Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2015

Tarikh: 12.01.2015
Hari: Isnin
Masa: 12.40 tengah hari
Tempat: Bilik Guru
Kehadiran:
1.
Cik Anita Chin
2.
Pn. Salmah Binti Mohamad Marsal
3.
En. Tonny Wong
4.
Cik Ling Siew Chen

Pengerusi
Setiausaha

Agenda 1: UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu kerana dapat
meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang
berkaitan dengan panatia Bahasa Melayu.
Agenda 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Minit menyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh En Tonny Wong dan pengesahan
disokong oleh Cik Anita Chin.
Agenda 3: PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada
Agenda 4: HEAD COUNT DAN PROGRAM KECEMERLANGAN 2015
4.1. Pengerusi menyatakan keputusan UPSR 2014 adalah antara keputusan yang kurang memuaskan yang
pernah dicatatkan,dimana Pemahaman mencapai kelulusan 55.6% dengan GPS 2.72 dan Penulisan
pula 50.8% dengan GPS 3.28. Pengerusi menaruh harapan supaya keputusan ini dapat dibaiki dan
ditingkatkan pada tahun ini.
4.2. Bagi tahun 2015 TOV ialah Pemahaman ialah 86.4%, manakala Penulisan 36.4%. Pn. Salmah
mencadangkan sasaran UPSR 2015 bagi kertas peperiksaan adalah Pemahaman 90%, dan Penulisan
pula 40%. Cadangan ini disokong oleh En Tonny Wong dan sebulat suara.
4.3 Pengerusi menjelaskan program-program kecemerlangan bagi tahun 2015 ialah:
a. Program Anak Angkat
b. Program Mentor-Mentee
c. Kem Motivasi UPSR 2015
d. Kelas Tambahan Tahun 6

e. Maksimumkan Sudut Panitia Bahasa Melayu di dalam kelas


Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 5: SUKATAN PELAJARAN
5.1 Pengerusi menjelaskan bahawa guru-guru perlu menyediakan sukatan pelajaran, Huraian sukatan atau
DSKP, atau rancangan tahunan. Bagi tahun 1-5 hendaklah mengikut sukatan pelajaran KSSR
manakala bagi tahun enam masih menggunakan sistem lama. Contoh Rancangan Pelajaran Harian
diedarkan kepada guru khasnya bagi tahun 1-5.
Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 6: KSSR
6.1 Pengerusi menjelaskan KSSR menitikberatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis,
aspek seni bahasa dan tatabahasa. Semua kemahiran ini akan dicatatkan dalam borang offline
mengikut band 1 hingga band 6. Juga,usah fokus kepada kemahiran menulis,tetapi merangkumi
semua kemahiran yang ada dalam sistem KSSR. Oleh itu setiap hari harus dibuat satu kemahiran dan
boleh juga digabungjalinkan. Selain itu dalam KSSR juga perlu diwujudkan kumpulan dalam kelas
supaya aktiviti kumpulan semasa PdP akan menyebabkan pembelajaran lebih menarik minat pelajar
contohnya aktiviti didik hibur.
Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 7: ITHINK dan KBAT
7.1 Pengerusi berharap Ithink dan KBAT diutamakan dalam PdP yang dijalankan sebagaimana yang
telah dijelaskan dalam LDP dan kursus-kursus anjuran jabatan. Dalam program Ithink, peta pemikiran
dilukis oleh pelajar untuk mencambahkan minda, dan peta pemikiran ini tidak perlu ditanda,hanya
untuk dipantau,bahawa pelajar telah menggunakan carta tersebut untuk pembelajaran mereka.
Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 8: BUKU AKTIVITI
8.1Buku aktiviti bagi Tahap 1adalah seperti yang diberi oleh pihak kementerian manakala bagi Tahap 2,
buku yang dipilih adalah Pep memandangan ia benar-benar selaras dengan silibus KSSR dan latihanlatihan yang diberi juga berkualiti.
Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 9: SUDUT PANITIA
9.1 Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Melayu dapat menampal dan menghias sudut Bahasa Melayu di
kelas yang diajar dengan bahan-bahan terbaru. Sementara bagi papan kenyataan bagi laluan gajah
menyusur adalah tanggungjawab ketua panitia.
Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 10:KELAS PEMULIHAN
10.1 Cik Anita berharap jika ada terdapat pelajar yang menghadapi masalah membaca dan menulis, harap

dihantar ke kelas pemulihan.


Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 11:LINUS
11.1 Cik Ling Siew Chen menyatakan analisis untuk Tahun 1 2014 Literasi Bahasa Melayu Saringan 1
kelulusan 40.90%,dan Saringan 2 80%. Bagi Tahun 2, Saringan 1 85.40%, dan Saringan 2 100%.
Bagi Literasi Bahasa Melayu tahun 3, peratus menguasai Saringan 1 sebanyak 94%, dan untuk
Saringan 2 telah mencapai sasaran 100%. Bagi tahun 2015 beliau berharap peratus menguasai juga
mencapai sasaran 100%. Ini bermakna TOV pelajar tahun 3 2015 adalah sebanyak 93.90% .
Tindakan: Cik Ling Siew Chen dan Guru BM Tahun 1-3
Agenda 12: BUKU PERSEDIAN MENGAJAR
12.1 Pn. Salmah mengingatkan bahawa penulisan RPH dalam buku persediaan mengajar hendaklah
bertepatan dengan buku teks dan mengikut standard yang ditetapkan sama ada dalam KBSR bagi
Tahun 6 manakala KSSR bagi Tahun 1 hingga Tahun 5. Setiap item yang terdapat dalam RPH
KSSR tidak boleh digugurkan.
12.2 Pada ruangan refleksi, setiap guru mesti menulis ayat yang berberntuk eksplisit bukannya secara
umum.
Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 13: Pencerapan Hasil Kerja Murid
13.1 Pengerusi meminta semua guru membuat pencerapan terhadap latihan murid bagi memastikan
mereka membuat latihan yang disediakan.
13.2 Pn. Salmah mengingatkan kepada guru supaya menyemak latihan yang dibuat dengan teliti dan
dibubuh tarikh penyemakan dibuat.
Tindakan: Semua Guru BM
Agenda 14: Hal-hal lain
14.1 Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa Malaysia 2015 akan diadakan pada 6 Julai 2015.
Kedua-dua pertandingan akan terdapat slot bercerita dan syarahan spontan dalam masa 3 minit.
Teks cerita dan syarahan hendaklah diberikan kepada murid dalam tempoh 2 bulan sebelum
pertandingan.

14.2 Kertas Ujian yang dihasilkan oleh guru dalam Ujian Formatif 1 dan 2 hendaklah standard tanpa
sebarang cacat celanya. Kertas soalan yang siap hendaklah dikemukakan kepada Ketua Panitia

untuk tapisan kesahihan soalan dan seterusnya akan diserahkan kepada PK1 untuk disahkan
kebolehpercayaan soalan yang dikemukakan.
14.3 Program Bacaan Pagi diadakan bagi memberi peluang kepada murid membaca bahan bacaan yang
disediakan oleh guru mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, murid perlu membaca
buku teks.
Agenda 15: Ucapan Penangguhan
15.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang idea untuk
meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa Melayu
15.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari

Disediakan oleh:

..................................................
(PN.SALMAH BT.MOHAMAD MARSAL)

Disemak oleh:

...........................
(CIK. ANITA CHIN)

Disahkan oleh:

.
(PN.TENG HEI MEE)

Anda mungkin juga menyukai