Anda di halaman 1dari 10

KAEDAH PERMAINAN

Kumpulan 5
Yuet
Wan Jen
Zuhri


HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat membunyikan 6 daripada 10
suku kata kv.

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah boleh
membunyikan huruf

Kelemahan murid: tidak boleh membunyikan
suku kata kv
Fokus a
1. Guru menunjukkan kad-kad suku kata kv
seperti ba, pa, da, ta, ma, na, ga, ka, ja, za
2. Guru mengajar murid-murid membunyikan
suku kata kv yang ditunjukkan dengan
berulang-ulang.
3. Kemudian, guru menggunakan kaedah
permainan sebagai latihan pengukuhan
kepada murid.

BAHAN YANG DIGUNAKAN
Bola-bola ping pong yang dilabel dengan suku
kata

Sebatang senduk

Sebekas mangkuk besar

Beberapa bekas mangkuk kecil.

CARA BERMAIN
INDIVIDU

BERKUMPULAN
LANGKAH-LANGKAH
1. Guru mengajak murid-murid duduk di
sekeliling meja.

2. Guru memberikan setiap murid sebatang
senduk dan mangkuk kosong.

3. Guru meletakkan mangkuk besar yang diisi
dengan bola-bola ping pong berlabel suku
kata kv di tengah meja.

4. Guru mengajak murid-murid menggaul bola-
bola ping pong yang terletak di dalam
mangkuk besar dengan menggunakan senduk
masing-masing.
5. Guru menyebut satu bunyi suku kata,
misalnya suku kata ba dan mengajak murid-
murid mencari bola ping pong yang berlabel
suku kata ba.

6. Murid-murid menyenduk bola ping-pong
berlabel ba dan memasukkan ke dalam
mangkuk masing-masing sambil menyebut
ba.
7. Ulang aktiviti dengan mencari suku kata kv
yang lain.

8. Murid yang mendapat bola ping-pong
terbanyak akan mendapat ganjaran.

9. Guru meminta murid membunyikan suku kata
kv yang telah belajar.

Anda mungkin juga menyukai