Anda di halaman 1dari 5

SMK PALONG SEBELAS (F)

73430 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN


2014
TARIKH: 3 APRIL 2014
TEMPAT: SMK PALONG SEBELAS (F)
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD AL ASYRAF ABD RAHIM
CEGAH SEBELUM PARAH

Laporan Latihan Kebakaran


1.0 TARIKH :
2.0 TEMPAT :
3.0 SASARAN

3 APRIL 2014
SMK PALONG SEBELAS FELDA
:
SELURUH WARGA SMK PALONG SEBELAS
FELDA

4.0 LAPORAN

Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi


peraturan keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh
itu, pihak hal ehwal murid Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Sebelas Felda
bersetuju untuk mengadakan latihan yang pertama bagi tahun 2014. Program ini
dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas

menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah. Secara


keseluruhan masih perlu penambahbaikan terutama waktu 'alert' bagi murid dan
guru apabila mendengar loceng kecemasan. Tindakan pantas guru

diperlukan

dalam mengatur perjalanan proses penyelamatan atau 'evacuation' murid-murid


dengan melalui laluan yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab. Murid
murid sebenarnya telah diberi taklimat mengenai latihan kebakaran namun terdapat
segelintir yang masih mengambil mudah mengenai latihan ini. Masa mengosongkan
bangunan bagi latihan pertama ini adalah melepasi waktu dibenarkan iaitu 3 minit 45
saat, 45 saat lebih dari waktu yang ditetapkan oleh pihak Bomba. Bagi proses kiraan
murid bagi mengenal pasti jika ada murid yang tertinggal atau keciciran, proses
tersebut berjalan dengan lancar dan guru tingkatan serta pembantu adalah
bertanggungjawab bagi kelas masing masing.
5.0 ISU PENAMBAHBAIKAN:
Secara keseluruhannya, Latihan Kebakaran kali pertama ini adalah
pendedahan yang terbaik buat guru dan murid agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
serta sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama dengan yang lain. Secara am nya, guru di
ingatkan agar sentiasa bersedia dengan keadaan sekeliling dalam memastikan keselamatan
murid. Satu perkara lagi adalah berkaitan tentang loceng kecemasan yang mengikut aduan
guru tidak kedengaran dan perkara ini perlulah diberikan perhatian.
Disediakan oleh :
_____________________
MOHD AL ASYRAF B ABD RAHIM
SETIAUSAHA 'FIREDRILL'
SMK PALONG SEBELAS (F)

Disahkan oleh :
_____________________
ZAINAB BT SAMSUDIN
GPK HEM
SMK PALONG SEBELAS (F)

Anda mungkin juga menyukai