Anda di halaman 1dari 7

Al-Quran

Assalamualaikum..sedara2 sedari2..ni merupakan kupasan muka surat tentang


suatu ilmu mukjizat teragung..bersama-sama kita kongsikan..:-)

1. PENGERTIAN TARANNUM
Taranum ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya
melalui proses nada,rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keunikan
seni bacaan Al-Quran.
2. STATUS TARANNUM BIL QURAN SEBAGAI SATU BIDANG ILMU
Tarannum bil Quran adalah suatu ilmu yang digabungkan dengan kemahiran. Ia
bukanlah satu kemahiran tanpa ilmu. Jika tarannum bil Quran hanya dianggap
sebagai suatu kemahiran semata-mata, ia akan dianggap sebagai suatu yg remeh
temeh dan tidak ada kesungguhan dalam usaha mempelajarinya. Oleh itu
seseorang Qari hanya belajar secara berkala bagi memenuhi tuntutan majlis tilawah
Al-Quran sahaja. Jika hal ini berterusan, ilmu tarannum tidak akan berkembang
seiring dengan kemajuan ilmu-ilmu yang lain. Walau bagaimanapun, perkembangan
tarannum sebagai suatu ilmu dan kemahiran tidak boleh terkeluar daripada garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda :


Ertinya : Bacalah Al-Quran dengan Lahn Arab dan suaranya.
Mafhum daripada hadis ini bahawa garis panduan dalam tilawah Al-Quran
semestinya berada dalam lingkungan lahjah dan suara kearaban.

3. DALIL-DALIL DIPERINTAHKAN MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTARANNUM



Ertinya : Hendaklah kamu mempelajari kitab Allah (Al-Quran) dan ceriakanlah serta
perelokkanlah lagu bacaannya.(hadis Riwayat Muslim)

Ertinya : Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan bacaan
Al-Quran.(Hadis Riwayat Bukhari)
4. FALSAFAH TARANNUM BIL QURAN
Melagukan bacaan Al-Quran adalah suatu usaha ke arah pencapaian amalan
membaca Al-Quran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca
dengan pendengar kepada keagungan Allah s.w.t. Bertarannum tanpa memahami
falsafahnya merupakan suatu PENYELEWENGAN.
Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran sebagai wahyu Allah yang
paling agung. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "diturunkan Al-Quran itu
dengan penuh kebesaran dan kehormatan."(HR Muslim)
Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
terhadap ayat-ayat Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : "
Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan Al-Quran itu boleh
menambahkan kekhusyukan dan keinsafan..."(Surah Al-Isra' : 109)
Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan
apabila Al-Quran dibaca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk

memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah..(Surah AlA'raf : 204)
Untuk menambah keunikan seni bacaan Al-Quran : Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya : "Hiasilah Al-Quran dengan suaramu yang baik kerana membaca AlQuran dengan suara yang merdu itu menambahkan lagi keindahan Al-Quran.(HR
Hakim)

5. SEJARAH TARANNUM BIL QURAN


Berdasarkan beberapa hadith Sahih , menjelaskan bahawa Tarannum bil Quran ni
bermula sejak peristiwa Nuzul Quran di Gua Hira' pada tahun 610 Masihi ketika
Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq. Baginda
menerima ayat-ayat tersebut dan membacanya dengan elok dan cantik serta
menyuruh para sahabat membacanya secara bertarannum,bertazyin danbertahsin.
Seterusnya para sahabat seperti Abdullah Ibn Mas'ud ra,Ubai bin Kaab ra,Salim
Maula ra,Abu Huzaifah ra,dan Abu Musa Al-Asya'ari ra telah menyebar luaskan
pengajaran Al-Quran secara sedemikian kepada para Tabi'in..
Aktiviti ini diteruskan lagi oleh para Tabi'in seperti 'Alqamah bin Qais r.ah,Abdullah
bin Al-Saib r.ah di mekah,Abu Abdul Rahman Al-Sumali di Kufah,Abdullah bin Iyasy
r.ah dan lain-lain lagi. Dalam kalangan Tabi' Tabi'in lahir beberapa tokoh AL-Quran
seperti Umar bin Abdul Aziz,Imam Muhammad bin Idris As-Syafie(imam
syafie)..imam-imam Qiraat, guru-guru Al-Quran, Qari-Qariah yang muktabar hingga
kini..
Ini merupakan contoh bacaan bertarannum...(Johan Tilawah Antarabangsa 2003)
6. PENGERTIAN BEBERAPA ISTILAH DALAM ILMU TARANNUM

Qita'ah :
Pengertian : Satu rentak atau gerak tarannum yang paling pendek tanpa mahattah
yang tertentu.

Pembahagian Qita'ah :
Qita'ah yang diwaqafkan mengikut kehendak kalimah atau ayat
Qita'ah yang diwasalkan kepada beberapa kalimah atau ayat-ayat sehingga kepada
mahattahnya yang sempurna
Peranan Qit'ah :
Sebagai daya penghidup bacaan
Sebagai daya penggerak bacaan
Membawa penekanan jiwa yang meyakinkan
Memberi keselesaan kepada pembaca Al-Quran
Memberi penyesuaian kepada kalimah atau ayat tertentu

Mahattah :
Pengertian : Satu bentuk atau gaya penghujung kepada sesuatu alunan tarannum
Peranan mahattah :
Untuk menyempurnakan setiap harakat tarannum atau getaran suara

Burdah :
Pengertian : Bunga-bunga atau renik-renik tarannum atau getaran suara

Pembahagian Burdah :
Burdah asli: Getaran suara semulajadi

Burdah Shun'a-ie : Getaran (bunga-bunga) suara yang digubah dan disusun


mengikut irama tarannum
Peranan Burdah :
Menjadi daya penggerak bacaan
Menjadi penghias bacaan yang berseni
Menjadi daya penarik sesuatu bacaan Al-Quran
Menjadi daya rangsangan yang bersemangat kepada pembaca atau pendengar

Wuslah Al-Mumathalah :
Pengertian : Kombinasi dua atau lebih irama tarannum yang berlainan atau suatu
teknik memindahkan dua atau lebih harakat tarannum yang berbeza dalam satu
bacaan

Peranan Wuslah Al-Mumathalah :


Menambahkan lagi keunikan / keindahan sesuatu harakat tarannum untuk
menghidupkan semula mana-mana harakat tarannum yang kaku atau lesu
Contoh bacaan wuslah (campuran dua tarannum)
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hmQEpA6HPZE

Salalim :
Pengertian : Gaya kawalan suara bacaan untuk menambah keindahan Al-Quran
Pembahagian Salalim :
Salalim Su'ud : Gaya menaikkan tabaqat(peringkat) suara bacaan sedikit demi
sedikit
Salalim Nuzul : Gaya menurunkan tabaqat (peringkat) suara bacaan sedikit demi
sedikit
Peranan Salalim :

Untuk melahirkan keindahan bertarannum


Untuk melahirkan kemukjizatan ayat-ayat Al-Quran
Supaya mesej-mesej sesuatu ayat dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan

Ikhtilal Al-Lahn :
Pengertian : Suaran sumbang yang disengajakan mengikut irama dan tabaqat
(peringkat) yang tertentu
Pembahagian Ikhtilal Al-Lahn
Menaik : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menaik
Menurun : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menurun
Peranan Ikhtilal Al-Lahn :
Melahirkan 'Zauq' bacaan Al-Quran
Menjadi daya penarik bagi sesuatu bacaan
Mempelbagaikan persembahan tarannum

7. KATEGORI-KATEGORI TARANNUM BIL QURAN

Kategori Lembut

: Jaharkah , 'Iraqi, Nahawand dan Soba'

Kategori Sederhana Lembut : Bayyati, Husaini , Rast, Sikah ,'Usyad dan Syuri
Kategori Hangat & Keras

: 'Ajami , Hijjaz dan Kurdi

8. PEMBAHAGIAN HARAKAT DALAM TARANNUM BIL QURAN


Satu pertiga daripada harakatnya untuk melendikkan persembahan

Satu pertiga daripada harakatnya untuk menghangatkan persembahan


Satu pertiga daripada harakatnya untuk mencanggihkan persembahan

9. CIRI-CIRI PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BAIK


Untuk menghasilkan persembahan yang baik perlulah memenuhi ciri-ciri seperti
berikut :
Bersesuaian tarannum dengan ayat
Susunan tarannumnya rapi dan sesuai
Susunan harakatnyaa rapi dan bersistematik
Bersesuaian tarannum dengan hukum tajwid
Bersesuaian suara dengan tarannum dengan harakat
Pengendalian suara dan tarannumnya dengan lahjah arab

10. CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN SESUATU HARAKAT TARANNUM

Anda mungkin juga menyukai