Anda di halaman 1dari 3

Akta OKU

Bincangkan akta-akta perundangan yang berkaitan dengan pendidikan khas/orang kurang


upaya(OKU), kelemahan-kelemahannya dan strategi untuk mengatasi kelemahan tersebut.
Di Malaysia hak orang kurang upaya bergantung kepada akta yang digubal pada tahun
2007 iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008. Akta ini banyak diambil pengisiannya dari
undang-undang OKU Negara barat yang boleh dikatakan sempurna sehingga menjadikannya
sebagai tanda aras dalam pembinaan undang-undang berkaitan OKU bagi seluruh dunia.
Dalam Akta Orang Kurang Upaya ini terdapat 5 bahagian yang dibina untuk mendedahkan
tentang pengenalan kepada kekurangupayaan, anggota dan fungsi Majlis Kebangsaan bagi
Orang Kurang Upaya yang berperanan untuk menjaga kepentingan OKU, pendaftaran OKU
dan pihak yang terlibat dengan OKU, penggalakan dan pembangunan kualiti hidup dan
kesejahteraan OKU yang dibahagikan kepada beberapa bab dan bahagian ke 5 adalah
berkaitan dengan perkara-perkara am.
Pembelaan terhadap OKU di Malaysia kebanyakannya adalah sekadar dokumen yang tertulis
di atas kertas. Akta ini jika dilaksanakan akan membawa kepada hampir keseluruhan hak dan
keperluan OKU dalam menjalani kehidupan yang selesa dapat dipenuhi. Malangnya seperti
yang dikaatakan akta ini hanyalah tulisan-tulisan yang terdapat di dakam sebuah dokumen,ia
tidak diimplimentasi dalam memenuhi keperluan OKU yang akhirnya menyebabkan hidup
OKU tidak terbela dan semakin melarat bagai sudah jatuh ditimpa tangga.
Akta ini dibina bagi manyatakan bahawa golongan OKU mempunyai hak dan peluang yang
sama seperti orang yang tipikal serta keterbolehan untuk terlibat secara penuh dalam sesebuah
masyarakat. Namun realiti yang terjadi hanyalah indah khabar dari rupa. Hak dan peluang
untuk mereka seolah-olah diketepikan dengan sewenang-wenangnya seakan akta ini tidak
pernah diwujudkan. Tambahan lagi, dalam bahagian 3 yang menyatakan tentang pendaftaran
adalah dilakukan untuk merancang program pendidikan serta menyediakan kemudahan yang
sesuai dengan ketidakupayaan yang golongan mereka alami adalah rancangan semata-mata
menyebabkan usaha ke arah itu tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya. Banyak lagi programprogram yang lompong, tidak strategic dan kemudahan yang disediakan pula adalah sedikit,
terhad dan tidak mengikut kepada jenis ketidakupayaan yang mereka alami terutamanya bagi
pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah.
Sebagai bukti, masih ramai golongan OKU yang sepatutnya mendapat pendidikan tetapi telah
ketinggalan akibat kehadiran mereka ditolak dari mengikuti pembelajaran di sekolah oleh
pihak pentadbir. Mereka beranggapan mereka ini cacat, lembap dan tidak mampu untuk
melakukan tugasan pembelajaran dan mereka bimbang golongan ini akan menyebabkan
prestasi sekolah mereka akan menurun sehingga menjatuhkan imej sekolah dan nama
pentadbirnya. Oleh itu, jelaslah hak kebolehaksesan OKU kepada pendidikan tidak berupaya
untuk dipenuhi oleh pihak yang terlibat dan tiada kepentingan utama kepada pembinaan Dasar
Pendidikan Wajib 2002 dan pendidikan untuk semua.

Selain itu, bahagian penyediaan kemudahan untuk golongan ini juga tidak dipenuhi. Perkara
ini bertentangan dengan kenyataan kebolehaksesan kepada kemudahan, ameniti,
perkhidmatan dan bangunan awam serta pengangkutan awam. Kenyataan bahawa setiap
bangunan yang dibina mestilah mempunyai ciri mesra OKU agar golongan ini mudah
mengakses kepada tempat-tempat yang ingin dijejaki dan pihak yang menyediakan harus
mengambil langkah yang perlu untuk memastikan kemudahan dan perkhidmatan memenuhi
reka bentuk untuk mudah di akses. Walubagaimanapun, masih banyak kekurangan
kemudahan yang mempunyai ciri mudah diakses untuk golongan OKU yang menyebabkan
mobiliti mereka terbatas sehingga menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti seperti
belajar dan memasuki alam pekerjaan. Kekurangan ini akhirnya menjadi faktor kepada
majikan untuk menolak dan tidak menerima OKU untuk berkerja di premis perniagaan
mereka. Mereka tidak mahu mengambil risiko dengan membuat anggapan golongan ini akan
menyusahkan orang lain dan menurunkan prestasi syarikat.
Di Malaysia, sehingga Oktober 2011, terdapat 331,661 OKU yang telah didaftarkan namun
jumlah keseluruhan dianggarkan jumlah golongan OKU adalah seramai 4.2 juta orang.
Daripada jumlah ini hanya satu peratus peluang pekerjaan disediakan untuk mereka. Jadi
bagaimana jumlah yang selebihnya ingin mencari pendapatan bagi menyara diri?. Fenomena
ini jelas menunjukkan bahawa hak dan peluang sama rata serta pengiktirafan kebolehaksesan
kepada pekerjaan dalam Akta OKU 2008 didiskriminasi oleh pihak-pihak yang terlibat.
Dalam hak OKU untuk mengakses kepada pekerjaan juga ada menyatakan bahawa pihak
yang bertanggungjawab terhadap OKU hendaklah melindungi hak OKU. Malangnya seperti
mengharapkan pegar, pegar makan padi kerana terdapat majikan yang mengambil peluang
dan mendiskriminasi hak OKU dengan pemberian gaji yang sedikit kepada mereka dengan
anggapan mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir kehilangan tempat mencari
sumber pendapatan. Lebih menyedihkan apabila orang yang sepatutnya bertanggungjawab
membela OKU sanggup mengambil kesempatan dengan melepaskan nafsu serakah terhadap
golongan ini dan si pelaku pula tidak dikenakan hukuman yang sepatutnya seolah-olah pihak
yang seharusnya menyelesaikan masalah ini buta mata dan hatinya yang tidak mengetahui
akan hak dan tidak berperikemanusiaan sehingga keluarga OKU pula yang diarah menarik
tuduhan.
Termaktub di dalam akta OKU mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan untuk
golongan ini seperti bantuan alat tiruan dan pendaftaran. Permulaannya perkhidmatan ini
bertujuan untuk membantu agar mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan serta
melahirkan masyarakat yang produktif. Ironinya apabila ramai OKU yang tidak diterima
bekerja, mereka terutamanya yang mengalami masalah penglihatan mengambil langkah untuk
menjual tisu dikaki-kaki lima pula dicekup oleh polis. Jadi bagaimana lagi mereka harus
berusaha untuk menyara hidup? Bolehkah masyarakat OKU yang produktif dilahirkan jika
beginilah situasinya? Kejadian-kejadian ini menunjukkan bahawa kehidupan OKU tersisih
dari kehidupan bermasyarakat, menerima arus pembangunan dan persamaan hak seperti yang
nyata diwartakan di dalam akta yang digubal.

Dari segi pendidikan tahap awal, Dasar Orang Kurang Upaya ada menggariskan menerusi
strategi melalui kesihatan dan sokongan kanak-kanak kurang upaya untuk meningkatkan
perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal,
memantapkan mekanisma perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU
dan mengutamakan kepentingan terbaik untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap
program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU. Tetapi dalam keadaan
sebenar yang berlaku di Malaysia sistem pendidikan dan program intervensi yang ada masih
belum mantap dan terlalu lemah menyebabkan golongan OKU tidak mendapat manfaat yang
mantap.
Justeru sudah terang lagi bersuluh bahawa walaupun terdapat akta perundangan yang mantap
namun jika tidak dilaksanakan dan diambil perhatian dalam perlaksanaannya maka hancur
leburlah segala apa yang dirancang dan kehidupan OKU akan terus-terusan terhimpit dan
tersepit.
Oleh yang demikian, pemilihan pihak-pihak yang terlibat dengan kerja-kerja untuk membela
nasib OKU haruslah diberi perhatian tinggi kerana hanya mereka yang betul-betul layak,
mempunyai jiwa membela, mempunyai kaitan dengan orang yang mengalami
kekurangupayaan dan dapat merasai kepayahan yang harus ditanggung oleh OKU sahaja yang
akan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan usaha untuk memenuhi keperluan kehidupan
OKU. Hal ini seterusnya membawa kepada pembelaan hak OKU yang sepatutnya yang
akhirnya membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang sejahtera seolah-olah tidak terasa
akan kekurangan yang ditanggung.
Selain itu, ibu bapa dan masyarakat perlu mempunyai kesedaran akan hak-hak yang
sepatutnya dipunyai oleh OKU. Memandangkan semua manusia yang diciptakan Ilahi
termasuk mereka yang berkeperluan khas dibekalkan dengan potensi diri yang pelbagai maka
adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk merealisasikan agar OKU dapat menjalani
kehidupan dengan berbekalkan potensi yang dimiliki dengan seoptimum yang boleh.
Perkataan dan perbuatan diskriminasi itu harus dihapus dan dilenyapkan dalam memenuhi
keperluan OKU.
Dalam masa yang terdekat dapat dilihat contoh untuk mengatasi kelemahan akta berkaitan
OKU, OKU yang mempunyai kesedaran itu sendiri bangkit untuk menegakkan hak yang
sepatutnya mereka miliki. Walaupun terlihat kejanggalan dalam perlaksanaan akta dari
peringkat atasan, namun ketegasan dan kesungguhan golongan OKU dalam usaha
menegakkan hak mereka demi mengecapi hidup yang lebih sempurna akan membuka mata
semua pihak mengenai hak OKU yang harus dikembalikan dan insya Allah akan berhasil.

Anda mungkin juga menyukai