Anda di halaman 1dari 19

BBD 44801

KELAB KEMBARA
TUGASAN KUMPULAN
IKHTIAR HIDUP
NAMA
NO MATRIX
MUHAMAD SYAABAN BIN SAHIDIN
: CB130085
TENGKU KHAIRUL ANUAR BIN TENGKU : CB130087
HALIM
MOHAMAD ZULFIKRIE BIN MOHD ZAKI :CB130042
NAMA PENSYARAH
MOHD HASIF BIN ABD HAMID

PHILOSOPHY OF SURVIVAL
SURVIVAL
S -Size Up the Situation
U -Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste
R -Remember Where You Are
V -Vanquish Fear and Panic
I -Improvise
V -Value Living
A -Act Like the Natives
L -Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills
S - Size Up the Situation
Ianya lebih kepada betapa cepatnya kita boleh / dapat menyesuaikan diri didalam
sesuatu keadaan. Asas yang paling penting adalah keselamatan / safety. Didalam hutan
kita sering terdedah kepada 4 bentuk ancaman:
1. Ancaman alam sekitar
2. Ancaman binatang
3. Ancama manusia
4. Ancaman diri sendiri
Tetapi semua ini akan dapat diatasi sebaik mungkin jikalau kita dapat mengadaptasikan
dengan mengabungkan antara tiga faktor:
1. Alam sekitar
2. Kelengkapan dibawa
3. Kekuatan fizikal & mental kita
Sebaiknya cuba perhatian kepada sekeliling dan kelengkapan yang ada semasa masa
bertenang untuk dirancang tindakan yang akan diambil kerana silap keputusan akan
merugikan masa / tenaga serta menambah buruk keadaan.
Kalau didalam sesuatu kumpulan kaedah perbincangan secara demokrasi boleh dibuat
tetapi keputusan majoriti dan ketua adalah ketentuan terakhir dalam membuat sesuatu

keputusan / tindakan bagi menjamin keselamatan ahli. Faktor kehilangan masa /


bekalan /
kelengkapan boleh memburukkan lagi keadaan

U - Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste


Paling penting adalah tindakan / keputusan awal yang dibuat. Tindakan yang
terburuburu tanpa memikir panjang boleh memburukkan lagi keadaan. Berfikir / rancang
bagaimana sesuatu tindakan itu perlu diambil setelah proses adaptasi tu dilakukan.
Semua bentuk kemungkinan perlu dikaji.
Arah / tujuan perlu dipastikan kerana kesilapan membuat keputusan menyebabkan
kesukaran akan bertambah bila bekalan makanan dan kelengkapan berkurang
disamping tekanan emosi yang tinggi. Bersedia dengan segala perubahan bunyi / bau /
suhu / dll perlu diperhatian dari semasa kesemasa dengan mengunakan deria anggota
+ firasat / naluri. Dan paling penting keselamatan.
R - Remember Where You Are
Menentukan dan menangarkan kedudukan terkini kamu dari semasa ke semasa
berdasarkan peta dan keadaan sekeliling. GPS dapat membantu mengenal pasti
kedudukan. Adalah perlu memaklumkan kedudukan kepada ahli lain dan arah yang
bakal dituju. Sebaiknya jangan bergantung kepada ahli yang lain untuk mengenalpasti
laluan yang ditempuhi dan diingati landmark / petanda bumi sebagai rujukan.
Sebagai contoh:
Petanda manusia: perkampungan, kebun, penempatan manusia
Pertanda alam: air terjun, tebing batu, bukit, permatang, tanah runtuh
Petanda tumbuhan: pokok balak, rumpun buluh dll
Mendapatkan maklumat sebelum perjalanan bermula serta mengenal pasti laluan dapat
Membantu dalam menentukan keputusan yang bijak yang akan diambil ketika
diperlukan. Sebaiknya kemaskini dan menyemak kedudukan sebelum tersesat.

V - Vanquish Fear and Panic


Ketakutan dan panik adalah elemen utama yang dapat memusnahkan kebolehan
berfikir dengan sebaiknya jikalau ianya tidak dikekang sepenuhnya. Tekanan emosi
akan menyebabkan perasaan serta imiginasi yang tidak selamat yang berlebihan akan
sentiasa bermain difikiran berbanding keadaan yang dialami. Kesannya akan
menyebabkan tenaga digunakan tanpa disedari dan disamping kesan sampingan yang
lain. Latihan dan persediaan diri akan membuatkan keyakinan dan tahap menghadapi
dugaan berbeza diantara satu sama lain.
I - Improvise
Persekitaran kita telah menyebabkan kita terlalu bergantung kepada kemudahan dan
kecanggihan kelengkapan. Semua yang dikehendaki dapat diperolehi dengan senang
dan ini telah mengurang kretiviti kita. Kebolehan pelbagaikan kelengkapan, bekalan
bahan

mentah

dan

sumber

alam

serta

tumbuhan

untuk

disesuaikan

dan

dibolehgunakan pada ketika itu. Walau selengkap mana bekalan yang dibawa; bekalan
akan berkurang dan habis digunakan sekiranya masa berlanjutan.
V - Value Living
Kekuatan dalam manusia yang dilahirkan dengan keinginan untuk hidup yang tinggi
pada asalnya telah bertukar menjadi kehidupan yang mudah dan selesa masa kini.
Kemudahan dan keselesaan ini menyebabkan kita selesa dengannya. Kesukaran dan
ketegangan dalam menghadapi cabaran hidup/mati adalah ketikanya semangat untuk
hidup mengambil alih dan mendorong kekuatan dalam manusia sebenarnya menonjol.
Pengalaman dan latihan yang pernah alami sebelum ini akan membuatkan keinginan
untuk hidup seseorang membantu dalam saat-saat kecemasan samada dari segi
mental dan fizikal ke suatu tahap yang maksimum.
A - Act Like the Natives
Sebaiknya

mengadaptasikan

diri

kepada

persekitaran

dengan

memerhatikan

pergerakkan semua kehidupan di kawasan tersebut bagi memudahkan kefahaman dan


keserasian disuatu persekitaran yang baru. Haiwan juga memerlukan makan dan

minuman dan dengan mengenal tingkahlaku akan memudahkan kita mencari sumber
makan terdekat. Walau bagaimana pun ianya bukanlah satu pedoman yang semestinya
diikuti.
L - Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills
Iktiar hidup adalah penting untuk diperlajari sebelum masalah timbul dan sudah
terlambat. Persediaan diri amat penting dan sebaiknya setiap yang mengikuti aktiviti
hendaklah tahu asas dan cara iktiar hidup dapat dilakukan di kawasan-kawasan
tertentu. Tanpanya harapan untuk hidup akan menjadi tipis. Kefahaman dan persediaan
awal sebelum memasuki sesuatu kawasan adalah perkara utama yang perlu diberi
perhatian. Segala kelengkapan dan perancangan perjalanan dikaji sebaik mungkin
untuk mengelak kemungkinan suatu bencana terjadi. Dengan ini ianya dapat
mengurangkan rasa ketakutan.
Definasi Survival
Survival diistilahkan sebagai ikhtiar kepada kelangsungan hidup. Survival adalah
gabungan diantara seni dan sains.
Definasi Survival Hutan
Survival hutan di istilahkan sebagai kelangsungan hidup dipersekitaran hutan. Di
Malaysia, hutan dirujuk sebagai hutan dari jenis hutan hujan khatulistiwa.
Prinsip Survival
- Prinsip diistilahkan sebagai asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu
pemikiran, kajian, tindakan dll yang berakar dari survival.
- Prinsip haruslah berlandaskan kepada hukum yang wajar diterima mengikut
lokasi, keadaan dan suasana sesuatu persekitaran itu.
Antara prinsip utama yang perlu dipraktikkan dalam konteks survival rimba di Malaysia
adalah:
1. Taat kepada Tuhan dan tanggungjawab melaksanakan suruhan-Nya, setia pada
negara, pemimpin, perlembagaan serta menjaga kedaulatan kanun undang-undang

disampin mengekalkan adap resam mengikut ciri budaya masing-masing.


2. Tuhan mencipta dan menghubungkan manusia dan alam. Dan hubungan antara
manusia dan alam adalah seimbang. Oleh itu manusia perlu sensitif pada sebarang
bentuk gangguan pada alam.
3. Ilmu adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran menggunakan
pengetahuan itu secara praktis manakala peranan bahan / gajet pula
menghubungkan antara pengetahuan dan kemahiran itu. Kepentingan
pengetahuan, kemahiran dan bahan berada secara nisbah 3:2:1
4. Manusia perlu sentiasa bersedia menghadapi dan menyesuaikan diri terhadap
sebarang bentuk masalah yang melibatkan survivaliti samada yang telah berlaku,
bakal berlaku mahupun yang tidak dijangkakan berlaku. Proses aklimasi ini
melibatkan penyesuaian fisiologi dan tingkahlaku terhadap perubahan sekitaran.
5. Manusia perlu sentiasa berusaha menggunakan kelebihan alkiah dan rohaniah
secara praktis untuk membebaskan diri dari situasi kritikal survival terutama pada
keadaan diri (mental, fizikal dsb), keadaan hidupan lain (haiwan, tumbuhan dsb)
dan keadaan alam (cuaca, sekitaran dsb).
HUKUM SURVIVAL
1. Hukum adalah pengetahuan atau falsafah mengenai peraturan.
2. Perkembangan pengetahuan survival dalam dunia moden menyaksikan
percambahan kepada pelbagai hukum survival. Bagaimanapun, untuk tujuan
rekreasi penumpuan hanya diberikan pada terma hukum yang asas sahaja.
Hukum Survival Pertama
- Asas survivabiliti (keterbolehan-survival) ialah kembali ke perkara/makna asas.
- Contohnya jika tiada pemetik api untuk menyalakan api, pilihan seterusnya ialah
mancis - kanta pembesar - kayu gesek dan pusing - batu - kilat
Hukum Survival Kedua
- Keseimbangan dua elemen survivabiliti yang berbeza dipengaruhi oleh faktor
perantaraan antara keduanya.

STRATEGI DAN TEKNIK SURVIVAL


1. Strategi ialah ilmu tentang pendekatan cara-cara merancang dan melaksanakan
secara teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) bagi mencapai matlamat
atau kejayaan.
2. Strategi survival ialah perancangan dalam melaksanakan sesuatu matlamat secara
praktis.
3. Strategi survival mempunyai pendekatan yang amat meluas dan idea tentang
teknik yang digunakan biasanya diperolehi secara pengamatan, imaginasi dan
pengalaman dengan melihat survivabiliti (keterbolehan-survival) unsur yang lain.
4. Teknik survival ialah kaedah yang digunakan dalam merancang dan
melaksanakan sesuatu strategi survival.
ETIKA SURVIVAL
Etika ialah prinsip-prinsip atau nilai-nilai akhlak atau moral yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan.
Etika survival ialah kod-kod dan garis panduan kepada pematuhan prinsip-prinsip
survival yang telah dirangkakan pada satu-satu masa.

SENI SURVIVAL
1. Seni survival ialah ilmu kemahiran ikhtiar kepada kelangsungan hidup yang tidak
diukur melalui fakta-fakta saintifik tetapi didukung oleh faktor-faktor logik,
retorika alam (seni bahasa alam) dan ritualik (unsur keagamaan)
2. Kemahiran mempraktikkan ketajaman naluri dan akliah adalah salah satu diantara
berbagai cabang seni survival yang padat dan kompleks bagi membentuk nilai
tambah pemikiran minda seorang survivor.
3. Elemen seni ialah unsur-unsur alegori (perlambangan) yang digunakan dalam
menyampaikan sesuatu maksud untuk diterjemahkan oleh naluri. Ia dibahagikan
kepada dua ruang bahagian iaitu;
- Ruang zahir: alegori kepada unsur logik dan retorika alam
- Ruang metafizik: terkandung dalam pemahaman ritualik

4. Naluri ialah desakan hati untuk merasa, mengelak atau melaksanakan sesuatu
tindakan. Juga dikenali sebagai gerak pandu diri atau gerak rasa.
5. Naluri adalah bahasa perhubungan tertentu sesama makhluk dan ianya saling
berhubungan dengan fitrah (sifat) semulajadi elemen itu.
Seni Survival Haiwan
Kita biasa mendengar perlakuan naluri haiwan yang kebanyakannya masih
menjadi misteri dikalangan ahli sains. Seekor burung imigran akan berada di laluan
penerbangan yang sama biarpun ia hanya melaluinya setahun sekali. Seekor ikan akan
memudiki laluan sungai yang sama untuk bertelur. Seekor penyu akan mendarat di
pantai
yang sama untuk berpuluh tahun. Gajah menyedari kehadiran tsunami lalu lebih awal
melarikan diri. Dan deria gerak pandu diri ini sering dikaitkan dengan ketajaman naluri
mereka yang amat sensitif.
Namun adakah naluri setiap jenis haiwan itu sama? Adakah naluri seekor harimau
di Banjaran Bintang sama dengan naluri harimau di Endau Rompin? Adakah naluri
monyet di hutan Perak sama dengan naluri monyet di hutan Pahang? Kalau adapun
kajian
dibuat, adakah secara menyeluruh atau hanya secara rambang? Jawapan dari
pengalaman
mengatakan bahawa ia hanya berkongsi fitrah (sifat) semulajadi tetapi berbeza dari segi
ketajaman naluri! Oleh itu ia akan berevolusi mengikut faktor geografi, populasi ekologi
dan keseimbangan biodiversiti yang berbeza untuk disesuaikan dikedua-dua tempat.
Ambil contoh lagi, pada awal tahun 90an di hutan Pahang, kita mungkin pernah
menjumpai najis gajah yang bercampur bersama buah durian yang ditelan yang masih
agak sempurna bentuknya. Tapi pada hari ini gajah telah menggunakan kemampuan
akal
dan nalurinya untuk berevolusi dengan cara kakinya menggelek dahulu durian itu
sehingga pecah kulitnya sebelum mengambil hanya ulas-ulas isi untuk dimakan. Dan
jika

dulu ia adalah antara haiwan navigator terbaik, maka tentulah kini menjadi lebih terbaik
dari dulu. Dari mana timbulnya akal gerak pandu diri gajah ini jika bukan dengan naluri?
Justeru, proses aklimasi ini akan melibatkan penyesuaian fisiologi dan tingkahlaku baru
terhadap perubahan sekitarannya.
Kepandaian menjinakkan haiwan liar sering dikaitkan dengan kebolehan naluri
penjinak menyeimbangkannya dengan naluri haiwan tersebut lantas mengawal fitrah
semulajadinya. Inilah yang menjadikan naluri haiwan tersebut amat tajam pada
penjinaknya dan naluri penjinaknya mampu memahami maklumat yang ingin
disampaikan naluri haiwan tersebut. Seperkara lagi, kebolehan haiwan membaca
perubahan cuaca lebih awal sering pula dikaitkan dengan keupayaan naluri haiwan
tersebut menyeimbangkan dengan naluri alam yang disampaikan secara retorika alam
(seni bahasa alam). Oleh itu, naluri adalah perantaraan logik antara manusia dan
haiwan
atau haiwan dan alam. Ini mematuhi Hukum Survival Kedua.
Seni Survival Alam
Alam adalah bersifat syumul (universal). Membicarakan secara kompleks
memerlukan penerangan metafizika yang ritualik. Bagaimanapun, seni survival alam
hutan hujan secara zahiriah membawa perkenalan kita kepada 4 unsur utama elemen
alam
semulajadi iaitu tanah, air, haba dan udara sebagai hubungan terhampir. Membaca
naluri
alam bererti memahami logika dan retorika alam (seni bahasa alam). Penjelasannya
juga
penuh berbau kompleks, tapi pengertiannya membolehkan kita memahami peranan
keseimbangan tenaga dalaman bumi melalui hubungan naluri antaranya biarpun secara
alegori (perlambangan).
Untuk pemahaman awal, bayangkan bumi ini mempunyai survivabilitinya

tersendiri. Maka keseimbangan tenaga endogenik dan eksogeniknya hasil aruhan 4


unsur
utama - tanah, air, haba dan udara memainkan peranan yang penting dalam
meneruskan
survival bumi. 4 unsur utama ini seakan berkomunikasi melalui hubungan naluri antara
satu sama lain lalu menghasilkan unsur zahir secara retorika alam. Kejadian kilat,
banjir,
hujan dan sebagainya dari segi seni survival adalah kesan retorika alam hasil hubungan
dan pertembungan naluri 4 unsur tadi.
Untuk lebih mendalaminya, bayangkan pula jika 4 unsur tadi umpama unsur yang
ada di dalam tubuh manusia. Tanah sebagai darah, Air sebagai air tubuh, Haba sebagai
haba tubuh dan Udara sebagai udara untuk bernafas. Unsur-unsur ini perlu saling
berhubungan antara satu sama lain demi meneruskan survival tubuh. Darah yang dicuci
air kotor diginjal bukan sahaja menyebabkan penyebaran zat-zat penting tubuh
terganggu, malah akan melemahkan fungsi jantung bernafas lantas takat haba di badan
akan meningkat. Dan begitulah sebaliknya efek yang berlaku di tubuh apabila salah
satu
keseimbangan dari 4 unsur ini diganggu. Maka kesan-kesan sampingan tubuh seperti
demam panas, selesema, muntah, pening kepala inilah yang diistilahkan tadi sebagai
kesan retorika alam hasil hubungan naluri 4 unsur tadi
Oleh itu, secara seni survival, bayangkan keadaan alam sekarang dengan air yang
semakin kotor, dengan tanah yang semakin tenggelam dipenuhi bendasing, dengan
haba
yang semakin meningkat kesan penipisan ozon dan pencemaran toksik di udara. Jika
bumi ini sekali lagi diibarat seperti tubuh, maka pastinya entah berapa banyak simptom
penyakit yang hinggap setiap hari. Dan ini adalah jawapan kepada beberapa fenomena
cuaca luar biasa akhir-akhir ini yang memeningkan saintis barat bila bumi hanya dikaji
secara geo fizikal berasaskan pemahaman sains sempit yang tidak mengendahkan
logika
seni naluri alam secara retorik.

Konsep saling berhubungan naluri antara haiwan dan alam telah wujud sejak
sekian lama. Banyak maklumat alam yang telah digunakan oleh haiwan demi menjamin
survivabiliti nya. Seni retorika naluri alam perlulah dipelajari, diamati, difikirkan oleh
manusia samada melalui pengalaman atau kajian secara akliah mahupun rohaniah.
Memanupulasikan hubungan naluri haiwan dan alam juga antara pendekatan wajar
yang
perlu diperhatikan oleh para survivor. Penggunaan konsep survival 4 unsur alam juga
wajar di kembangkan dan di perhalusi kerana strategi nalurinya saling berhubungan
dan
mampu mencetuskan idea dalam meninggikan tahap survivabiliti dalam kehidupan
sebenar seorang survivor.

KONSEP SURVIVAL
Seni 4 Unsur Alam
Konsep survival 4 unsur alam ialah satu daripada berbagai strategi dan teknik fikir
menggunakan falsafah survival yang berlandaskan prinsip dan hukum survival yang
dilaksanakan mengikut etika.
Idea
Seni 4 Unsur Alam ialah idea menggunakan seni retorika alam dalam
mencetuskan idea untuk kegunaannya pada manusia. Melalui pemahaman dan
pengamatan pada seni 4 unsur alam berhubungan, seorang survivor boleh
meningkatkan
tahap survivabilitinya melalui adaptasinya sebagai idea dalam sesuatu percaturan.
Ianya
juga mampu meluaskan tahap imaginasi seorang survivor didalam memperincikan
sesuatu tindakan. Kekuatan yang mampu diaruhkan bergantung pada sejauh mana
ketajaman naluri survivor itu sendiri.
4 unsur alam di dalam skop unsur di bumi adalah tanah, air, haba dan udara. Ada

juga yang mengaitkan bahawa haba sebagai api, namun jika di ungkai sifat api ia juga
bersifat haba dan mempunyai banyak kegunaan di dalam survivabiliti bumi. Begitu juga
dengan udara yang sering diistilahkan sebagai angin. Angin juga adalah tindakan udara
yang

berubah-ubah

yang

memangkinkan

sebarang

perubahan

cuaca

lantas

mempengaruhi
survivabiliti bumi. Jadi ia juga mengalegorikan satu kesamaan klasifikasi.
Dari sudut falsafah survival, bumi mempunyai kekuatan untuk menstabilkan tahap
keseimbangan dinamik untuk menjamin survivabilitinya. Dalam menstabilkan
keseimbangan,

ia

perlu

memanipulasi

(perihal

menggunakan

sesuatu

untuk

mengerjakan
sesuatu yang lain). 4 unsur ini untuk mengekalkan sifat sempurna yang dianugerahkan
Pencipta. Sama seperti tindakan 4 unsur ditubuh: darah, air, haba dan udara
mencetuskan
antibodi untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang seimbang untuk meneruskan
survivabiliti kehidupan.
Maka apakah antibodi bumi ini? Kita singkap peranan antibodi semulajadi
badan. Antibodi diistilahkan sebagai elemen semulajadi yang terbentuk untuk
menghalang tindakan yang memudaratkan tubuh. Antibodi semulajadi tubuh adalah
berkaitan dengan 4 unsur yang dinyatakan di atas. Maka,wajarlah jika disebut, bumi
memanipulasikan 4 unsur alam sebagai satu tindakan antibodi semulajadi bumi untuk
menghalang tindakan yang memudaratkan keseimbangannya. Di dalam menzahirkan
antibodinya, tiap unsur tadi akan berhubungan untuk melahirkan tindakan semulajadi
seni naluri alam secara retorik. Proses pengamatan dan pemahaman seni mengkaji
naluri
unsur ini berhubungan boleh melahirkan idea melalui adaptasinya terhadap survival
kehidupan.

SUMBER MAKANAN DAN TENAGA

Untuk menjalankan aktitviti keperluan kepada tenaga dan stamina merupakan faktor
penting bagi mendapatkan keseronokkan yang maksima. Tenaga yang diperolehi
dibekalkan melalui pemakanan yang diambil setiap hari disamping keperluan rehat
yang cukup. Mencari makanan & sumber air adalah salah satu strategi dalam survival.
Ianya menjadi keperluan asas untuk terus kekal hidup. Makanan amat diperlukan untuk
membekalkan karbohaidrat pada badan yang menukarkan kepada tenaga.
Trail Snack
Kita perlu sentiasa makan semasa trekking untuk mengembalikan tenaga yang telah
digunakan. Makanan yang kaya dengan gula seperti coklat mempunyai kalori yang
tinggi tinggi dan dapat membekalkan tenaga segera kepada badan kita. Antara
makanan yang kebiasaannya boleh dibawa semasa trekking adalah coklat seperti Kit
Kat, Snikers dan Cloud 9. Letakkan makanan tersebut ditempat yang senang dicapai,
contohnya poket. Kita juga perlu sentiasa minum air tapi bukanlah dalam kuantiti yang
banyak. Hanya seteguk dua untuk mengelakkan badan dehydration.
Survival Mencari Makan Dalam Hutan
Biasanya hutan mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan tapi kena
pilihlah yang selamat dimakan, dari akar hinggalah ke pucuk tumbuh-tumbuhan
sesetengahnya boleh dimakan. Begitu juga dengan haiwan, dalam keadaan darurat
semuanya boleh dimakan kecualilah yang beracun. Kalau musim buah-buahan hutan,
banyak jenis buah yang boleh dimakan. Untuk memastikan buah-buah tersebut selamat
dimakan, cuba cari kesan-kesan samada buah tersebut telah dimakan oleh haiwan lain,
jika ada mungkin buah itu selamat dimakan. Cara yang paling mudah untuk
memastikan sama ada buah atau tumbuhtumbuhan itu selamat dimakan adalah dengan
tiga langkah berikut iaitu hidu, sapu dan kunyah. Hidu sebahagian dari tumbuhtumbuhan tersebut jika berbau keras atau busuk elakkan dari memakannya kerana
ianya mungkin beracun. Sekiranya ianya tidak berbau keras atau busuk, ambil sedikit
air atau getah dari bahagian tumbuh-tumbuhan tersebut yang dihancurkan dan gosok
pada bahagian lengan, tunggu selama 10-15 minit. Jika terasa panas atau gatal-gatal
jauhi tumbuh-tumbuhan ini kerana dikhuatiri mengandungi racun dan berbahaya jika

dimakan. Daun beracun kebanyakkannya merubah warna air bila di rebus. Kalau
dilumatkan pula, boleh menyebabkan nasi putih berubah warna (nasi menjadi kuning
biasanya). Kunyah tumbuh-tumbuhan tersebut selama 5-10 minit, jika terasa gatal atau
panas dalam mulut ataupun berasa loya, tumbuh-tumbuhan tersebut hendaklah
diluahkan kerana kemungkinan beracun.

Sumber Makanan Dan Tenaga

Kita juga boleh memakan cendawan hutan. Kebanyakan cendawan pada pokok boleh
dimakan dan tidak berbahaya. Cendawan yang tumbuh di tanah juga boleh dimakan
tetapi ada antaranya sangat berbahaya dan beracun. Elakkan cendawan yang
berwarna garang, berkilat, rapuh dan keras kerana biasanya beracun. Selain dari
tumbuh-tumbuhan haiwan dan serangga juga boleh dimakan. Serangga seperti anaianai, semut, belalang, cengkerik dan ulat kayu boleh dimakan tetapi elakkan memakan
serangga berbisa seperti lebah, tebuan dan lipan. Begitu juga dengan haiwan mamalia
seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan,
begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung, telur reptelia yang lain boleh
dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska yang
lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan
makan bahagian najisnya.

Survival Mencari Sumber Air


Air yang digunakan untuk minum perlulah diambil dari air yang mengalir. Sekiranya
terdesak, air lopak pun boleh digunakan tapi kita perlu memerhati keadaan sekeliling
lopak / takungan air tersebut dahulu, tengok kalu ada bangkai atau serangga.
Kehadiran bangkai mungkin tanda air tu beracun, kalau ada serangga atau berudu air
tu tak beracun dan boleh diminum. Kemudian seelok-eloknya guna penuras atau
penapis untuk kumpul air tersebut. Seterusnya air yang dituras/tapis tu kena masak

hingga mendidih, biarkan mendidih sekurang-kurangnya 3 minit. Kalau ada iodin tablet,
tambahkan dalam air tersebut untuk bunuh bakteria. Air yang bertakung boleh
menyebabkan beberapa penyakit atau keracunan seperti cirit birit. Kebanyakan akar
kayu (lianas) mempunyai kandungan air yang banyak. Air dari akar kayu yang boleh di
minum biasanya tiada warna,cair dan tidak berbau. Potong akar tersebut menyerong
dan pisahkannya terus dari bahagian akar yang lain, air yang menitis dari akar yang
dipotong itu bolehlah di minum. Antara jenis akar yang boleh di minum ialah mempelas
dan lundang. Selain dari akar, rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak.
Buluh juga menyimpan air dalam ruasnya, potonglah bahagian pangkal pokok di mana
bahagian ini banyak mengandungi air. Tetapi awas miang buluh dari memasuki air.
Periuk kera juga ada menyimpan air di dalam periuknya, pilih periuk yang belum
terbuka kerana airnya lebih bersih. Lumut juga boleh diperah dan dikumpul airnya untuk
diminum.

Teknik mendapatkan air minum / bersih apabila terdesak. Ianya boleh dibahagikan
kepada beberapa cara iaitu:
1. Air tadahan - guna fly
2. Air resapan - kain lembap
3. Air tapisan - air paya
4. Air takungan - selepas hujan
Cara Hidupkan Api

CARA HIDUPKAN API

1st step
- Menggunakan ketukan batu dengan besi (biasanya untuk demo kita gunakan batu
jalan yang besar dengan besi parang).
- Ketukan dan halakan percikan api keluar (untuk pastikan percikan api itu wujud
dan cukup banyak.
- Umpan api yang paling mudah menyala ialah jenis lumut pokok palma. Lumut tu
diperolehi dengan mengikis di pangkal pelepah pokok palma (contoh jenis pokok
palma ialah pokok kelapa).
- Pastikan ia kering dan jumlah yang banyak agar percikan api yang menyambar akan
mudah hidup.
- Ketukkan batu itu dan halakan percikan api itu pada lumut tadi, sedikit terkena ia
akan menyala. Ambil lumut itu dalam jumlah yang banyak, tiup perlahan agar bara
api yang terhasil akan membesar.
2nd step
- Kita perlukan kayu kecil-kecil halus yang kering yang diikat segenggam, sebanyak
dua genggam.
- Kayu yang dicadangkan ialah akar pokok julung-julung.
- Pegang kayu yang diikat segenggam tadi di tangan kiri dan satu lagi di tangan
kanan, ambil bara dari lumut 1st step tadi dan letakkan di tengah-tengah, temukan
kanan dan kiri dan tiup perlahan-lahan, bara tadi akan menyala.
3rd step

- Pindahkan api tadi ke unggun yang telah disiapkan dalam susunan seperti gambar
dibawah.

Cara lain
Umpan api yang betul. (kalau guna daun, pastikan daun yang jenis terbakar dan
bukan yang jenis berbara)

Susunan kayu api yang sesuai. Selalunya susunan jenis kon yang digunakan.
Cara susunan adalah dengan meletakkan umpan dibawah sekali, dan di susun
pula dengan ranting-ranting, pastu yang besar sikit, besar lagi sikit etc.. so, teori
dia adalah, umpan bakar ranting, ranting bakar ranting yang besar sikit, ranting
yang besar sikit bakar ranting yang lagi besar, ranting yang lagi besar, bakar
dahan yang paling kecil, Cara Hidupkan Api dahan yang paling kecil bakar dahan
sederhana besar, etc...

Susunan juga mestilah tidak menghalang laluan angin, kerana susunan kayu api
yang padat, membuatkan oksigen kurang. Susunan yang tidak mula dari kecil ke
besar pula menyukarkan umpan membakar kayu-kayu. Bila dah ready, barulah
nyalakan umpan dengan sebatang mancis. Pastikan arah angin dahulu, supaya
angin tak memadamkan api mancis. First, unggun ada pelbagai jenis unggun,
tapi paling basic ni, dinamakan "tepee" atau kon. Tepee ni cara susunan dia
macam kon, dan di susun macam "star". tepee pun ada pelbagai jenis dan
sesuai untuk nyalaan memanaskan badan, dan memasak. Pasal umpan pula, ia
boleh jadi apa-apa jenis umpan pun, asalkan senang terbakar. Pakai hujung jayu
yang dicabangkan halus-halus pun boleh. Selalunya, ditempat kita nak buat
unggun tu, kita check dulu daun-daun yang ada. Ada jenis daun kering yang
susah nak menyala ada juga yang senang. Yang susah selalunya akan terbakar
sekejap je, pastu padam dan berbara. Sebaiknya, test la dulu jenis-jenis daun

tertentu mana yang sesuai, mana yang tak. Cara letak daun atau umpan pun
perlu betul, sebab ada orang dia pakai suratkhabar, tapi surat khabar tu dilipatlipat, ini menyukarkan api nak dapat oksigen. Kalau pakai umpan kertas surat
khabar, seeloknya di komotkan sahaja kertas tu then susun ranting paling chome
stail kon.

Umpan
Rumpun buluh adalah tempat paling senang jumpa dalam hutan tropika daun &
ranting dibawah perdu sangat senang membakar disamping tak basah dihujan

sebab rimbun buluh tu sendiri.


Buluh reput dan kering adalah benda yang senang membakar dan buluh yang

baru tumbang dan mati boleh dijadi bunga sebagai sumbu.


Buluh tersebut hendaklah dibuang kulit luar yang licin. Susah nak membakar /
ditakik agar bukaan terdedah pada api lebih tertumpu.
Ricik kayu adalah teknik yang best tapi sebaiknya kayu mati hendaklah kayu
yang tidak diatas tanah tetapi masih tergantung sebab kayu yang kat atas tanah
tu dah terserap dengan kelembapan daripada tanah.

Kesimpulan
Ini adalah satu daripada beberapa aplikasi Seni 4 Unsur Alam. Ianya mempunyai
banyak ilmu falsafah survival dari berbagai cabang-cabang seni yang boleh
diaplikasikan oleh seorang survivor. Seorang survivor yang baik bukan sahaja mampu
mengadaptasi seni ini malah mampu membuka cabang-cabang ini untuk menajamkan
lagi nalurinya dalam hubungannya dengan alam. Diantara aplikasi yang lain
termasuklah:
- melahirkan idea pada hubungan manusia-haiwan
- melahirkan idea pada hubungan manusia-alam
Sebarang kejadian elemen-elemen alam ini mempunyai kesamaan dengan
tingkah-laku dan peradaban manusia di dalam kehidupan. Mempelajari dan mengamati

kejadian-kejadian alam lantas mengaplikasikan terhadap sistem survival diri dalam


kehidupan memerlukan keupayaan kemahiran yang tinggi. Melaluinya, sebarang
kesilapan yang disebabkan oleh faktor emosi atau ketidak-cekapan pemikiran akan
dapat di minimakan. Bagaimanapun kemahiran ini memerlukan latihan dan bantuan
pengalaman dari individu yang cekap untuk mentafsir dengan tepat. Elemen alam boleh
mencetuskan idea untuk mereka strategi survival di dalam kehidupan.
Seni 4 unsur alam adalah satu dari berbagai konsep yang ada di dalam seni
survival manusia berasaskan seni ruang zahir-alegori kepada unsur logik dan retorik di
dalam falsafah survival. Manakala aplikasi melahirkan idea pada hubungan sesama
manusia di dalam Seni 4 unsur alam adalah satu dari beberapa aplikasi seni 4 unsur
alam.
Maknanya, ilmu di dalam seni tampak falsafah survival adalah luas. Apatah lagi untuk
diukur ilmu survival di dalam seni metafizika (unsur ketuhanan) dalam pemahaman
ritualik. Oleh itu manusia sebagai khalifah di mukabumi ini perlu menyedari kekerdilan
diri sebagai perbandingan kepada kurniaan ilmu oleh Pencipta itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai