Anda di halaman 1dari 2

Tangisan Rasulullah SAW menyebabkan para malaikat lupa

bertasbih
Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di
hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !"
Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !"
Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang
berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !"
Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki
yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.
Orang itu berkata, " Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang
badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku,
Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali
Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu.
"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" Tanya Rasulullah SAW.
"Saya percaya dengan penuh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan
membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya, " jawab orang Arab badwi
itu.
Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan
penolongmu nanti di akhirat."
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini
Nabi Muhammad?" "Ya," jawab Nabi SAW.
Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW.
Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata, "Wahai orang Arab,
janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada
tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati
atau diagungkan tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita
menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, "Ya Muhammad, Tuhan AsSalam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak
terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti,
akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar. "
Selepas menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, "Demi keagungan
serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan
membuat perhitungan denganNya. "
Orang Arab badwi berkata lagi, "Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka
hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawannya."
Mendengar ucapan orang Arab badui itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa
benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan
salam kepadamu dan berfirman: "Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana
tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan
kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung
kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga
nanti. "
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya
menahan rasa terharu.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari

sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai