Anda di halaman 1dari 30

NAMA: NORAZIZAH BINTI A.

RAHMAN

NO MATRIK: PEC050041
Kenali Rakan Anda (peringkat orientasi)
MASA : 60 minit (1 jam)
BILANGAN AHLI : 10 orang
BAHAN-BAHAN : Tiada
Objektif:-: 1) Menggalakkan proses-proses kenal mengenali di kalangan para peserta
2) Membina kepercayaan dan kemesraan di kalangan peserta.
3) Meningkatkan kemesraan di samping meningkatkan hubungan. Setiap
individu memainkan peranan yang tersendiri dalam memastikan individu
lain mengenali diri mereka.
Prosedur-: 1) Setiap peserta akan di bahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan
terdiri daripada 10 orang.
2) Dalam kelompok kecil tersebut, peserta akan berpasangan (berdua) dengan
peserta lain yang tidak dikenali. @ minit masa diberikan untuk mengenali
antara satu sama lain.
3) Setelah tamat sesi pertama, pasangan berdua tadi akan digabung dengan
pasangan lain untuk membentuk kumpulan berempat. Seterusnya berenam.
4) Dalam kumpulan ini setiap ahli yang telah mengenali pasangan tadi akan
memperkenalkan pasangannya kepada ahli baru tersebut. Contohnya
seorang daripada pasangan A akan memperkenalkan pasangan masingmasing. Sesi ini mungkin mengambil masa 10 -15 minit.
5) Setelah sesi pertama selesai, 3 kumpulan kecil akan di kekalkan dengan 10
orang ahli,tetapi 5 orang dari setiap kumpulan berlainan akan bertukar dengan 5

orang ahli kumpulan lain pula untuk proses perkenalan yang baru dengan ahli
baru. Proses perkenalan dalam sesi pertama tadi akan dilakukan semula dalam
kelompok baru ini.Peringkat ke tiga, ulang kembali langkah dalam peringkat 1
dan 2 tadi untuk 5 orang ahli kepada kumpulan yang belum berkenalan. Proses
yang sama akan dilakukan
7) Setelah selesai, semua peserta berkumpul dalam 1 kelompok besar untuk
berkenalan secara terbuka. Akhir sekali pemimpin akan menguji peserta dengan
bertanyakan beberapa soalan tentang kenalan baru peserta tersebut. Sesi ini
mengambil masa 15 minit.
PERBINCANGAN-:
1)Ahli saling lengkap melengkapi dalam memperkenalkan diri masing-masing
dan memberi gambaran tentang personality dan keperibadian ahli.
2)Memastikan kesemua ahli saling mengenali secara dekat dan memahami diri
Ahli
3) Pemimpin memastikan setiap ahli mengambil bahagian dan tidak terkecuali
dari memperkenalkan diri.
4) Adakah ahli dapat saling berinteraksi dengan baik dan bertindak balas
terhadap ahli lain?
5) Adakah ahli dapat berkomunikasi dengan berkesan serta dapat bermain
dengan psikologi ahli contohnya memastikan ahli berupaya
mengenalkan diri?
6) Adakah ahli dapat menggunakan kemahiran komunikasi secara berkesan?
ULASAN BERKAITAN AKTIVITI-;

1) Aktiviti ini berjaya mewujudkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal di


kalangan ahli.Secara tidak langsung, saling berinteraksi itu wujud dalam kelompok.
2) Aktiviti ini telah berjaya memberi keyakinan untuk ahli mengenali dengan lebih
dekat setiap ahli dalam kelompok tersebut. Ahli menggunakan pelbagai kemahiran seperti
mendengar, maklum balas dan sebagainya.
3)Ahli dalam kelompok belajar untuk menerima orang lain di sekeliling dan menerima
pendapat orang lain. Di sini ahli turut dapat menambah kekurangan dalam diri setelah
melihat akan kelebihan ahli lain.
Kesimpulannya, aktiviti ini telah berjaya membuatkan setiap ahli yakin untuk
berinteraksi dan bersosial dengan ahli kelompok yang lain dan sebagai persediaan untuk
berhadapan dengan orang ramai.

Nama: Nuraini binti Abdullah

Nombor matrik: PEC050054


________________________________________________________________________
Peringkat orientasi.
Aktiviti 1: kenali diri.
Masa: 20 hingga 30 minit.
Bahan: Kertas, pensel, pemadam.
Ahli: 10 orang
Objektif:
1) Teknik ini menggalakkan ahli memperkenalkan diri dan merapatkan lagi hubungan
sesama ahli.
2) Teknik ini adalah bertujuan untuk menggalakkan setiap ahli dalam kumpulan
mengenali antara satu sama lain.
Teknik ini juga bertujuan untuk membina rapport diantara ahli kumpulan kelompok.

Langkah:
1)semua ahli kumpulan diberi sehelai kertas, pen dan pemadam.
2)Semua ahli dikehendaki melukis wajah sendiri. Semua ahli diberi masa selama 2 minit
untuk melukis wajah masing-masing.
3)selepas semua ahli siap melukis gambar wajah masing-masing, mereka dikehendaki
menghantar kepada pemimpin.
4)Apabila semua ahli telah menghantar lukisan masing-masing, ketua akan memainkan
peranan dengan menunjukkan satu-persatu gambar yang dilukis kepada semua ahli.

selepas itu itu, semua ahli dikehendaki menjelaskan mengenai lukisan wajah masingmasing.
5)setiap ahli diberi masa selama 3 minit seorang.
aktiviti ini diteruskan sehingga semua ahli sudah memperkenalkan diri masing-masing.
Perbincangan:
1)bincangkan pengalaman ahli semasa dikehendaki melukis wajah sendiri.
dengan adanya lakaran wajah setiap orang ahli maka ini akan memudahkan ahli yang lain
untuk mengingati ahli-ahli kumpulan.
2)melalui lukisan wajah yang ditunjukkan oleh setiap ahli, semua ahli dapat mengecam
wajah ahli yang lain dengan tanda yang ada pada ahli seperti tahi lalat dan sebagainya.
perbincangan seterusnya mengenai adakah semua ahli dapat mengenali antara satu sama
lain dan dapat berkerjasama untuk aktiviti yang seterusnya.

Komen pemimpin:
Menerusi aktiviti kenali diri ini semua ahli kumpulan kelompok diberi peluang
untuk untuk memperkenalkan diri dengan menunjukkan lukisan wajah masing-masing.
Hal ini akan memberikan setiap ahli peluang untuk memperkenalkan diri masing-masing
dengan mudah dan juga membuka peluang kepada ahli lain untuk menanyakan soalan.
Dengan itu ia akan mewujudkan hubungan yang rapat diantara semua ahli.

Ayatul Azira Binti Alias

Pec 050008
PERINGKAT TRANSISI
Tajuk : Kenali daku
Masa: 45 Minit
Keahlian : 11 orang
Rasional : Teknik ini berguna bagi peringkat transisi dalam usaha
mengalakkan individu dalam kelompok untuk saling berkenal kenalan dan
mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Di samping itu,
teknik ini merupakan satu cara mudah untuk ahli mula berkomunikasi tanpa
mempunyai perasaan segan atau malu.
Langkah :
1) Setiap ahli diberikan masa selama lima minit untuk berfikir cara terbaik dan
tersendiri untuk mereka memperkenalkan diri mereka contohnya melalui pantun, syair,
bersajak, menyanyi, bercerita, berpuisi dan sebagainya.
2) Pemimpin memulakan aktiviti dengan memperkenalkan dirinya kepada ahli dalam
kelompok dan kemudiannya diikuti oleh ahli-ahli dalam kelompok tersebut sehingga
kesemua ahli mengambil bahagian.
3) Setiap ahli kemudiannya di minta memberikan penjelasan tersendiri, berkenaan
sebab mereka memilih cara masing-masing dalam memperkenalkan diri mereka.
4) Ahli-ahli dalam kelompok secara terbuka diberi peluang untuk memberi komen
berkenaan kesesuaian cara penyampaian ahli lain.
5) Setiap ahli diberi peluang untuk memilih ahli yang mereka rasakan mempunyai
cara yang paling unik dan menarik dalam persembahan mereka ketika

memperkenalkan diri.
6) Sebelum mengakhiri aktiviti, ahli di minta untuk bersalam-salaman antara satu sama
lain mengikut jantina iaitu lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita dan saling
bermaaf-maafan setelah menjalankan aktiviti kerana dikhuatiri berlaku salah faham dan
ketidak puashatian sepanjang aktiviti dijalankan.
Perbincangan:
1) Apakah ahli mempunyai cara yang betul atau menarik dalam usaha menjalinkan
hubungan dan komunikasi dengan orang lain ?
2) Adakah ahli berani untuk mempamerkan sesuatu yang unik dan menarik kepada
ahli lain ?
3) Adakah ahli-ahli dalam kelompok dapat menerima cara atau segala apa yang
disampaikan oleh ahli lain dalam kelompok tersebut ?
Ulasan berkenaan aktiviti:
1) Aktiviti ini berjaya mewujudkan komunikasi antara ahli dalam kelompok dan ahli
sudah mula bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan ahli lain dalam
kelompok.
2) Aktiviti ini telah berjaya menghilangkan rasa malu antara ahli untuk memulakan
komunikasi dengan orang lain.
3) Ahli dalam kelompok telah mula dapat menyedari bahawa perlunya
berkomunikasi dengan orang lain dan bersedia menerima pendapat orang lain
terhadap dirinya.

Nama

: Mohamad Hafiz bin Kamsani

No Matrik

: PEC 050023

Peringkat Transisi
Tajuk

: Lihat dan gambarkan

Masa

: 30 minit

Rasional

: Mengenali diri sendiri dan ahli lain

Keahlian

: Seorang ( aktiviti individu)

Bahan

: Pen, pita pelekat dan kertas

Objektif : 1)Untuk ahli berkongsi maklumat tentang kelebihan dan kekurangan diri
2)Ahli akan lebih memahami diri sendiri dan akan memahami orang lain
3)Mewujudkan trust dikalangan ahli untuk ke peringkat seterusnya.

Langkah :
1)Setiap ahli diberi sekeping kertas, pen dan pita pelekat.
Setiap ahli diminta membahagikan kertas tersebut kepada dua bahagian iaitu satu untuk
ditulis Kebaikan dan satu lagi Kelemahan.
2)Kemudian ahli perlu melekatkan kertas tersebut di bahagian belakang badan masingmasing.
3)Ahli diminta berdiri dan beratur
4)Kemudian setiap ahli perlu mengisi bahagian tersebut di belakang badan rakan yang
lain untuk menyatakan apa kebaikan dan kelemahan rakan dan ahli diminta jujur dalam
menulis.

5)Setelah semua ahli selesai, ahli diminta mengambil kertas tersebut di belakang badan
masing-masing.
6)Kemudian ahli diminta duduk dalam bulatan.
7)Akhir sekali setiap orang perlu berdiri mengikut giliran dan memberitahu kepada rakan
yang lain tentang apa yang telah ditulas oleh rakan-rakan di dalam kertas tersebut.
Ahli diminta membuat kesimpulan tentang hasil perbandingan tadi dan menerima secara
positif.

Komen
Pada akhir aktiviti ini, ahli akan memahami tentang diri sendiri dan seterusnya akan cuba
membaiki diri. Di samping itu, mereka juga akan lebih dapat menyesuaikan diri bersama
ahli kumpulan yang lain dan seterusnya selesa untuk berkomunikasi dengan ahli yang
lain. Selepas peringkat transisi ini berjaya, maka ahli boleh terus ke peringkat seterusnya.

NAMA: YOGESWARAN A/L RAMASAMY


NO MATRIK: PEC050078
AKTIVITI PERINGKAT PELAKSANAAN
Masa: 30 minit
Bahan: Sehelai kertas A4, dan pen @ pensil

OBJEKTIF: -Menilai keperluan individu


-Membuat keputusan yang berkesan
-Memikirkan kecenderungan keutamaan pilihan yang terbaik jika ahli
didalam dilema yang krisis.
Keahlian: Aktiviti individu (seorang)

LANGKAH: 1)Berikan setiap ahli sehelai kertas A4 dan sebatang pen.


2)Peimpin kelompok menjelaskan kepada ahli tentang keadaan pulau yang
mereka terperangkap
3)Keadaan pulau
-Budak yang perlu pergi kesekolah
-Ibu yang hamil
-Orang tua yang kelaparan
-Orang muda yang tercedera
-Perempuan cantik yang perlu pergi ke majlis perkahwinan
4)Ahli yang ditugaskan untuk membantu mereka hanya boleh membawa
seorang dari pulau itu pada satu-satu masa. Jadi ahli perlu membuat
keputusan iaitu siapakah yang akan diberikan keutamaan.

PERBINCANGAN: 1)Siapakah yang diutamakan oleh kebanyakan ahli?


2)Siapakah yang kurang diutamakan oleh kebanyakan ahli?
3)Mengapakah mereka perlu di utamakan? Sila membuat penjelasan

anda.

RUMUSAN: -Daripada peringkat ahli dapat membuat keputusan apakah yang perlu
diberi keutamaan dalam kehidupannya. Ini akan membantu ahli membuat
keputusan dalam masalah yang dihadapinya dengan menilai keutamaan.
-Dari aktiviti ini,para ahli dapat menilai keputusan yang paling efektif yang
boleh mereka pilih bagai menyelesaikan masalah yang kritikal yang
kemungkinan boleh dihadapi oleh mereka.

Norzahira binti Mohd Osman


PEC 050051
Aktiviti Peringkat Perlaksanaan
Tajuk

: Apa dah jadi?

Masa

: 40 minit

Bahan

: Tiada

Keahlian : 11 orang
Langkah :
1)Tiga orang peserta diminta berucap secara sukarela selama 3 minit.Mereka boleh
memilih tajuk yang mereka minati.
2)Tiga peserta tersebut diminta berada di tempat lain untuk membuat persediaan.
Pemimpin menerangkan kepada ahli lain mengenai aktiviti yang akan dijalankan tanpa
didengar oleh tiga orang ahli yang akan berucap.
3)Apabila peserta pertama dipanggil untuk berucap,pemimpin memperkenalkan ahli
tersebut,mengucapkan terima kasih kerana sudi mengambil bahagian dan
mempersilakannya untuk berucap.Pemimpin sebelum itu telah mengarahkan ahli lain
untuk mendengar dan memberi perhatian kepada peserta pertama,sambil menganggukkan
kepala tanda faham.Ahli juga diminta menepuk tangan setelah peserta pertama selesai
berucap.
4)Seterusnya,arahan diberi untuk peserta yang kedua.Ahli diminta memberi perhatian
hanya ketika ucapan permulaan peserta kedua.Pemimpin memberi isyarat kepada ahli
lain tanpa disedari oleh peserta kedua supaya beberapa orang ahli mula menunjukkan
kegelisahan seperti berbisik,pandang ke arah lain,termenung dan membuat kerja
lain.Lihat reaksi peserta kedua dan memberi ucapan terima kasih setelah selesai berucap.
Ketika peserta ketiga dipanggil masuk dan berucap,proses yang sama dilakukan iaitu ahli
hanya memberi perhatian pada permulaan ucapan dan kemudiannya ahli akan
menyampuk percakapan peserta,mentertawakannya dan mengeluarkan kata-kata seperti

`Dah tahu,tak payah cakaplah dan lain-lain komen berbentuk negatif.Lihat reaksi peserta
tersebut.
5)Semua peserta dipanggil masuk dan pemimpin mengucapkan terima kasih sekali lagi
kerana bekerjasama melakukan aktiviti ini.

Perbincangan :
1.Apakah yang berlaku semasa sesi dijalankan?
2.Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga ahli yang berucap?
3.Apakah perasaan yang dialami oleh ketiga-tiga ahli yang berucap?
4.Mengapakah mereka berperasaan demikian?
5.Adakah ahli yang berucap menyampaikan ucapan dengan yakin serta mampu
mengawal keadaan?

Objektif :
1)Membina kemahiran mendengar di kalangan ahli
2)Membantu ahli meningkatkan keyakinan diri
3)Ahli belajar untuk menghargai orang lain
4)Membantu ahli mempelajari teknik komunikasi secara berkesan
5)Menyedari kesan didengari atau kesan dipermain-mainkan

Rumusan :
Kebanyakkan dari kita seringkali gagal untuk menjadi pendengar yang baik,walhal untuk
membuat seseorang berasa dihargai,kita perlu mendengar dan memberi perhatian

sepenuhnya tentang apa yang diperkatakan.Hal ini secara tidak langsung akan
mewujudkan komunikasi yang berkesan.Selain itu,dengan berucap di khalayak
ramai,akan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang.Individu perlu
mempunyai kemahiran untuk mengawal dan menarik perhatian penonton ketika
menyampaikan sesuatu ucapan seperti menggunakan perkataan yang mudah,intonasi
suara yang jelas serta menyelitkan unsur-unsur jenaka agar penonton tidak hilang
tumpuan terhadap apa yang diperkatakannya.

NAMA: NUR HANISAH BINTI SAMSURI


NO MATRIK: PEC050052
AKTIVITI BAHAGIAN PELAKSANAAN

Aktiviti: Kad warna warni kehidupan.

Masa: 40 minit
Bahan: kad warna warni kehidupan dan kad penilaian.
Keahlian 10 orang.

Objektif : 1) meningkatkan kemahiran berkomunikasi interpersonal dan intrapersonal.


2) meningkatkan kemahiran bersosial.
3) menguasai kemahiran dalam berkomunikasi iaitu kemahiran mendengar,
memahami, memberikan maklum balas, membuat rumusan serta
mengeluarkan idea secara spontan.
Langkah:1) Fasilitator mengedarkan kad warna warni kehidupan dan kad penilaian
kepada semua ahli.
2) kad penilaian yang berwarna hijau, kuning dan merah memberikan makna
terhadap cara penyampaian individu ketika bercerita.
Hijau : menyukai dan berpuas hati
kuning : menyukai dan berpuas hati secara sederhana
Merah : Tidak menyukai dan tidak berpuas hati
3) Didalam kad warna warni kehidupan, individu perlu
menceritakan pengalaman
hidup mereka berdasarkan arahan yang diberikan.
4) Individu yang mendengar boleh memberikan maklum balas dengan
bertanyakan soalan dan memberikan pandangan terhadap cerita yang
disampaikan oleh individu tersebut.
5) Individu perlu menceritakan kepada seberapa ramai ahli yang mampu

sehingga masa tamat.


6) Cerita boleh diulang kepada individu yang sama sekiranya individu terbabit
Bersetuju
7) Setelah tamat aktiviti, beberapa individu dipanggil untuk memberikan
maklum balas terhadap aktiviti yang dijalankan.
8) Maklum balas berbentuk konstruktif digalakkan kepada semua ahli dan
maklum balas berbentuk kritikan adalah dilarang.
Perbincangan. 1) Adakah ahli dapat mengeluarkan idea secara spontan?
2) Adakah ahli dapat berkomunikasi dengan berkesan serta dapat menarik
perhatian individu lain dalam mendengar cerita yang disampaikan?
3) Adakah ahli dapat menggunakan kemahiran komunikasi secara berkesan
ketika komunikasi berlangsung?
4) Adakah individu dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain?
Rasional :

Apabila berkomunikasi dengan individu yang telah kita kenali, kita lebih
selasa menceritakan mengenai diri kita sendiri. Komunikasi yang
berlangsung juga lebih kepada pendedahan kendiri. Pada peringkat
pelaksanaan individu sepatutnya merasa selesa dan jujur dalam berkongsi
pengalaman dengan ahli lain. Oleh yang demikian kad warna warni kehidupan
adalah bertujuan agar ahli menceritan kepada ahli lain mengenai pengalaman
hidup mereka iaitu suka,duka, , memalukan, sedih dan sebagainya agar
komunikasi yang berlangsung berjalan dengan lebih lancar.
Semasa menceritakan pengalam mereka,ahli perlu menggunakan kemahiran
komunikasi iaitu kemahiran mengeluarkan idea dan maklumat secara spontan,

tepat serta teratur ketika komunikasi berlangsung. Maklumat yang teratur


diperlukan agar cerita yang disampaikan dapat difahami oleh ahli yang
mendengar.Ahli yang mendengar memberi perhatian terhadap cerita yang
disampaikan. Salah satu aspek penting dalam kemahiran berkomunikasi adalah
kemahiran mendengar yang mana ia dapat menjadikan komunikasi berjalan
dengan lebih lancar. Ahli yang mendengar juga perlu menggunakan kemahiran
membuat rumusan, menanya soalan, memberikan pendapat dan pandangan serta
meminta penjelasan.
Semasa aktiviti dijalankan, ahli perlu berinteraksi antara satu sama lain dan
belajar bergaul antara satu sama lain yang mana ahli didalam kelompok terdiri
dari pelbagai latar belakang yang berbeza, jantina dan pengalaman hidup yang
berbeza.Ini dapat meningkatkan kemahiran sosial antara semua ahli. Kad
penilaian diberikan agar ahli memperbaiki komunikasi supaya menjadi lebih
berkesan.

NAMA: VIMALA A/P ARUMUGAM


NO MATRIK: PEC050075
AKTIVITI PERINGKAT PELAKSANAAN
Aktiviti: Cepat dan Pikat
Masa: 40 minit (setiap individu 5 minit)

Bahan: 6 keping kertas A4, pensil dan warna


Objektif:
-Menilai tahap kepercayaan diri sendiri dan ahli
- Melatih diri dalam kemahiran membaut keputusan
- Memikirkan keutamaan diri dari segi minat, nilai dan kecenderungan.

LANGKAH:
1)Pemimpin berikan sehelai kertas A4 kepada seorang ahli kumpulan.
2) Meminta ahli kumpulan tersebut melukis sesuatu yang kreatif dan mewarnakannya.
3) Masa yang diperuntukkan kepada ahli tersebut ialah selama 5 minit.
4)Selepas melukis dan mewarna sesuatu yang kreatif, ahli tersebut perlu tunjuk pada ahli
yang seterusnya.
5)Ahli yang seterusnya perlu melihat lukisan tersebut selama 2 minit.
6)Seterusnya, ahli tersebut perlu melukis dan mewarnakan lukisan tersebut pada kertas
A4 yang diberikan.
7) Langkah 5-6 perlu diteruskan oleh ahli kumpulan yang seterusnya.

PERBINCANGAN:
1) Adakah semua ahli melukis gambar yang sama?
2) Adakah semua ahli kumpulan mewarnakan warna yang sama?
3) Mengapa seorang individu perlu mengambil masa yang lama sermasa mewarna?

4) Apakah faaktor yang menyebabkan seseorang individu berfikir lama semasa


mewarna?

NAMA: JACKAL LEE ASSAN


NO MATRIK: PEC050012
AKTIVITI PERINGKAT PRODUKTIVITI

Tajuk aktiviti: Penyelesaian Kritis


Masa:10-15 minit
Keahlian:8-10 orang
Bahan:Kertas manila dipotong1/2)

Objektif:Berfikir secara rasional dan kreatif untuk menyelesaikan masalah.

LANGKAH:
1)Ahli dibahagikan kepada 2 kumpulan. Jika 8 orang ahli dalam sesi, 4 orang setiap
kumpulan.
2)Setiap kumpulan diberi sehelai kertas
3)Setiap ahli diminta meletakkan sebelah kaki (sama ada kiri atau kanan) ke atas kertas.
Kemudian, setiap kumpulann diminta melipat kertas sebanyak 2 kali. Di ingatkan semua
ahli mesti meletakkan kaki di atas kertas. Jika terdapat ahli yang tidak mempunyai ruang
untuk kakinya, bermakna kumpulan utu gagal untuk menyelamatkan ahli tersebut.
4)Jika berjaya, setiap kumpulan di minta melipatkan kertas sebanyak 4 kali. Situasi yang
sama akan berlaku seperti langkah (3). Jika berjaya, kertas dilipat sebanyak 8 kali dan
yang terakhir 12 kali.
5)Kumpulan yang dikategorikan berjaya adalah apabila setiap sebelah kaki ahli masih
berada di atas kertas dari awal hingga akhir aktiviti.

ULASAN:

Aktiviti ini sesuai bagi merangsang minda ahli untuk bersama-sama mencari jalan
menyelesaikan masalah. Masalah akan timbul bila ruang tidak mencukupi bagi memberi
ruang kepada ahli meletakkan sebelah kaki ke atas kertas. Di sini setiap kumpulan bebas
mencari jalan untuk membolehkan mereka masih boleh survive. Justeru itu, bila diluar
sesi aatau setelah tamat sesi kelompok ahli mempunyai kesedaran untuk berfikir mencari
penyelesaian masalah harian mereka. Dengan ini juga, kaunselor dapat melihat tahap
keupayaan para ahli berfikir dengan kritis dalam menyelesaikan masalah serta mengenali
keupayaan sendiri.

Muhamad Ridwan Maming


PEC 050029
Aktiviti Peringkat Penamatan.
Wasiat Teman
Masa: 30 minit.

Bahan: Kertas A4, sampel surat dan pen.

Objektif: Melatih ahli kelompok supaya menghargai pengalaman mereka sepanjang


menyertai kelompok dan menghargai ahli lain dalam kelompok yang disertai.

Keahlian: Seorang.

Langkah:
1.Pemimpin mengarahkan setiap ahli menulis wasiat kepada setiap ahli dalam kelompok
pada kertas A4 yang dibekalkan.
2.Ahli juga dikehendaki menulis perasaan masing-masing semasa menyertai sesi,
pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada sesi yang kelompok yang mereka
sertai.
3.Ahli juga dikehendaki menyatakan harapan masing-masing selepas meninggalkan sesi
kelompok.
4.Kertas A4 tadi hendaklah dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul surat. Ahli mestilah
menulis nama mereka pada sampul masing-masing sebelum menyerahkan sampul surat
tersebut kepada pemimpin.
5.Pemimpin akan membaca setiap wasiat tersebut kepada ahli kelompok. Ahli yang akan
dibaca wasiatnya akan keluar seketika daripada kelompok semasa wasiatnya dibacakan
kepada ahli kelompok yang lain.
Komen

Aktiviti penamatan di atas mempunyai objektif yan utama iaitu melatih ahli kelompok
supaya menghargai pengalaman yang mereka perolehi sepanjang menyertai sesi
kelompok dan menghargai ahli lain dalam kelompok tersebut.
Di samping itu, aktiviti inijuga mampu memberitahu setiap ahli kelompok bahawa
mereka dihargai kerana di beri peluang untuk membuat wasiat yang merangkumi pesanan
dan nasihat kepada ahli-ahli lain dalam kelompok. Mereka juga tidak akan berasa
keseorangan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana harapan mereka
juga akan dibacakan oleh pemimpin kelompok kepada ahli kelompok yang lain. Harapan
tersebut boleh merangkumi harapan untuk ahli-ahli kelompok dan harapan untuk diri
sendiri.
Pemimpin perlu bijak mengawal perasaan atau emosi ahli-ahli kelompok kerana
mungkin terdapat ahli dalam kelompok yang tidak dapat mengawal perasaan sebak dan
sedih mereka dalam aktiviti ini.

NAMA : AFIQ BIN AWANG


NO. MATRIK : PEC 050004

AKTIVITI PERINGKAT PENAMATAN


TAJUK AKTIVITI

: KAD TERAKHIR

MASA

: 30 Minit

BAHAN

: Kad yang menarik, pen,

OBJEKTIF

Menyampaikan ucapan dan amanat terakhir di kalangan ahli dan juga pemimpin. Ia juga
sebagai simbolik semasa perpisahan di kalangan ahli kelompok. Seterusnya memberi
kelebihan kepada ahli kelompok menamatkan sesi dengan lebih menarik dan istimewa.
KEAHLIAN

: Seorang (aktiviti individu)

LANGKAH

1. Hanya satu kad diberikan kepada setiap ahli oleh pemimpin. Ahli
diberikan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk menulis di atas kad tersebut. Ahli
dikehendaki menulis hanya satu kad dan ditujukan kepada semua ahli. (tidak ditujukan
kepada seorang ahli sahaja).
2. Dalam kad tersebut ahli boleh menulis harapan, peneguhan,
kata-kata semangat, sokongan, serta kenangan manis semasa sesi
dijalankan kepada ahli secara keseluruhan.
3. Apabila ahli selesai menulis pada kad, kumpulkan semua kad-kad
tersebut dan serahkan kepada pemimpin. Ahli dikehendaki menulis nama pada kad yang
ditulisnya.

Pemimpin pula dikehendaki menyediakan kad yang ditulis oleh pemimpin kepada setiap
ahli.Pemimpin perlu memastikan setiap ahli menerima kad daripadanya.

5.

Seterusnya pemimpin perlu memberikan kad tersebut secara

rambang kepada setiap ahli. Pemimpin perlu pastikan ahli tidak


menerima kad yang ditulis oleh ahli yang lain. Setiap ahli menerima
dua kad iaitu satu yang ditulis oleh ahli dan satu lagi ditulis oleh
pemimpin.

RASIONAL

Dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kenangan yang cukup bermakna
kepada setiap ahli yang terlibat dalam kelompok tersebut. Disamping itu juga, aktiviti ini
dapat menunjukkan penghargaan setiap ahli terhadap kelompok.
Selain itu, setiap ahli dapat memberi kata-kata semangat dan harapan terakhir
sebelum mereka berpisah. Ini juga sedikit sebanyak dapat menyedarkan ahli betapa
bermaknanya sesi yang telah mereka lalu.
aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli selepas mereka keluar
dari sesi nanti. Kad yang diberikan itu juga, boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada ahli
dan mereka tidak lupa yang mereka pernah mempunyai satu kumpulan dalam
membincangkan masalah mereka.

UNIVERSITI MALAYA

SEMESTER 1
SESI 06/07
DI KEMUKAKAN KEPADA :
DR. MELATI BINTI SUMARI
SEBAGAI MEMENUHI SYARAT KURSUS:
PPEC 2134 :KEPIMPINAN KELOMPOK
TAJUK:
KAUNSELING KELOMPOK : MASALAH KOMUNIKASI DAN
PERHUBUNGAN SOSIAL
NAMA PELAJAR:
NORAZIZAH BINTI A.RAHMAN (PEC050041)
NURAINI BINTI ABDULLAH (PEC 050054)
AFIQ BIN AWANG (PEC 050004)
MUHAMAD RIDWAN MAMING (PEC 050029)
JACKAL LEE ASSAN (PEC050012)
VIMALA A/P ARUMUGAM (PEC050075)
NUR HANISAH BINTI SAMSURI (PEC050052)
YOGESWARAN A/L RAMASAMY (PEC050078)
NORZAHIRA BINTI MOHD OSMAN (PEC 050051)
AYATUL AZIRA BINTI ALIAS (Pec 050008)
MOHAMAD HAFIZ BIN KAMSANI (PEC 050023)

Anda mungkin juga menyukai