Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PELANCARAN

BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
22 JULAI 2013 (ISNIN, JAM 7.30 PAGI)

1.

PENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Musa Bin Abdullah,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.
2.

NYANYIAN LAGU

(Lagu , apabila selesai hadirin dipersilakan duduk)


3.

BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dengan Limpah Kurnianya
Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat
Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan
Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Majlis mempersilakan Saudara Muhd Amirul Arif Bin Agus Salem untuk tampil
seketika memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.

(APABILA SELESAI DOA)


Terima kasih diucapkan kepada . Saudara Muhd Amirul Arif Bin Agus Salem
atas bacaan doa sebentar tadi.
4.

KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

- Yang berbahagia Tn Hj Musa Bin Abdullah,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
- Yang Berusaha Dr Mahender Singh A/L Nahar Singh,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
- Yang Berusaha En.Ahmad Badarudin Bin Shekh Osman
Ketua Penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan
Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah kanan, Pensyarah Cemerlang, Para
Pensyarah, Barisan Kepimpinan Perwakilan Pelajar seterusnya Siswa
Pendidik Sekalian.
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sirih pinang di dalam puan,


Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan;
Selamat datang kami ucapkan,
Buat tuan puan budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.

Hadirin yang dihormati,


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izinNya dapat kita mengadakan Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis

mengalu-alukan kehadiran Yang

berbahagia Tn Hj Musa Bin Abdullah Pengarah Institut Pendidikan Guru


Kampus Raja Melewar serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman semua sambutan bulan kemerdekaan ini diadakan bertujuan


sebagai pendorong kepada siswa pendidik untuk menggerakkan Negara
Malaysia lebih maju ke hadapan selain memberi inisiatif kepada warga
kampus untuk menjana transformasi kearah melahirkan masyarakat yang
maju dan bersatu padu antara semua kaum.

5.

UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGARAH

Hadirin yang dihormati,


Segala bicara sama dinanti,
Rintihan hati sama diselami,
Bisikan nurani sama difahami,
Luahan azimat sama didengari.

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan perasmian
dan Gimik Pelancaran, Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Musa Bin Abdullah,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.
(Selesai Ucapan dan Gimik, Majlis Mengucapkan Terima Kasih)

6.

NYANYIAN LAGU RASMI

Majlis Diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagi rasmi iaitu lagu
1.____________________________
2.____________________________
3.____________________________
Oleh itu, hadirin dipohon berdiri.
(Selesai Hadirin dipersilakan duduk)
7

PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan,


Maka sempurnalah sudah Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar bagi tahin 2013 . Kerjasama
yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan majlis ini amat dihargai .
Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
berbahagia Tuan Haji Musa Bin Abdullah Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar.

Banyak kelok ke penarik,


Kelok tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan buruk tinggalkan di sini.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari
tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika.
Sekian,

wabillahitaufik

walhidayah

wassamualaikum

warahmatullahi

wabarakatuh.

Mengumumkan Perarakan Keluar Yang Berbahagia Tuan Haji Musa Bin


Abdullah Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar .

Anda mungkin juga menyukai