Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan susu kambing

Banyak kajian tentang khasiat susu kambing yang telah dijalankan. Kajian
mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik
berbanding susu lembu biasa. Bukan itu sahaja, susu kambing juga mempunyai
banyak manfaat atau kelebihan yang lain kepada manusia.
Pertama sekali, susu kambing dapat memperkuat tulang manusia. Hal ini
kerana susu kambing merupakan satu minuman sumber kalsium. Susu kambing
memainkan peranan yang amat penting kepada bayi-bayi yang sedang
berkembang kerana susu kambing sangat baik untuk pembentukan tulang dan
gigi kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, susu kambing juga baik untuk jantung manusia. Hal ini
disebabkan oleh susu kambing dapat mengurangkan tekanan darah dan risiko
sakit jantung. Oleh itu, susu kambing dapat mencegah manusia daripada
menjangkiti penyakit-penyakit.
Susu kambing juga dapat membantu pertumbuhan otak dan
memperkuatkan daya ingatan kanak-kanak. Khasiatnya dapat meningkatkan
aktiviti otak, menajamkan fikiran, menguatkan daya ingatan dan mengatasi
masalah lupa. Dengan itu, murid-murid dapat belajar dengan bersemangat dan
memperolehi pencapaian akademik yang tinggi.
Tambahan pula, pelbagai jenis produk juga dapat dihasilkan dengan
menggunakkan susu kambing. Sebagai contoh, sabun susu kambing merupakan
salah satu produk yang dihasilkan dengan susu kambing.
Kesimbulannya, susu kambing telah membawa banyak kelebihan kepada
manusia. Oleh itu, susu kambing sepatutnya menjadi sebahagian dalam
kehidupan manusia.

Anda mungkin juga menyukai