga menyukai