Anda di halaman 1dari 5

Transcript

1. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN


OTHMAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5 NAMA
AKTIVITI : PERTANDINGAN REKA CIPTA PENYEDUT MINUMAN ( PROJEK
KO-AKADEMIK KEMAHIRAN HIDUP) TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2013
( 12.20 tengah hari 1.20 petang ) OBJEKTIF: 1. Mengetahui cara mengurus sesuatu
pertandingan dengan baik. 2. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kreativiti murid
tahun 4 dalam bidang kemahiran hidup. 3. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti
dan berdaya saing antara rakan. 4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di
antara murid dengan murid serta murid dengan guru. 5. Memastikan kecemerlangan
akademik murid tidak terabai.

2. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru


pembimbing. 2. Beliau mencadangkan saya membuat pertandingan reka cipta penyedut
minuman untuk murid tahun 4 kerana dapat melihat tahap kreativiti mereka. 3. Tempoh
seminggu diberikan untuk saya mempersiapkan segala persiapan bahan, hadiah dan
tempat pertandingan. 4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam
keadaan yang kondusif. 5. Saya menyediakan segala bahan dan persiapan tempat dengan
rapi bagi memastikan pertandingan reka cipta penyedut minuman berjalan dengan lancar.
REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI 1. Melalui kerja ini, saya dapat
mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru kelas kerana ini bukan suatu kerja yang
senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti menguruskan sesuatu
pertandingan ko-akademik. Saya juga telah belajar cara untuk mengadili sesuatu
pertandingan. 2. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang muridmurid tahun 4. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa
bekerjasama dalam mempelbagaikan reka cipta untuk lebih menarik dan kreatif.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI 1. Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan
dana dan modal yang menjadi penghalang setiap kali mahu menjalankan pertandingan.
Jadi semasa internship

3. saya mengambil peluang untuk mengadakan pertandingan ini walaupun dengan


mendapat modal yang sedikit daripada pihak sekolah. 2. Masa untuk mengadakan
pertandingan singkat kerana saya mengikut waktu Kemahiran Hidup dalam jadual
mereka. Segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi mengelakkan masa pengajaran
dan pembelajaran seterusnya tergangu atau terlewat. 3. Pada Praktikum 3, saya telah
mengajar tahun 4 Unggul. Ini telah menyebabkan saya susah untuk mengenalpasti tahap
murid tahun 4 Gemilang dan terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengadili
pertandingan tersebut. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Kami berharap agar
mendapat masa yang lebih untuk mengadakan pertandingan ini pada peringkat sekolah
pula. Hal ini kerana penganjuran pada murid tahun 4 mendapat sambutan yang sangat
menggalakkan dan kami beranggapan bahawa jika dibuka pada murid tahap lain suasana
pasti akan menjadi lebih meriah. KESIMPULAN Melalui aktiviti pertandingan reka cipta

penyedut minuman pada minggu ini, saya mendapat banyak pengalaman dan
pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya mengambil bahagian dalam
menyediakan kumpulan murid-murid. Ini merupakan pengalaman baru untuk saya. Saya
juga mempelajari cara markah dalam sesuatu pertandingan. Selain itu, saya berpeluang
meningkatkan tahap kreativiti murid tahun 4 Unggul yang saya telah pilih untuk subjek
kajian saya.

4. Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti pertandingan ini, hanya tahun
4 sahaja yang terlibat dalam pertandingan tersebut dan saya berharap agar boleh
diberikan peluang pada masa akan datang untuk membuat pertandingan pada peringkat
sekolah pula. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan
yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan. LAPORAN PELAKSANAAN
INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN OTHMAN PROGRAM : PISMP
SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5 NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) :
Projek Keceriaan Sekolah (Lukisan mural blok tulisan) TEMPOH PELAKSANAAN :
01.07.2013 hingga 26.07.2013 OBJEKTIF : 1. Memberi peluang kepada para guru
pelatih untuk belajar cara-cara untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria. 2.
Menjadikan ruang dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5 lebih ceria dan lebih
menarik. 3. Mengalu alukan kedatangan murid untuk kembali ke sekolah. 4. Menjadikan
sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan kondusif. 5. Meningkatkan
kesedaran membaca di kalangan murid. 6. Membina hubungan dan kerjasama dengan
rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

5. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan dengan Guru Besar SKPN 5.


Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan cadangan dan idea.
Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan ruang dinding belakang blok
pentadbiran sekolah. 2. Membuat perancangan dan persediaan. Saya dan rakan membuat
kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru pembimbing dan Guru Besar
Sk Parit No 5. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang
diperlukan. 3. Menceriakan dinding belakang blok pentadbiran. Hasil kerja dipamerkan
di dinding belakang blok pentadbiran SKPN 5 REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK /
AKTIVITI

6. 1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi
memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah . 2. Menyediakan satu tempat
belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid- murid supaya dapat membangkitkan
minat mereka untuk datang ke sekolah dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung,
mural blok tulisan dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan
membaca dan kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah. Kosa kata
murid juga meningkat kerana terdapat tiga bahasa yang kami tulis iaitu bahasa Melayu,
Inggeris dan Arab untuk tema membaca. 3. Atas bantuan yang diberikan, dapat
mengeratkan lagi hubungan dengan murid- murid sekolah ini. Selain itu, guru
pembimbing, staf sekolah serta pekerja- pekerja turut membantu dalam proses
lengkapkan projek kami ini. 4. En Murshed juga telah banyak membantu kami semasa
melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah.

Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan
tugas kami. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI 1. Kerja kami agak berbahaya kerana
projek ini dilaksanakan di luar bangunan pentadbiran. Angin yang kuat menyebabkan
kami berhati-hati semasa memanjat tangga. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk
menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasaikan
tugas.

7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Kami harus membuat perancangan masa


membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih
baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada
waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada
hari Sabtu dan Ahad juga kami datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan mural blok
tulisan tersebut. KESIMPULAN Melalui projek menceriakan perpustakaan ini, saya rasa
bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru.
Saya telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan
mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami
betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakanrakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan
sekolah menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di
samping itu, mural blok tulisan juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid
tentang kepentingan mempelajari tiga bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan
Arab serta semangat untuk datang ke sekolah. Walaupun masa yang ditetapkan tidak
banyak namun kami berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas
kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Parit No 5 dan
rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman
serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.

8. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MOHD AIDIL BIN


OTHMAN PROGRAM : PISMP SEM 8 NAMA SEKOLAH : SK PARIT NO 5 NAMA
AKTIVITI (KUMPULAN) : BULAN KECERGASAN (SENAMROBIK PERDANA)
TEMPOH PELAKSANAAN : 9 JULAI 2013 ( 7.30 PAGI 10.00 PAGI ) OBJEKTIF :
1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan dan
aktiviti.

9. 2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan program bulan kecergasan. 3.


Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah. 4. Memupuk sifat
semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di sekolah pada masa akan
datang. 5. Membolehkan guru pelatih untuk menunaikan amanah yang
dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah. 6. Mempamerkan daya
ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial dalam kalangan guru pelatih
dan pihak sekolah. 7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk
meningkatkan kejelekitan pasukan. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan
dengan guru penolong kanan kokurikulum. Berjumpa dan berbincang dengan Tn Hj
Selamat Bin Takim untuk menentukan tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan
dilaksanakan di setiap station. Tarikh yang dirancangkan ialah 9 Julai 2013 pada pagi
Selasa dan melibatkan semua warga sekolah, staf dan guru SKPN 5. 2. Membuat

perancangan dan persediaan. Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan
persetujuan daripada guru penolong kanan kokurikulum dan Guru Besar Sk Parit No 5.
Selepas kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan
guru- guru. 3. Menjalankan aktiviti di dewan terbuka SKPN 5.

10. Setiap kelas akan dijaga oleh guru kelas masing-masing dan dibantu oleh seorang
guru lain. Murid akan beratur seperti dalam keadaan perhimpunan pagi. Aktiviti
senamrobik akan dilakukan mengikut lagu dan semua warga SKPN 5 mengikut
pergerakan yang dilakukan oleh guru pelatih. REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK /
AKTIVITI 1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari
prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program kecergasan yang melibatkan banyak
murid. 2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu
aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan
guru lain. 3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk
mempelajari senamrobik dan kepentingan menjaga kesihatan. 4. Melalui program
kecergasan ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat dieratkan
lagi. 5. Semua murid dan warga SKPN 5 melibatkan diri dengan aktif dan memberi
komitmen yang secukupnya kepada guru pelatih. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Hujan yang turun pada pagi itu menyebabkan suasana agak bising dan murid tidak
dapat mendengar arahan guru dengan jelas. 2. Kesuntukan masa juga membataskan
aktiviti yang dirancang kerana selepas rehat murid akan belajar seperti biasa.

11. 3. Kuiz Bulan Kecergasan dilakukan namun terdapat ramai murid yang gagal
menjawab soalan kerana pada pengucapan yang diucapkan oleh Guru Besar hujan turun
dengan lebat dan murid tidak dapat mendengar dengan jelas. CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN: Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk
memastikan setiap pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu,
program ini akan menjadi lebih meriah jika disusuli dengan aktiviti luar sekolah yang
melibatkan semua warga SKPN 5. Hadiah untuk kuiz juga haruslah disediakan bagi
memastikan murid berminat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
KESIMPULAN Melalui prorgram bulan kecergasan ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan
sesuatu aktiviti senamrobik yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya dapat
memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan
rakan-rakan guru lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini, mastilah
tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan selesainya aktiviti ini,
murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang kepentingan menjaga
kesihatan dan aplikasikan kecergasan pada kehidupan seharian. Di samping itu, aktiviti
senamrobik ini juga mempertingkatkan kesedaran murid kepentingan menjaga tubuh
badan diri sendiri dan orang di sekeliling secara tidak langsung. Walaupun program
dirancangkan tidak dapat berjalan lancar kerana hujan lebat namun kami telah berjaya
menganjurkan program ini dengan berjaya dan baik atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Parit No 5, dan rakan-rakan guru yang
lain . Dengan itu, saya akan mengguna dan

12. mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan
datang. Disediakan oleh, MOHD AIDIL BIN
OTHMAN (GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN) Disemak Oleh,
TN HJ OTHMAN BIN HASHIM (GURU BESAR
SK PARIT NO 5)

Anda mungkin juga menyukai