Anda di halaman 1dari 3

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PANGKAL

KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID MUIRD


TAHUN 4 CEMERLANG
Oleh
NAIRUL AQMAL BIN A RAHMAN
Abstract
A study was carried out actions aimed at improving students' proficiency in writing capital letters at the base of special
nouns. Error writing letters is often done when the students construct sentences, particularly for children - children who can not
distinguish the specific noun to noun general. Pupils - students can not use capital letters at the base of the sentences, write
the base of the special username and writing letters in the middle of words. A total of 10 respondents from the student - four
years of excellent students have been selected as the research target group. Based on the analysis of errors made by students
during diagnostic tests, they found more guilty of the validity of the use of pre khas.Analisis nouns showed weakness in
respondents' written in block letters at the base of special nouns. Therefore, I have focused on writing letters to the base of
special nouns only. The data collected through post test showed marks of that obtained after the implementation of action
plans. I have been using various methods and techniques suitable for solving this problem. Post test findings indicate that the
action undertaken was to help students master the skills to write letters to the base of special nouns.
1.0 Refleksi pengajaran
Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah
kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan membina
ayat yang telah dibuat oleh murid. Murid murid menghadapi masalah untuk menulis huruf besar pada pangkal ayat dan
menulis huruf besar pada huruf pangkal kata nama khas.
Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, beliau berpendapat
bahawa murid murid tahun 4 cemerlang sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru,
berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan satu kajian bagi menangani masalah ini demi
meningkatkan kemahiran murid murid dalam menulis huruf besar. dengan betul.
2.0 Fokus kajian
Saya mendapati murid murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam penulisan dan sering melakukan
kesalahan, khasnya ketika membina ayat Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali
dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.
Oleh itu, murid murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat membantu mereka supaya lebih peka
dengan menulis huruf besar setiap kali menulis. Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang
lain bagi memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Kesilapan yang
dilakukan oleh murid murid boleh diperbaiki sekiranya menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.
Saya mendapati tiga aspek murid murid gagal menulis huruf besar dengan betul iaitu, menulis huruf besar pada
pangkal kata nama khas, pangkal ayat dan menulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya mendapati
bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis huruf pada pangkal kata nama khas. Berdasarkan
dapatan tesebut, saya telah memfokuskan kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
sahaja. Untuk tujuan itu, saya telah melaksanakan satu pelan tindakan yang drastik lagi berkesan untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran tersebut.
Hasil perbincangan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, didapati punca murid murid - murid ini tidak
dapat menulis huruf besar dengan betul adalah disebabkan mereka kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul.
Mereka kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar dan kata nama khas. Maka, mereka akan membuat
kesimpulan bahawa menulis huruf besar ini tidak penting ketika menulis ayat. Pemahaman tentang konsep tersebut perlu
dijelaskan oleh saya agar mereka memahami konsep kata nama khas supaya mereka dapat membezakan kata nama khas
dengan kata nama am. Selain itu, saya juga telah memberikan nota nota sampingan untuk menambah pemahaman
murid. Di samping itu, didapati murid murid ini kurang diberi latihan yang berkaitan dengan menulis huruf besar. Hal ini
disebabkan guru kurang menekankan aspek ini dalam menulis. Latih tubi terhadap latihan latihan secara terbimbing
dan berterusan mampu memberi pemahaman kepada murid murid tentang kepentingan menulis huruf besar dengan betul.
Sesungguhnya, saya percaya bahawa masalah ini boleh diatasi berdasarkan kebolehtadbiran pelaksanaan pelan
tindakan yang dilaksanakan. Untuk tujuan itu, saya telah merangka beberapa strategi, diperkukuhkan lagi dengan pemilihan
kaedah yang berkesan dan dibantu oleh kekuatan teknik dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar
pada pangkal kata nama khas. Kejayaan pelan tindakan dibuktikan dengan pencapaian murid berdasarkan pascaujian yang
telah dijalankan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:
i)
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
ii)
Menilai keberkesanan tindakan tindakan yang dijalankan bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis
huruf besar pada pangkal kata nama khas.
iii)
Penguasaaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
4.0 KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN
Saya telah membuat kajian ke atas murid murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2. Pemilihan kumpulan
sasaran dikenal pasti melalui pemerhatian mengajar di dalam kelas dan perbincangan dengan guru matapelajaran serta
disahkan melalui ujian ujian yang diberikan kepada murid murid.
5.0 Pelaksanaan tindakan
5.1 Tinjauan masalah
Dalam tinjauan masalah, saya telah membuat pemerhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan masalah ini
juga dilakukan melalui perbincangan bersama guru mata pelajaran serta menjalankan ujian diagnostik.Hasil dari tinjauan
masalah mendapati bahawa masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ini memang wujud dalam kalangan
murid.
5.2 Pelaksanaan tindakan

5.2.1 Strategi 1 : Penerangan Konsep Kata Nama Khas Menggunakan Perisian Power Point.
Sesi penerangan ini telah dijalankan pada 6 April 2010. Penggunaan alat bantu mengajar menggunakan aplikasi teknologi
teknologi maklumat dan komunikasi telah membantu murid memahami kata nama khas melalui contoh contoh bergambar
yang menarik. Saya juga mewarnakan huruf pangkal perkataan bagi setiap gambar gambar tersebut menggunakan warna
merah pada pangkal perkataan untuk meningkatkan pemahaman murid. Selain itu, responden juga didedahkan dengan
penggunaan kata nama khas dalam ayat. Ini bertujuan bagi memastikan murid dapat membezakan antara kata nama am
dengan kata nama khas yang terdapat dalam sesuatu ayat.
Refleksi : Didapati responden sudah dapat membezakan perbezaan kata nama khas dan kata nama am. Walau
bagaimanapun, saya mendapati responden masih lemah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang melibatkan
dua atau lebih rangkai kata seperti Perdana Menteri, Cikgu Aminah dan Si Jalak. Responden masih keliru tentang menulis
huruf besar bagi setiap pangkal kata tersebut.
5.2.2 Strategi 2 : Nota Ringkas.
Pada strategi kedua, saya telah memberikan nota ringkas dalam bentuk jadual kepada responden. Jenis jenis kata nama
khas berserta contohnya telah ditunjukkan secara ringkas dalam nota tersebut. Saya terlebih dahulu mengulangkaji nota ini
lima minit sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Refleksi : Murid sudah dapat membezakan antara kata nama khas dengan kata nama am berdasarkan nota jadual
perbandingan. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden tidak boleh mengaplikasikannya ketika menulis ayat.
Contoh nota ringkas :
manusia

Zaidi, Mei Fong,Subramaniam

binatang

Tompok (kucing), Jalak (ayam)

tempat

Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)

bangunan

Puduraya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku

Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)

benda

Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

5.2.3 Strategi 3 : Teknik Bantu Bimbing


Teknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan pengawasan dan bimbingan daripada saya.
Setiap kesalahan yang dilakukan murid ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden dapat
mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan jawapan tersebut. Latihan yang diberikan kepada
responden terdiri daripada berbagai bagai bentuk soalan yang memerlukan murid membetulkan kesalahan ayat yang
menggunakan huruf kecil keseluruhannya. Saya telah menjalankan strategi ini selama empat minggu iaitu pada 28 Mac 2010
hingga 22 April 2010.
Refleksi : Pelaksanaan strategi ini mula menampakkan hasil apabila masuk minggu kedua. Pascaujian yang dijalankan
menunjukkan responden telah berjaya dengan jayanya dalam penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal
kata nama khas.
6.0 Dapatan Kajian
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :
Bil
Nama Murid
praujian
pascaujian
Peningkatan

MUHAMMAAD AIMAN B.
AYOB.
2 MUHAMMAD RAFIQ AMIR
B. RAHIMIN
3 MUHD FATHULHAKIM B.
AB RAHMAN
4 WAN MOHAMAD SAIFUL
NIZAM B. WAH AN
5 WAN ZULKAHAKIM B.
ZULKIFLI
6 NUR AFIQAH SYAZWANI
BT SAMSUDIN
7 NURFADZIELA BT MOHD
RAMZI
8 NURUL HASLINDA BT
ROHAIMI
9 SITI NURALISA FATIRAH
BT ERWAN
10 NIK NOR SHAHIRA BT NIK
AZMAN
MIN PURATA

Markah
( /20)
3

Peratus
(%)
15

Markah
( /20 )
19

Peratus
(%)
95

Markah
( /20 )
16

Peratus
(%)
80

45

17

85

40

45

17

85

40

25

15

75

10

50

14

70

20

100

30

15

75

20

100

25

15

75

19

95

20

35

18

90

11

55

30

16

80

10

50

30

17

85

11

55

8.9

45

17.8

89

8.9

44.5

Penilaian terhadap penguasaan murid dalam menulis kata nama khas dilakukan melalui perbandingan antara praujian dan
pascaujian. Praujian telah diadakan pada 28 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 22 April 2010 . Dapatan data
praujian menunjukkan markah responden berada dalam tahap yang rendah iaitu, kurang daripada 75 %. Walau bagaimanapun
markah responden telah meningkat dengan cemerlang pada pascaujian. Dalam pascaujian semua responden telah
menunjukkan peningkatan yang cemerlang iaitu, memperoleh markah lebih daripada 75%.
Selain itu, analisis menunjukkan min purata bagi praujian ialah sebanyak 45% manakala min purata bagi pascaujian
ialah 89%. Dapatan ini telah menunjukkan peningkatan min purata responden sebanyak 44.5 % . Dapatan peningkatan min

purata dalam ujian pascaujian telah membuktikan bahawa terdapat peningkatan pencapaian setiap murid dalam menulis huruf
besar pada pangkal kata nama khas.
Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.
Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan keseluruhan responden telah mencapai peningkatan kepada tahap
cemerlang pada pascaujian. Ini menunjukkan bahawa semua responden telah berjaya dipulihkan.
7.0 Perbincangan dan Kesimpulan
Hasil analisis ini menunjukkan segala strategi dan usaha yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang membanggakan.
Semua responden yang terlibat berjaya menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan
baik.
Pada pengamatan saya, kekuatan kajian ini terletak pada strategi dan perlaksanaan tindakan yang terancang dan
berkesan. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam
melaksanakan kajian ini, iaitu memberikan lebih banyak peneguhan kepada responden. Peneguhan tersebut berupa hadiah
untuk memberi galakan kepada responden untuk menjawab soalan yang diberikan. Peneguhan ini juga diharapkan dapat
menghilangkan rasa bosan responden untuk mengikuti pembelajaran di sepanjang tempoh pelaksanaan tindakan.
8.0 Cadangan kajian seterusnya
Saya berharap agar kajian tindakan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada para pengkaji bagi menjalankan kajian
tindakan terhadap masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian ini, saya
mendapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil
kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan
menyeronokan.
9.0 Senarai Rujukan
Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa. Jurnal Kajian Pendidikan Guru
Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan
Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran
Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.
Encik Kaparing Tahir ( Ketua ), Encik Jaudin Kontingi, Puan Kuinah @ Erus Sahamin. Diperoleh
April 2, 2010 dari http://ilmu.edublogs.org/
FARIDAH SERAJUL HAQ, NOOREINY MAAROF, RAJA MOHD. FAUZI RAJA MUSA,
Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Diperoleh April 10, 2010
dari http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf.
MADIHAH BT. MUSA. Meningkatkan Kemahiran Murid-murid Tahun 1 Ibnu Sina Dalam Membina
Ayat Mudah Dan Penggunaan Tanda Baca Yang Betul Dalam Matapelajaran Bahasa Inggeris
Melalui Latih Tubi Tatabahasa Diperoleh Mac 30 2010 dari
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15, 2010
http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/
Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15, 2010 dari
http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html

Anda mungkin juga menyukai