Anda di halaman 1dari 2

CARA MEMASAK NASI LEMAK

Resepi dan cara membuat nasi lemak. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi lemak
dan cara memasak nasi lemak sehingga siap untuk dimakan. Resepi nasi lemak dan cara membuat
nasi lemak. Selamat mencuba!
Bahan- bahan untuk membuat nasi lemak (untuk 4 orang):
Bahan A (untuk nasi)
3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam
Bahan B (untuk sambal)
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili giling
Sedikit asam jawa
1 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
gula melaka
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara masakan Nasi Lemak :
Cara masak nasi lemak:1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.
Cara membuat sambal nasi lemak :1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan
garam.
5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.

6. Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.
* Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang
bersantan dan nasi akan kurang berlemak.

Anda mungkin juga menyukai