Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis
sambutan Hari Guru 2015 peringkat SK Lubok Buntar pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : Guru
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu
kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat
ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia
pendidikan sebagai ibadah dalam mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak
didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,
kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah
pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan
di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya
Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan
menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guruguru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan
yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

Anda mungkin juga menyukai