Anda di halaman 1dari 6

TOKOH-TOKOH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

AL FARABI (870-950 AD)


Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq
Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam
Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin
tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di
Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr
Muhammad ibn al-Sariy.Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik
sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah
berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini
menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.
Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat
sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan
perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab
itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau
menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H)
Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu
pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan
sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih
dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli
falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.Dalam membicarakan
teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat
yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen
tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang
kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada
pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan
Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai
kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling
memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis

mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun
pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau
menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam
kehidupan manusia.
Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya
daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk
menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.Tanpa sains, seorang ahli falsafah
tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan
orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang
perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya
merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau
mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli
falsafah.
Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli
falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali
sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan
harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah
negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan
falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat
hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang
mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu
merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara
manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.Pemikiran, idea, dan
pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang
berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani
dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum"
dan "Kitab al-Jam".
Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku
itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama
Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang
diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.Al-Farabi juga telah
menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam,
yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang
terpenting dalam bidang berkenaan.
Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan
kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan.
Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi
pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap
perkembangan ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya yang
menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak
dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan
kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut

keperluan anggota tubuh badan.


Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh.
Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan
kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan
negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari
penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini

IMAM AL-GHAZALI
DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan perintis awal yang
sangat terkenal. Beliau yang mendapat gelaran Hujjatul Islam adalah ilmuwan
ulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama
lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin
Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya
merupakan seorang ahli sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan
menjual benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut mendedahkan
anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf. Imam al-Ghazali mempunyai seorang
saudara lelaki bernama Ahmad.
Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam
bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan. Beliau pernah
berguru dengan beberapa orang ulama terkenal pada zamannya, misalnya Imam
al-Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, alGhazali diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong
kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang Ilmuwan yang
amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan Falsafah pada zaman
tersebut.Sebagai seorang ulama yang cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir
dan mengembara dari sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu
dan menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh
pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang mendalam dan
mempelopori bidang ilmu falsafah.
Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawailmu dan keistimewaan para sufi
tidak dapat dipelajari melalui buku-buku sahaja kecuali melalui pengalaman atau
me rasainya sendiri.Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam

dalam diri para intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah dan ramai
lagi.Setelah beberapa lama mengembara dan mempertajamkan ilmu serta
sikapnya sebagai seorang ulama sufi, al-Ghazali kembali ke Naisabur atas
desakan Fakhrul Muluk, anak kepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di
Madrasah Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Muluk mati
terbunuh dan al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka sebuah madrasah
bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramai dengan kaedah sufi yang
menekankan pendidikan hati.Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali Menurut Al-Ghazali
falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada enam aspek penting
iaitu:matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik dan etika (akhlak).
Malah menurutnya Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah
Greek asalkan ia tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di
dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan metafizik
yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun beliau
bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan
Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapat
bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.
Para Ilmuwan Islam sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya amat
tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan beliau untuk
tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepada filsuf beliau juga tidak
terlepas daripada dipertikaikan sebagai seorang ahli falsafah. Contohnya Ibn
Rusyd yang menulis sebuah buku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai jawapan
balas terhadap dakwaan al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya.
Dalam pencarian hakikat dan kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi
seorang pengkaji yang bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan
keilmuan dan merasai dzuq seorang Muslim sejati. Imam al-Ghazali kembali ke
rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55 tahun.

IBNU RUSHD (520-595 HIJRAH)


Nama sebenar Ibnu Rusyd adalah Mohammad ibn Ahmad ibn Mohammad ibn
Rusyd(1126-1198).Beliau dilahirkan di sebuah keluarga ahli hukum di
Cordoba,Sepanyol dan meninggal di Maghribi.Pengaruhnya begitu meluas bukan
sahaja dalam ketamadunan Islam, malah tersebar hingga ke dunia Barat,yang
mana ketika itu mengalami zaman gelap.Beliau juga telah di angkat para

orientalis Barat sebagai Bapa kepada fahaman Sekularisme dan lebih dikenali
masyarakat Barat sebagai Averroes.Pemikiran Ibn Rusyd jauh lebih berpengaruh
jika dibandingkan dengan ahli falsafah seangkatannya mahupun selepas
kematiannya.
SEJARAH HIDUP
Ibnu Rusyd,seperti yang didokumentasikan dalam sejarah,merupakan ahli
falsafah,mantikperubatan,matematik,teologi,ahli fekah mazhab Maliki dan
sains,serta turut dianggap sebagai ahli falsafah yang paling agung pernah
dilahirkan dalam sejarah Islam. Beliau mendapat pendidikan mempelajari hukum
hakam melalui bapa dan datuknya yang merupakan pegawai Kadi(hakim).Ibnu
Rusyd kemudiannya meninggalkan pekerjaan rasminya sebagai hakim,lalu
menekuni dunia kedoktoran dan berguru kepada Ibn Zuhr yang kemudiannya
menjadi sahabat karib.Ibnu Zuhr dikenali dalam dunia kedoktoran dengan nama
Avenzoar .Hubungan persahabatan mereka akhirnya melahirka nsikap saling
menghargai antara satu sama lain. Sebagai contoh,Ibnu Rusyd menganggap Ibn
Zuhr sebagai seorang doktor terbaik selepas era pasca Galen dan dianggap
sebagai seorang ahli falsafah yang terbesar pada zamannya.
SUMBANGAN.FALSAFAH DAN ILMU LOGIKA.
Ibnu Rusyd merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menterjemahkan
hasil karya tulisan Aristotle yang dilupai Barat. Melaluinya,pengetahuan yang
ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai di barat dan dikesan pada awal
abad ke-12.Ibnu Rusyd menganggap Aristotles sebagai ahli falsafah terbesar
dengan mengeluarkan kenyataan bahawa alam melahirkan dia sebagai sebuah
model yang sempurna.Beberapa kajiannya telah diterjemahkan dalam Bahasa
Latin dan Hebrew(Yahudi) dan menjadi kajian penting dalam kajian abad
pertengahan dan kajian Aritotelian Latin di Barat. Dalam tempoh tiga abad,para
intelektual Barat dapat memahami Aristotle melalui komentar Ibnu Rusyd.
Ibnu Rusyd menulis pemikirannya dengan menyifatkan bahawa mereka tidak
mudah menjadi kafir semata-mata kerana membaca karya falsafah,kerana
mereka dibentuk oleh sistem pendidikan yang semakin maju serta
demokratik,dan ilmu pengetahuan semakin mudah didapati dan banyak lagi
kelainan lain yang mencirikan sifat khalayak ini. Pemikiran beliau tersebut telah
dirakamkan ke dalam bentuk buku yang diberijudul,Fasl al-Maqal.
Ibnu Rusyd juga menyatakan bahawa tidak ada perbezaan yang nampak antara
esensi dan eksistensi.Beliau bersependapat dengan pandangan Ibnu Sina yang
membezakan antara akal mungkin dan akal aktif,kerana yang ada hanyalah
perbandingan logika untuk tujuan analisis.
Ibnu Rusyd berpendapat, bahawa jiwa itu bersifat kebendaan,sehingga tidak

mengalami kematian.Oleh yang demikian,beliau mengkhususkan status khas


manusia adalah dari perspektif penguasaan ilmu pengetahuan dengan ketinggian
akalnya.Ibnu Rusyd menekankan bahawa.. Namun begitu,pandangan beliau
tentang
akal
manusia
telah
menimbulkan
kesan.
Saya
mengambil
contoh,golongan Kristian menolak ideanya disebabkan pentafsiran beliau
mengisyaratkan bahawa akal aktif dan akal pasif adalah berbeza.Sudah tentu
konsep yang cuba disampaikan Ibnu Rusyd menimbulkan masalah bagi golongan
Kristian,kerana pendapatnya yang mengatakan bahawa tidak ada satu akal
individu pun yang luput daripada kematian.
KESIMPULAN.
Ibnu Rusyd merupakan tokoh falsafah yang seba boleh dan mahsyur namanya
hingga merentasi dunia Barat,dan lebih dikenali sebagai Averroes dalam
ketamadunan Eropah.Beliau juga merupakan antara salah seorang tokoh falsafah
teragung yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam dan naskah-naskah
karyanya masih relevan diguna pakai hingga ke hari ini,sebagai rujukan
ilmiah.Buktinya,hasil karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa
untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.
Sumber
:
http://akuchekguatie.blogspot.com/2012/01/tokoh-tokoh-falsafahpendidikan-islam.html

Anda mungkin juga menyukai