Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian

Nama: Lau Siew Chin

No Kad pengenalan: 920120-13-5930

Kelas: 1 Cerdik

Mata pelajaran: Pemulihan Bahasa Melayu

Tarikh: 2 March 2015

Masa: 0845 - 0945 (60 minit)

Hari: Selasa

Kumpulan Kumpulan cemerlang

Nama murid 1. Muhammad Aiman Helmi Bin Ali

2. Muhammad Zulhafiq Bin Azhar

3. Muhammad Syafiq Hilmi Bin Shahabudin

Konstruk/ kemahiran Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis


perkataan suku kata terbuka.

4.17 Membaca perkataan suku kata kvkkvkvk

5.1 Membina dan menulis perkataan yang


mengandungi suku kata kvkkvkvk.

Objektif pembelajaran: 1. Mengeja dan menyebut sekurang-kurangnya 4


Pada akhir pengajaran daripada 5 perkataan kvkkvkvk dengan betul.
dan pembelajaran, murid
2. Menulis sekurang-kuranngya 5 daripada 6
dapat:
perkataan kvkkvkvk dengan betul.

Pengetahuan sedia ada Murid-murid sudah menguasai kemahiran perkataan


kvkvkvk

Isi pelajaran Perkataan kvkkvkvk

rambutan
cempedak
hospital
jambatan
komputer

Penggabungjalinan mata pelajaran: Pendidikan Moral

Penyerapan Nilai: Bertanggungjawab, berdikari, rajin, keinginan

Kemahiran Berfikir: Menjana idea, menghubungkaitkan

Unsur-unsur Terapi: Terapi Main

Bahan bantu mengajar: Bahan Rangsangan Bahan Sastera, papan putih, marker,
kad perkataan kvkkvkvk, lembaran kerja, botol bowling, bola bowling, kad
perkataan kvkkvkvk, bluetape, buku gambar.

Kumpulan/ Masa Kumpulan cemerlang


Set induksi 1. Buku Rangsangan Bahan Sastera yang disediakan
(5minit) telah diedarkan kepada murid-murid.
2. Guru akan mendeklamasikan sebuah pantun teka-teki
kepada murid-murid.
3. Murid-murid dikehendaki untuk memerhatikan cara
guru mendeklamasikan pantun dan mengikuti guru
mendeklamasi pantun dengan merujuk buku
rangsangan.
4. Murid-murid dikehendaki untuk meneka satu
perkataan buah-buahan yang dikatakan dalam pantun
teka-teki tersebut.
5. Guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran
perkataan kvkkvkvk.

Catatan:
1. Nilai: Keinginan, rajin
2. Resos: Bahan Rangsangan Bahan Sastera

Langkah 1 Interaksi pengajaran:


( 20 minit) 1. Murid akan mengeja dan membaca perkataan
kvkkvkvk berulang-ulang sebanyak 5 kali.
2. Guru akan menyebut perkataan kvkkvkvk dan murid
menunjukkan perkataan tersebut dalam bahan
rangsangan.
3. Guru akan menyebut perkataan kvkkvkvk dan murid
yang terpilih akan mengeja dan menunjukkan
perkataan tersebut di dalam buku rangsangan.
4. Murid-murid akan menulis perkataan kvkkvkvk yang
disebut oleh guru di atas papan putih.

Catatan:
1. Teknik: Latih tubi
2. Nilai: Bertanggungjawab, rajin
3. Resos: Bahan Rangsangan Bahan Sastera, papan putih,
marker, kad perkataan kvkkvkvk

Langkah 2 Latihan bertulis:


(15 minit) 1. Murid-murid diedarkan dengan lembaran kerja.
2. Murid-murid dikehendaki untuk memadankan
perkataan kvkkvkvk dengan gambar dengan betul.
3. Murid-murid diminta untuk melengkapkan perkataan
kvkkvkvk dengan menggunakan suku kata yang
sesuai bagi membentuk satu perkataan yang dipelajari
dalam langkah 1.
4. Murid-murid diminta untuk menulis perkataan kvkkvkvk
yang sesuai berdasarkan gambar.
5. Arahan yang jelas diberikan dan murid-murid akan
dibimbing dari semasa ke semasa.

Catatan:
1. Teknik: Latih tubi
2. Nilai: Berdikari, rajin
3. Resos: Lembaran kerja

Langkah 3 Aktiviti pengukuhan:


(15 minit) 1. Satu permainan bowling telah dijalankan bagi
mengukuhkan kemahiran kvkkvkvk murid-murid.
2. Guru menyediakan satu buku bergambar yang berkait
dengan perkataan kvkkvkvk yang dipelajari..
3. Botol bowling dilekatkan dengan perkataan kvkkvkvk.
4. Murid diminta untuk menjatuhkan botol perkataan
kvkkvkvk berdasarkan buku gambar dan lekatkan
perkataan tersebut dalam buku gambar.
5. Murid megeja dan menyebut perkataan kvkkvkvk.

Catatan:
Teknik: Bermain
Terapi: Main, Muzik dan nyanyian
Nilai: Bertanggungjawab, Keinginan
Resos: Botol bowling, bola bowling, kad perkataan kvkkvkvk,
bluetape, buku gambar.

Penutup Penutup kognitif


(5 minit) 1. Murid disoalkan oleh guru tentang tajuk yang dipelajari
dan menyatakan perkataan kvkkvkvk yang dipelajari
pada hari ini.

Penutup Sosial
1. Murid menepuk tangan untuk sendiri kerana
memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses
P&P dijalankan.
2. Murid yang menunjukkan sahsiah terpuji akan
diberikan ganjaran berupa token.

Anda mungkin juga menyukai