Anda di halaman 1dari 8

Mengapakah penilaian perlu dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Pendahuluan

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses


pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata
dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu
proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan
prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah
penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan
dan pencapaian pelajar.
Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan
masyarakat dan Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang,
berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu. Atas dasar inilah sistem
pendidikan menetapkan satu standard atau benchmark yang
menetapkan satu sistem yang dapat diguna pakai dan diaplikasikan
dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara (Mak Soon
Sang:1988).
Ujian atau sistem peperiksaan adalah kayu ukur bagi menyukat sejauh
manakah keberkesanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam melahirkan
pelajar yang seimbang dalam segenap aspek yang dicita-citakan.
Kecemerlangan system penilaian dan peperiksaan akan dapat
meletakkan negara pada landasan yang betul untuk merealisasikan
wawasan 2020 dengan lahirnya generasi yang berwibawa dan seimbang
dalam semua aspek kehidupan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah
satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu.

Konsep Penilaian

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat


kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan
perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses
menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran,
kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi


nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa
berdasarkan jumlah markat pencapaian hasildaripada pengukuran yang
telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang mendapat
markah sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin
dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang
mendapat jumlah markah sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada
pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang,
baik,sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam
konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara
kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh
dalam bentuk kuantitatif.
Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau
data yang berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif,
maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk
angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan
diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami.
Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak
mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau
menerangkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata.
Dalam contoh di atas, Nazrin telah menunjukkan kemajuan yang amat
baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa.
Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk
membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Penilaian
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan
sumatif.
Oleh yang demikaian, guru memainkan peranan penting dalam
mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru
menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan
membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian,
melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru
dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan

bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Definisi penilaian

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the


process of delineating, obtaining, andproviding useful information for
judging decision alternatives.
Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau
lebih daripadapengujian dan pengukuran. Definisi lain pula
mengklasifikasikan penilaian sebagai pertimbangan profesional atau
sebagai satu proses yang membenarkan seseorang membuat
pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian
boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk
mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi
menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.
Terry D. TenBrink (1974:8), pula menyatakan bahawa penilaian adalah
suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan.
Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai dan menaksir
(Kamus Dewan,1994:930). Justeru penilaian ialah suatu proses yang
berterusan bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya
penggubahan kepada pelajar dalam aspek pemikiran, perasaan dan
tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna (Abu Bakar
Nordin,1990:4). Proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan
kelemahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain
memastikan para pelajar tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan
mata pelajaran yang telah ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk
pelajar mencakupi segala aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan
keberkesanan sukatan dan aktiviti yang dijalankan dapat memenuhi
kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu
penilaian merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan bermanfaat
yang perlu dilakukan seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran
(P&P).

Dalam konteks dunia pendidikan, prosese penilaian membabitkan


banyak perkara kerana terangkum di dalamnya proses ujian,
peperiksaan, pengukuran yang bertujuan untuk melihat kemampuan
pelajar menguasai apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Phopham
(1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi
satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara
menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil
pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha
pengajaran itu ditentukan.
Penilaian juga merupakan satu proses memperolehi maklumat secara
bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan
yang paling wajar. Justeru penilaian yang dilakukan di sekolah adalah
satu usaha berstruktur dan bersistem bagi mengkaji perubahan,
penguasaan, pencapaian para pelajar dalam ujian dan peperiksaan
yang diadakan bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum pelajar
menduduki peperiksaan sebenar kelak (Gay:1985).
Penilaian Formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif
dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil
pembelajaran telah dikuasai.
Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta
potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai
aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada
akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan
pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan
untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR,
SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi
maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.
Tujuan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep


yangdisampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred
atau markah yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu
bidang pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu
aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang
berkenaan. Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar.
Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan
satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai
atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan
telah berlaku.
Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran


adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami
trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan
mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai
mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru,
mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya.
Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan
pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah
seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus
lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.
Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan
penilaian adalah seperti berikut:
i.
Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan
asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang
hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau
pretest. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan
merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat
memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar
mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
ii.
Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah
pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara
yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat
melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-

ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek
pengetahuan dan kemahiran tertentu.
iii.
Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan
teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di
sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau
prestasi seseorang individu.
iv.
Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam
sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk
melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan
digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.
v.
Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga
yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk
kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.
vi.
Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar
terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan
arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat
menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu
mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sasteradan teknikal.
vii.
Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan
teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian
mereka sentiasa dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.
1. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka
berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran
atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
Kesimpulan

Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi


supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa.
Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan
sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia.
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal

pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak


terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru
dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri
murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku
moral.
Bibliografi

(n.d.). Retrieved May 6, 2012,


fromhttp://unitpeperiksaanipgkt.blogspot.com/2012/02/terry-d.htmCronbach,L.J.
(1970).Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper &
Row
Dr Abu Bakar Nordin (1987): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian
Pendidikan
Firma, P. (2003). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Petaling Jaya:
Penerbit Firma
Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and
Measurement.Competencies for analysis and application 2nd ed.
Charles E.Merril
Konsep Penilaian. (n.d.). Retrieved May 4, 2012, from
http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=61

Mok Soon Sang (2003), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur.


Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Mengapa Pelajaran Pendidikan seni Perlu melalui Proses penilaian?
Apakah aspek yang perlu dinilai? (2009, August 8). Retrieved May 6,
2012, from http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/mengapa-pelajaran-pendidikanseni-perlu.html

Pengertian dan Konsep. (n.d.). Retrieved May 4, 2012,


fromhttp://ipks.edu.my/index.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=248&tmpl=component&format=raw&Itemid=41-

Pentaksiran Bahasa Melayu: Konsep Pengujian, Pengukuran dan


Penilaian. (n.d.). Retrieved May 6,

2012,fromhttp://www.scribd.com/doc/51807095/6/Kepentingan-Penilaian-dalam-ProsesPengajaran-dan-Pembelajaran-

Pentaksiran, Pengujian & Penilaian. (2011, Jan 4). Retrieved May 6,


2012, fromhttp://www.joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1-pdfPopham,W.J (2000). Testing: What every parent should know about
school tests. London: Allyn & Bacon
Stufflebeam,

D.L. et. al. (1971). Educational Evaluation and Decisionmaking. Ithaca, Illinois: Peacock

Anda mungkin juga menyukai