Anda di halaman 1dari 5

Tinjauan analisis kt

1.1

Tinjauan dan analisis masalah

Sekolah merupakan sebuah institusi yang perlu dibekalkan dengan kelengkapan dari segi
prasarana dan infrastruktur yang mencukupi bagi memastikan penyampaian ilmu dapat
dilaksanakan dengan lancar tanpa halangan atau gangguan. Pendidikan Jasmani
merupakan bidang yang sering dianaktirikan di sekolah-sekolah kerana kebanyakan
pentadbiran sekolah mementingkan perkembangan akademik berbanding bidang sukan.
Oleh sebab itu, alatan untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah tidak
diberi perhatiam sepenuhnya. Stor Pendidikan Jasmani hanya dibekal dengan alatan
untuk permainan seperti bola sepak, bola baling, bola jaring dan alatan-alatan olahraga.
Alatan ini boleh digunakan untuk perlaksanaan permainan yang dirancang semasa kelas
Pendidikan Jasmani namun ia kurang sesuai. Ini kerana penggunaan alatan yang tidak
sesuai mampu meningkatkan risiko untuk murid mendapat kecederaan-kecederaan kecil.
Akhirnya, murid menjadi takut untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang
dirancang oleh guru.
Berpandukan kepada konsep Teaching Games ForUnderstanding (TGFU)yang
diperkenalkan oleh Bunker and Thorpe (1982). Mereka mencadangkan pengajaran
Pendidikan Jasmani dilaksanakan menerusi penciptaan permainan-permainan kecil yang
menerapkankemahiran yang ingin diajar dalam permainan yang dilaksanakan. Murid
tidak diajar sesuatu kemahiran itu secara terus sebagaimana kaedah-kaedah tradisional
tetapi mereka akan memahami kemahiran yang diajar setelah malakukannya permainan-

permainan tertentu. Di sini timbul masalah yang melibatkan perancangan aktiviti kerana
sumber alatan yang terhad. Sekaligus menjadikan aktiviti yang dirancang kurang berjaya
memotivasikan murid untuk meyertainya. Ini kerana, penciptaan aktiviti memerlukan
guru mengambil kira faktor keselamatan murid serta alatan yang dimiliki. Selain itu,
penggunaan alatan yang samadalam setiap permainan akan mengakibatkan permainan
tersebut kelihatan kurang menarik.
Dalam interaksi pengajaran yang lalu, saya telah melaksanakan aktiviti permainan
kategori serangan dengan penggunaan alatan bola dan tin. Aktiviti ini merupakan sebuah
aktiviti permainan tradisional yang sering dimainkan oleh kanak-kanak pada zaman
dahulu. Perlaksanaan aktiviti ini menumpukan kepada komponen kecergasan iaitu masa
tindak balas murid untuk mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak
lawan. Dalam masa yang sama, mereka akan cuba menyusun tin untuk menyelesaikan
misi yang telah ditetapkan. Pada peringkat awal, murid bermain dengan baik tanpa
sebarang masalah sehinggalah berlaku konflik diantara mereka. Terdapat murid yang
mengadu mengalami kesakitan dan kecederaan kecil apabila menerima atau terkena bola
yang dibaling. Hal ini sekaligus menjadikan keadaan permainan tidak menarik dan
mengakibatkan murid tidak mahu bermain kerana takut sakit sekiranya terkena bola. Ini
kerana berlaku kerana sifat bola baling yang keras. Hal yang sama juga terjadi sekiranya
penggunaan bola baling ditukar dengan penggunaan bola getah.

Selain itu, penggunaan tin yang sedikit menyebabkan misi untuk menyusun
menjadi mudah dan kurang mencabar. Ini kerana, guru tidak mempunyai masa yang

mencukupi untuk mengumpul bilangan tin yang banyak selain daripada masalah
membawa tin-tin tersebut ke sekolah kerana jumlahnya yang banyak. Keadaan ini
menyebabkan peluang untuk kedua-kedua pasukan bertukar peranan agak tipis seterusnya
mengakibatkan pasukan yang menyerang menjadi bosan serta hilang minat untuk
meneruskan permainan. Oleh sebab itu, saya memfokuskan kajian ini kepada
pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani. Alatan yang digunakan memainkan peranan penting bagi
memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam suasana yang
riang dan ceria. Penggunaan alatan yang tidak sesuai akan menimbulkan pelbagai konflik
yang membawa kepada kesan-kesan yang negatif terutamanya penglibatan murid dalam
aktiviti dan meminimakan pencapaian objektif pengajaran. Guru hanya perlu
menggunakan kreativiti yang dimiliki untuk melakukan sedikit pengubahsuaian pada
alatan dari segi penggunaan bahan, bentuk, saiz dan sebagainya. Ia bertujuanmemastikan
alatan tersebut bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksananakan seterusnya mampu
meningkatkan minat murid untuk menyertai aktiviti tersebut dan menangani sebarang
masalah yang timbul.
Keadaan ini dapat dikenal pasti secara kasar menerusi pemerhatian yang
dilakukan semasa aktiviti berlangsung. Keseronokan individu ketika bermain akan
diluahkan menerusi beberapa cara iaitu mimik muka yang ditonjolkan, bunyi suara yang
bergelak ketawa serta komunikasi yang wujud di antara murid, pergerakan individu
semasa melakukan aktiviti dan sebagainya. Dengan memerhatikan beberapa ciri ini, saya
dapat membuat kesimpulan awal berkaitan tahap aktiviti yang dilaksanakan sama ada
berjaya atau tidak. Selain itu, reaksi murid di peringkat awal juga dapat dilihat sewaktu

penerangan aktiviti sama ada mereka berminat atau tidak. Sesi bersoal jawab dengan
soalan ringkas di bahagian penutup dapat memberikan maklumat penting kepada saya
dalam mengetahui pandangan murid berkaitan aktiviti yang dilaksanakan sama ada
mereka berminat atau tidak.
2.

KEPENTINGAN KAJIAN
Penglibatan murid merupakan salah satu faktor yang menentukan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Jenis aktiviti, alatan dan suasana kelas
menjadi di antara faktor yang menyumbang kepada penglibatan murid di dalam sesebuah
aktiviti. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa pengubahsuaian alatan dapat
memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Kajian ini dapat
membantu pengkaji untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran yang sedia ada dengan
menjadikan alatan sebagai pemangkin motivasi murid untuk bermain bukan sebaliknya. Selain
itu, ia membuka peluang kepada pengkaji untuk meneroka dunia kanak-kanak dengan lebih
mendalam. Penerokaan ini dapat memberi input yang penting kepada pengkaji berkaitan dunia
kanak-kanak iaitu apa kemahuan mereka, apa yang diminati mereka dan sebagainya. Hal ini
sekaligus membantu pengkaji untuk mencipta permainan dan alatan yang berkesan berdasarkan
minat dan keperluan murid.
Kajian ini membuka peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti permainan yang
menarik dengan penggunaan alatan yang berkesan tanpa rasa takut kepada kecederaan yang
disebabkan oleh alatan. Ini kerana pengubahsuaian alatan akan mengambilkira beberapa faktor
penting terutamanya keberkesanan kepada aktiviti pengajaran serta keselamatan kepada murid
bagi memastikan keseronokan bermain dapat dicapai tanpa halangan. Selain itu, golongan guru

akan lebih berfikiran kreatif untuk mencipta alatan yang berkesan dan selamat bagi memastikan
perlaksanaan aktiviti berjalana lancar dan mencapai objektif pengajaran. Secara tidak langsung,
alatan di stor Pendidikan Jasmani akan bertambah dari masa ke semasa dengan pelbagai jenis
alatan yang telah diubahsuai dengan pengeluaran kos yang lebih kecil.
3.

DEFINISI ISTILAH

Pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani. Menurut Kamus Edisi Pelajar, ubah bermaksud perubahan daripada rupa
atau warna yang asal, menjadikan berbeza daripada yang semula. Ubahsuai pula bermaksud
membuat perubahan dan sebagainya pada sesuatu supaya menjadi sesuai dgn sesuatu keadaan,
keperluan, kegunaan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan alat
didefinasikan sebagai benda yang dipakai untuk mengerjakan sesuatu (Kamus Besar Indonesia).
Secara umumnya, pengubahsuain alatan ini melibatkan daya usaha pemikiran yang
kreatif untuk menghasilkan alatan yang lebih baik daripada alatan yang sebelumnya.
Pengubahsuaian ini dilakukan secara keseluruhan atau mengikut beberapa elemen yang
dikehendaki sahaja pada sesebuah alatan. Iamelibatkan perubahan bentuk, warna, saiz, bahan
yang digunakan dan sebagainya. Pengubahsuian alatan ini bertujuan untuk memenuhi kehendak
aktiviti yang dirancang.dalam memastikan murid berminat serta bermotivasi untuk bermain
dengan menggunakan alatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai