Anda di halaman 1dari 14

MENYEDIAKAN PRASARANA DAN PENDEKATAN PDP ABAD KE-21

Kertas Cadangan SIPartners+ dan SISC+ Johor Kepada JPN Johor


PENGENALAN
Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran
akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology). Antara cabaran negara
adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau
K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini
memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang menghadapi masalah menyedia dan
mengeluarkan sumber manusia atau tenaga kerja yang berkualiti. Syarikat-syarikat
perniagaan dan juga agensi-agensi kerajaan terpaksa menerima pekerja yang tidak
kreatif dan kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja secara kolaboratif
dan mengurus masa. Situasi yang kita hadapi ini adalah masalah semasa. Perubahan
yang sedang kita hadapi dalam politik, ekonomi, teknologi dan iklim akan menjadi lebih
dramatik pada masa akan hadapan. Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang perlu
membekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyediakan
mereka dengan cabaran abad ke-21.
Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First
Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci
utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin
Toffler pula dalam bukunya Power Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of
The 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those
that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6)
aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

Ini adalah sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan sistem


pendidikan di negara kita.

RASIONAL
Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk
menjayakan PPPM. Sehubungan itu, satu program yang komprehensif akan dilaksana
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi memastikan warga pendidik negeri Johor
dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing dan menangani cabaran di
peringkat global. Kertas kerja ini disediakan sebagai cadangan mencadangkan untuk
melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor .

MATLAMAT
Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan murid yang
mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global.

OBJEKTIF
Membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-2
Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21
Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid

Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai strategi


pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah

JAWATANKUASA INDUK PERINGKAT NEGERI


Pengerusi

Tn. Hj. Aminuddin bin Adam


Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Tn. Hj Md. Hasidin bin Hj. Zaini

Timbalan Pengerusi

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor


Pn. Hajah Saadiah binti Said

Naib Pengerusi I

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik


En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan

Naib Pengerusi II

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah


Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim

Setiausaha I

Penyelaras DTP Negeri Johor


En. Kamarudzaman bin Abdul Mubin

Setiausaha II

Penolong Penyelaras DTP Negeri Johor


Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti

Ahli Jawatankuasa

Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan


Ketua Sektor, Sektor Swasta dan Pendidikan Khas
Ketua

Sektor,

Sektor

Khidmat

Pengurusan

Pembangunan
Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

dan

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Kemanusiaan


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Muar
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pontian
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Segamat
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT DAERAH


Pengerusi

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah

Timbalan Pengerusi

Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah

Penyelaras
Penyelaras DTP Daerah
Ahli Jawatankuasa
Semua Ketua Unit
Semua SIPartners+
Semua SISC+
Semua Pegawai Unit UPS
Semua Pegawai Unit UPA
Pegawai Unit Kualiti

KERANGKA KONSEP PELAKSANAAN

Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor adalah


berasaskan Komuniti Pembelajaran Profesional [Professional Learning Community
(PLC)].

Beberapa sekolah akan dikelompokkan secara kluster. Model kluster PLC

yang akan digunakan di negeri Johor ialah seperti pada Rajah 1.

Rajah 1: Model Kluster PLC


Pembentukan kluster PLC adalah berdasarkan kriteria di bawah:
i.

Pemilihan sekolah dalam kluster berdasarkan band / skor komposit paling

ii.
iii.

rendah dalam daerah masing-masing.


Setiap kluster tidak melebihi lapan (8) sekolah.
Setiap kluster terdiri daripada kelompok sekolah berhampiran atau yang

iv.

bersesuaian.
Setiap kluster mempunyai satu atau lebih sekolah rujukan (Live Lab) sama ada
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) / Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) /

v.

Sekolah Amanah / sekolah yang mempunyai amalan terbaik.


Sekolah Rujukan Induk merupakan sekolah terbaik dalam daerah. Sekolah ini

vi.

akan dijadikan rujukan oleh semua kluster PLC.


SekolahRujukan yang terdapat dalam setiap kluster boleh dijadikan rujukan oleh

vii.

kluster lain mengikut keperluan.


Jumlah kluster bergantung kepada jumlah SIPartners+ daerah masing-

viii.

masing.
Setiap SIPartners+ mempunyai satu kluster PLC sekolah rendah dan satu

ix.

kluster PLC sekolah menengah.


Setiap kluster akan dibimbing secara penuh oleh seorang SIPartner+ dan

x.

SISC+ mata pelajaran berkaitan.


Pemilihan sekolah yang akan dibimbing penuh dan secara berfokus oleh SISC+
adalah berdasarkan prestasi pencapaian mata pelajaran. Selain itu, sekolahsekolah juga akan dibimbing dari aspek pelaksanaan PLC panitia mata
pelajaran.

PEMBELAJARAN ABAD KE-21


Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat
sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakan

oleh pengurus sekolah untuk

melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:


Open up lessons ;
Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah
utama semua guru di sekolah. Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu atau
sebaliknya menjadi perkara kedua.

Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran

secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalu rigid.
Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan
tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru. Guru
pula perlu menyokong dan memantau sepanjang proses pembelajaran.
Think outside the classroom box;
Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja masingmasing mengadap guru.

Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru

menyampaikan maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini


sesuai apabila guru merupakan sumber utama kepada murid. Namun, keperluan
kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi
maklumat, literasi maklumat dan ekonomi, memerlukan kaedah pengajaran yang baru.
Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat tetapi membimbing, berbincang,
dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan seterusnya memberi sokongan.
Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber di mana maklumat
senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja murid. Susunan meja dan kerusi
bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti perbincangan, eksperimen
dan kajian.

Get personal;
Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid
berkeperluan khas (special educational needs) seperti murid masalah pembelajaran
(slow learners). Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan perhatian khusus
kerana mempunyai keupayaan pelbagai.

Walau bagaimanapun, guru menghadapi

kekangan masa untuk menangani keperluan murid secara induvidu.

Dalam

pembelajaran abad ke-21, pembelajaran berasaskan projek (project-based learning)


memberi peluang dan tanggungjawab kepada murid melaksanakan projek mengikut
minat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.
Tap into students digital expertise;
Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi muda
yang lahir dalam era teknologi yang canggih. Generasi sekarang secara semula jadi
merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat. Kemahirankemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri
(Self-access Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan
kerja secara kolaboratif (Peer Collaboration). Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai
showcases terbaik apabila projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan video.
Get real with projects;
Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses penyediaan
draf

(lebih

dari

persembahan/pameran.

sekali),
Ketiga-tiga

perbincangan/sumbangsaran/kritikan
proses

ini

adalah

kritikal

kerana

dan
akan

menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi oleh murid dan juga guru. Projek sebegini
akan memberi pengalaman kepada murid bekerja dalam kumpulan, mengurus masa
dan membuat persembahan/pameran kepada rakan lain/guru/ibu bapa atau pihak luar.
Expect (and help) students to be teachers;

Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing kepada
rakan sebaya. Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran berkomunikasi dan jati diri murid tersebut.
Help (and expect) teachers to be students;
Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan. Untuk itu, platform yang
sesuai perlu disediakan kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah atau
jabatan. Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan guru untuk
inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta pencapaian murid.
Measure what matters;
Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam era
digital sekarang.

Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh,

menganalisis dan menyusun maklumat adalah lebih penting.

Begitu juga dengan

kemahiran bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah dan kreatif.
Semua kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang
dilaksana oleh guru juga perlu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tersebut.
Work with families, not just children;
Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian
murid.

Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian

akauntabiliti dalam pencapaian dan pembangunan murid-murid.

Sebagai contoh,

Mayfield Primary School di London memberi peluang kepada ibu bapa selama 30 minit
untuk belajar bersama dengan anak-anak mereka waktu persekolahan.

Terdapat

sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam penyediaan projek oleh anak-anak mereka
seperti membuat persembahan atau pameran. Jaringan sosial seperti Facebook perlu

diwujudkan sebagai platform untuk perbincangan dan menyampaikan maklumat terkini


kepada ibu bapa tentang program yang dijalankan di sekolah.
Power to the student;
Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran. Melibatkan murid
dalam beberapa pengurusan pendidikan (terutama isu yang melibatkan murid)
sebenarnya melatih mereka bertanggungjawab, berminat dan menjadi warga negara
yang aktif apabila dewasa kelak. Jika ini dilaksanakan, bermakna sekolah telah berjaya
mewujudkan budaya di mana semua warga sekolah dilibatkan dalam pendidikan dan
pembelajaran.
Kemahiran pembelajaran dan pembelajaran (PdP) yang terdapat dalam abad ke-21
ialah:
i.
ii.

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)


Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology
skills)

iii.

Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)


Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah:

i.
ii.

Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)


Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem

iii.
iv.
v.
vi.

Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,

vii.

Communications and Technology Literacy)


Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and

viii.
ix.
x.
xi.

Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:

i.
ii.

Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)


Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi

iii.
iv.
v.
vi.

Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka


Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)
Memiliki kemahiran kaunseling
Menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.
xv.
xvi.
xvii.
xviii.
xix.

Berupaya membuat hubung-kait


Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu
Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa
Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif
Mampu bekerja dengan orang lain
Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi
BILIK DARJAH ABAD KE-21
Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:
i.

Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha

ii.

murid supaya menarik dan bermakna.


Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar
secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:


Bilik darjah sebagai bilik sumber
i.

Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).

ii.

Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit)
Instant Access / Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan

iii.

putih /soft board.


Hasil kerja murid dipamerkan.

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC)


i.
ii.
iii.

Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).


Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant
Access/ Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih /

iv.
v.
vi.
vii.
viii.

soft board.
Hasil kerja murid dipamerkan.
SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang
mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong
Bilik darjah terbuka (Outdoor Classroom)
Lorong bermaklumat
Ruang santai

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)


Pemilihan PLC sebagai asas pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan usaha
komprehensif Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memantapkan penyampaian
pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid.
kolaboratif peringkat sekolah dan juga

PLC merangkumi aktiviti-aktiviti

pihak sekolah dengan komuniti luar. PLC

menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan partnership.


Secara amnya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited bekerja secara
kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai
prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker & Mary, 2006)
Terdapat tiga (3) Prinsip asas PLC yang perlu diberi keutamaan iaitu memastikan
pembelajaran murid, berlakunya
pencapaiaan.

budaya

kolaboratif dan berfokuskan kepada

Beberapa strategi PLC perlu dibangunkan dan dirancang oleh sekolah bagi memastikan
Pembelajaran Abad Ke-21 dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Antara strategi

pembangunan PLC yang dicadang dilaksanakan pada peringkat sekolah atau kluster
PLC ialah:
i. Jejak Pembelajaran (Learning Walks)
ii. Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
iii. (Peer Coaching / Instructional Coaches)
iv. Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)
v. Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
vi. Perkongsian amalan terbaik (Best practises)
vii. Pengajaran secara kolaboratif (Collaborative Teaching)
viii.
Sistem Sokongan Rakan Sekerja (Buddy Support System)
ix. Coaching Partnership
x.
Cross visits
JADUAL PELAKSANAAN (TIMELINE)

Bil.

1.

Tarikh

Perkara

Pelaksanaan

Bengkel Kerja Penyediaan Modul Professional

10 Sept. &

Learning Community (PLC) Pembelajaran Abad

14 Sept. 2014

Ke-21 Oleh SIPartners+ dan SISC+


2.

Bengkel

Kerja

Pemurnian

Modul

PLC

15 Sept. 2014

Pembelajaran Abad Ke-21 oleh SIPartners+ dan


SISC+.
3.

Pembentangan

Kertas

Kerja

Modul

PLC

18 Sept. 2014

Pembelajaran Abad Ke-21 oleh SIPartners+ dan


SISC+ kepada Pengarah Pendidikan Negeri
Johor (PPJ)
4.

Taklimat

Pembelajaran Abad

Ke-21

Kepada

13 Okt. 2014

kepada

Nov. 2014

KPPD Oleh PPJ / Penyelaras DTP Negeri


5.

Taklimat

Pembelajaran

Abad

Ke-21

Pengetua dan Guru Besar Peringkat Daerah Oleh


KPPD / Penyelaras DTP Daerah
6.

Taklimat Pembelajaran Abad Ke-21 (overview)

Nov. 2014

kepada PGB sekolah sasaran oleh KPPD


7.

Taklimat dan Perbengkelan Pedagogi Abad Ke-21

Dis. 2014

kepada PGB / PK Kurikulum oleh SIPartner+ dan


SISC+
8.

Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di semua

Jan.

sekolah sasaran

2015

9.

Pemantauan Pelaksanaan Fasa 1 oleh JPN / PPD

Feb. 2015

10.

Penilaian Impak Fasa 1 oleh JPN / PPD

Mac 2015

11.

Pemantauan Pelaksanaan Fasa 2 oleh JPN /

Nov.

Jun. 2015

PPD
12.

Penilaian Impak Fasa 2 oleh JPN / PPD

13.

Pemantauan Pelaksanaan Fasa 3 oleh JPN /

Julai 2015
Okt. 2015

PPD
14.

Penilaian Impak Fasa 3 oleh JPN / PPD

Nov. 2015

15.

Laporan dan Pembentangan Program oleh KPPD

Dis. 2015

Kepada PPJ

KOS SUMBER
Peruntukan di bawah District Transformational Program (DTP)

SASARAN
Sekolah - sekolah yang berada pada band / skor komposit rendah dan sekolah yang
boleh dijadikan Sekolah Rujukan (Live Lab) seperti SBT, SKK, Sekolah Amanah serta
yang mempunyai amalan terbaik dalam daerah

PENUTUP

Program Pembelajaran Abad Ke-21 berasaskan PLC ini merupakan satu program
komprehensif yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah di negeri Johor. Kejayaan
program ini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan sekolah terutamanya guru-guru
yang terlibat secara langsung dengan murid-murid di dalam kelas. Untuk itu, guru-guru
perlu dibantu dan diberi kemahiran abad ke-21 memandangkan mereka ialah tunjang
bagi melahirkan modal insan yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di
peringkat global.

Anda mungkin juga menyukai