Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU KAMPUS KENT TUARAN


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU JUN 2011
ELM3043E
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM INTERNSHIP IPG
KENT TUARAN

DISEDIAKAN OLEH : TAI VUI MEE


UNIT : BM/PSV/ELM(BMM2)
NO IC: 680922125128
PENSYARAH : ENCIK
TARIKH PENYERAHAN : 28 MAC 2015
1

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGHARGAAN................................................................................................3

2.0

LAMPIRAN 1......................................................................................................4

3.0.

STRATEGI PELAKSANAAN..............................................................................5

4.0.

REFLEKSI...........................................................................................................9

5.0.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN...................................................................11

6.0.

KESIMPULAN...................................................................................................12

LAMPIRAN 2..............................................................................................................13

1.0 PENGHARGAAN
Sebagai pembukaan, saya ingin melafazkan sepenuh kesyukuran
kepada Tuhan yang telah memberikan kekuatan rohani dan jasmani untuk

saya menyediakan tugasan kursus program Intership IPG ini mengikut


kehendak dan format yang dikemukakan oleh pihak IPG Kent, Tuaran Sabah.
Sesungguhnya tugasan program Internship yang berikutnya adalah
laporan pelaksanaan program Internship ini, Pada bahagian ini, saya
ditugaskan untuk menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan program ini
daripada beberapa aspek antaranya adalah daripada aspek kekuatan dan
kelemahan program serta cadangan penambahbaikan program pada masa
akan datang. Amalan refleksi seumpama ini memberikan kesempatan kepada
saya untuk memikir dan membuat imbasan kembali aktiviti yang telah
dilaksanakan. Ia juga memberikan peluang kepada saya untuk memikirkan
inovasi lain yang boleh digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran
kelak.
Dalam pada itu, saya ingin merakamkan terima kasih kepada
pensyarah bagi kursus program Internship ini yang telah mencurahkan ilmu,
berkongsi pengalaman serta menyumbangkan idea dan cadangan yang
bernas dalam usaha menyediakan program-program yang dikehendaki di
dalam kursus ini.
Saya juga mengharapkan tugasan ini mendapat wajaran markah yang
baik dan sekiranya terdapat sebarang kekurangan harap dimaklumkan
kepada saya demi memastikan isi kandungan tugasan pada masa akan
datang dapat dipertingkatkan dan ditambahbaik.
Sekian. Terima kasih.

2.0 LAMPIRAN 1
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR

NO. KAD PENGENALAN :

TAI VUI MEE


680922-12-5128
3

PROGRAM

BM/PSV/ELM(BMM2)

NAMA SEKOLAH

SJKC SIEW CHING LAHAD DATU, SABAH

NAMA PROJEK

MEMPERKASA

BAHASA MELAYU

PENGUASAAN
MENERUSI

TATABAHASA

KAEDAH

I-THINK

(PETA PEMIKIRAN)
TEMPOH PELAKSANAAN: 09 FEBRUARI 2015 HINGGA 20 MAC 2015
1.

OBJEKTIF

1.1

Melaksanakan program Internship IPG dengan kelulusan daripada pihak IPG


Kent, Tuaran dan pihak pengurusan SJKC Siew Ching Lahad Datu, Sabah.

1.2.

Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian pembelajaran dan pengajaran


(PdP) Bahasa Melayu, sumber pembelajaran dan pengajaran (PdP) Bahasa
Melayu Tahun 5 serta laporan pencapaian prestasi pelajar dalam mata
pelajaran bahasa Melayu Tahun 5 yang mengimplementasi teknik i-THINK.

1.3.

Melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) Bahasa Melayu


Tahun 5 yang mengimplementasi teknik i-Think.

1.4.

Menyediakan rakaman video sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP)


Bahasa Melayu Tahun 5 yang mengimplementasi teknik i-Think.

1.5.

Menyediakan laporan pelaksanaan program Internship IPG mengikut format


yang ditetapkan.

3.0. STRATEGI PELAKSANAAN


Program Intership :Memperkasa Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu
Tahun 5 ini dilaksanakan berdasarkan kepada perancangan strategi seperti
berikut :

SESI PdP

STRATEGI

STANDARD
KANDUNGAN

Circle Map (Peta

1. Para pelajar dapat

Bulatan)

mengenalpasti dan
mengemukakan 4 contoh

Circle Map digunakan

kata nama am tak hidup

untuk sumbang saran


1

bukan institusi dengan betul

idea dan

mengikut konteks

mempamerkan
pengetahuan sedia
berkaitan sesuatu tajuk
dengan memberikan
maklumat mengikut
konteks.
Bubble Map (Peta Buih)

5.1.1

menggunakan Peta Bulatan


(Circle Map).

Memahami dan
menggunakan kata
nama am tak hidup
bukan institusi
dengan betul
mengikut konteks.

Bubble Map digunakan

1. Para pelajar dapat menulis


dan mengemukakan 4 contoh
kata nama am tak hidup

untuk memperkaya
2

OBJEKTIF

mengikut konteks

kebolehan murid bagi

menggunakan Peta Buih

mengenalpasti atau

(Bubble Map).

menunjukkan kualiti.
Biasanya
menggunakan
perkataan deskriptif
atau huraian.
Double Bubble Map

1. Para pelajar dapat


5

(Peta Buih Berganda)

membanding beza kata nama


am tak hidup bukan institusi

Double Bubble Map


3

dengan kata nama hidup

digunakan untuk

dengan betul mengikut

membanding beza

konteks menggunakan Peta

sesuatu

Buih Berganda (Double


Bubble Map).

Tree Map (Peta Pokok)

5.1.1

Tree Map digunakan

Memahami dan

untuk

menggunakan kata

mengklasifikasikan

nama am tak hidup

bahan atau idea.

bukan institusi
dengan betul

Brace Map (Peta

mengikut konteks

Dakap)

membina ayat mengunakan


kata nama tak hidup
mengikut konteks
menggunakan Peta Pokok
(Tree Map).
1. Para pelajar dapat
membina ayat mengunakan
kata nama tak hidup

Brace Map digunakan


5

1. Para pelajar dapat

mengikut konteks konteks

untuk menganalisis

menggunakan Peta Dakap

objek fizikal. Garisan

(Brace Map).

sebelah kiri adalah


nama atau imej
keseluruhan objek.
Garisan pada bahagian
kedua adalah bahagian
utama.
Flow Map (Peta Alir)

1. Para pelajar dapat


mengaplikasikan pengunaan

Flow Map digunakan


6

kata nama tak hidup dalam

untuk membuat urutan

perbualan. dalam pelbagai

sesuatu proses.

situasi menggunakan Peta

Alir (Flow Map).

Double Bubble Map

1. Para pelajar dapat

(Peta Buih Berganda)

membanding beza kata nama

Double Bubble Map

tak hidup berdasarkan ayat


5.1.1

digunakan untuk
membanding beza

yang diberikan.

Memahami dan

sesuatu

menggunakan kata
nama am tak hidup

menggunakan Peta Buih


Berganda (Double Bubble
Map).

bukan institusi
dengan betul
8

Bubble Map (Peta Buih)

mengikut konteks

1. Para pelajar dapat


mengunakan kata nama tak

Bubble Map digunakan

hidup dalam membina dan

untuk memperkaya

dan menulis ayat

kebolehan murid bagi

berdasarkan gambar yang

mengenalpasti atau

diberikan dengan betul

menunjukkan kualiti.

mengikut konteks

Biasanya

menggunakan Peta Buih

menggunakan

(Bubble Map).

perkataan deskriptif
atau huraian.
9

Ujian Pencapaian

Para pelajar dapat menjawab


sekurang-kurangnya

pada

kadar lulus 50% (Gred C).

OPERASI

MINGGU 1

MINGGU 2

MINGGU 3

MINGGU 4

MINGGU 5

Menerima dokumen
dan penerangan
daripada pihak IPG
berkaitan program
Internship
Mendapatkan
kelulusan daripada
pihak pengurusan
sekolah untuk
melaksanakan
program Internship.
Melaksanakan sesi
pembelajaran dan
pengajaran (PdP)
berasaskan teknik iTHINK.
Melaksanakan

ujian

pencapaian

bagi

menilai

pencapaian

keseluruhan

para

pelajar

dalam

program
yang

Internship

menggunakan

teknik i-THINK.

4.0. REFLEKSI
a)

KEKUATAN PROJEK
8

1.

Penggunaan Peta Pemikiran


Projek Memperkasa Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu Menerusi
Kaedah i-Think (Peta Pemikiran) ini menekankan penggunaan Peta
Pemikiran untuk meningkatkan kefahaman para pelajar. Penggunaan rajah
visual seperti ini memudahkan taakulan konsep para pelajar selain
memotivasikan para pelajar.

2.

Tempoh masa yang bersesuaian


Tempoh masa pelaksanaan projek ini memakan masa selama 5 minggu.
Tempoh ini pula disesuaikan dengan waktu masa pengajaran yang
mencukupi bagi menyampaikan dan melaksanakan projek yang dilaksanakan
kerana dilaksanakan pada waktu pengajaran harian.

3.

Penekanan kepada kaedah kooperatif


Projek yang menekankan kepada kaedah kooperatif ini dilaksanakan
menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada
aktiviti kerjasama dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.

Bimbingan berterusan daripada guru mentor dan Panitia Bahasa Melayu


Projek ini juga mendapat sokongan yang kuat daripada pihak pengurusan
sekolah khasnya Guru Besar. Jesteru itu, projek ini mendapat bantuan yang
menyeluruh daripada guru mentor dan rakan guru daripada panitia Bahasa
Melayu. Ini termasuklah daripada aspek idea, pandangan dan motivasi
daripada para guru sekolah tempat projek ini dilaksanakan.

5.

Berfokuskan kepada isi kandungan pelajaran.


Projek ini memfokuskan kepada isi kandungan pelajaran Bahasa Melayu
yang dipelajari oleh para pelajar pada waktu sesi pengajaran harian. Dalam
erti lain, projek ini memfokuskan kepada penguasaan para pelajar
sebagaimana terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Bahasa
Melayu Tahun 5.

b)

KELEMAHAN PROJEK

1.

Menekankan kepada bidang tatabahasa sahaja


Projek Memperkasa Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu Menerusi
Kaedah i-Think (Peta Pemikiran) ini hanya memfokuskan kepada bidang
tatabahasa sahaja. Oleh itu, aplikasi Peta Pemikiran dalam bidang lain dalam
kurikulum Bahasa Melayu seperti bidang Mendengar dan Bertutur ,bidang
Membaca, bidang Menulis dan bidang Seni Bahasa tidak dapat dilaksanakan.

2.

Aplikasi ICT dalam pembinaan Peta Pemikiran


Sejajar dengan penekanan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran,
sewajarnya penggunaan perkakasan dan perisian ICT dapat dimaksimumkan
bagi membolehkan para pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran selain
isi kandungan kurikulum yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

3.

Tempoh masa yang panjang bagi menerapkan kesemua Peta Pemikiran


dalam bidang kemahiran kurikulum Bahasa Melayu.
Meskipun projek ini hanya memakan masa selama 5 minggu dan amat sesuai
bagi menerapkan konsep dan kemahiran membina Peta Pemikiran dalam
bidang tatabahasa namun bagi memastikan para pelajar dapat menguasai
kemahiran menggunakan Peta Pemikiran dalam bidang lain seperti bidang
Menulis dan Seni Bahasa memerlukan tempoh masa yang panjang bagi
memastikan para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran menggunakan
Peta Pemikiran dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa Melayu.

5.0. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


1.

Memanjangkan tempoh masa projek


Bagi memastikan impak penggunaan Peta Pemikiran ini dapat dilihat dengan
lebih meluas, saya mencadangkan tempoh masa projek ini dipanjangkan.
Selain itu, saya juga mencadangkan agar selepas ini dapat melaksanakan
10

projek ini dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa Melayu. Tujuannya
adalah untuk melihat penguasaan yang lebih meluas dalam kalangan pelajar
dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa Melayu.
2.

Aplikasi ICT dengan lebih kerap dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Aplikasi ICT sememangnya diakui dapat membantu kefahaman para pelajar
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, saya mendapati
saya kurang menekankannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
harian saya sehinggakan saya terlepas pandang terdapat beberapa orang
pelajar yang tidak mempunyai kemahiran literasi dalam ICT. Oleh yang
demikian, saya mencadangkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan
datang dilangsungkan dalam makmal komputer sekolah. Tujuannya adalah
untuk menyampaikan isi pelajaran dan pada masa yang sama meningkatkan
kemahiran literasi ICT para pelajar.

3.

Mengaplikasi Peta Pemikiran dalam bidang lain dalam kurikulum Bahasa


Melayu
Bagi memastikan Peta Pemikiran dapat digunakan semaksimum mungkin,
saya mencadangkan untuk menggunakan Peta Pemikiran dalam bidang lain
dalam kurikulum Bahasa Melayu dan kurikulum lain pada peringkat sekolah
rendah. Ini adalah kerana saya mendapati penaakulan para pelajar lebih baik
terhadap maklumat yang dipaparkan dalam bentuk visual berbanding dalam
bentuk teks semata-mata.

6.0. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, menerusi pelaksanaan projek Internship ini
saya memperolehi banyak manfaat kepada diri saya seorang pendidik.
Pada pandangan saya, perkara utama yang saya pelajari daripada program
ini adalah ia mendedahkan saya dengan amalan inovasi dalam sesi
11

pengajaran dan pembelajaran. Amalan inovasi dalam pengajaran dan


pembelajaran banyak membantu para guru mencorakkan gaya pengajaran
harian. Tujuannya adalah untuk memperkaya kemahiran, meningkatkan
taakulan serta memotivasikan para pelajar sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, menerusi program ini juga telah memberikan kefahaman
kepada saya bahawa Peta Pemikiran merupakan suatu media pengajaran
yang amat efektif dalam memvasualisasi isi kandungan pelajaran akan
kelihatan mudah dilihat, ringkas, dan mudah difahami. Ini adalah kerana, saya
berpandangan

kualiti

pengajaran

dapat

dipertingkatkan

menerusi

penggunaan Peta Pemikiran berbanding kuantiti pengajaran menerusi


tempoh masa pengajaran yang panjang dan lama.
Saya juga mendapati setelah 5 minggu pelaksanaan program
Internship ini terdapat banyak manfaat yang saya perolehi selain kekurangan
yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Ini termasuklah penggunaan
ICT dan memanjangkan tempoh waktu pengajaran. Matlamatnya adalah
untuk memastikan para pelajar mampu menguasai isi pelajaran menerusi
pengguaan Peta Pemikiran yang disampaikan.
Dalam pada itu, saya juga mendapati program Internship ini dapat
meningkatkan hubungan sesama rakan guru dan dengan para pelajar. Ini
adalah kerana pelaksanaan program sebegini memerlukan sokongan dan
kerjasama yang padu daripada rakan guru demi memastikan hasil atau output
yang dikehendaki dicapai dengan baik dan memuaskan.
Secara tuntasnya, program Internship ini telah berjaya dilaksanakan dan
memenuhi objektif yang tetap ditetapkan. Sekalung penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan program murni dan penuh makna ini.

12

LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1.

Isu/ Perkara yang difokus :


13

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul
mengikut konteks.
2.

Analisis isu/ perkara yang difokus :

2.1

Kekuatan

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, para pelajar menunjukkan minat dan
tumpuan di samping memberikan kerjasama yang erat dalam menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran khasnya bagi aktiviti berkumpulan.
Para pelajar saling berkongsi kemahiran dalam menghasilkan peta pemikiran di
samping berlakunya percambahan idea dalam kalangan pelajar dalam aktiviti
berkumpulan.
2.2

Kelemahan

Beberapa orang pelajar kurang mengambil penyertaan dalam aktiviti berkumpulan


iaitu membina Peta Pemikiran daripada kategori Peta Bulatan. Ini berpunca para
pelajar tidak dapat menyumbang idea dengan berkesan dan pandangan tidak
diterima oleh rakan lain dalam kumpulan yang sama.
3.

Cadangan Penambahbaikan :

Bagi memastikan impak Peta Bulatan kepada semua pelajar, saya mencadangkan
untuk menggunakan aktiviti membina Peta Bulatan secara berpasangan bagi melihat
penglibatan aktif para pelajar dan manfaat Peta Bulatan dalam mencungkil idea dan
jawapan para pelajar.
LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1.

Isu/ Perkara yang difokus :

14

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul
mengikut konteks.
2.

Analisis isu/ perkara yang difokus :

2.1

Kekuatan

Para pelajar menunjukkan fokus terhadap pengajaran guru khasnya dalam media
ICT yang digunakan oleh guru. Para pelajar juga menunjukkan maklum balas yang
memberangsangkan dalam mengemukakan pandangan masing-masing/
Penggunaan Peta Buih didapati dapat meningkatkan kefahaman dan taakulan
konsep pelajaran yang disampaikan. Ini dapat diperhatikan menerusi dapatan
markah dalam aktiviti pengayaan dan pemulihan yang diedarkan oleh guru.
Aktiviti kumpulan didapati dapat meningkatkan komunikasi dalam pelajar kerana
mereka saling mengemukakan pendapat masing-masing dalam menghasilkan Peta
Buih yang menepati kehendak isi pelajaran.
2.2

Kelemahan

Kelemahan sesi pengajaran dan pembelajaran ini, dilihat dari segi penguasaan
murid terhadap pengunaan kata nama am tak hidup. Murid masih lagi tidak
memahami pengunaan kata nama am tak hidup mengikut konteks yang betul.
Namun, terdapat peningkatan daripada minggu yang pertama.

3.

Cadangan Penambahbaikan :

Menyediakan bahan yang pelbagai bagi meningkatakan pemahaman murid terhadap


pengunaan kata nama am tak hidup. Hal ini akan mendorong murid untuk lebih
berminat mempelajari kata nama am tidak hidup.

15

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1.

Isu/ Perkara yang difokus :

16

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul
mengikut konteks. Isu yang dibincangkan juga, murid dapat membina ayat
mengunakan kata nama am tak hidup.
2.

Analisis isu/ perkara yang difokus :

2.1

Kekuatan

Kekuatan utama sesi pengajaran dan pembelajaran ini ialah, penyediaan bahan
bantu mengajar yang pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kata nama
am tidak hidup bukan institusi. Guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar
seperti power point, kad gambar dan lembaran kerja. Hal ini meningkatkan
pemahaman murid terhadap pengunaan kata nama am tidak hidup bukan institusi.
Kekuatan juga dapat dilihat, berdasarkan pengetahuan sedia ada murid iaitu,
semasa melaksanakan perbualan harian seperti Bandar, piala Thomas dan
sebagainya. Hal ini memudahkan guru mengajar dan mendidik kata nama am tidak
hidup bukan institusi.
2.2

Kelemahan

Kelemahan utama sesi pengajaran dan pembelajaran ialah terdapat masalah sesi
pengajaran

iaitu

ketiadaan

elektrik menyebabakan

sesi pengajaran

dan

pembelajaran tergendala seketika, namun dengan bahan bantu mengajar yang ada
seperti kad gambar, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dengan
lancar.
Kelemahan juga dilihat, berdasarkan murid. Terdapat murid yang lemah dalam
membaca, hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai
sedikit kekangan.
3.

Cadangan Penambahbaikan :

Antara cadangan penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan ialah, guru haruslah


menyediakan perancangan B, dimana sekiranya ganguan elektrik atau ganguan
yang boleh mengangu sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,
17

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran diluar bilik darjah, disebabkan keadaan


bilik darjah yang panas.
Selain itu, cadangan penambahbaikkan dapat dilaksanakan dengan meminta guru
pemulihan mengajar dan mendidik murid yang kurang mahir dalam kemahiran
membaca. Hal ini kerana, masalah akan timbul sekiranya, asas membaca murd tidak
kukuh.

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1.

Isu/ Perkara yang difokus :

18

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi dengan betul
mengikut konteks. Isu utama pada minggu ini juga, ialah murid dapat membina ayat
dan mengunakan kata nama am tidak hidup bukan institusi dalam perbualan
seharian mengikut situasi yang dicadangkan.
2.

Analisis isu/ perkara yang difokus :

2.1

Kekuatan

Sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan disebabkan beberapa kekuatan


yang dapat dikenalpasti. Antara kekuatan tersebut ialah, guru mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti lakonan mengunakan
perbualan mengikut situasi. Dalam perbualan tersebut, guru akan mengarahkan
murid mengunakan kata nama am tidak hidup bukan institusi.
Selain itu, kekuatan sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari segi
penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid bergiat aktif
setiap aktiviti yang dirancang. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjaya dilaksanakan.
Kekuatan juga dapat dilihat melalui pengetahuan sedia ada murid, dimana guru
mengajar murid dari mudah kepada susah. Guru berjaya menerapkan pengetahuan
murid terhadap pengunaan kata nama tidak hidup bukan institusi kepada murid. Hal
ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan terancang.
2.2

Kelemahan

Kelemahan utama sesi pengajaran dan pembelajaran ialah, murid tidak dapat
menguasai peta I-THINK yang digunakan sebagai langkah pengajaran dan
pembelajaran, hal ini menyebabkan sedikit ganguan semasa pelaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran.
3.

Cadangan Penambahbaikan :

Antara cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah, murid perlu diberi
pendedahan terhadap pengaplikasian peta i-think. Hal ini dapat membantu guru
untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang,
19

teratur dan berkesan.

20

Anda mungkin juga menyukai