Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara buat surat izin suami egtukar sesi Januari 2013 E-melkan Ini

BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest Label:


pendidikan Ramai yang bertanya mengenai format surat keizinan suami yang
perlu dilampirkan bersama borang egtukar. Makngoh sendiri pun tak pernah
tengok format sebenar apa itu surat keizinan suami tetapi makngoh berikan
kaedah surat yang makngoh selalu buat. Dengan format tersebut, makngoh
berjaya tukar dari Sabah ke KL. Sekarang makngoh usaha tukar dari KL ke
Kelantan. Format -: 1. Mesti ikut format rasmi dialamatkan kepada pegetua
sekolah atau kpm atau pihak yang berkenaan. 2. tajuk ditulis seperti 'surat
keizinan suami' ataupun "keizinan suami untuk pertukaran tempat bekerja
isteri" dan tajuk lain yang cikgu fikirkan sesuai. 3. Perenggan pertama, suami
kenalkan diri sebagai suami kepada si fulan si fulan dan kalau boleh letaklah
nombor ic isteri dan tempat mengajar isteri sekarang. 4. Perenggan kedua,
ceritalah masalah kenapa suami tidak boleh berpindah ke tempat bekerja
isteri. 5. Perenggan ketiga, ceritalah masalah-masalah yang dihadapi isteri di
tempat bekerjanya. 6. Perenggan terakhir, ucapkan terima kasih dan 'katakata rayuan yang ringkas' agar permohonan pertukaran isteri diluluskan.
Ingatan -: Semasa makngoh mula-mula belajar surat rasmi semasa di sekolah
rendah dulu, makngoh masih ingat cikgu makngoh pesan kalau buat surat
rasmi jangan panjang berjela-jela sangat dan jangan sangat bersifat peribadi.
Mereka-mereka itu orang besar yang sibuk dan ada banyak lagi surat yang
perlu dibaca. Jadi tulislah dengan padat dan straight to the point tak perlu
berkias-kias panjang. Cikgu Bahasa Melayu pun cakap English gak dalam
kelas BM. Dikhuatiri jika ada tulis panjang lebar dan sangat berkias
menyebabkan mereka hilang mood nak baca, tak jumpa isi penting surat
anda dan risau terus tolak tepi surat anda ketika di perenggan pertama lagi.
Siapa yang rugi kan? YA ALLAH, semoga kami yang memohon bertukar
tempat mengajar ini diluluskan dan dapat tinggal dengan bahagia bersama
keluarga masing-masing. Amin.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai