Anda di halaman 1dari 4
GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROSES SKIM KEMAHIRAN DAN KERJAYA {MALAYSIA (SKK1M) GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN SKIM KEMAHIRAN DAN KERJAYA AMALAYSIA {SKK1M) 4. LATAR BELAKANG 4.4. Pelaksanaan Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia (SKK1M) telah dipersetujul celh National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk dilaksanakan bermula tahun 2012 yang melibatkan beberapa agensi terpilih. 4.2. SKK1M adalah untuk menyediakan latihan kemahiran kepada graduan yang menganggur dengan fokus latihan untuk keperluan pekerjaan yang bernitai tinggi 2, TUJUAN Garis Panduan ini dihasikan adalah untuk membantu pegawai penyelaras Skim Kemahiran dan Kerjaya (Malaysia (SKK1M) di Institut Latinan Jabatan Tenaga Manusia {ILJTM) melaksanakan proses pengesanan peserta yang berkelayakan dan proses pembayaran elaun oleh pihak isntitut 3, PESERTA 3.1.Kelayakan Peserta a) Peserta mestilah Warganegara Malaysia b) Peserta mestilah berumur 18 tahun dan keatas. ) Kumpulan sasar skim ini adalah graduan lepasan Diploma dan Sijil sahaja d) Peserta mestilah graduan daripada bekas pelajar Institut Latinan Jabatan Tenaga Manusia (ILITM) e) Peserta yang layak menyertai program SKK1M adalah graduan yang masin belum mendapat pekerjaan dan keutamaan diberikan kepada graduan yang masih belum mendapat pekerjaan setelah 6 bulan tamat pengajian. 1) Setiap peserta hanya layak menyertai program ini sekali sahaja. 3.2.Tempoh Program a) ‘Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama 2 bulan di syarikat. b) Diikuti dengan penempatan terus di syarikat tersebut di dalam jawatan yang sesuai dengan bidang kemahiran yang dilatih di institut. 3.3.Permohonan a) Permohonan adalah melalui institut masing-masing; b) Pemohon dikehendaki menghantar dokumen-dokumen berikut. i. Borang permohonan ii, Salinan Kad pengenaian ili, Salinan butiran akaun bank iv. Salinan surat tawaran pekerjaan daripada majikan ©) Tawaran skim adalah terbatal dengan sendirinya jika calon/peserta tidak menghantar maklum balas dan mengisi maklumat dengan lengkap dalam portal eSKK1M, 3.4, Tanggungjawab peserta a) Mengisi maklumat peribadi dan syarikat di portal eSKK1M b) Selepas tamat 2 bulan, peserta dikehendaki menghantar kepada institut masing- masing; i, Borang pengesahan pekerjaan ii, Gambar di tempat kerja. ©) Kegagalan peserta untuk melaksanakan semua tanggungjawab ini akan menyebabkan elaun tidak akan dibayar 4, MAJIKAN 4.1, Kriteria majikan a) Majikan adalah terbuka kepada syarikat yang beroperasi di dalam negara atau lar negara 4,2. Tanggungjawab majikan a) Mengeluarkan surat tawaran pekerjaan bertarikh diantara Januari 2015 hingga Disember 2015. 5. ILJTM 5.1.Pembayaran Elaun a) Elaun sebanyak RM1000 akan diberikan hanya kepada peserta yang tamat latihan selama 2 bulan dan penempatan terus di organisasi/syarikat. b) Pembayaran akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu RM500 setiap bulan dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank peserta 5.2.Portal eSKK1M a) Pegawai penyelaras SKK1M di institut perlu mendaftarkan peserta yang layak di dalam portal eSKK1M. b) Pegawai penyelaras perlu membuat semakan maklumat peserta berdasarkan dokumen semasa permohonan ¢) Pegawai penyelaras perlu mengemaskini status pembayaran elauan peserta ‘SKK1M setelah pembayaran dibuat. 5.3. Tanggung Jawab Pegawai Penyelaras CESS Institut Sentiasa mengemaskini data pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di institut

Anda mungkin juga menyukai