Anda di halaman 1dari 11

Al-Quds Weekly News

23February 2015, Issue no 56

20 RIBU BUAH RUMAH DI AL-QUDS MASUK


DALAM SENARAI AKAN DIROBOHKAN

Isu minggu ini :


PERUNTUKAN 300 JUTA SYIKAL UNTUK MENGYAHUDIKAN AL-QUDS
PIHAK BERKUASA ISRAEL MENGGALI
BAWAH TANAH KAWASAN AL-BURAQ
PENDATANG-PENDATANG ISRAEL AKAN MEMBENTUK PASUKAN
MILITAN DI RAS AL-AMUD
KEMENTERIAN LUAR MENGUTUK
SERANGAN YANG DILANCARKAN
OLEH ISRAEL KE ATAS AL-QUDS
DAN TEMPAT-TEMPAT SUCINYA
AMARAN PENGAMBILAN SECARA HARAM KAWASAN DI SEKITAR AL-QUDS UNTUK TUJUAN
PERLUASAN KAWASAN KEPENDUDUKAN
PENERBITAN BAHAGIAN KEDUA
DARI BUKU BIBLIOGRAFI AL-QUDS

Ziyad Al-Hamuri, Pengarah Pusat Hak-Hak Kemasyarakatan Dan Ekonomi Al-Quds berkata, lebih daripada 20 ribu rumah milik keluarga-keluarga Arab Palestin kini siap untuk dirobohkan mengikut akta undang-undang zionis atas dakwaan dibina tanpa permit. Beliau menambah, sesungguhnya permintaan Israel
(jika mereka ingin mendapatkan permit) sangatlah melampau dan tidak masuk akal, kerana mereka harus
menunggu selama 5 hingga 8 tahun dan membayar harga 30 hingga 50 ribu dolar untuk satu-satu permit.
Jentolak milik perbandaran Israel pada hari Selasa (17/2) telah merobohkan dinding rumah milik seorang
penduduk Muhammad Abu Al-Hawa di kejiranan Bukit Zaitun di At-Tur, Kota Lama Jurusalem atas
dakwaan tiada permit dan dibina dalam sempadan mereka.
Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin Wafa + Pusat Berita Palestin
bertarikh 17/2/2015
Issue No 56 // 23 February , 2015

UCAPAN TAHNIAH ATAS PEMBUKAAN IBU PEJABAT BARU DAN


PERANCANGAN UNTUK MENJALINKAN KERJASAMA PADA MASA
AKAN DATANG
100 ORANG KANAK-KANAK DARI
GAZA MENYERTAI LAWATAN SEJARAH KE KOTA AL-QUDS

INFOGRAPH P10

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1

Al-Quds Weekly News

29th July, 2013

Issue No : 54

PERUNTUKAN 300 JUTA SYIKAL UNTUK


MENGYAHUDIKAN AL-QUDS

Menteri Perbandaran Israel Nir Barkat mengumumkan bahawa kerajaan Israel telah memperuntukkan 300 juta syikal
untuk melaksanakan perancangan-perancangan mereka di Al-Quds. 100 juta daripadanya adalah untuk hal ehwal keselamatan sepanjang tempoh 5 tahun akan datang seperti menambah bilangan polis dan pengawal sempadan, dan 200
juta lagi adalah untuk pembinaan infrastruktur.
Barakat menegaskan antara keutamaan mereka juga adalah untuk menukar sukatan kurikulum sekolah-sekolah Palestin, kerana mereka mendakwa bahawa kurikulum mereka lebih bagus dan moden, dan bertepatan dengan apa yang
disifatkan oleh negara yahudi. Tambahnya, Sesungguhnya kami telah pun meluluskan 350 juta syikal untuk menaiktaraf aspek pelancongan dan kebudayaan di Al-Quds yang berasaskan identiti Yahudi.

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 56 // 23 February , 2015

Al-Quds Weekly News

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENGGALI BAWAH TANAH


KAWASAN AL-BURAQ

Pertubuhan Al-Quds Untuk Wakaf Dan Warisan, pada hari Ahad (15/2) berkata bahawa kerajaan Israel dan
anggota-anggota pelaksananya yang diwakili oleh kumpulan yang dinamakan Dana Peti Warisan mengumumkan keinginan mereka membina sebuah bilik kawalan pusat bagi mengawal jana kuasa elektrik khas untuk Rumah Htraws di bawah tanah berdekatan dengan jambatan Umm Al-Banat di bahagian utara Masjid
Al-Aqsa.
Beliau menjelaskan yang pembinaan itu selaras dengan pelan-pelan perancangan mereka. Bilik itu akan dibina
di ruang kosong bawah tanah yang telah pun dikosongkan dengan beberapa operasi penggalian. Pertubuhan
itu juga berkata bahawa penggalian itu telah bermula sejak beberapa minggu akhir-akhir ini. Operasi itu
termasuklah proses membuang tanah-tanah dan batu-batu di tempat itu yang pada asalnya merupakan kesan
tinggalan sebuah bangunan di kejiranan Mugharabah yang mempunyai nilai-nilai sejarah Islam.
Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 15/2/2015

Issue No 56 // 23 February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3

Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PENDATANG-PENDATANG ISRAEL AKAN


MEMBENTUK PASUKAN MILITAN DI RAS AL-AMUD

Sumber Israel pada hari Jumaat (13/2) berkata bahawasanya pendatang-pendatang Israel di Ras Al-Amud
di Al-Quds memutuskan untuk membentuk sebuah pasukan militan terdiri daripada mereka yang pernah
berkhidmat di dalam tentera Israel dan membekalkan mereka dengan senjata, topi keledar, baju kalis
peluru dan kelengkapan-kelengkapan lain untuk menghadapi pelontar-pelontar batu dan bom-bom petrol
di kawasan kependudukan Maaleh Zeitim. Antara tindakan yang akan dijalankan oleh kumpulan ini
adalah menghalang pelontar-pelontar batu dan bom tangan dan menyerahkan mereka kepada pihak polis.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa kewujudan mereka bukanlah di bawah pengawasan atau arahan pihak
polis Israel.
Arieh King, seorang pendatang di Maaleh Zeitim yang juga merupakan anggota Majlis Perbandaran di
Al-Quds berkata bahawa sejak akhir-akhir ini penduduk di kawasan itu menjadi tumpuan serangan batu
dan bom petrol, malah rumahnya sendiri turut dilempar dengan benda-benda itu sepanjang minggu lalu.
Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 14/2/2015

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 56 // 23 February , 2015

Al-Quds Weekly News

KEMENTERIAN LUAR MENGUTUK SERANGAN


YANG DILANCARKAN OLEH ISRAEL KE ATAS
AL-QUDS DAN TEMPAT-TEMPAT SUCINYA

Kementerian Luar Palestin pada hari Rabu (11/2) mengutuk serangan teruk yang dilancarkan oleh kerajaan Israel ke atas Timur Al-Quds dan tempat-tempat suci Islam dan Kristian di situ, begitu juga dengan
agenda pengyahudian Al-Quds yang sedang dilakukan. Pada awalnya, dimulai dengan serangan pelampau-pelampau yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa dengan kerjasama dari pihak polis dan tentera-tentera mereka. Kementerian luar juga memberi amaran akan kesan-kesan perlakuan tidak beradab pihak berkuasa
Israel itu,dan dalam masa yang sama mengecam pendekatan berdiam diri yang diambil oleh masayarakat antarabangsa dan juga Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap jenayah ini yang berlaku
hampir setiap hari di Palestin dan ibu negaranya. Kementerian juga menggesa masyarakat antarabangsa,
kuartet antarabangsa dan Majlis Keselamatan untuk mengenakan hukuman ke atas Israel dan menghentikan agenda kerosakan mereka dengan kadar segera yang mana mereka menyerang negara Palestin,
dan mengyahudikan tempat yang dinamakan C. Seterusnya menyiasat pemimpin-pemimpin Israel yang
bertanggungjawab memutuskan dan melaksanakan agenda pelanggaran secara terang-terangan ini.
Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin Wafa bertarikh 11/2/2015

Issue No 56 // 23 February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5

Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

AMARAN PENGAMBILAN SECARA HARAM


KAWASAN DI SEKITAR AL-QUDS UNTUK TUJUAN
PERLUASAN KAWASAN KEPENDUDUKAN

Pemimpin Majlis Tempatan Abu Dis, Adil Solah memberi amaran akan bahaya pelaksanaan berterusan
pelan-pelan kependudukan Israel di Al-Quds, yang akan menambah luaskan kawasan-kawasan jajahan
mereka lebih-lebih lagi di sekitar Al-Quds. Beliau pada hari Rabu (11/2), turut menambah bahawa pihak Israel akan sentiasa meningkatkan kadar operasi mereka untuk menguasai tanah-tanah Palestin di
kawasan-kawasan seperti Abu Dis, Betania, Sawahrah, Anata, kampung-kampung dan bandar-bandar
sekitar Al-Quds.
Katanya lagi, pelan-pelan israel sejak akhir-akhir ini adalah untuk memaksa arab-arab badwi supaya keluar dari kawasan mereka di sekeliling Al-Quds itu dan berkumpul di satu tempat di bahagian timur Abu
Dis. Ini merupakan permulaan kepada agenda mereka yang ingin mengambil puluhan ribu ekar tanah lagi
untuk meluaskan kawasan kependudukan dan pembinaan bangunan mereka termasuklah projek E1 dan
20-20 yang bertujuan mencapai sasaran dalam pelan yang dinamakan The Greater Jurusalem.
Beliau menjelaskan yang kawasan Abu Dis pada asalnya memiliki hampir 35000 ekar tanah, tapi telah
diambil oleh Israel dengan perintah tentera sebanyak 30000 ekar di bahagian timur dan didirikan tembok
pemisah di antaranya dengan barat. Jadi berbaki 4380 ekar yang dibenarkan untuk dibina rumah-rumah
disitu, dengan bilangan penduduk yang mencecah 18000 orang, ditambah dengan pelajar Universiti AlQuds seramai 13000 orang, dan kini pihak Israel merancang untuk meletakkan 10000 arab badwi tadi
juga di kawasan itu.
Sumber: Sumber Berita Palestin Bertarikh 11/2/2015

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 56 // 23 February , 2015

Al-Quds Weekly News

PENERBITAN BAHAGIAN KEDUA DARI BUKU


BIBLIOGRAFI AL-QUDS

Pertubuhan Islam Untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan Dan Kebudayaan (ISESCO) dengan kerjasama
Jawatankuasa Diraja untuk Hal Ehwal Jurusalem di Jordan menerbitkan bahagian kedua dari buku Bibliogra Al-Quds dalam 2 jilid. Jilid pertama mengandungi nama 1585 orang pengarang dan yang kedua
pula mengandungi 947 nama lagi.
Buku ini secara keseluruhannya memiliki 3 bahagian, yang pertama menyimpan nama semua buku-buku
dan rujukan-rujukan yang terdapat di perpustakaan- perpustakaan dan universiti- universiti di Palestin
dan Jordan. Bahagian kedua pula mengkhususkan buku-buku dan rujukan-rujukan yang terdapat di perpustakaan dan universiti-universiti di semua negara-negara Arab dan Islam, manakala bahagian ketiga
khusus untuk kitab-kitab dan rujukan-rujukan yang berada di perpustakaan dan universiti-universiti di
negara-negara asing di luar kerajaan Arab dan Islam.
Seperti yang kita tahu, buku ini merupakan sebuah projek akademik dan tamadun yang bertujuan mengira dan mengumpul semua maklumat-maklumat berkaitan buku-buku, pengarang-pengarang, rujukanrujukan yang berbagai jenis tetapi mempunyai kaitan dengan isu-isu Al-Quds samada dari sudut politik,
sejarah, masyarakat, dan agama yang berada dalam perpustakaan dan universiti di seluruh dunia.
Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 12/2/2015

Issue No 56 // 23 February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7

Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

UCAPAN TAHNIAH ATAS PEMBUKAAN IBU PEJABAT


BARU DAN PERANCANGAN UNTUK MENJALINKAN
KERJASAMA PADA MASA AKAN DATANG

Pada hari ini, delegasi dari Yayasan Al-Quds Malaysia yang diwakili oleh pengarahnya Muhammad Syarif Amin Abu Shamalah
bersama beberapa orang ahli pengurusannya telah bertemu dengan
pengarah pertubuhan My Care,
Dr Hadzi Mohd Noor dan beberapa orang pengurus pertubuhan-pertubuhan yang bernaung
di bawahnya. Pertemuan itu telah
diadakan di ibu pejabat baru My
Care di Selangor. Antara agenda
pertemuan itu adalah penyerahan
plak kepada Dr Hadzi beserta
ucapan tahniah atas pembukaan
ibu pejabat baru mereka dan anugerah yang diterima olehnya
pada sambutan maulidurrasul baru-baru ini. Abu Shamalah juga menyampaikan plak dari Yayasan AlQuds Antarabangsa yang berpusat di Beirut kepada Dr Hadzi yang memainkan peranan penting terhadap isu Palestin terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pertemuan itu juga turut membincangkan tentang beberapa perkara dan isu yang akhirnya mencapai kata
sepakat untuk meneruskan lagi pertemuan-pertemuan seperti ini dalam usaha kerjasama bagi beberapa
program di masa akan datang. Turut dibahaskan adalah pencapaian dan keberkesanan kempen Selamatkan Al-Quds. Dr Tengku Syahidan mewakili pertubuhan My Care telah membentangkan gerak kerja
pertubuhan mereka dari sudut tujuan, keutamaan, beberapa projek mereka dan perancangan-perancangan
akan datang.
Delegasi kedua-dua pertubuhan juga berbincang mengenai cara-cara untuk menjalinkan hubungan dan
kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang turut terlibat dalam bantuan kemanusiaan, dan
cara-cara untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia yang muslim dan non-muslim tentang isu sebenar
yang berlaku di Al-Quds iaitu isu kenegaraan dan keadilan,percubaan Israel untuk merampas Al-Quds,
percubaan mengyahudikan Masjid Al-Aqsa dan membahagi-bahagikannya di antara rakyat Palestin dan
Israel, seterusnya menunjukkan kepada rakyat apakah usaha dan cara yang betul yang boleh mereka
lakukan untuk membantu pembebasan palestin.
Antara yang bergabung dengan My Care akhir-akhir ini adalah pertubuhan Aqsa Syarif, pertubuhan
i4syria, pertubuhan rose2rose, pertubuhan PACE, pertubuhan NICE, dan pertubuhan Salam Iraq
yang bersatu dalam usaha menjalankan perancangan-perancangan yang telah disusun.
Sumber: QFM

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 56 // 23 February , 2015

Al-Quds Weekly News

100 ORANG KANAK-KANAK DARI GAZA MENYERTAI


LAWATAN SEJARAH KE KOTA AL-QUDS

Pada hari Selasa (17/2), seramai 100 orang kanak-kanak dari Gaza, telah bergerak menuju ke Kota AlQuds dalam lawatan sejarah ke kota itu. Lawatan itu merupakan kejayaan yang bertitik tolak dari kempen
Saya Mahu Hak Saya Untuk Bersolat Di Al-Quds. Penyelaras program lawatan Raed Musa berkata,
sesungguhnya lawatan ini merupakan yang pertama seumpamanya sejak hampir 2 dekad. Ia merupakan
kejayaan atas usaha gigih mereka sepanjang 2 tahun bagi merebut peluang untuk sampai ke bahagian lain
negara mereka. Tambahnya lagi, Perdana Menteri Mahmud Abbas merupakan penyokong kuat usaha ini
untuk merebut peluang menziarahi Al-Quds dan dia juga merupakan orang penting dalam memudahkan
urusan ziarah kanak-kanak ini ke sana. Musa juga berkata bahawa kanak-kanak ini akan berada di sana
selama 3 hari untuk mengenali tempat-tempat pelancongan, agama, dan sejarah yang selama ini hanya
dapat dilihat melalui kaca televisyen sahaja.
Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin Wafa Bertarikh 17/2/2015

Issue No 56 // 23 February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9

Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 56 // 23 February , 2015

Al-Quds Weekly News

Issue No 56 // 23 February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG |

11

Anda mungkin juga menyukai