Anda di halaman 1dari 27

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan
Dalam proses melahirkan modal insan yang seimbang sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Negara, daya kepimpinan individu menjadi aspek yang penting. Pemimpin atau
kepemimpinan, tidak mesti ada sebuah organisasi yang dibawahnya mesti mengendalikan
ramai kakitangan atau kerani, tetapi minimal adalah menjadi pemimpin bagi diri sendiri yang
akan mempertanggungjawabkan apa yang telah kita perbuat sebagai pertanggung jawaban atas
eksistensi sebagai pelaku sosial. Sebagai seorang pemimpin, tentunya adalah pemimpin, oleh
kerana itu dalam memajukan sekolah yang dipimpin seorang pemimpin atau setiap
kepemimpinan memiliki Gaya (style) tersendiri.Gaya kepemimpinan, tentunya tidak terbatas
tetapi boleh sahaja mengarah kepada Performan, dan Komunikasi dalam berinteraksi dengan
masyarakat organisasi yang di pimpin atau dibawah kepemimpinannya, dalam pendidikan
(sekolah) maka bagaimana gaya kepemimpinannya iaitu bagaimana seorang pemimpin
berkomunikasi dengan para Guru disekolah selaku sebagai seorang pemimpin.
Pertanyaanya sekarang adalah Bagaimana Gaya kepemimpinan jika seorang pemimpin
tersebut adalah seorang wanita (jantina), kemudian bagaimana dia memotivasi para Guru di
sekolah kerana Gaya kepemimpinan yang kita bincangkan kembali dari tajuk hasil kajian ini
adalah berada dalam konteks sekolah. Motivasi juga berkait rapat dengan kepemimpinan, dan
kesemuanya itu menjadi Salah satu karakteristik utama yang harus dimiliki oleh seorang
pemimpin adalah kemampuannya untuk memotivasi orang lain dalam mencapai tujuan atau
misi dari organisasinya.

1.2

Latar Belakang Kajian


Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa kehadiran wanita sebagai pemimpin

dalam organisasi yang secara puratanya didominasi oleh golongan lelaki boleh menimbulkan
masalah, kerana terdapat perbezaan jangkaan dari anggota organisasi mengenai peranan
mereka sebagai pemimpin dan sebagai seorang wanita . Perbezaan dalam jangkaan ini boleh
menimbulkan konflik kepada kaum wanita kerana piawai mengenai tingkah laku pemimpin
yang berkesan dan berkualiti sering diasaskan kepada tingkah laku dan kualiti pemimpin lelaki
(Gutek dan Morasch, 1 982; Eagly, 1 992). Sedangkan ini bertentangan dengan proses
sosialisasi yang mereka lalui sebagai seorang wanita. Wanita disosialisasikan untuk
memainkan peranan yang berbeza dengan lelaki dan faktor ini mempunyai pengaruh yang kuat
dalam tingkah laku wanita (Haslett, Geiss dan Carter, 1 992; Lipmen - Blumen, 1 992).
Kajian ini akan meneroka bagaimanakah pemimpin wanita bertingkahlaku sebagai
seorang pemimpin dan juga bagaimana pimpinan wanita terhadap tahap motivasi guru. Bagi
membolehkan kajian ini dibincangkan dengan lebih jelas, maka perlu diletakkan dalam
konteks yang sesuai. Dengan itu penyelidik terlebih dahulu akan memberi maklumat latar
belakang mengenai kedudukan wanita sebagai pemimpin secara umum dan khusus di
peringkat sekolah.
Kedudukan wanita sebagai pemimpin di Malaysia, faktor pendidikan telah membuka
peluang bagi kaum wanita untuk turut serta dalam pembangunan negara (Robiah , 2000). Pada
hari ini terdapat pekerja wanita dalam pelbagai jawatan dalam sektor awam dan swasta
termasuk jawatan-jawatan yang pada suatu masa dahulu hanya di monopoli oleh kaum lelaki.

1.3

Pernyataan Masalah
Keupayaan pemimpin wanita menjalankan tugas kepimpinan di sekolah mungkin

diragui oleh guru-guru bawahan, terutama guru-guru lelaki. Ini disebabkan oleh berlakunya
keraguan, iaitu ia akan memberi kesan terhadap kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.
Menurut Langer & Baris-Schacter (2003), pemimpin wanita juga berhadapan dengan cabaran
peribadi, iaitu harapan masyarakat terhadap pemimpin wanita yang sentiasa dikaitkan dengan
sifat penyayang.
Selain itu, pemimpin wanita di sesebuah sekolah selalunya menghadapi dualism dalam
bebanan tugas, iaitu sebagai pemimpin di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjwab
mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter 2003). Wanita juga seringkali dianggap
mengalami halangan, gagal menyelesaikan masalah dan pembuat keputusan yang tidak cekap.
Baron (1987), mendapati beberapa alasan yang diutarakan oleh lelaki kerana tidak mahu
menerima wanita sebagai ketua adalah seperti berikut : (1) Wanita tidak begitu yakin, (2)
Wanita mempunyai kurang pengaruh atau kuasa, (3) Wanita kurang bijak berurusan, (4)
Wanita Kadang-kadang terlalu mendesak.
Tambahan pula kajian yang dijalankan oleh Abdul Ghani Abdullah (2006) menyatakan
pertambahan bilangan pengurus wanita di peringkat sekolah tidak dapat diketepikan lagi
kerana berdasarkan data statistik Kementerian Pelajaran Malaysia (2014) didapati seramai
292,696 orang guru ialah wanita daripada jumlah guru seramai 420854 orang iaitu sebanyak
69% orang adalah guru wanita. Jadi tidak dapat dinafikan bahawa jumlah guru wanita yang
besar ini yang akan memenuhi kebanyakan jawatan pemimpin pada masa kelak.

1.4

Objektif Kajian
a) Mengenalpasti gaya kepimpinan wanita dalam sesebuah sekolah yang dipimpin
olehnya.
b) Mengenalpasti tahap motivasi guru di sekolah yang dipimpin oleh pemimpin wanita.
c) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap motivasi guru mengikut demografi
(jantina,umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar
kelas peperiksaan dan sesi persekolahan)
d) Menyelidiki keberkesanan kepimpinan wanita dalam organisasi sekolah yang
dipimpinnya dengan gaya kepimpinan yang dipraktikan.
e) Mengenalpasti kualiti kerja berkesan yang diterapkan oleh pemimpin dengan gaya
kepimpinan yang diamalkan dalam sekolah.

1.5

Soalan Kajian
Penyelidikan ini dijalankan bagi menjawab objektif bagi penyelidikan berdasarkan

beberapa persoalan penyelidikan seperti berikut:


a) Apakah gaya kepimpinan yang digunakan oleh seorang pemimpin wanita dalam
sekolah?
b) Bagaimanakah tahap motivasi guru di bawah pemimpin wanita?
c) Apakah perbezaan tahap motivasi guru mengikut demografi (jantina,umur, pengalaman
mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi
persekolahan)
d) Bagaimana gaya kepimpinan yang diamalkan dapat membantu keberkesanan pimpinan
seorang pemimpin wanita dalam memimpin sesebuah sekolah?
e) Apakah kualiti kerja guru yang diterapkan pemimpin dengan gaya kepimpinan yang
diamalkan untuk mencapai kepimpinan yang berkesan dalam sekolah?
1.6

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini ialah:


4

Ha 1= Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya kepimpinan pemimpin wanita


terhadap motivasi guru.
Ha 2 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut jantina guru
Ha 3 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut pengalaman
mengajar guru
Ha 4 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut umur guru
Ha 5= Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut status
perkahwinan guru
Ha 6 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut sebagai guru
kelas
Ha 7 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut mengajar kelas
peperiksaan
Ha 8 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut sesi persekolahan
guru
Ha 9 = Terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan pimpinan seorang pemimpin
wanita terhadap motivasi guru
Ha 10 = Terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti kerja guru terhadap keberkesanan
pimpinan seorang pemimpin wanita.
1.7

Kerangka Teori Dan Kerangka Konsep Teori


Istilah penting yang digunakan dalam kajian ini ialah gaya, kepimpinan, pemimpin dan

motivasi telah diterangkan seperti di bawah. Seterusnya, hubungkait antara pembolehubah


bebas dan pembolehubah bersandar juga telah ditunjukkan dalam kerangka konsep teori.

1.7.1

Gaya
Merujuk kepada kajian ini, gaya merupakan perlakuan, stail, cara atau orientasi

kepimpinan pemimpin dalam mengurus, memimpin dan mentadbir sekolah ke arah mencapai
matlamat, visi dan misi sekolah. Ainon (2005), menyatakan gaya kepimpinan merupakan cara
seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya. Aminuddin (1994), merujuk gaya
kepimpinan kepada ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang berbeza.
Perbezaan ini dianggap penting oleh Fiedler (1967), kerana pada ketika tingkah laku penting
seseorang boleh berubah daripada satu situasi ke situasi lain, struktur keperluannya yang
memotivasikan tingkah laku itu mungkin tidak berubah-ubah

1.7.2

Kepimpinan
Secara teori kepimpinan merujuk kepada proses interaksi antara dua atau lebih

manusia. Menurut Rue & Byars 2000; Benson et al. 2001; Day 2003; Kouzes and Posner
2003) kepimpinan melibatkan proses dua hala, iaitu tingkah laku pemimpin yang cuba
mempengaruhi pengikut ke arah pencapaian matlamat organisasi. Merujuk kepada kajian ini
kepimpinan merupakan tingkah laku pemimpin bagi mencari penyelesaian masalah dan
mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan yang bertujuan untuk
mencapai matlamat organisasi. Menurut Ainon (2003), kepimpinan ialah sejenis tingkah laku
yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka sanggup dan secara
sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang memimpin. Fiedler (1967),
menyatakan kepimpinan adalah hubungan antara perseorangan di mana kuasa dan pengaruh
diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal
tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu. Gardner
6

(2000), pula mentakrifkan kepimpinan sebagai proses pujukan iaitu mempengaruhi orang lain
untuk mencapai objektif secara kolektif antara pemimpin dengan pengikut.Kepimpinan
merupakan suatu bentuk perhubungan yang mempunyai tujuan bagi memenuhi kehendak
orang yang memimpin dan juga orang yang dipimpin. McGregor (1966), menyatakan
kepimpinan bukannya ciri-ciri yang ada pada diri seseorang individu, melainkan ia suatu
perhubungan yang rumit dan kompleks antara keempat-empat faktor berikut iaitu:
i)
ii)
iii)

Ciri-ciri peribadi seseorang pemimpin


Sikap, keperluan dan ciri-ciri peribadi mereka yang dipimpin.
Sifat-sifat organisasi yang dipimpinnya, seperti matlamat penubuhannya,

strukturnya
dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.
iv)
Persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang ada Kepimpinan merangkumi
pelbagai
aspek kehidupan dan sering saling berkaitan di antara satu aspek dengan aspek yang
1.7.3

Motivasi

H. W.Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965), menyatakan motivasi ialah


proses membangkitkan mengekalkan dan mengawal minat. Manakala Crow dan Crow (1981)
menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap,
minat atau kegiatannya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menghuraikan motivasi
sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit
atau tiada minat terhadap tujuan

tersebut. Secara ringkasnya, motivasi merupakan

perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke


arahmencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah
lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul.

Menurut Woolfolk (1990) motivasi dirujuk kepada satu kuasa dalaman yang
membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. Manakala Chaplin
(1985) menyatakan bahawa angkubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor
dalaman organisma yang membangkitkan dan mengarahkan tingkah lakunya ke arah sesuatu
matlamat. Vernon pula menjelaskan bahawa motivasi adalah tugasan yang memerlukan
inisiatif peribadi.
Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun
hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan
seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang
mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan
dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Ahli psikologi
memfokuskan pada tiga persoalan asas mengenai motivasi iaitu :
1. Apakah yang menyebabkan seseorang memulakan satu tingkah laku?
2. Apakah yang menyebabkan seseorang bergerak ke arah matlamat atau impian?
3. Apakah yang menyebabkan seseorang tabah dan berkeras hendak mencapai impian
itu?
Menurut Kimble, (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang
menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu daya penggerak
yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai
suatu tujuan. Manakala bagi Santrock (2008) mengatakan bahawa motivation is the reason
why people behave the way they do. Motivated behavior is energized, directed, and
sustained. Motivasi adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

1.7.4

Pemimpin
Pemimpin sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah

kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah. Pemimpin merupakan
jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah, dilantik oleh Kementerian Pendidikan,
bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya (Jemaah Nazir
Sekolah-Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan,1993). Dalam kajian ini, pemimpin
dirujuk sebagai ketua dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah. Pemimpin
mempunyai cara yang tersendiri untuk menentukan hala tuju dan matlamat sekolah. Cara dan
gaya seseorang pemimpin dalam mentadbir dan mengurus sekolah dan berhubung secara terus
dengan semua guru. Guru juga mempunyai pandangan yang tersendiri tentang gaya
kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin.

1.7.5

Kerangka Konsep Kajian


Kerangka kajian ini berdasarkan gaya kepimpinan pemimpin kajian Ohio State. Kajian

Ohio State melihat gaya kepimpinan pemimpin dari dua dimensi iaitu dimensi mengutamakan
struktur aau dimensi timbang rasa. Manakala tahap stres guru pula berdasarkan kepada apa
yang guru rasa terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin. Model kajian yang
dicadangkan oleh pengkaji adalah seperti Rajah 1.2 di bawah.

Gaya
Kepimpinan
Wanita

PEMBOLEHUBAH

Jantina

Umur

Pengalaman Mengajar

Rajah

Status Perkahwinan

1.2 :

Sebagai Guru Kelas

Mengajar Kelas Peperiksaan

Bertimbang rasa

Berstruktur

BERSANDAR

Tinggi

Sederhana

Rendah

Tahap Motivasi Guru

Faktor Demografi

PEMBOLEH BEBAS

Kerangka Model Kajian


1.8

Kepentingan Kajian
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk cuba memberikan sedikit sebanyak gambaran

dan penjelasan tentang persoalan ini. Kajian juga dijalankan untuk melihat sejauh mana
keberkesanan sekolah di bawah kepimpinan pemimpin wanita. Kepentingan kajian ini
meliputi beberapa perkara seperti berikut :
1. Mengumpul maklumat berkaitan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin
wanita bagi rujukan sekolah-sekolah yang dikaji.Hasil kajian ini diharap dapat
memberi panduan bagi mempertingkatkan lagi tahap keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran serta prestasi kerja pemimpin wanita.
2. Dapatan kajian dapat menyumbang serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan
berkaitan gaya kepimpinan pemimpin wanita dan hubungannya dengan motivasi guru
di sekolah yang diharap dapat memberikan satu implikasi mengenai isu keberkesanan
3.

wanita sebagai pemimpin.


Kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh pemimpin wanita bagi membantu mereka
membuat refleksi diri serta melihat apakah stail atau gaya kepimpinan yang diperlukan
10

dan dapat diterima oleh guru bagi meningkatkan motivasi guru supaya semua program
serta perancangan sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai
4.

kecemerlangan sekolah.
Seterusnya hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak Pejabat Pelajaran
Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau mana-mana pihak yang berkewajiban untuk
merancang atau menganjurkan kursus-kursus atau program yang sesuai bagi
membimbing wanita sebagai pemimpin yang cekap dan berkesan supaya dapat

5.

meningkatkan komitmen guru di sekolah.


Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu serta memberikan maklumat kepada
pihak Kementerian Pelajaran supaya dapat memberikan peluang yang sewajarnya
kepada wanita yang memenuhi kriteria serta kelayakan yang ditetapkan untuk
memimpin sekolah.

1.9

Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas guru yang mengajar di sekolah ditadbir oleh pemimpin

wanita di Negeri Selangor . kajian hanya meninjau gaya kepimpinan pemimpin wanita di
sekolah sama ada mengamalkan gaya kepimpinan dimensi berstruktur atau bertimbang rasa.
Tahap motivasi guru pula ditinjau berdasarkan gaya kepimpinan pemimpin wanita dari segi
dimensi berstruktur dan bertimbang rasa. Seterusnya gaya kepimpinan pemimpin wanita dan
hubungannya dengan motivasi guru di cari. Perbezaan motivasi guru di cari berdasarkan
demografi guru.

11

1.10 Definisi Operasi


1.10.1 Umur
Umur atau usia adalah satuan waktu yang mengukur waktu keberadaan suatu benda
atau makhluk, baik yang hidup maupun yang mati. Semisal, umur manusia dikatakan lima
belas tahun diukur sejak dia lahir hingga waktu umur itu dihitung. Oleh yang demikian, umur
itu diukur dari tarikh ianya lahir sehingga tarikh semasa(masakini). Manakala usia pula diukur
dari tarikh kejadian itu bermula sehinggalah tarikh semasa(masa kini).

1.10.2 Jantina
Jantina ialah jenis kelamin sama ada lelaki atau perempuan dari segi nilai dan tingkah laku.

1.10.3 Pengalaman Mengajar


Tempoh masa seseorang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk.

1.10.4 Status Perkahwinan


Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak
berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu
kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan. Status perkahwinan boleh dikategorikan
seperti, berkahwin, bujang, janda, dan duda.

12

1.10.5 Guru Kelas Dan Guru Mata Pelajaran


Guru merupakan tenaga pengajar yang menyubangkan pengetahuannya kepada anak
didik di sesebuah organisasi. Guru kelas merupakan tenaga pengajar yang menguruskan hal
ehwal murid bagi suatu tempoh yang khusus. Manakala guru mata pelajaran pula tenaga
pengajar yang pakar menyampaikan ilmu sesuatu subjek yang khusus kepada anak muridnya.

1.10.6 Gaya Kepimpinan Berstruktur Tugas


Gaya kepimpinan dari segi dimensi berstruktur merupakan gaya kepimpinan
Terstruktur, berdasarkan standard prosedur operasi untuk menyelesaikan tugasan, gambaran
terperinci dari produk, amanah atau jasa yang ditugaskan, dan indikator objektif mengenai
seberapa baik tugas itu dilaksanakan dan sebaliknya

1.10.7 Gaya Kepimpinan Yang Bertimbang Rasa


Gaya kepimpinan dari segi dimensi timbang rasa diukur berdasarkan kelembutan dan
kerahmatan ataupun mengambil berat terhadap kebajikan guru. Cara pemimpin wanita
menunjukkan persahabatan, saling menghormati, saling mempercayai dan jalin hubungan
yang mesra antara guru dan bersedia berubah mengikut aliran masa.
1.10.8 Pemimpin
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang
lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan
pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan
mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian
13

yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti


yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman
ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah
organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.

1.10.9 Motivasi
Motivasi atau pergerakan ialah dorongan tingkah laku organisma yang berterusan untuk
menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud
kerana tegangan fisiologi ( keperluan minuman) atau psikologi, ( penghargaan) adalah menuju
ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Apabila merasa dahaga iaitu memerlukan minuman
anda bermotivasi (terdorong) untuk berusaha mencari minuman. Tingkah laku anda ( iaitu
berusaha mencari minuman) mempunyai suatu matlamat, iaitu untuk memenuhi keperluan
dahaga. Insentif atau kepuasan yang anda peroleh kerana usaha itu ialah minuman. Setelah
pencapaian matlamat motivasi organisma itu akan berkurangan.
Secara amnya, motivasi melibatkan tiga keadaan iaitu:(i)
(ii)
(iii)

Motivasi mewujudkan sesuatu situasi.


Situasi mewujudkan sesuatu tingkah laku
Tingkah laku itu menuju ke sesuatu matlamat

1.11 Rumusan
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan di antara gaya kepimpinan pemimpin
wanita dengan tahap motivasi guru. Kecekapan seseorang pemimpin adalah bagaimana beliau
mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat organisasinya, upaya ke hala
tersebut. Gaya seorang pemimpin tersebut sebagaimana yang dikatakan oleh Smith, (1989)

14

Stail kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin atau cara mempengaruhi tingkah laku
pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Peranan pemimpin dalam sesebuah organisasi amat penting apatah lagi dalam suatu
organisasi pendidikan seperti sekolah. Sarjana-sarjana pengurusan kepimpinan menegaskan
15

bahawa kepimpinan berkesan terhasil dari gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin
terhadap anggota organisasi. Jika wujudnya pemimpin yang berkaliber dalam suatu organisasi,
maka ia akan dapat menimbulkan kepuasan serta motivasi kerja yang tinggi dalam kalangan
guru. Hal ini menjadi tunjang utama yang menjurus yang menjadi agen pemangkin pada tahap
kejayaan organisasi sesebuah sekolah.

Secara langsung ini akan memberi kesan pada

pencapaian matlamat penubuhan sekolah, khususnya dalam mencapai agenda utama dasar
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
2.2

Teori-Teori Kajian
Teori- Teori Kepimpinan
Terdapat beberapa teori kepimpinan yang yang mempengaruhi kepimpinan seseorang

seperti yang telah disenaraikan dalam definisi kepimpinan (2.2.1). Kesemua teori
kepemimpinan bertujuan menganalisis

hubungkait kepimpinan dengan

Produktiviti,

Kecemerlangan, motivasi dan kepuasan kerja pekerja.

2.2.1

Personaliti Pemimpin (Teori Trait)


Menurut teori ini seseorang pemimpin memang "dilahirkan untuk memimpin". Teori

ini menyatakan seorang pemimpin besar dilahirkan dengan karakteristik(ciri-ciri) tertentu


seperti karisma, keyakinan, kecerdasan dan ketrampilan sosial yang membuatnya dilahirkan
sebagai pemimpin. (Gordon Allport, 1937; Hans Eynsenck,1967) . Teori ini menyokong Teori
great man yang menyatakan cirri-ciri memimpin adalah sesuatu yang sudah ada pada
pemimpin besar semasa dilahirkan bukannya dibuat. Teori ini menggambarkan seorang
pemimpin yang heroik dan ditakdirkan untuk menjadi pemimpin. Kelemahan Teori Trait ialah
16

Teori trait tidak mengambil kira ciri-ciri kepemimpinan yang berubah-ubah mengikut situasi
dan keadaan. Ia terhad kepada ciri-ciri individu dan tidak dapat digeneralisasikan. Pendekatan
trait tidak memberi perhatian kepada interaksi antara individu dan kumpulan. Oleh itu, tidak
wujud satu taksonomi psikologi yang jelas dan lengkap untuk ciri-ciri kepemimpinan.

2.2.2

Tingkahlaku Pemimpin (Teori Tingkahlaku/ Behaviorisme)


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini

adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson
terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike
dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris(Tingkahlaku) pada zaman sebelum ini lebih
menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam
otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti
sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam
pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi
kognitif dengan pemerolehan bahasa. Tiga kajian yang meneliti tingkahlaku kepimpinan telah
dijalankan iaitu, Kajian University of Iowa oleh Kurt Lewin, Ronald Lippitt dan Robert K.
White,, Kajian Ohio State University oleh Ralph M. Stogdill dan Alvin E. Coons dan Kajian
University of Michigan oleh Rensis Likert.
2.2.3

Teori Partisipatif (Participative Theory)


Teori kepemimpinan partisipatif menyatakan pentingnya pengaruh pemimpin terhadap

persepsi bawahan mengenai tujuan kerja, tujuan pengembangan diri, dan jalur pencapaian
tujuan. Dasar teori ini adalah teori motivasi eksperimental. Teori kepemimpinan ini
17

dipopularkan

oleh

Robert

House

yang

berusaha

mengenalpasiti

keberkesananan

kepemimpinan dalam berbagai situasi menerusi Model kepemimpinan jalur tujuan (path goal).
.Menurut model ini, dua pembolehubah situasi yang menentukan keberkesanan pemimpin
adalah karakteristik/sifat peribadi para bawahan/karyawan dan lingkungan internal organisasi
seperti misalnya peraturan dan prosedur yang ada. Model ini belum dapat menghasilkan
klarifikasi yang jelas tentang kombinasi yang paling efektif antara karakteristik peribadi,
tingkah laku pemimpin dan pembolehubah situasi.

2.2.4

Teori Transaksi (Transactional Theory)


Teori transaksional (Max Weber, 197; Bernard Bass, 1981) juga dikenal sebagai teori

manajemen, peranan pemimpin berfokuskan pengawasan kerja, organisasi dan kelompok.


Teori ini berdasarkan pada sistem imbalan (reward) dan hukuman (punishment). Contohnya,
dalam suatu organisasi, ketika staf berproduktif / bekerja dengan baik mereka dihargai dan
diberi saguhati, ketika mereka gagal mereka ditegur atau dihukum.

2.2.5

Teori Kontinjensi (Teori Kontinjensi)


Teori kontingensi (Joan Woodward, 1958 dan Fiedler,FE, 1958) menyatakan pemimpin

yang paling efektif bergantung kepada cara atau gaya kepemimpinan (leadership style) dan
kesesuaian situasi (the favourableness of the situation) yang dihadapinya. Menurut teori ini,
tidak ada gaya kepemimpinan yang terbaik dalam segala situasi. Kejayaan pemimpin
bergantung pada sejumlah pembolehubah, termasuk gaya kepemimpinan, kualiti para
pengikut/staf dan aspek lingkungan.
18

2.3.0

Teori-Teori Motivasi
Motivasi adalah suatu semangat yang perlu berkobar-kobar dalam jiwa setiap manusia

supaya insan tersebut sentiasa berusaha untuk mencapai objektif ataupun matlamat hidupnya
sehingga akhir. Banyak teori motivasi yang dikemukakan oleh para ahli yang dimaksudkan
tentang motivasi. Semuanya berpendapat bahawa, motivasi adalah suatu tenaga yang
memandukan/menggerakkan diri seseorang untuk mencapai sasaran hidupnya. Menurut De
Charm (1968), seseorang yang bersikap origin adalah orang yang menentukan tingkahlakunya
dengan pemilihan sendiri dan individu yang bersifat pawn pula orang yang menentukan
tingkahlakunya menerusi tekanan persekitaran dan bukannya dalam kawalan individu tersebut.
Empat konsep/faktor untuk mengkaji motivasi iaitu Apakah faktor yang memberikan tenaga
terhadap tingkah laku?, Apakah faktor yang diperlukan memandu tingkahlaku positif
seseorang?Bagaimanakah mengekalkan tingkahlaku positif seseorang?apakah factor yang
mematikan tingkahlaku seseorang?Motivasi seseorang ataupun kumpulan memberikan kesan
terhadap kejayaan sesuatu organisasi. Motivasi juga memainkan peranan penting dalam
pengukuran prestasi kerja seseorang.
2.3.1

Teori Hirarki Abraham Maslow (1943-1970)


Abraham Maslow (1943;1970)merujuk pada hirarki, menjelaskan bahawa setiap

individu mempunyai 5 kategori keperluan iaitu, keperluan psiologi (physiological needs)


seperti makanan, minuman, udara dan sebagainya. Beliau berpendapat, keperluan asas pada
peringkat bawah perlu dicapai dahulu sebelum bergerak ke tingkat yang lebih tinggi. Peringkat
kedua pula keselamatan(safety) dimana setiap individu akan bermotivasi untuk menjamin
19

keselamatannya tempat tinggal, pakaian, perlindungan dari segi kerjaya, jauh dari ancaman
dan bahaya dan sebagainya. Yang seterusnya pula, keperluan kasih sayang (affliation needs)
iaitu individu tersebut berinisiatif sekiranya memperoleh kasih saying dari persahabatan,
keluarga, dan tempat kerja. Seterusnya, keperluan penghormatan diri (esteem needs) di mana
keperluan individu untuk mendapat pengiktirafan, penghargaan, penghormatan kedudukan
yang bermaruah. Dan akhir sekali, keperluan tahap kepuasan (Self-Actualisation). Keperluan
individu ini adalah untuk mencapai keseimbangan diri yang dari segi jasmani, emosi, intelek,
fizikal, rohani dan sosial.

Rajah 2.1: Hirarki Teori Maslow

2.3.2

Teori ERG (Existence, Related and Growth)


Pengasas teori ini ialah Clayton Alderfer. Teori beliau mencatumkan keperluan Maslow

kepada 3 jenis sahaja iaitu kewujudan, perhubungan dan perkembangan/pertumbuhan. Segala


keperluan ini amat diperlukan oleh seseorang individu untuk mencapai kebahagiaan hidup.
Keperluan kewujudan merangkumi aspek fisiologi dan keselamatan. Keperluan Perhubungan
pula keperluan social dan kasih saying dan keperluan pertumbuhan pula menjelaskan tentang
keperluan harga diri dan kesejahteraan diri. Perbezaan antara Teori Maslow dan Teori ERG
ialah, keperluan ERG tidak bergantung kepada hirarki di mana seorang individu boleh
memenuhi beberapa keperluan secara serentak seperti dalam rajah 2 di bawah. Teori ini juga
mengambilkira frustration-regression.
20

Ketidakpuasan-Penurunan

Kepuasan - Perkembangan
Pertumbuhan

Perhubungan

Kewujudan

Rajah 2.2 : Model Teori ERG


2.3.3 Teori Keperluan Pencapaian (Mcclelland)
Teori ini pula menyatakan seseorang individu memerlukan tiga aspek keperluan
sebagai pemandu kehidup iaitu, keperluan untuk pencapaian (need for achievement),
keperluan untuk bersama/gabungan (need for affliation) dan keperluan kuasa (need of power).
Keperluan untuk pencapaian adalah keinginan seseorang untuk berjaya dalam kerjayanya.
Individu yang bersemangat tinggi mengambil tanggungjawab, tugas dan melaksanakan
amanah yang sukar dicapai dan ingin mengetahui output usaha tersebut dengan secepet
mungkin. Keperluan bersama/gabungan ialah suatu keperluan saling faham memahami dengan
individu lain dan cuba mengeratkan hubungan tersebut. Dan keperluan kuasa pula, kebolehan
seseorang untuk mempengaruhi, mengawal orang lain. Beliau juga berpendapat bahawa
kepuasan dan prestasi kerja yang tinggi dapat dibentuk sekiranya individu-individu
ditempatkan di tempat-tempat kemahiran masing-masing.

21

2.3.4 Teori Motivasi Herzberg (1966)


Teori ini juga dikenali sebagai Teori Herbeg, Teori Hygiene, Teori dua factor dan
sebagainya yang diperkenalkan oleh Prof. Frederick Herzberg. Dalam teori ini terdapat dua
jenis faktor yang mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan dan faktor yang
menghalang mencapai kepuasan. Dua faktor itu disebutnya faktor kesihatan/hygiene (faktor
ekstrinsik) dan faktor penggerak/motivator (faktor intrinsik).
Faktor Penggerak, menunjukkan tahap kepuasan bekerja iaitu pencapaian, pengiktirafan,
jenis kerja, tanggungjawab dan kemajuan diri memotivasikan individu untuk melakukan tugas
yang diamanahkan. Faktor ini disokong oleh Paul W.J & Robertson bahawa perkara yang
berkenaan kepuasan kerja bergantung kepada tugas yang diberikan dan tema kandungan
tugas/jenis tugas yang diamanahkan. Ini kerana, sekiranya seorang individu mempunyai
kapasiti yang tinggi dalam tugas yang diberikan, maka individu tersebut akan menyukai tugas
itu dan akan melakukannya dengan rela diri. Maka individu tersebut telah dimotivasikan
Faktor kesihatan pula dianggap faktor penghalang mencapai kepuasan bekerja. Keadaan
tempat kerja, pentadbiran organisasi, dasar, penyeliaan, rakan sekerja, status, jaminan kerjadan
gaji adalah antara faktor-faktor kesihatan. Oleh itu, Herzberg berpendapat bahawa bukan
sahaja faktor kesihatan malahan faktor penggerak pun diperlukan untuk masalah
ketidakpuasan bekerja terutamanya apabila kandungan kerja berubah.
Jangkaan
Ganjaran
Output / Hasil
2.3.5
Teori Jangkaan Motivasi
(VROOM,1964)
Berdasarkan
Diberikan berdasarkan :Pujian
Taraf Usaha /
Perlakuan
Kenaikan gaji
Keupayaan
bekerja Vroom jugaKreativiti
Teori Jangkaan
dikenali sebagai Teori VIE (Valence, Instrumentality,
Penurunan
Motivasi
individu
Kebelakangan
pangkatrasional dalam suatu
Expectancy) menjelaskan tingkahlaku individu memilih sesuatu secara
Kebolehpercayaan
Penerimaan
rakan sekerja
22

situasi yang diberikan dengan menjangkakan bahawa ia akan memberikan manfaat kepadanya.
Tambahan pula, sekiranya individu tersebut diberikan ganjaran untuk suatu tugas yang
dilakukan maka hasil kerja yang selanjutnya akan bertambah lebih baik. Rajah 3 menjelaskan
tentang Teori Jangkaan Vroom dimana, ganjaran diberikan berdasarkan tingkahlaku individu
bergantung kepada taraf usahanya iaitu perlakuan, kreativiti kerja, kebolehpercayaan, ataupun
kebelakangan, dan hasilnya ialah pujian, kenaikan gaji, kestabilan kerja, penerimaan rakan
sekerja ataupun penurunan pangkat.

Rajah 2.3: Model Motivasi Vroom (Konsep VIE)

2.4

Kajian Lepas
Adrianto Sugiarto Wiyono,( 2008) Gaya kepemimpinan adalah cara dan pendekatan

dalam emberikan arahan, implementasi rencana, dan memotivasi orang Robiah sidin, (2003)
Gaya kepemimpinan itu berbeza bagi setiap pemimpin wanita, tetapi yang paling penting
adalah bagimana mempengaruhi sumber tenaga dalam organisasi baik pemimpin itu seorang
jantina, kerana kepemimpinan dalam segala usaha yang diambil untuk menggerakkan sumber
tenaga dalam sebuah oragnisasi.
23

Latip B.Muhammad,( 2007 ) Seseorang wanita adalah pemimpin yang mempunyai


tanggungjawab besar untuk memandu sekolah dan warganya. Maimunah Aminuddin,( eds.2
2003) Seorang pemimpin wanita dalam kepemimpinan tidak boleh autokratik tetapi harus
boleh menghargai warga oraganisasinya, kerana seseorang individu yang merasa dirinya
penting akan lebih mengahargai pekerjaanya.Ab Aziz Yusof, (2008 )Seorang pemimpin perlu
menjaga perhubungan yang baik di antara subordinat dengan pemimpin adalah penting bagi
mengahasilkan pencapaian kerja yang tinggi.
Abdul Ghani Abdullah & Tang Keow Ngang , (2006)Gaya kepemimpinan seorang
pemimpin dalam memajukan organisasinya boleh sahaja menjalankan budaya kolaboratif
kerana berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif,dan kefahaman serta komitmen
guru terhadap kerja. Selanjutnya budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan
dan dikongsi oleh semua ahli sekolah. Ini membolehkan mereka bersedia untuk berkongsi
tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang
dikongsi bersama.
Smith, (1989) Stail kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin atau cara
pemimpin wanita mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat
organisasi.Dapatan kajian di Malaysia (Abdul Karim Mohd. Nor, 1987; Chairil Marzuki,
1997;Rahimah Ahmad, 1982) mengatakan bahawa kepemimpinan pemimpin wanita
memainkan peranan yang penting untuk melahirkan sekolah yang berkesan.
Kemudian berdasarkan laporan A Nation At Risk, 1983, Action For Excellence, 1983,
Bettter Edcuation for Michigan Citizen : A Blue Print For Action, 1984 di Amerika Syarikat
dankajian-kajian Edmonds, (1979), Hussien Mahmood, (1993) (dalam Mahawa binti
Pilus,2002) didapati bahawa kepemimpinan pemimpin wanita merupakan penggerak utama
bagi kejayaan sesebuah sekolah.
24

Fiedler,(1967) dalam Aminuddin(1990), gaya kepemimpinan ialah Struktur keperluan


yang memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi kepemimpinan. Ainon (2005),
menyatakan gaya kepimpinan merupakan cara seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah
lakunya.

2.5

Rumusan
Menjadi pemimpin wanita, khasnya di sekolah adalah hak semua orang, hak-hak ini

tidak oleh dibatasi oleh jantina. Kerana persoalannya kemampuan dan kecekapan seseorang
itu adalah bagaimana pemimpin itu mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai
matlamat organisasinya, sebagaimana dikatakan oleh Smith, (1989) Stail kepemimpinan
ialah cara pemimpin memimpin atau cara pengetua mempengaruhi tingkah laku pengikutnya
untuk mencapai matlamat organisasi.
Jika yang menjadi pemimpin adalah pemimpin wanita, maka selama pencapaian
matlamat oragnisasi dapat berjalan secara berkesan, maka dapat kita fahami bahawa
kepemimpinan pemimpin wanita telah berjaya termasuk mengaplikasikan segala gaya
kepemimpinannya, sehingga mengenai dualisma dalam bebanan tugas, iaitu sebagai
pengetua di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga
(Langer & Boris-Schacter2003) tidak boleh dijadikan sebagai justifikasi.

RUJUKAN

Collard, John L. (2001). Leadership and gender: An Australian perspective. Educational


Management and Administration 29 (3) : 343-55.

25

Gan Pei Ling. (2003). Hubungan persepsi guru terhadap tingkah laku kepimpinan pengetua
dengan tahap motivasi guru di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tesis Master
Sc.
Harvey, T. & Donaldson, G.( 2003). Professional vitality: Do you have it? Principal :The
Embattled Principal 83 (1) : 30-33.
Hersey, P. & Blanchard, K.H. (1977). The management of organizational behaviour.
Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
Hersey, P. & Blanchard, K.H. (1982). Management of organization behaviour, utilizing,
human resources. 4nd. Ed. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
Hussine Hangah @ Haji Hangah. (1998). Gaya kepimpinan pengetua wanita dan
korelasinya
D.E.

dengan kepuasan bekerja di kalangan guru di daerah Hulu Langat, Selangor

Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,


Bangi.

Ibrahim Mamat.(1993). Kepimpinan sekolah: Teori untuk praktis. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Jones, J.C. & Webber, C.F. (2001). Principal succession: A case study. Paper presented at
Annual Meeting of the American Educational Research Association, Seattle,
Washington, 10-14 April 2001.
Kamal Arifin Jaih. (2003). Stail kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja di sebuah
sekolah menengah kebangsaan (Agama) di Pahang. Kertas Projek. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Laporan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran
di sekolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Gaya Kepimpinan
Pengetua Wanita 69
Khadijah Walad. (1999). Kepimpinan pengetua dan motivasi guru: Satu kajian di sekolah
menengah. Tesis Sarjana. Pusat Ilmu Pengajian Pendidikan, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
Krejcie, R.V. & D.W. Morgan. (1970). Determining size for research activities. Educational
and Psychological Measurement 30 : 607-610.

26

Kochan, F. K., Spencer, W. A. & Mathews, J G.(2000). Gender-based perceptions of the


challenges, changes, and essential skills of the principalship. Journal of School
Leadership 10 (4) : 290-310.
Langer, S. & Boris-Schacter, S. (2003). Challenging the image of the American
principalship. Principal: The Embattled Principal 83 (1) : 14-18.
Mehrabian, A. & Bank, L. (1978). A questionnaire measure of individual differences in
achieving tendency. Educational and Psychological Measurement 38 : 475-478.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Sidik Mohd Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

27

Anda mungkin juga menyukai