Anda di halaman 1dari 24

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Oleh:
Dzulizzi Bin Hj. Sabuti

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk


Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Pembangunan Sumber Manusia)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

ii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,
Syukur dan segala puji-pujian ke hadrat Hahl kerana dengan limpah dan kurniaNya
saya dapat menyiapkan kajian saya ini. Berkat kesabaran dan kegigihan, akhirnya
saya dapat menyempurnakan kajian ini. Semuanya adalah dengan keberkatan dan izin
dari Allah S.W.T
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada
penyelia saya iaitu Encik Abg Izhar Bin Abg Ahmad kerana banyak memberi nasihat
dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan kajian ini. Walaupun sibuk
dengan tugasan harlan, beliau tetap mempunyai masa untuk bersama saya bagi
melengkapkan kajian ini.
Saya amat terhutang budi kepada Jabatan Ketua Menteri (JKM) Kuching dan
Lembaga Kemajuan Bintulu (LKB) Sarawak kerana memeberi saya peluang untuk
menjalankan kajian saya di kedua-dua organisasi tersebut. Kakitangan di kedua-dua
organisasi tersebut juga telah banyak memberi kerjasama kepada saya dati sudut
maklumat dan data kajian.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada ayahanda tersayang, Encik Hj.
Sabuti Bin Hj. Seruji dan bonda tercinta Puan Hjh. Nili @ Laili Binti Hj. Dan yang
banyak memberikan sokongan moral dan sumber kewangan serta terima kasih juga
saya ucapkan kepada adik-beradik saya yang banyak memberi galakan kepada saya
untuk menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah, rakan
rakan di UNIMAS serta individu yang telah banyak membantu dalam
menyempurnakan kajian ini. Kajian ini tidak dapat dilengkapkan dengan
sempurnanya tanpa bantuan, bimbingan dan nasihat darlpada individu-individu yang
terlibat secara lang sung mahupun tidak langsung.
Akhiml-kalam, sesungguhnya perkara yang sempurna datang daripada Allah S.W.T.
dan segala kekurangan adalah kelemahan yang disandarkan kepada diri saya sendiri.
Sekian.
Terima kasih. Wassalam.

iv

Pusat Kh'dmat Miiklmnat .'-dGlur:mik


UNIVERSITI MALAYSiA SAKAWAK

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan
JadualICandungan
Senarai Rajah
Senarai Jadual

iv
v

vii

ix

xi

Abstrak
Abstract

xii

BAD 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 PemyataanMasalah
1.3 ObjektifKajian
1.3.10bjektifUmum
1.3.20bjektifKhusus
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Hipotesis Kajian
1.6 Kerangka Konseptual
1. 7 Jadual K'\iian
1.8 Kepentingan Kajian
1.8.1 Pihak Pengurusan
1.8.2 Pekerja
1.8.3 Pengkaji
1.9 Batasan Kajian
1.10 Istilah Dan Definisi
1.10.1 Tekanan
1.10.2 Kekaburan Peranan
1.10.3 Konflik
1.10.4 Prestasi Kerja
1.10.5 Beban Tugas
1.10.6 Ketidakpuasan Terhadap Kerja
1.11 Kesimpulan

10

10

10

11

11

11

12

13

13

13

14

14

15

15

16

BAD 2 SOROTAN:KAJIAN LEPAS


2.1 Pengenalan
2.2 Tekanan Kerja
2.3 Model-model Tekanan
2.3.1 Model Stress Cooper (1988)
2.3.2 Model Punca Tekanan

17

17

18

18

19

2.4 Faktor-faktor Yang Menebabkan Tekanan Kerja dan

Hubungannya Terhadap Prestasi Kerja


2.4.1 Kekaburan Peranan
2.4.2 Konflik Peranan
2.4.3 Behan Tugas
2.4.4 Ketidakpuasan Terhadap Kerja
2.5 Teoti-teoti Yang Berkaitan
a) Teoti General Adaption Syndrome (GAS)
b) Teoti Expectancy
c) Teoti Keadilan (Equity Theory)
d) Teoti Dua Faktor Herzberg
2.6 Kerangka Konseptual Kajian
2.7 Kesimpulan

20

20

23

25

28

29

29

31

33

34

36

37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian
3.3.1 Populasi
3.3.2 Sampel Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Istrumen
3.6 Kajian Rintis
3.7 Proses Pengumpulan Data
3.8 Penganalisan Data
a) Analisa Deskriptif
b) Kolerasi Pearson
c) Regressif Berganda
3.9 Kesimpulan

38

39

39

39

40

42

46

46

47

48

48

48

49

49

BAB 4 DAPAT AN DAN PERBINCANGAN KAJIAN


4.0 Pengenalan
4.1 Keputusan Pengedaran Borang Soal Selidik
4.2 Analisa Citi-citi Demografi Responden
4.2.1 Umur
4.2.2 Status
4.2.3 Agama
4.2.4 Jantina
4.2.5 Bangsa
4.2.6 Pencapaian Akademik Tertinggi
4.2.7 Tempoh Perkhidmatan
4.2.8 Pendapatan

vi

50

51

51

52

53

54

54

55

56

57

58

4.3 Kajian Rintis

4.3.1 Bahagian B
4.3.2 Bahagian C
4.3.3 Bahagian D
4.3.4 Bahagian E
4.3.5 Bahagian F
4.4 Analisis Terhadap Hipotesis
4.4.1 Kolerasi Pearson
4.4.2 Ujian Regrasi Berganda
4.5 Hasil Semua Pengujian Hipotesis Yang Dibuat
4.6 Kesimpulan

58

59

60

60

61

61

62

62

68

71

71

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN


5.0 Pengenalan

72

72

5.1 Rumusan Kajian


5.2 Cadangan
5.2.1 Organisasi
5.2.2 Pengamal Sumber Manusia
5.2.3 Pengkaji Akan Datang
5.3 Kesimpulan Kajian

74

74

75

76

77

RUJUKAN
APPENDIKS

78

82

vii

SENARAI RAJAH

Rajah 1

10

Kerangka konseptual

Rajah 2

10

Jadual Kajian

Rajah 3

18

Model Stress Cooper

Rajah 4

19

Model Punca Tekanan

Rajah 5

29

Teori General Adaption Syndrome (GAS)

Rajah 6

31

Teori Expectancy

Rajah 7

36

Kerangka Konseptual Kajian

viii

SENARAI JADUAL

Jaduall
Jadual Penentuan 8aiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970)

41

Jadua12
Hubungan Kekaburan Peranan Terhadap Prestasi Pekerja

43

Jadua13
Hubungan Konflik Peranan Terhadap Prestasi Pekerja

43

Jadua14
Hubungan Beban Tugas Terhadap Prestasi Pekerja

44

Jadua15
Hubungan Ketidakpuasan Kerja Terhadap Prestasi- Pekerja

45

Jadual6
Prestsi Pekerja

45

Jadua17
Tafsiran Kolerasi Pearson

49

Jadua18
Umur

52

Jadua19
Status
JaduallO

53

Agama

54

Jadualll
Jantina

54

Jadual12
Bangsa

55

Jadual13
Pencapaian Akademik Tertinggi

56

Jadual14
Tempoh Perkhidmatan

57

ix

Jadual15
Pendapatan

58

Jadua116
Bahagian B: Kekaburan Peranan

59

Jadua117
Bahagian C : Konflik Peranan

60

Jadual18
Bahagian D : Beban Tugas

60

Jadua119
Bahagian E : Ketidakpuasan Terhadap Kerja

61

Jadua120
Bahagian F : Prestasi Pekerja

61

Jadua121
Hubungan di antara Kekaburan Peranan dengan Prestasi Pekerja

62

Jadua122
Hubungan di antara Konflik Peranan dengan Prestasi Pekerja

63

Jadua123
Hubungan diantara Beban Tugas dengan Prestasi Pekerja

65

Jadual24
Hubungan di antara Ketidakpuasan Terhadap kerja dengan Prestasi Pekerja

66

Jadual25
Model Summary

68

Jadua126
ANOVA

69

Jadual27
69

Coefficients

Jadua128
Faktor YangPaling Dominan

70

Jadua129
HasH Hipotesis Yang Diperolehi

ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI

PEKERJA

Dzulizzi Bin Hj. Sabuti


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan yang berlaku antara
tekanan kerja dengan pre stasi pekerja. Kajian ini telah dijalankan di lokasi kajian
yang berbeza. Jabatan Ketua Menteri (JKM) Kuching, Sarawak merupakan lokasi
kajian yang pertama di mana melibatkan seramai 69 orang kakitangan di organisasi
tersebut sebagai responden kajian. Lokasi kajian yang kedua telah dijalankan di
Lembaga Kemajuan Bintulu (LKB) Sarawak dan telah melibatkan seramai 60 orang
kakitangan sebagai responden kajian. Data telah dikumpul dengan menggunakan
kaedah borang kaji selidik untuk mendapatkan -maklumat tentang latar belakang
responden, persepsi terhadap kekaburan peranan, konflik peranan, beban tugas,
ketidakpuasan terhadap kerja dan prestasi pekerja di organisasi tersebut. Ujian rintis
kajian telah dijalankan ke atas 30 responden bagi mengkaji kebolehpercayaan borang
kaji selidik sebe1um kajian yang sebenar dijalankan. Data yang diperolehi daripada
kajian sebenar telah dianalisis dengan menggunakan SPSS Versi 17.0. Hubungan
faktor tekanan kerja dengan prestasi pekerja telah diuji dengan menggunakan ujian
Pearson Correlation, manakala faktor dominan tekanan kerja terhadap pre stasi
pekerja diuji dengan menggunakan ujian Analisis Regresi Berganda. Hasil daripada
kajian ini telah membuktikan bahawa hubungan yang berlaku antara elemen
kekaburan peranan, konflik peranan, beban tugas sebagai pembolehubah tidak
bersandar menunjukkan hubungan yang positif terhadap prestasi pekerja. Manakala,
elemen ketidakpuasan terhadap kerja menunjukkan hubungan yang negatif terhadap
prestasi pekerja. Selain itu, kajian ini juga turut membuktikan kewujudan faktor
dominan tekanan kerja terhadap prestasi pekerja iaitu kekaburan peranan. Jadi, kajian
ini telah menyokong kajian empirikal yang telah dijalankan oleh penyelidik
penyelidik lepas.

xi

ABSTRACT

RELATIONSHIP BETWEEN JOB STRESSES WITH EMPLOYEES

PERFORMANCE

Dzulizzi Bin Hj. Sabuti


This study aimed to identify the relationship between job stresses with
employees' performance. This study was conducted at two different locations.
Jabatan Ketua Menteri (JKM) Kuching, Sarawakwas become theftrst location ofthe
study which involves 69 employees as respondents. Then, Bintulu Department
Authority (BDA) was become the second location of the study which involves 60
employees as respondents. Data was collected by using the survey questionnaire
method which gathered the respondents' demographic, perceptions ofrole ambiguity,
role conflict, work overload and dissatisfaction with job and employees performance
at the organizations. Pilot study was carried out onto 30 respondents in order to test
the reliability of the questionnaire before conducting the actual study. The data
gathered from the actual study was analyzed using SPSS version 17. O. Relationships
between job stresses with employees performance was determined by using the
Pearson Correlation Analysis, while the dominant factor of job stresses was
determine by using regression analysis. The findings from this study indicated that
relationship between the elements ofrole ambiguity, role conflict, and work overload
shows the positive relationship with the employees' performance. However, job
dissatisfaction shows the negative relationship with employees' performance.
Besides, this study also proved the existence of the dominant factor ofjob stresses
which is role ambiguity. Thus, this study supports the empirical study which carried
by the previous researchers.

xii

BAB1

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Bab ini terdiri daripada beberapa bahagian yang akan menerangkan tentang
hubungan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan yang berlaku dengan prestasi
pekerja. Antara bahagian yang akan dikaji ialah pengenalan, latar belakang kajian,
penyataan masalah, objektif kajian, rangka konseptual kajian, hipotesis kajian,
kepentingan kajian, definisi istilah, limitasi kajian, istilah dan definisi.

1.1

Latar Belakang Kajian

. Dewasa ini, kebanyakkan organisasi menitikberatkan isu yang berlaku dalam


pengurusan sumber manusia. Hal ini kerana, jabatan pengurusan sumber manusia
memainkan peranan penting dalam membangunkan organisasi dan pre stasi pekerja.
Menurut Eccles (1998) dan Petit (2000), pengurusan prestasi menjadi cabang yang
sangat -penting kepada pihak pengurusan sumber manusia didalam mencapai
matlamat dan objektif sebenar organisasi. Prestasi pekerja merujuk kepada
tanggungjawab dan tug as yang perlu dilakukanoleh seseorang sebagai tugasan

inclividu (Vigoda, 2000). Kemajuan sesebuah organisasi befgantung kepada


kecekapan dan keberkesanan pihak pengurusan dalam mengunis hal-ehwal para
pekerja dan organisasi.

Di antara langkah yang boleh diambil oleh organisasi untuk menentukan


supaya mereka mempunyai sumber manusia yang produktif ialah memberi penelitian
di peringkat pengambilan dan pemilihan (Hinrichs, 1976), penyediaan latihan dan
merekabentuk kerja (Hackman & Oldhan, 1976; Aldag & Brief, 1978) dan
pengurusan pekerja secara berkesan (Cummings & Schwab, 1973).

Tambahan pula, kebanyakkan pengkaji lepas berpendapat bahawa terdapat


beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kecekapan dan keberkesanan prestasi
pekerja. Antaranya ialah meningkatkan pendapatan pekerja, mempromosikan
kedudukan kerja yang Iebih baik, menggalakkan idea yang baru dan innovatif serta
membantu pekerja dalam membuat sebarang perancangan kerjaya dan keputusan
(Neely, 1998; De Waal & Petit, 2000). Pihak pengurusan perIu bijak dalam
menyeimbangkan keperluan organisasi disamping tidak mengabaikan kehendak dan
keperluan pekerja.

Pekerja merupakan golongan yang mudah terdedah dengan tekanan sarna ada
tekanan daripada luaran mahupun dalaman. Tekanan merupakan salah satu alat untuk
bertindak balas dengan sesuatu situasi yang dianggap memberi cabaran dan ancaman
kepada tingkah laku seseorang individu (McShane dan Glinow, 2005). Hal ini kerana
setiap tekanan yang berlaku memberi kesan yang positif atau negatif ke atas
seseorang individu. Suatu kajian yang dilakukan oleh European Working Conditions
Survey (EWCS) pada tahun 2000 menunjukkan bahawa tekanan kerja merupakan
faktor

kedua tersebar yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja dan hanya 28

peratus yang akan sembuh seperti biasa.

Pekerj:a "yang mengalami masalab kesihatan yang teruk akan menyebabkan


pekerja tersebut tidak dapat turon kerja, berehat untuk: tempoh masa yang panjang,
malahan pihak pengurusan terpaksa menanggung kos perubatan. Selain itu,
Organisasi Buruh Antarabangsa melalui konvensyen pada tahun 2000 telah
membentangkan laporan dimana seorang daripada setiap sepuluh orang pekerja
menderita akibat tekanan kerja yang teruk.

Usman Bashir (2010) dalam kajiannya yang mengkaji tentang kesan tekanan
terhadap pekerja di sektor perbankan di Pakistan telah menggariskan beberapa faktor
yang menyebabkan tekanan berlaku. Antaranya ialab kekaburan peranan, bebanan
tugas, konflik peranan, tanggungjawab terhadap orang lain, kurangnya maklum balas,
perubaban teknologi, pertumbuhan struktur orgamsasi dan persekitaran, kejadian
sekeliling serta konflik dalam kerjaya. Namun begitu, kebanyak:kan pengkaji lepas
lebih memfokuskan kepada kekaburan peranan, konflik peranan, bebanan tugas dan
ketidakpuashatian terhadap kerja sebagai faktor utama yang mempengaruhi pre stasi
pekerja. Contonhnya, Tang dan Chang (2010) yang mengkaji tentang kesan
kekaburan peranan dan konflik peranan terhadap prestasi pekerja.
,

.
~

Manakala Maurizio Pugno dan Sara Depedri (2009) yang membuat kajian
tentang pretasi pekerja dengan kepuasan kerja. Maureen Perry-Jenkins, Abbie E.
Goldberg, Courtney P. Pierce dan Aline G. Sayer (2007) pula mengkaji tentang
bebanan tugas, kerja mengikut syif dan peralihan ke arab keluarga. Heinz-Hurgen,
Antonio Milososki dan Oliver Schwarz (2006) memfokuskan tentang konflik yang
berlaku sebagai objektif utama dalam kajian mereka. Hal ini membuktikan bahawa
pengkaji-pengkaji lepas sangat berminat untuk mengkaji tentang keempat-empat
faktor tersebut yang mempu mempengaruhi pre stasi pekerja. Justeru itu, pengkaji
berpendapat bahawa keempat-empat faktor tersebut adalab faktor yang utama yang
dapat menjejaskan prestasi pekerja.

,1
,
,w

Disarnping itu, pengkaji juga benninat unutk meUhat hubungan -yang berlaku
keempat~empat

ke atas

faktor tersebut terhadap pre stasi pekerja. Hal ini kerana

terdapat percanggahan pendapat di antara pengkaji-pengkaji lepas tentang hubungan


yang berlaku ke atas faktor-faktor tersebut. Hubungan yang berlaku dapat dilihat
melalui dua perspektif yang berbeza sarna ada dari segi positif atau negatif.

Sebagai contoh Hans Selye (1976) berpendapat bahawa kekaburan peranan


boleh memberikan kesan yang positifkepada individu yang dapat menerima tekanan
tesebut dengan melakukan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan di mana
individu

meletakkan

usaha

sendiri

untuk

mengenalpasti

peranan

dan

tanggungjawabnya terhadap sesuatu tugas yang diberikan kepadanya. Namun begitu,


Beucamp, Bray, Eys, Carron dan Brawley (2002) pula menyatakan bahawa
kecekapan sese orang pekerja menurun disebabkan oleh kekaburan peranan yang
berlaku di tempat kerja.

Selain itu, Lenaghan dan Sengupta (2007) menjelaskan dalam kajian mereka
bahawa konflik peranan memberikan kesan yang positif ke atas pre stasi pekerja
Mereka berpendapat bahawa pekerja yang mengalarni konflik tekanan akan lebih
berfikiran ke arah positif di mana pekerja tersebut akan mencari ikhtiar untuk
mengelakkan konflik daripada berpanjangan atau terus berlaku. Manakala, Karatepe
(2006) berpendapat bahawa konflik peranan yang berlaku mempunyai hubungan yang
negatif terhadap prestasi pekerja. Hal ini kerana pekerja tersebut akan hHang
kepercayaan terhadap diri dan secara tidak langsung keyakinan untuk melakukan
kerja pun akan turut menurun.

Duxbury dan Higgins (2001) pula menyatakan terdapat hubungan yang positif
di antara bebanan tugas dengan prestasi pekerja. Mererka berpendapat bahawa
bebanan tug as yang diberikan kepada pekerja dapat meningkatkan kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman pekerja seterusnya dapat meningkatkan prestasi

.,.., J(hidmat Malclun::.:; !"'~f~~mi~


UNIVERSITI MALAYSIA SAIlAWAK

organisasi dari masa ke masa.Pendapat. ini tidak sehaluan dengan kajian yang
dilakukan oleh Singh (1998). Pengkaji tersebut menyatakan bahawa bebanan tugas
yang diberikan kepada pekerja akan menyebabkan pekerja berasa tidak berpuas hati
terhadap organisasi. Apabila keadaan atau situasi seperti ini timbul, secara amnya ia
akan menjejaskan pre stasi pekerja

Bagi faktor tekanan yang terakhir pula, Tarrant dan Sabo (2010) menyatakan
bahawa ketidakpuashatian terhadap kerja mempunyai hubungan yang positifterhadap
prestasi pekerja. Mereka berpendapat bahawa pihak pengurusan organisasi atau
syarikat menjadi lebih peka terhadap keperluan dan kehendak pekerja apabila prestasi
pekerja menurun. Jika perkara ini tidak dibendung dari awal, ia akan memberi kesan
kepada pembangunan organisasi.

Bila kehendak dan keperluan tersebut dapat dipenuhi, pekerja akan menjadi
lebih bersemangat untuk melakukan kerja. Pendapat tersebut tidak selari dengan
kajian yang dilakukan oleh Zhou dan George (2002) di mana mereka berpendapat
bahawa prestsi pekerja akan menurun jika pekeja tersebut tidak berpuas hati dengan
kerja yang diberikan.

Masalah yang berlaku dikalangan para pekerja akan memberi kesan kepada
prestasi pekerja dan pembangunan organisasu. Prestasi pekerja merupakan salah satu
aktiviti yang penting dalam setiap organisasi tennasuklah sektor swasta dan awam
(RusH Ahmad, 2007). Oleh yang demikian, pihak organisasi perlu menitikberatkan
setiap masalah yang berkaitan dengan prestasi pekerja.

Prestasi kerja seseorang

pekerja bukanlah sesuatu yang boleh dibuat andaian dan ramalan kerana terdapat
faktor lain yang berkemungkinan dapat mempengaruhi prestasi pekerja tersebut
seperti kenaikan pangkat, bayaran dan kerja (Smith, Kendall dan Hulin, 1969).

1.2

Peayataan Masalah
Secara amnya, tekanan merupakan salah satu punca masalah yang sering

dihadapi oleh pekerja. Tekanan yang berlaku dapat dikategorikan kepada dua
bahagian iaitu tekanan yang berlaku disebabkan oleh individu itu sendiri dan tekanan
yang berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran. Narnun begitu, kedua-dua kategori
tekanan tersebut marnpu mempengaruhi prestasi pekerja seseorang individu. Hal ini
menarik minat pengkaji untuk menyelidik dengan lebih mendalarn tentang kesan
tekanan yang berlaku kepada prestasi pekerja.
Disarnping itu, pengkaji ingin melihat hubungan yang berlaku di antara faktor
tekanan dengan pre stasi pekerja. Pengkaji telah medapati bahawa terdapat
percanggahan pendapat yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji lepas tentang
hubungan yang berlaku sarna ada dari segi positif mahupun negatif. Hal ini telah
menimbulkan banyak persoalan kepada pengkaji tentang perbezaan pendapat yang
berlaku di antara pengkaji-pengkaji lepas. Antara faktor-faktor tekanan yang dikaji
ialah kekaburan peranan, konflik peranan, bebanan tugas dan ketidakpuashatian
terhadap kerja. Pengkaji berpendapat bahawa keempat-empat faktor tersebut
merupakan fakor yang utarna dalarn tekanan.
Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan kajian lepas lebih memfokuskan
keempat-empat faktor tersebut berbanding dengan faktor tekanan yang lain. Elemen
elemen tersebut saling berkaitan di antara satu sarna lain dan boleh mempengaruhi
operasi organisasi dalarn mencapai objektif serta misi yang tersendiri. Selain itu,
pengkaji ingin mengenalpasti apakah faktor dominan di antara keempat-empat faktor
tekanan tersebut yang menyebabkan prestasi kerja sese orang itu menjadi menurun
dan tidak bermotivasi.

.(
; ,~

1.3

Objektif Kajian

1.3.1

Objektif Umum:
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada hubungan yang

berlaku di antara tekanan pekerja dengan prestasi pekerja adalah positif atau negatif.

1.3.2

ObjektifKhusus:

a) Mengenalpasti hubungan di antara kekaburan peranan dengan prestasi

pekerja.

b) Mengenalpasti hubungan di antara konflik peranan dengan prestasi pekerja.

c) Mengenalpasti hubungan di antara bebanan tugas dengan prestasi pekerja.

d) Mengenalpasti hubungan di antara ketidakpuasan terhadap kerja dengan

prestasi pekerja.

e) Mengenalpasti faktor dominan dalam tekanan kerja yang mempengaruhi

,i

prestasi pekerja.

1.4 Persoalan Kajian


Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah
dikemukakan oleh pengkaji. Antaranya ialah:

1.

Apakah hubungan di antara kekaburan peranan dengan pre stasi pekerja?

II.

Apakah hubungan di antara konflik peranan dengan prestasi pekerja?

III.

Apakah hubungan di antara bebanan tugas dengan prestasi pekerja?

IV.

Apakah hubungan di antara ketidakpuasan terhadap kerja dengan prestasi

. ?
..
pek eIJa

V.

Apakah faktor dominan dalam tekanan kerja yang mempengaruhi prestasi

. ?
..
pek eIJa

,
,

(
,

"

1.5

Hipotesis Kajian
Terdapat lima hipotesis dalam kajian ini iaitu:

Hal: Terdapat hubungan yang positif di antara kekaburan peranan dengan

prestasi pekerja.

Hal: Terdapat hubungan yang' positif di antara konflik peranan dengan

pre stasi pekerj a.

Ha3: Terdapat hubungan yang positif di antara bebanan tugas dengan

prestasi pekerja.

Ha4: Terdapat hubungan yang positif di antara ketidakpuashatian terhadap

kerja dengan prestasi pekerja.


:

.,

HaS: Terdapat

faktor

yang

dominan

mempengaruhi prestasi pekerj a.

dalam

tekanan

kerja

yang

,:
,~

1.6

Kerangka Konsej)tual
Faktor-faktor Tekanan

:>

./ Kekaburan Peranan
./ Konflik Peranan

Prestasi Kerj a

./ Bebanan Tugas
./ Ketidakpuasan terhadap

kerja

1.7

Jadual Kajian

71

Minggu

Kajian di bilik sumber

X
IX X XI
I
I
I .
I
XIXI
I IX
XIXI
X X
X
IX
IX
I

Proposal

Perbincangan dengan supervisor

1.8

Kepentingan Kajian
-..
)

Kajian ini amat penting berguna kepada pihak-pihak tertentu dalam


mengenalpasti punca-punca pekerja bermasalah yang berlaku dalam sektor awam
khususnya. Tambahan pula, kajian ini juga tumt mengkaji tentang kesan daripada
berlakunya masalah tersebut terhadap prestasi pekerja didalam sesebuah organisasi.
Diharap hasH kajian ini akan dapat membantu sedikit-sebanyak serta menjadi
panduan yang berguna kepada pihak-pihak tertentu.

10

1.8.1

Pihak Pengurusan:

Pihak pengurusan memainkan peranan yang penting terhadap keberkesanan


dalarn mengurus kepentingan pekerja terhadap organisasi. Corak pengurusan dalarn
sesebuah organisasi marnpu mempengaruhi pre stasi pekerja, jabatan dan syarikat dari
masa ke masa. Masalah kajian ini akan dapat membantu pihak pengurusan dalarn
menangani masalah pekerj a.

1.8.2

Pekerja:

Golongan pekerja hams peka terhadap prestasi kerja masing-masing dalarn


menjalankan tugasan harian. Mereka hams bijak dalarn menangani masalah yang
dihadapi sarna ada disebabkan oleh faktor luaran mahupun dalarnan. Jika tidak, ia
akan memberi kesan terhadap prestasi kerja masing-masing.

1.8.3

, I

Pengkaii

Hasil kajian ini juga amat berguna kepada pengkaji-pengkaji yang


menjalankan kajian yang serupa. Diharap kajian ini akan dapat memberi sedikit
sebanyak input atau maklumat yang penting kepada pengkaji lain dalarn
menyempurnakan kajian mereka.

Justeru itu, kajian ini diharapakn akan dapat memberi manfaat serta kesedaran

kepada pihak-pihak yang berkepentingan seperti pihak pengurusan syarikat sarna ada

dari peringkat atasan mahupun pertengahan sebagai usaha membantu serta menangani

masalah pekerja. Para pekerja juga perlu mengetahui akan cara-cara yang terbaik

mengatasi tekanan kerja. Selain itu, kajian ini juga akan dapat dijadikan sebagai

panduan kepada pengkaji-pengkaji dimasa hadapan.

11

"

h9

Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa batasan yang perlu dititikberatkan dalam


menjayakan kajian ini. Batasan kajian yang pertama ialah kajian ini hanya dijalankan
di sebuah jabatan dalam sektor awam. Jadi, segala keputusan hasH daripada kajian ini
tidak boleh digeneralisasikan kepada mana-mana jabatan dalam sektor awam
mahupun sektor swasta yang lain.

Limitasi kajian yang kedua adalah responden. Hal ini kerana kajian yang
dijalankan hanya melibatkan beberapa responden dan bukan semua kakitangan di
organisasi tersebut. Hasil daripada kajian ini bukan mewakili keseluruhan pekerja
dalamjabatan tersebut kerana ianya melibatkanjumlah responden yang terhad kepada
beberapa orang pekerja sahaja.

Disamping itu, kajian ini hanya menggunakan beberapa pembolehubah iaitu


kekaburan peranan, konflik peranan, beban tugas dan ketidakpuasan terhadap kerja.
HasH daripada kajian ini juga terikat kepada pembolehubah tersebut sahaja. Oleh
yang demikian, pengkaji yang akan datang digalakkan untuk mempelbagaikan lagi
pembolehubah bagi mengenalpasti faktor-faktor yang turnt mempengaruhi prestasi

\
'f,

, '",
,\

pekerja.

12

1.10

Istilah dan Definisi

1.10.1 Tekanan

Definisi Konseptual

Merupakan suatu desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan
peristiwa yang berlaku padanya (Selye, 1976). Marshall dan Cooper(l976)
mendefmisikan tekanan atau stress berlaku jika setiap unit dan individu mendapat
sedikit kepercayaan.

Definisi Operasional

Sesuatu rangsangan atau tindak balas yang berlaku dalam diri seseorang

individu atau pekerja boleh mempengaruhi prestasi terhadap kerja semasa.

1.10.2 Kekaburan Peranan

Definisi Konseptual
..

Terjadi apabila seorang individu tidak mempunyai maklumat yang jelas


tentang apa yang diharapkan di tempat kerja atau bagaimana sistem penilaian kerja
(Kahn, Wolfe, Quinn, Snoek, & Rosenthal, 1964).

Defmisi Operasional

Boleh menyebabkan sesorang kurang jelas terhadap matlamat sebenar dalam

melakukan sesuatu kerja. Mereka juga kurang pasti akan peranan atau jawatan

sebenar yang dipegang oleh mereka.

13

:I

1.10.3 KonDik
Definisi Konseptual

Berlaku apabila suatu pihak mengaggap pihak lain cuba mengganggu


kepentingannya sarna ada secara terang-terangan atau tidak (Thomas, 1976). Konflik
yang timbul akan mewujudkan suasana persaingan yang tidak sihat di kalangan
pekerja dalarn untuk mencapai tujuan yang sarna.

Defmisi Operasional

Merupakan suatu situasi apabila terdapat percanggahan pendapat atau idea


oleh dua atau lebih pihak dalarn sesuatu masa. Individu yang gagal mengatasi tekanan
dengan baik akan menyebabkannya sukar untuk mencapai kejayaan dalarn sesuatu
bidang yang diceburi.

1.10.4 Prestasi Kerja

Definisi Konseptual

Kemarnpuan seseorang iaitu pekerja dalam menyiapkan tugasan yang


diberikan dan hasH daripada tugasan tersebut adalah diertikan sebagai pre stasi pekerja
serta boleh didefinisikan sebagai hasH pekerja (Cascio, 1992).

Defmisi Operasional

HasH yang telah disumbangkan oleh pekerja berdasarkan tugasan yang


diberikan sarnada marnpu mencapai tahap yang ditetapkan. Selain itu, pre stasi pekerja
berkaitrapat dengan kepuasan kerj a seseorang pekerj a.

14

Anda mungkin juga menyukai